Sikhisme

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sikhisme

 Merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia


 Diasaskan oleh Guru Nanak pada tahun 1469M dan kemudian
diteruskan serta dikembangkan oleh sembilan orang guru lain
 Dianuti oleh sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi di
Malaysia
 Dikenali dengan identifikasi pemakaian serban dan berjanggut
panjang terutama lelaki
 Kitab suci agama Sikh dikenali sebagai Sri Guru Granth Sahib Ji
yang menjadi the living Guru dan sumber rujukan utama dalam
kehidupan penganut Sikh
Sambungan…
 Kitab setebal 1,430 muka surat tersebut ditulis dan
disempurnakan oleh Guru Sikh dan terdapat di setiap
gurdwara, iaitu pusat ibadat dan kediaman orang Sikh
 Lima simbol utama dalam agama Sikh yang dikenali umum
sebagai 5K iaitu:
• Kesh (berambut panjang)
• Kangha (sikat)
• Kara (gelang besi)
• Kirpan (pedang kecil)
• Kachera (seluar pendek khas)
Sambungan…

Gurdwara adalah tempat beribadat bagi


masyarakat Sikh.
Animisme
 Istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan pemujaan
roh dan semangat alam semula jadi
 Menganggap bahawa segala sesuatu di dalam alam ini termasuk
benda alam yang mati mempunyai jiwa dan dapat berfikir dan
berkeperibadian seperti manusia
 Penganutnya menyembah dan memuja batu, pokok, sungai,
gunung, pokok, patung dan juga benda hasil buatan mereka
sendiri seperti keris dan tombak
 Ringkasnya, animisme percaya bahawa: 
i. semua objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan hidup
ii. adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di gunung, sungai dan
tempat keramat
iii. bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa 
Taoisme
 Berasaskan ajaran Lao Tze yang menyarankan supaya
manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan
bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan
duniawi dan upacara yang merugikan
 Perkara yang ideal bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia
seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia
 Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu
seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak
dan tidak rasional
 Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang
bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang
terkenal Lao Tze
Konfusianisme
 Tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan
tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik
 Diasaskan oleh Konfucius yang merupakan seorang ahli falsafah
China yang terkenal pada Dinasti Chou
 Menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan
harga diri
 Apabila Konfucius disoal pengikutnya tentang makna
perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima
kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan iaitu budi bahasa,
kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik
 Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali
hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara
yang dituntut daripada penganut ajaran ini
Konfucius

You might also like