Kuliah 7 Penulisan Teks Ucapan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Penulisan Teks Ucapan

Bahasa Melayu Kontekstual


(GBM1103)
Pn Masriyah Misni
Pendahuluan
• Lazimnya, terdapat banyak jenis ucapan; ada
ucapan tahniah, ucapan penghargaan, ucapan
politik, ucapan perpisahan dan sebagainya.
• Walau bagaimanapun, nota ini hanya berfokus
kepada teks ucapan alu-aluan, teks ucapan
perasmian dan teks ucapan perpisahan.
Jenis-jenis Teks Ucapan
• Teks ucapan alu-aluan
• Teks ucapan perasmian
• Teks ucapan perpisahan
Teks ucapan alu-aluan
• Teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah
dalam sesuatu majlis.
• Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas
tetapi ada juga yang panjang bergantung pada
kehendak pihak penganjur majlis.
• Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan
selamat datang dan ucapan terima kasih
kepada tetamu kehormat dan para jemputan.
• Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga
akan disampaikan harapan pihak penganjur,
objektif majlis dan penghargaan kepada orang
yang membantu melaksanakan majlis.
• Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga
turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu
organisasi atau institusi.
Teks ucapan perasmian
• Teks ucapan yang disampaikan oleh tetamu
kehormat bagi sesuatu majlis.
• Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang
daripada teks ucapan alu-aluan
• Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima
kasih kepada tuan rumah yang mengundang,
maklumat yang berkaitan dengan majlis,
perkembangan institusi yang mengundang dan
harapan tetamu.
Teks ucapan perpisahan
• Teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan.
• Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan
pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang
dibalas oleh orang yang diraikan.
• Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak
penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih dan
puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang
diraikan.
• Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang
yang diraikan.
• Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang
diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih kepada
pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas
dan kaki-tangan bawahan.
• Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan
permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah
atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada
semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke
rumah.
Cara penulisan teks ucapan
• Teks ucapan yang menarik dan berkesan
bukan sesuatu yang mudah untuk dihasilkan
tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil untuk
dilakukan jika setiap daripada kita mengetahui
cara menghasilkan dan menulis teks ucapan
yang menarik dan berkesan
• Sebenarnya, tidak banyak daripada kita
mengetahui cara menghasilkan teks ucapan
yang baik dan berkesan.
Prapersediaan dalam menyediakan teks
ucapan
• Sebagai penulis teks ucapan, anda harus mengetahui beberapa
perkara sebelum menyediakan teks ucapan. Perkara yang perlu anda
ketahui ialah:

• i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?

• Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu mengetahui orang yang


akan membaca teks tersebut.
• Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis mesti selari dengan
jawatan, perawakan dan latar belakang pendidikan orang tersebut.
• ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan
tersebut?

Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens


yang mendengar ucapan tersebut sebelum
mula menulis teks ucapan tertentu. Hal ini
demikian kerana teks ucapan yang ditulis perlu
juga sesuai dengan tahap pengetahuan
audiens.
• Jika teks yang ditulis untuk disampaikan
kepada audiens yang dalam golongan pelajar
sekolah menengah, maka laras bahasa yang
digunakan mestilah sesuai dengan tahap
pemikiran pelajar sekolah menengah.
• Dengan kata lain, penulis teks ucapan mestilah
memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai
dengan tahap pemikiran audiens yang akan
mendengar ucapan tersebut.
• iii. Siapakah tetamu yang akan hadir?

• Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu


oleh penulis teks ucapan.
• Oleh itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan
nama tetamu dengan tepat berserta jawatan dan
kedudukan tetamu mengikut peringkat yang
ditetap-kan oleh pihak penganjur.
• Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir,
penulis teks ucapan dapat menyusun bahagian
kata alu-aluan tersebut mengikut protokol dan
hal ini dapat memastikan tiada pihak yang
berkecil hati kerana nama mereka tidak
disebut atau tersalah panggilan hormatnya.
• iv. Apakah tujuan majlis tersebut?

• Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis teks ucapan.


• Tujuan majlis penting dalam penulisan teks ucapan.
• Teks ucapan alu-aluan terutamanya perlu menyentuh
tujuan majlis tersebut diadakan.
• Jadi, jika penulis teks ucapan tidak mengetahui tujuan
majlis diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan yang
ditulis.
• v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu
berlangsung?

• Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada


masa yang diperuntukkan oleh penganjur.
• Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat
mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak
penganjur.
• Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui masa
yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks
ucapan yang diperlukan.
• Sebagai contohnya, jika masa yang
diperuntukkan selama lima minit untuk tamu
kehormat menyampaikan ucapan, maka teks
yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 10
muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip
dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan
dua baris.
• vi. Apakah bahan atau maklumat yang perlu
dicari?

• Bahan atau maklumat yang perlu dicari


bergantung pada majlis.
• Jika majlis yang akan dilangsungkan berkaitan
dengan sambutan kemerdekaan, maka bahan atau
maklumat yang perlu dicari mestilah berkaitan
dengan kemerdekaan atau semangat patriotisme.
Panduan asas menulis teks ucapan
• Terdiri daripada empat bahagian iaitu;
 Kata alu-aluan
 Pendahuluan
 Isi /fakta teks
 Penutup
Kata alu-aluan
• Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai
panggilan mestilah mengikut protokol.
• Bahagian ini selalunya dimulakan dengan
ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara
Majlis dan kemudiannya tamu kehormat
barulah diikuti senarai nama yang lain.
• Panggilan hormat bagi tamu kehormat
bergantung pada gelaran atau pangkat individu
tersebut.
• Jika tamu kehormat merupakan Perdana
Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai
ialah Yang Amat Berhormat.
• Namun, jika tamu kehormat merupakan
pegawai kerajaan yang berjawatan atau
berpangkat, maka panggilan hormat yang
sesuai ialah Yang Berbahagia.
• Begitu juga sekiranya majlis yang diadakan
bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka
panggilan hormat yang digunakan ialah Yang
Diraikan
Pendahuluan
• Terdapat pelbagai cara untuk memulakan
ucapan.
• Ucapan bukan sahaja boleh dimulakan dengan
rasa kesyukuran, tetapi juga boleh dimulakan
dengan imbasan pengalaman, kisah berunsur
ringan, latar belakang sesebuah institusi dan
pantun.
Pendahuluan dengan rasa kesyukuran
• Banyak antara kita memulakan ucapan dengan
memanjatkan rasa kesyukuran terhadap limpah
kurnia Ilahi. Sebagai contohnya;

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-
ramai pada malam ini bagi menjayakan program
Makan Malam Negeri sempena Perhimpunan
Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat
Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pendahuluan dengan imbasan pengalaman

• Pendahuluan dengan imbasan pengalaman


selalunya dibuat oleh seseorang tokoh
berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui
oleh beliau.
• Pendahuluan dengan imbasan pengalaman ini
sebenarnya dapat mendekatkan diri seseorang
dengan khalayak. 
• Sebagai contohnya;

Apabila saya masuk ke dalam dewan ini dan


melihat cikgu-cikgu, saya teringat pada zaman
saya berkhidmat sebagai guru kira-kira 30 tahun
yang lalu. Saya mula berkhidmat di SMK (P) Jalan
Bunga. Pada ketika itu, saya diminta mengajarkan
Sains sedangkan opsyen saya ialah Bahasa
Malaysia. Namun, hal itu tidak melunturkan
semangat saya. Saya sahut cabaran tersebut. Pada
tahun pertama, saya memang macam budak
baharu belajar, tetapi cabaran ini menjadikan saya
lebih berusaha menjadi seorang guru.
Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan

• Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan


pastinya amat menarik jika digunakan.
• Pendahuluan ini sebenarnya bertujuan untuk
menarik perhatian khalayak agar mendengar
ucapan yang akan disampaikan.
• Sebagai contohnya;

Saya berasa serba salah untuk berucap di


hadapan ini kerana pada pagi ini, salah
seorang tetamu kita merupakan pakar dalam
bidang penampilan. Dari pagi tadi, saya
membelek diri saya di hadapan cermin dan
bertanya-tanya pada diri sendiri sama ada
tudung yang saya pakai pada pagi ini sesuai
atau tidak dengan baju yang saya kenakan.
Takut juga saya ketika ini beliau sedang
menilai penampilan saya di hadapan ini.
Pendahuluan dengan latar belakang

• Pendahuluan berbentuk latar belakang


merupakan pendahuluan yang kerap
digunakan apabila menulis teks ucapan bagi
majlis perasmian bangunan, institusi dan
pertubuhan, dan majlis perpisahan.
• Sebagai contohnya;

Kepada tetamu yang pertama kali menjejakkan kaki


di Sekolah Perintis, selamat datang saya ucapkan.
Untuk makluman semua, Sekolah Perintis
ditubuhkan pada tahun 2000 yang pada mulanya
hanya mempunyai 120 orang murid dan 12 orang
guru. Pada ketika itu, Sekolah Perintis hanya
mempunyai sebuah blok pentadbiran dan sebuah
blok bilik darjah. Kelengkapan untuk proses
pengajaran dan pembelajar-an juga tidak seberapa
lengkap. Dalam keadaan yang serba terhad ini,
Sekolah Perintis mula beroperasi untuk mendidik
anak bangsa.
Pendahuluan dengan pantun
• Pantun merupakan puisi Melayu tradisional
yang boleh digunakan untuk memulakan
sesuatu ucapan.
• Pantun yang biasa digunakan ialah pantun
empat kerat. 
• Sebagai contohnya;

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismilah pembuka bicara.
Isi teks
• Dimulakan dengan kata-kata penghadapan - Kata-kata
seperti hadirin sekalian, saudara sekalian dan sebagainya
bertujuan untuk menarik perhatian audien.
• Menyentuh hal-hal berkaitan dengan majlis seperti
objektif, tema, aktiviti yang dijalankan dan kepentingan
majlis.
• Menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan
majlis.
• Semasa berucap, perucap juga boleh menyelitkan
pantun, kiasan, peribahasa atau simpulan bahasa untuk
mencantikkan lagi daya tarikan ucapan tersebut supaya
kelihatan lebih menarik
Penutup
• Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan
atau menandakan ucapan akan diakhiri. Misalnya: “Akhir
sekali… Akhir kata…, Sebelum saya mengakhiri ucapan…”
• Penutup turut merupakan segmen untuk menyatakan
penghargaan, pujian, hasrat dan salam kepada orang
yang diraikan juga audien.
• Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun untuk
mewujudkan kesan yang lebih menarik.
• Lafaz perasmian (sekiranya ucapan adalah untuk majlis
perasmian)
• Wasalam

You might also like