Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

ISLAM

DALAM
TAMADUN
MELAYU
Oleh:
Mohd Syafiq b. Shamsuddin
Abu Huzaifah bin Sani
Asal Usul “Melayu”
• Selain daripada anutan masyarakat, asal
sesuatu Tamadun juga berdasarkan ‘jenis
Bangsa’ yang ‘menjalankannya’
• Tamadun Melayu bermakna tamadun yang
dimiliki oleh bangsa Melayu.
• Bilakah nama Melayu itu digunakan dan
apakah ianya merujuk terus kepada suatu
bangsa?
Merujuk kepada bangsa
Antonio de Marga - mengaitkan bangsa Melayu
mempunyai persamaan dari segi: 1)Warna kulit.
2)Bentuk badan. 3)Pakaian. 4)Adat resam.

Wilhem F.Von Humbolt –sarjana ilmu bahasa


(abad ke 19) menggunakan istilah ‘Melayu
Polinesia’.
Pandangan Lain

Alfred Wallace (1869) – membahagikan seluruh


wilayah nusantara –Pasifik kepada dua :
Kepulauan Melayu (bangsa Melayu & bangsa Papua)
Polinesia (Bangsa Melayu)

Wang Gung Wu (penelitian kepada rekod China


Lama) ‘Melayu’ merujuk kepada tempat
“Mo la-YU” di Sumatera.
Rumusan
‘Walaupun terlihat dua makna yang berbeza di
dalam istilah ‘Melayu’ ini,hakikat yang tidak dapat
ditolak ialah bahawa Tamadun Melayu
merupakan tamadun yang dicernakan serta
diaprerasikan oleh orang Melayu yang
menjadikan kebudayaan amalan mereka ‘
‘Tamadun Melayu telah melalui satu perkembangan
sejarah yang sangat panjang dan secara
umumnya dapat dilihat dalam beberapa Fasa’
Fasa Perkembangan Tamadun Melayu

Fasa Pertama : Kedatangan serta pertapakan


masyarakat yang dikenali sebagai orang Melayu
Fasa Kedua : Orang Melayu menerima pengaruh
India.
Fasa Ketiga : Kemasukan serta penerimaan orang
Melayu terhadap Islam
Fasa Keempat : Tempoh penjajahan British @
Belanda.
Fasa Terakhir : Kewujudan Negara-Negara Merdeka
Teori Kedatangan Orang “Melayu”
(Kedatangan dari luar)

Gelombang Pertama :
Dihuni oleh orang Veda kira-kira 5000 tahun yang lalu
Kedatangan Melayu Proto berasal dari Yunan membawa
kebudayaan neolitik dan tinggal di kawasan-kawasan
pinggir sungai dan laut. (sekitar tahun 3000-2500 SM)
Gelombang kedua

F dan P.E Sarasin (1892) Melayu Deutro –


membawa kebudayaan gangsa-besi (sekitar
tahun 1500 SM hingga 300 Masihi)
Peter Bellwood ( tulisan 1985) – meskipun masih
melihat Yunan sebagi punca kedatangan namun
ianya melihat laluan yang berasingan.
Teori Kedatangan Orang “Melayu”
(menolak teori kedatangan dari luar)
1. Nik Hassan Suhaimi – bukti-bukti arkeologi
telah menunjukkan bahawa sejak 35 000
tahun yang lalu ,manusia telahpun mendiami
Alam Melayu.
2. Penemuan Rangka manusia awal “orang
jawa” (Java Man)telah menunjukkan bahawa
Pulau Jawa telah mempunyai penghuninya
sejak ribuan tahun yang lalu.
3. James T.Collins(bukti sarjana linguistik) ‘tanah asal’
orang Melayu adalah di bahagian barat Borneo yang
bergerak sebelum 100 Masihi merentasi Laut China
Selatan .
4. Wan Hashim Wan Teh – kedudukan rumpun bangsa
Polinesia yang tersebar sekitar Lautan Pasifik adalah
berasal dari Alam Melayu yang berhijrah ke selatan
sekitar 2000 hingga 4000 tahun S.M
5. Sudut linguistik – daripada 26 suku bangsa yang
mendiami Yunan tidak ada satu pun yang mempunyai
pertalian bahasa atau budaya dengan rumpun Melayu-
Polinesia
Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu
 Ramai para cendekiawan merumuskan, bahawa unsur pokok
suatu tamadun atau peradaban (civilization) adalah agama
 Pakar sejarah Melayu, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas,
menyebutkan, bahawa dalam perjalanan sejarah ketamadunan
Melayu, kedatangan Islam di wilayah kepulauan Melayu-
Indonesia merupakan peristiwa terpenting dalam sejarah
kepulauan tersebut.
 Berangkat dari pentingnya peranan agama dalam suatu tamadun,
maka dapat dijelaskan, bahwa tanda-tanda kehancuran suatu
tamadun dapat dilihat sejauh mana unsur utama (agama) dalam
tamadun tersebut tetap terpelihara dengan baik
Kedatangan Islam ke Alam Melayu
 Tarikh sebenar menjadi bahan pertikaian dan perdebatan.
Sumatera sejak abad ke-7 ataupun ke-8/sekitar abad ke-13?
Semenanjung Malaysia sejak abad ke-9 atau ke-10/pada abad ke-14?
Perlak atau Aru?
 Marco polo : Perlak
 Tom Pires : Aru
 Hikayat Raja-raja Pasai : Pasai
 Sejarah Melayu : Pangsir,Lamri,Aru & Perlak
 Salasilah Aceh : Aceh (1204)
 Catatan China : Melaka
 Batu Bersurat : Terengganu

 Umumnya terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke alam


Melayu.
 Dari Tanah Arab
 Dari China dan
 Dari India
Islam dari Tanah Arab
 Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara alam Melayu dengan Tanah
Arab sejek sebelum kelahiran Islam.
 Pedagang-Pedagang Islam yang tertumpu di Yaman menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Asia Tenggara seperti mendapatkan kapur
barus,kemenyan dan sebagainya.
 Khalifah Sulaiman bin Ab Malik (715 – 717 M) telah menghantar armada 35
buah kapal ke muara Sabak di Jambi.
 Pengusiran puak syiah ekoran pemberontakan “syiah Alawiyyin” oleh
Khalifah al-Makmun (813-833M)
 Syeikh Ismail mengembangkan Islam ke Barus,Lamri,Aru,Perlak dan Pasai.
 Syeikh Abdullah Bin Syeikh Ahmad al-Qaumiri dari Yaman mengIslamkankan
Maharaja Derbar (Raja Kedah) 1136 M
 Sheikh Abd Aziz Dari Judah mengIslamkan Raja Melaka.
Islam Dari India
 Snuck Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis barat) – menyatakan :
“masyarakat Alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat
nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama”
 Thomas Arnold (The Preacing of Islam) menyatakan Islam ke Asia
Tenggara di bawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar dilihat
dari persamaan mazhab yang dianuti.
 Jasollin deng jong di sokong kajian G.P Moquette terdapat persamaan
dari segi struktur batu nesan Maulana Malik Ibrahim di Gersik (1419)
dengan batu nesan Umar Ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat.
 Hanafi S.Q Fatimi menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang
menjadi Raja pasai yang pertama merupakan seorang pedagang India
berketurunan Benggali.
 Secara keseluruhan teori yang melihat bahawa Islam datang ke Asia
Tenggara melalui India ini mempunyai banyak kelemahan .
Islam dari China
 Zaman pemerintahan Dinasti Pang (sekitar tahun 650 M) Canton menjadi
pusat tumpuan samada pedagang atau pendakwah Islam.
 Saad ibn Waqas serta Qutaibah ibn Muslim dan utusan dari kerajaan Bani
Abbasiyah dikatakan pernah sampai ke negara China.
 Pemberontakan di Canton (878 Masihi) menyebabkan Arab-Islam
melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
 Catatan Dinasti Sung –kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui
sepanjang pantai laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang
Islam dari China pada awal 977 Masihi.
 R.A Kern –berpendapat bahawa Islam datang dari Champa atau Kemboja
pada abad ke-8 Masihi seiring dengan perkembangan Islam di Wilayah
tersebut.
 Di Champa ditemui inskripsi mempunyai tulisan khat kufi bertarikh 1039
M dan sebuah monumen bertarikh 1025 M yang mencatatkan hukum-
hukum Islam.
Faktor Perkembangan Islam
di Alam Melayu

• Faktor perlumbaan Penyebaran Agama


– Permusuhan berterusan antara Penganut Agama
Islam dengan Penganut Agama Kristian (perang
salib)
– Tindakan Portugis secara terbuka melakukan
serangan ke atas petempatan serta wilayah-
wilayah Islam
Faktor Perkembangan Islam
di Alam Melayu

• Faktor Perkahwinan
– Perkahwinan Pedagang dan ulama Islam dengan
wanita tempatan.
– Latarbelakang pedagang dihormati dan
mempunyai kekayaan
– Perkahwinan Raja Yang telah Islam dengan anak
Raja yang belum Islam.
Faktor Perkembangan Islam
di Alam Melayu

• Faktor Perdagangan
– Pengaruh dari perdagangan serta laluan laut
– Perdagangan saudagar Arab dengan masyarakat
Melayu
– Pedagang menjalankan aktiviti dakwah
menyebarkan Islam
Faktor Perkembangan Islam
di Alam Melayu
 Faktor Politik Dan Penaklukan
Perluasan kekuasaan melalui penaklukan wilayah

 Peranan Ahli-Ahli Sufi


Keperibadian dan karisma Golongan ulamak menjadi
faktor penarik penerimaan Islam oleh masyarakat
setempat.
 Melaka : Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz ,Maulana Abu Bakar, Maulana
ishak,Maulana Yusuf dan Sidi Arab.
 Aceh : Hamzah Fansuri, Shamsudin al-Sumatrani ,Nurudin Raniri, Abd Rauf
Singkel
 Demak : Wali Songo, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati.
Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun
Melayu

• Pentadbiran
– Gelaran dan Bidang tugas terdapat pengaruh dari
Timur Tengah.
– Pemuafakatan (syura)
– Dasar dan prinsip utama pentadbiran berlandaskan
kepada al-Quran dan sunnah.(rujuk undang-Undang
Melaka 162)
– Keperibadian Islam dititikberatkan di dalam
pentadbiran pada masa itu (rujuk Sejarah Melayu 140)
Kesan dan Pengaruh Islam dalam
Tamadun Melayu
 Perundangan
Hukum Kanun Melaka , Undang-Undang Melaka
dan Undang-Undang Laut Melaka banyak
memetik undang-undang Islam terutama
berkenaan
 Jenayah seperti: Qisas, hudud, diat, takzir

 Kekeluargaan: Pesaka, nikah, cerai, mas kahwin, iddah


Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun
Melayu
 Ekonomi
Mengharamkan perniagaan benda-benda haram
Syarat sah jual-beli, aqad dan lain-lain juga dinyatakan.
Pengharaman Riba
Hukum orang Muflis
Syarikat (perkongsian )
Penggunaan Wang Siling ikutan kepada kerajaan Islam
di Timur Tengah
(rujuk Undang-Undang Melaka 134 – 148)
Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun
Melayu
 Pendidikan
Melaka muncul pusat pembelajaran agama Islam yang utama
Pembelajaran ilmu Islam mendapat sambutan yang menggalakan dari
segenap lapisan masyarakat.
Minat yang mendalam golongan Istana mempelajari Agama Islam
Penggunaan Tulisan jawi berasaskan tulisan Arab digunakan sepenuhnya
oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.
Penggunaan Taqwim Hijriah yang diperkenalkan secara rasminya di
dalam dunia Islam oleh Saidina Umar al-Khatab.
Perbendaharaan kata Arab di bawa masuk ke dalam Bahasa Melayu dan
Indonesia
PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

• Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa


sebenarnya merupakan lanjutan daripada
kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.
• Contoh Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu
Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan
sebagainya.
Sistem Perundangan Tradisional
• Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka.
• Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh
Negeri Johor 1895.
• Pahang : Undang-undang Pahang.
• Kedah : Undang-undang Kedah.
• Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang
Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.
• Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.
• Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan
Jelebu.
Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu

1. Islam merupakan elemen penting dalam tamadun


Melayu.
2. Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah
satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun
Malaysia.
3. Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling
melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah
kemelayuan.
4. Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan
sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan
adat istiadat Melayu dan beragama Islam.
5. Agama Islam dijadikan salah satu daripada
asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai
berbangsa Melayu. Begitu juga dengan
perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan
dimestikan beragama Islam.
6. Sultan juga diberikan peranan yang besar
dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri
di Tanah Melayu.
Semangat Kebangsaan
dan Jati Diri Kebangsaan
• Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan
pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah
banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang
di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam
memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan
Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

• Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan


untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah
Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh
beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang
memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian
Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga
daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like