Penskoran, PENGREDAN DAN KRITERIA PENTAKSIRAN

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENSKORAN,

PENGREDAN DAN
KRITERIA PENTAKSIRAN
Rubrik Pemarkahan
Penskoran dan Rubrik Analitik
Penskoran dan Rubrik Holistik
• Kaedah penskoran diperlukan bagi menilai pentaksiran
murid.
• Terdapat dua cara penting untuk mentaksir respons murid
iaitu melalui penskoran analitik dan penskoran holisik.
• Penskoran analitik membawa maksud beberapa kriteria
pengredan seperti kreativiti, tatabahasa, konsep, dan
komunikasi bahasa diperiksa secara berasingan.
• Skor analitik terdiri dari jumlah skor yang didarabkan dengan
nombor mengikut kepentingan setiap kriteria yang dinilai.
• Skor holistik diperoleh dengan membandingkan esei
murid dengan sampel esei yang mewakili respons baik,
sederhana dan lemah sesuatu item.
Rubrik Pemarkahan
• Rubrik pemarkahan ialah satu set kriteria yang koheren
untuk tugasan murid yang merangkumi deskripsi tahap-
tahap kualiti terhadap kriteria.
• Alat menskor / penggredan yang mengandungi senarai
kriteria dan standard tanda aras dan digunakan untuk
pemberian skor / gred bagi tugasan pentaksiran atau hasil
pembelajaran.
• Memerihalkan kualiti prestasi bagi setiap gred bermula
daripada kualiti terbaik hinggalah kualiti yang munasabah
seterusnya kualiti yang amat rendah untuk setiap kriteria
atau hasil pembelajaran.
• Membantu dan memandu murid untuk kenal pasti
kelemahan serta kekurangan hasil kerja.
• Bagi staf akademik pula, bagi menyakinkan
mereka untuk menskor dan memberikan gred
kepada hasil kerja murid (Agensi Kelayakan
Malaysia, 2013).
• Rubrik boleh dikelaskan kepada dua aspek
berbeza iaitu yang mengambil kira kriteria satu
per satu ataupun secara sekali gus (analitik dan
holistik)(Brookhart, 2013) manakala rubrik kedua
ialah jenis umum yang boleh digunakana untuk
setiap tugasan ataupun spesifik kepada tugasan
tertentu.
Penskoran dan Rubrik Analitik
• Merupakan pendekatan tradisional dalam menggred
penulisan.
• Menerangkan tugas setiap kriteria secara berasingan.
• Sangat sesuai untuk pentaksiran dalam bilik darjah
kerana hanya berfokus kepada satu kriteria pada satu
masa.
• Sangat sesuai untuk pentaksiran formatif dan pengajaran
disebabakan murid boleh mengetahui aspek yang boleh
diberi perhatian.
Kelebihan Penskoran Analitik
• Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik.
• Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan
proses yang lebih khusus.
• Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan
holistik.
• Terdiri daripada penerangan terperinci beserta agihan markah
bagi setiap point untuk menilai hasil kerja murid.
• Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek
penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yg lain
terutamanya kemahiran aras tinggi spt kebolehan mengolah idea
dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan.
• Pemeriksaan mengiktiraf dan memberi ganjaran kpd murid yang
memberi jwapan secara kreatif dan inovatif.
Penskoran dan Rubrik Holistik
• Berguna untuk menggred jumlah esei yang banyak.
• Kriteria pentaksiran yang dibina boleh dibahagikan
kepada tiga prestasi utama iaitu prestasi tinggi,
sederhana dan rendah.
• Berdasarkan prestasi ini, akan dijadikan contoh dalam
penandaan dan penanda aras kepada esei yang lain.
Kelebihan Penskoran Holistik
• Penggredan holistik dianggap sebagai kaedah yang
paling tekal dan boleh dipercayai dalam menggred esei.
• Mengambil masa yang lebih singkat kerana setiap
pemeriksa akan membaca esei tersebut berdasarkan
panduan.

You might also like