Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Dasar Pendidikan

Kebangsaan
Ahli kumpulan:
Alice Wong Ling Kee
Chang Jia Qing
Chee Kar Fei
Chow Li Xue
Esther Tan Shin Siong
Ivy Ling Yien Qing
LATAR BELAKANG
➔ Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah berkembang tanpa
mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti
kebangsaan dan perpaduan negara.
➔ Dalam menuju kemerdekaan, kesedaran telah timbul dalam kalangan
pemimpin dan rakyat bahawa sistem sebelum ini sudah tidak relevan lagi
dengan adanya rakyat berbilang kaum di negara kita.
➔ Maka, lahirlah satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak, 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
➔ Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan kemudian dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran, 1961.
➔ Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974.
TUJUAN
● Menyediakan sistem pelajaran kebangsaan yang teratur
● Melahirkan insan berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan
harmonis
● Melahirkan warganegara yang berpengetahuan,
bertanggungjawab dan berkebolehan
● Mencapai taraf hidup yang lebih baik
● Mewujudkan satu masyarakat yang taat setia, bersatu padu dan
berdisiplin
TUJUAN
● Menyatukan sistem pelajaran
● Memperluaskan dan mengubahsuai rancangan pelajaran dan
latihan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
● Membaiki mutu pelajaran untuk bina masyarakat progresif
berlandaskan sains dan teknologi moden
● Membaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan
perlaksanaan
OBJEKTIF
- Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan
menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan
negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)
- Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan
(Akta Pelajaran - 1961)
- Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan
panjang, bersatu dan berdisplin
- Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf
antarabangsa
- Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains
dan teknologi semasa
Strategi Pelaksanaan
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
6. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan di kawasan luar bandar atau pendalaman
Strategi Pelaksanaan
7. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) yang berasaskan 4M. Matlamat untuk melahirkan


individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran
sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh
8. Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutamanya dalam bidang sastera gunaan dan
sains gunaan
9. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
10. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah
11. Menggalakkan aktiviti kokurikulum
Dasar Pendidikan Kebangsaan Sebelum Merdeka

1. Penyata Barnes 1950


2. Laporan Fenn Wu
3. Ordinan Pelajaran 1952

https://www.ipendidikan.my/dasar-
pendidikan-kebangsaan.html
Dasar Pendidikan Kebangsaan Selepas Merdeka

1. Dasar Pendidikan Negara


2. Laporan Abdul Razak 1957
3. Laporan Abdul Rahman Talib 1960
4. Akta Pelajaran 1961
5. Laporan Kabinet 1979 https://www.ipendidikan.my/dasar-
pendidikan-kebangsaan.html
Kesimpulan

Dasar Pendidikan Negara yang dikemukakan merupakan dasar-dasar


yang digubal untuk mencapai visi, misi dan matlamat pendidikan negara
kita. Namun begitu, dasar ini tertakluk kepada perubahan dasar utama
negara dan keperluan pendidikan semasa.
Sekian, Terima Kasih

You might also like