Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KBAT

DALAM ITEM SEJARAH


oleh
NORHAYATI BINTI MAT ZAIN
Guru Cemerlang Sejarah
Smk Seri Bintang Selatan
KONSEP KBAT

“keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.”
ARAS KBAT
MENCIPTA
KBAT

MENILAI Kemahiran
Berfikir
Aras
MENGANALISIS  
Tinggi

MENGAPLIKASI
KBAR
MEMAHAMI Kemahiran
Berfikir
Aras
MENGINGAT  
Rendah
MENGAPLIKASI

Murid berupaya menggunakan maklumat dalam situasi


yang baharu dan berupaya menunjukkan cara,
menjalankan dan mempraktikkan maklumat dalam
kehidupan sebenar.
MENGAPLIKASI

Gambar berikut menunjukkan situasi yang berlaku terhadap Jalur


Gemilang bendera kebangsaan kebanggaan kita.

Jelaskan tindakan anda jika situasi tersebut berlaku di sekolah anda.


[4 markah]
MENGAPLIKASI
Aras 1 [1 – 2 markah] Aras 2 [3 markah] Aras 3 [4 markah]

Perkara pertama yang akan saya lakukan jika melihat Jalur Gemilang dibuang secara tidak
berhemah di kawasan sekolah ialah dengan melaporkan perkara tersebut kepada guru supaya
tindakan susulan yang lebih bermaruah boleh diambil. Aras 1

Saya juga akan mengajak rakan-rakan untuk membantu guru melakukan pelupusan bendera
secara berhemah. Ini kerana bendera merupakan maruah dan simbol kebanggaan serta
kedaulatan negara kita yang tercinta. Aras 2
Oleh itu, saya dan rakan-rakan akan mengasingkan bendera yang lusuh dan rosak untuk
dilupuskan ditempat yang tertutup. Manakala bendera yang masih elok, kami akan uruskan dengan
melipat dan menyimpannya ditempat yang sewajarnya. Akhir sekali, kami juga akan mengambil
bendera yang masih elok untuk digantung dalam kelas sebagai tanda hormat dan sayang kami
terhadap simbol kedaulatan negara kita Malaysia. Aras 3
MENGANALISIS

Murid berupaya untuk membanding beza maklumat,


menguruskan maklumat dan menghuraikan
maklumat yang diperoleh.
Warta Malaya, Majalah Guru, Anak Mat Lela Gila merupakan media
cetak yang menjadi alat penyebaran idea nasionalisme dalam
kalangan orang Melayu sekitar tahun 1920-an.
 
Sejauh manakah isu yang dibangkitkan oleh media cetak tersebut
dapat menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu pada
ketika itu? [8 markah]
MENGANALISIS
Aras 1 [1 – 2 markah] Aras 2 [3 – 4 markah] Aras 3 [5 – 6 markah] Aras 4 [7 – 8 markah]

Isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar, majalah dan novel ketika itu telah berjaya menyemarakkan
semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.
Pada tahun 1920-an muncul tokoh seperti Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Manakala, tahun 1930-
an muncul wartawan seperti Dato’ Onn bin Ja’afar dan Abdul Rahim Kajai. Tulisan mereka yang bernas
berjaya membangkitkan kesedaran untuk orang Melayu memajukan diri dalam kalangan orang
Melayu.Aras 1
Selain itu, mereka juga diseru untuk hidup bersatu padu supaya dapat meningkatkan kemajuan
bangsa Melayu. Ini kerana masyarakat yang maju akan berupaya untuk memberi sumbangan dalam
memajukan bangsanya. Aras 2
Seterusnya, mereka juga berani mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu,
termasuklah menolak dasar pilih kasih British dlaam pentadbiran kerajaan. Malah, mereka juga berani
mengkritik British kerana mengurangkan kuasa politik Raja-raja Melayu. Aras 3
Dalam pada itu, Isu-isu sosial atau pendidikan seperti memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
sering dibangkitkan dalam penulisan mereka. Isu-isu ekonomi seperti melarang orang Melayu menjual
tanah diketengahkan dalam penulisan mereka. Aras 4
MENILAI

Murid juga berupaya menilai idea/ bahan/ maklumat/


kaedah, mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah/
pendapat dan seterusnya murid berupaya membuat
keputusan.
MENILAI

Petikan berikut berkaitan dengan Dasar Penswastaan yang telah dilancarkan pada mac 1983.

“Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekonomi negara, mengurangkan


beban kewangan dalam pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campur tangan Kerajaan di
dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa
pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki keberkesanan dan produktiviti.
Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan merealisasikan penyertaan aktif
Bumiputera dalam sektor korporat dengan memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada
Bumiputera.”
 
Diolah dari sumber : http://www.epu.gov.my/ms/dasar-utama/dasar-penswastaan

Kejayaan pelaksanaan Dasar Penswastaan telah mensejahterakan rakyat Malaysia.


Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
[6 markah]
MENILAI
Aras 1 [1 – 2 markah] Aras 2 [3 - 4 markah] Aras 3 [5 – 6 markah]

Pelaksanaan Dasar Penswastaan yang telah dimulakan pada mac 1983 terbukti telah berjaya mensejahteraan
rakyat Malaysia. Melalui dasar ini, agensi-agensi yang sebelum diuruskan oleh pihak kerajaan akan diswastakan.
Antaranya ialah Lembaga Letrik Negara diswastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Perkhidmatan
Pos Malaysia diswastakan menjadi Pos Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu diswastakan menjadi Keretapi
Tanah Melayu Berhad.
Oleh itu, kerajaan mampu mengurangkan beban kewangan dalam menguruskan negara. Hasilnya, peruntukan
yang sepatutnya diagihkan kepada agensi kerajaan yang telah diswastakan ini dapat disalurkan untuk kegunaan
projek pembangunan sosial seperti pendidikan dan kesihatan.Dengan itu, rakyat boleh menikmati kemudahan dan
kualiti pendidikan dan kesihatan yang lebih baik. Aras 1

Tambahan pula, matlamat Dasar Penswastaan yang mahu mengurangkan campur tangan kerajaan di dalam
ekonomi membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha-usaha membangunkan negara dan
kesejahteraan rakyatnya. Malah, cukai yang diperoleh dari sumber penswastaan ini juga boleh menjadi sumber
kewangan untuk menjalankan sesuatu projek pembangunan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.Aras 2
MENILAI
Aras 1 [1 – 2 markah] Aras 2 [3 - 4 markah] Aras 3 [5 – 6 markah]

Dalam pada itu, Dasar Penswastaan yang menekankan memperbaiki keberkesanan dan produktiviti
menyebabkan tahap perkhidmatan agensi kerajaan yang diswastakan akan meningkat dengan drastik. Ini kerana
konsep keuntungan yang diutamakan dalam pengurusan sesebuah syarikat akan mewujudkan persaingan sihat
antara pekerja sehingga menyebabkan produktiviti sesebuah agensi bertambah baik dalam masa yang singkat.
Persaingan yang sengit antara agensi akan menyebabkan wujudnya banyak peluang pekerjaan. Tamsilnya,
kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera dengan peningkatan pendapatan dan taraf hidup. Aras 3
 
Tuntasnya, syarikat-syarikat yang diswastakan seperti TELEKOM, TNB dan Pos Malaysia telah menunjukkan
peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan mereka membolehkan rakyat menikmati kemudahan untuk
menguruskan kehidupan seharian mereka dengan lebih mudah dan cepat serta berkualiti.
MENCIPTA

Murid berupaya menggabungkan idea dengan


menggunakan pemikiran yang kreatif untuk
menghasilkan idea baharu.
Prinsip utama Rukun Negara menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan
paling utama rakyat Malaysia.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Berdasarkan pernyataan tersebut, bagaimanakah pegangan agama boleh
melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia?
[6 markah]
MENCIPTA
Aras 1 [1 – 2 markah] Aras 2 [3 - 4 markah] Aras 3 [5 – 6 markah]
Kepercayaan kepada Tuhan terbukti boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia. Ajaran
agama mengajar penganutnya melakukan perkara-perkara yang baik. Contoh saling hormat-
menghormati antara satu sama lain. Ini dapat melahirkan kerjasama dan membentuk masyarakat
yang hidup secara harmoni. Aras 1
Malah, rakyat yang mematuhi ajaran agama juga merupakan individu yang mudah diurus. Rakyat
yang patuh pada ajaran agama juga akan mempamerkan sikap sentiasa mematuhi undang-undang
dan peraturan negara. Maka, masyarakat yang mengamalkan nilai disiplin dan bertanggungjawab
yang tinggi berjaya dibentuk. Tamsilnya, kehidupan rakyat menjadi sejahtera dan negara aman.Aras 2

Seterusnya, rakyat yang patuh pada ajaran agama juga akan mengutamakan semangat
toleransi, muhibah dan kesepakatan. Dengan itu, terbentuklah masyarakat dengan rela hati
menjunjung perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Contohnya, Perkara
3(1) yang menetapkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, manakala agama lain bebas
diamalkan oleh pengaunut-penganutnya. . Aras 3
  Jelaslah di sini bahawa, pegangan agama yang kukuh membolehkan masyarakat yang
mengamalkan akhlak mulia seperti sentiasa bersikap baik,, tolong-menolong, taat setia dan
mengutamakan persefahaman mudah dibentuk.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like