Topik 2-Teknik Membuang Bahan Kimia

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

TEKNIK MEMBUANG

BAHAN KIMIA
• Pencairan
• Rawatan secara kimia
• Pembuangan bersama-sama sampah
• Penanaman
Pencairan
• cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.
• Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus
ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak.
• Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air
hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan
dilabellkan.
• Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem
saliran.
Rawatan secara kimia
• Kebanyakan bahan sisa makmal boleh
dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan
secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan
melalui tindak balas tertentu dan ada pula
yang boleh dineutralkan dan dicairkan
sebelum dibuang.
• Garam-garam logam, terutamanya merkuri
dan kadmium hendaklah dimendakkan
terlebih dahulu.
• Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di
dalam makmal.
• Langkah keselamatan mestilah diutamakan
semasa mengguna dan membuang bahan ini.
Pembuangan bersama-sama sampah

• Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya


boleh dibuang dengan cara ini. Bahan-bahan
kaca dan logam hendaklah diasingkan.
• Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna
semula.
Penanaman
• Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan
boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan
lubangnya agak dalam.
• Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan
melalui cara ini sekiranya ia boleh
mencemarkan sumber air bawah tanah yang
berdekatan.
PELUPUSAN
SISA BAHAN
KIMIA

BAHAN BAHAN
KIMIA KIMIA
CECAIR PEPEJAL

SISA BAHAN SISA BAHAN SISA BAHAN SISA BAHAN


KIMIA KIMIA TAK KIMIA KIMIA TAK
ORGANIK ORGANIK REAKTIF REAKTIF

TAK BER- LARUT


BERHA- TAK BER- DEAKTIF
BERASID DALAM
LOGEN HALOGEN ASID KAN
AIR

CAIRKAN CAIRKAN BUANG


BUANG
BAKAR >> 104 DENGAN TANAM DALAM
DALAM Moldm3 AIR SINKI
PERIGI KIMIA

NEUTRALKAN

BUANG KE
DALAM SINKI
Pengendalian Bahan Radioaktif
• Radiun
• Stronium
• Amerikium
• Kobalt
• Thorium
 
KESAN-KESAN BERBAHAYA

• Sinaran yang dikeluarkan bahan ini boleh


mendatangkan mudarat kepada manusia.
• Dos yang rendah boleh menyebabkan kasnser
atau mutasi.
• Dos yang tinggi membunuh sel, merosakkan
organ dan menyebabkan kematian.
 
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

• Kot makmal, sarung tangan, gogal dan penyepit


hendaklah digunakan semasa mengendalikan bahan ini.
Sumber radioaktif janganlah sekali-kali didekatkan dengan
tubuh.

• Bahan radioaktif dalam bentuk palet hendaklah disimpan


semula dalam kotak yang dilindungi oleh plumbum.

• Tempat penyimpanan radioaktif hendaklah dalam stor


atau almari yang berasingan. Jabatan Bomba tempatan
hendaklah diberitahu tentang adanya bahan tersebut.
• Jika bahan radioaktif itu tidak diperlukan lagi,
maklumkan kepada Institut Teknologi Nukliar
Malaysia (MINT) untuk tindakan pelupusan.

• Jika bahan itu kecurian atau kehilangan, beritahu


dengan segera kepada pihak polis, Jabatan Kimia
dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Pengendalian bahan biologi
• Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan di
dalam sangkar yang selamat atau akuarium.
• Apa-apa kecederaan seperti gigitan dan calar
oleh haiwan harus disapu dengan antiseptik
dan rawatan lanjut perlu diambil
• Semua pelupusan haiwan harus dilupuskan
dengan betul seperti dibakar atau ditanam
• Memantau pelajar apabila mereka
menggunakan picagari dengan jarum.
• Haiwan liar perlu diperkenalkan ke sekolah
dengan berhati-hati kerana ia boleh membawa
parasit dan menjadi risiko kepada jangkitan
penyakit.
• Luka mesti ditutup sepenuhnya sebelum kerja
dengan haiwan dijalankan
• Berhati-hati semasa mengeluarkan spesimen dari
larutan pengawet-memakai sarung tangan dan
menggunakan penyepit dan forsep.
• apabila menggunakan picagari untuk menyuntik
metanol, visor keselamatan hendaklah dipakai
sebagai langkah berjaga-jaga jika jarum jatuh
Larutan formalin adalah karsinogenik, mana-mana

spesimen yang disimpan dalam larutan formalin perlu

direndam di dalam air dalam kebuk wasap dan kemudian

dicuci dengan teliti di dalam air selama beberapa minit.


• Mempertimbangkan untuk menggunakan
filem, video, dan simulasi komputer untuk
menggantikan aktiviti pembedahan
• Barangan kaca dan slaid mikroskop boleh
disterilkan dan digunakan semula
• Sebarang ketumpahan bahan kimia atau
kemalangan mesti direkodkan walaupun tiada
kecederaan yang berlaku
•  Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum
meninggalkan makmal.  
Penyimpanan bahan kimia
• Semua botol bahan kimia mestilah  dilabel
dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa
dari semasa ke semasa.
• Bagi bahan kimia yang beracun dan berbahaya
simbol-simbol tertentu digunakan.
• Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam
makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor
bahan kimia yang mempunyai peredaran udara
yang baik. 
• Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan
dalam almari yang berkunci di dalam stor.
Penggunaannya mestilah direkodkan. 
• Di dalam makmal tidak digalakkan menyimpan
cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan kimia
lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan
sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya
letupan). 
• Tuliskan tarikh botol diterima dan dibuka.
• Bahan mudah terbakar perlu disimpan dalam
kabinet yang bersesuaian.
• Penyimpanan mestilah di tempat sejuk dan
jauhkan daripada sinar matahari.
• Jangan simpan bahan kimia bawah meja
bekerja.
• Jangan simpan bahan kimia di tempat yang
sukar dicapai, di tempat yang tinggi daripada
aras mata.
• Penggunaan peti sejuk biasa untuk
penyimpanan bahan kimia mudah terbakar
mesti dielak.
 Peti sejuk biasa mempunyai beberapa
komponen yang boleh menghasilkan
percikan api seperti suis lampu dan
termostat.
• Peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan
bahan kimia tidak boleh sama sekali
digunakan untuk menyimpan bahan makanan
Penggunaan Peralatan Elektrik
• Kehilangan nyawa akibat kebakaran berpunca
dari kerosakan alat-alat elektrik atau sistem-
sistem litar yang kebanyakannya adalah
disebabkan dari kelalaian atau kecuaian
pengguna itu sendiri.
• Apabila murid-murid mengendalikan mana-
mana peralatan elektrik, guru harus
memastikan keselamatan murid terjaga.
• Beri arahan dan panduan penggunaan yang
selamat terlebih dahulu sebelum membenarkan
murid-murid menggunakan perkakas elektrik.
• Kegagalan berbuat demikian akan
mengundang kepada kemalangan yang serius
seperti kejutan elektrik.
• Seelok-eloknya guru memeriksa peralatan
elektrik yang akan digunakan dan
mendemonstrasikan kepada murid-murid
teknik menggunakan peralatan yang betul.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
• Pastikan kord elektrik dalam keadaan yang
baik, tidak rosak
• Pastikan sambungan kuasa dibuat dengan
betul semasa pemasangan
• Pastikan litar tidak berlebihan muatan
• Sambungan perlu dibuat dengan tepat semasa
menjalankan eksperimen
• Semua peralatan elektrik mesti ditutup
sebelum dialihkan ke tempat lain
• Arus elektrik perlu dilindungi dan dijauhi dari
sumber air/haba dan larutan garam yang
boleh menjadi pengalir elektrik.
• Alat elektrik yang disambung ke suis utama
tidak boleh disentuh dengan tangan basah.
• Jauhkan wap pelarut/asid dari alat elektrik
bagi mengelakkan kakisan dan terbentuknya
karat
• Jangan letakkan sebarang halangan pada suis
utama (main switches). Ini adalah untuk
memudahkan suis ditutup dengan segera
apabila berlaku kecemasan.
• Jangan guna alat-alat yang dibuat daripada
logam seperti pensel atau pembaris besi, pen,
atau memakai barang kemas semasa
menjalankan kerja-kerja elektrik.
• Alat D.C. perlu diguna dalam litar D.C.
Penyimpanan Peralatan Sains
• Penyimpanan radas dan bahan yang betul
dapat memanjangkan jangka hayatnya serta
mengurangkan risiko yang tidak diingini.
• Perkara yang perlu dipatuhi semasa
menyimpan radas dalam makmal sains:
a) Peralatan dan bekas kimia yang besar
disimpan di rak yang rendah
b) Bahan-bahan disimpan dalam suhu yang
sesuai.
c) Semua rak dan kabinet diletak berdekatan
dengan dinding. (Jangan meletakkan bahan
kimia berbahaya dalam kabinet yang tidak
stabil)
d)Racun dikunci dalam kabinet.
e) Semua bekas spesimen biologi, picagari dan
bilah pisau bedah disimpan dalam rak berkunci
f) Simpan bahan-bahan kimia yang aktif dalam
bekas yang gelap. Bubuh satu lapisan minyak
tanah pada permukaannya agar tidak
bertembung dengan udara.
g) Asid dan bahan-bahan menghakis disimpan
dalam kabinet yang bukan diperbuat daripada
logam, atau kabinet logam yang mempunyai
peredaran udara yang baik.
h) Simpan reagen yang mudah terbakar dalam
kuantiti yang sekecil mungkin.
RADAS KACA
• Radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan.
• Simpan dalam almari tertutup.
• Elak menyimpan radas kaca pada tempat yang terlalu
tinggi.
• Susun semua radas yang bersaiz sama pada tempat yang
sama.
• Radas kecil seperti tabung spesimen, piring petri, slaid
mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak, atau laci
yang tertutup dan dilabel.
RADAS OPTIK
• Radas optik seperti prisma, kanta optik, dan kanta pembesar
elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai
ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang
dipindahkan.
• Mikroskop dan binokular perlu disimpan dalam kotak atau
almari yang kering.
• Keadaan yang kering boleh diwujudkan dengan
menggunakan gel silika atau disimpan dalam almari yang
dipasang mentol berpanjangan. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kanta daripada pertumbuhan kulat pada
permukaan optik.
RADAS ELEKTRIK
• Mesti diselenggarakan dengan baik dan selamat.
• Sebarang kerosakkan yang dapat dikesan harus
dibaiki atau diganti dengan sempurna.
•  Murid sekolah rendah hanya dibenarkan
bereksperimen dengan bekalan elektrik dari bateri.
• Radas elektrik lain hanya diguna oleh guru dan
ditunjukkan oleh guru melalui demonstrasi. 
TERIMA KASIH

Disediakan oleh:
Low Ching Tat
Ong Kok Leong
Wong Yong Sun

6 PISMP SN/PJ/PC

You might also like