Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 51

SKSJ 3133: POLITIK EROPAH

PROGRAM SAINS POLITIK

PUSAT KAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN HAL


EHWAL ANTARABANGSA (SPHEA)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


(FSSK)

UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

P E N S YA R A H : A I N I FAT I H A H R O S L A M
E M E L : A I N I FAT I H A H @ YA H O O . C O M
TELEFON: +60129217150 1
PILIHANRAYA DAN PENGUNDIAN DI
EROPAH

2
PENGENALAN
• Parlimen Eropah merupakan sebuah institusi EU yang mempunyai kuasa
perundangan dan bajet.
• Parlimen berkuasa terhadap bajet EU sejak 1970-an dan memegang
hak veto terhadap pelantikan Suruhanjaya Eropah.
• Parlimen Eropah menjalankan fungsi perundangan secara triparti bersama
dengan Suruhanjaya Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah.
• Pilihanraya untuk Ahli Parlimen Eropah diadakan setiap 5 tahun sejak tahun
1979. Pilihanraya Parlimen Eropah tahun 2019 ialah Pilihanraya Parlimen
Eropah yang ke-9.

3
• Satu-satunya institusi parlimen yang dipilih secara
langsung di Kesatuan Eropah (EU). Bersama dengan Majlis Kesatuan
Eropah (Majlis), Parlimen ini membentuk cabang
perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai
salah satu kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia.
• Parlimen dan Majlis membentuk badan perundangan tertinggi dalam
lingkungan Kesatuan. 
• Parlimen ini terdiri daripada 751 orang Ahli Parlimen Eropah yang
berkhidmat kepada para pemilih demokratik kedua terbesar di dunia
dan para pengundi demokratik transnasional terbesar di dunia (512 juta
pengundi yang layak pada tahun 2019)

4
• Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan, iaitu Immeuble Louise
Weiss di Strasbourg, Perancis, untuk sesi pleno dan juga pusat rasmi;
• Kompleks Espace Léopold di Brussel, Belgium, yang menjadi tempat
mesyuarat persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno.
• Sekretariat Parlimen Eropah, iaitu badan pentadbiran Parlimen,
bertapak di Luxembourg.

5
KERUSI DAN BLOK POLITIK UTAMA
[BERDASARKAN PILIHANRAYA 2019]
• Kumpulan Parti Rakyat Eropah (EPP)
• Kumpulan Pakatan Progresif Sosialis dan Demokrat (S&D)
• Kumpulan Pakatan Liberal dan Demokrat untuk Eropah (ALDE-R)
• Kumpulan Hijau / Pakatan Bebas Eropah (Greens/EFA)
• Kumpulan Konservatif dan Reformis Eropah (ECR)
• Kumpulan Kebebasan Bangsa Eropah (ENF)
• Kumpulan Eropah Kebebasan dan Demokrasi Secara Langsung (EFDD)
• Kumpulan Kiri Bersatu Eropah / Kiri Hijau Nordik (GUE/NGL)

6
7
KUMPULAN PARTI RAKYAT EROPAH (EPP)
• Blok berhaluan kanan tradisional yang terdiri daripada parti-parti demokratik
kristian dan konservatif yang pro-EU, memperoleh sebanyak 179 kerusi.
• Walaupun masih kekal sebagai blok yang terbesar dalam Parlimen Eropah,
tetapi jumlah kerusinya telah merosot sebanyak 42 kerusi berbanding 221 yang
dikuasainya pada tahun 2014.
• Parti utama dalam EPP ialah Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) yang
sedang memerintah negara Jerman, Parti Rakyat Austria (ÖVP) dan Parti
Rakyat (PP) di Sepanyol

8
KUMPULAN PAKATAN PROGRESIF SOSIALIS DAN
DEMOKRAT (S&D)
• Blok berhaluan kiri tengah yang terdiri daripada parti-parti demokrat sosial
yang bergabung dalam Parti Sosialis Eropah (PES), masih kekal sebagai blok
kedua besar, tetapi kerusinya berkurang sebanyak 38 berbanding tahun 2014,
menjadi hanya 153 kerusi dalam Parlimen Eropah.
• Parti utama dalam PES ialah Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD), Parti
Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) dan Parti Buruh di UK.

9
KUMP ULAN PAKATAN LIBERAL DAN DEMOKRAT UNTUK EROPAH
(ALDE-R)

• Blok liberal dan berhaluan tengah yang terdiri daripada parti-parti yang
bergabung dalam Parti Pakatan Liberal dan Demokrat untuk Eropah
(ALDE) dan Parti Demokratik Eropah (EDP), muncul sebagai blok ketiga
besar.
• Setelah berjaya memenangi 105 kerusi, bertambah sebanyak 38 kerusi
berbanding tahun 2014.
• ALDE-R disertai oleh parti-parti berhaluan tengah yang pro-EU dan pro-
pasaran bebas, dengan parti utamanya termasuk Demokrat Liberal (Lib Dems)
di UK, Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD) di Belgium dan
Republik Maju Ke Hadapan! (En Marche!) di Perancis.

10
KUMPULAN HIJAU / PAKATAN BEBAS EROPAH
(GREENS/EFA)

• Blok cenderung ke kiri yang terdiri daripada parti-parti hijau dan parti-parti


berfahaman kedaerahan (regionalism) serta liberal kiri, menguasai sebanyak 69
kerusi, bertambah 19 kerusi, menjadikannya blok keempat besar dalam
Parlimen Eropah.
• Parti utama dalam Kumpulan Greens/EFA ini ialah Pakatan ’90/Hijau (Grüne)
di Jerman, Parti Nasional Scotland (SNP) di UK dan Parti Hijau England dan
Wales (GPEW) di UK.

11
KUMPULAN KONSERVATIF DAN REFORMIS EROPAH (ECR)

• Blok berhaluan kanan yang lebih kritikal terhadap EU atau Euroskeptik,


menduduki tangga kelima dengan 63 kerusi, berkurang 7 kerusi berbanding
tahun 2014.
• Parti utama dalam blok ini ialah Parti Konservatif di UK dan “Undang-Undang
dan Keadilan” (PiS) di Poland.

12
KUMPULAN KEBEBASAN BANGSA EROPAH (ENF)

• Blok pelampau kanan yang terdiri daripada parti-parti nasionalis kanan yang
anti-migran, memperoleh sebanyak 58 kerusi. Parti utama dalam blok ini ialah
Perhimpunan Nasional (RN) di Perancis, Liga Utara (Lega) di Itali dan Parti
untuk Kebebasan (PVV) di Belanda.

13
EROPAH KEBEBASAN DAN DEMOKRASI SECARA
LANGSUNG (EFDD)

• Blok populis yang Euroskeptik dan xenofobik, memenangi sebanyak 54 kerusi,


bertambah sebanyak 6 kerusi berbanding tahun 2014.
• Parti utama dalam blok ini ialah Parti Brexit di UK, Gerakan Lima Bintang
(M5S) di Itali dan Alternatif untuk Jerman (AfD).

14
KUMPULAN KIRI BERSATU EROPAH / KIRI HIJAU
NORDIK (GUE/NGL)

• Satu-satunya blok berhaluan kiri yang terdiri daripada parti-parti sosialis dan
komunis yang kritikal terhadap kapitalisme, hanya berjaya memperoleh 38
kerusi, berkurang sebanyak 14 kerusi berbanding 52 kerusi yang dimenangi
pada tahun 2014.
• Parti utama dalam GUE/NGL ialah Parti Kiri (Die Linke) di Jerman, Gabungan
Kiri Radikal (Syriza) di Greece, Podemos di Sepanyol dan Sinn Féin di Ireland.

15
POSISI SPEKTRUM POLITIK

16
KRISIS KEPARTIAN DI EROPAH
[BERDASARKAN PILIHANRAYA 2019]

17
KEKALAHAN PARTI BESAR
• Parti-parti tradisional yang besar di Eropah yang memerintah Eropah secara
bergilir-gilir sejak Perang Dunia II, telah mengalami kekalahan yang teruk di
peringkat benua Eropah.
• Kedua-dua EPP dan S&D, walaupun masih kekal sebagai dua blok yang
terbesar, tetapi sokongan yang diperolehi dan kerusi yang dikuasai mereka telah
merosot.
• Penguasaan kerusi oleh Les Républicains, Parti anggota EPP di Perancis,
merosot dari 19 kepada 8.
• Di UK, Parti Konservatif yang masih memerintah telah hilang sebanyak 15
kerusi dan tinggal 4 kerusi dalam Parlimen Eropah.

18
• Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Parlimen Eropah, jumlah kerusi yang
dikuasai oleh dua blok yang terbesar tidak mencukupi untuk membentuk
majoriti (376 kerusi diperlukan).
• Oleh sebab pengagihan kerusi yang berpecah dalam Parlimen Eropah, kedua-
dua blok terbesar memerlukan sokongan daripada kumpulan ALDE yang
liberal dan daripada kumpulan Hijau, untuk membentuk satu pakatan pro-EU
yang berspektrum politik lebih luas.

19
KEBANGKITAN BLOK HIJAU
• Greens/EFA mencatatkan rekod pencapaiannya yang terbaik dalam sejarah
Pilihanraya Parlimen Eropah.
• Di Jerman, Parti Hijau hampir menggandakan kerusinya (bertambah dari 11 ke
21), meletakkannya di tempat kedua selepas parti pemerintah CDU. Pencapaian
Parti Hijau di Perancis juga memberangsangkan. Namun, parti hijau tidak
memenangi apa-apa kerusi di Eropah Timur dan Selatan.
• Kebangkitan parti-parti hijau di Eropah berkait rapat dengan gerakan alam
sekitar yang semakin hebat khususnya di benua Eropah. Berbeza dengan parti-
parti dalam blok Kiri yang mengambil pendirian yang lebih kritikal terhadap
EU, blok Hijau mengambil posisi yang pro-EU.

20
• Walaupun prestasi EPP dan S&D yang merosot dengan hebat, tetapi 4 blok pro-
EU yang utama (EPP. S&D, ALDE-R dan Greens/EFA) telah menguasai lebih
500 kerusi dalam Parlimen Eropah, membentuk majoriti yang agak selesa
untuk parti-parti yang pro-EU.
• Selain kebangkitan blok Hijau, penambahan kerusi daripada ALDE-R,
khususnya parti En Marche! yang dipimpin Emmanuel Macron di Perancis
dan Lib Dems di UK, telah memberi keyakinan hebat kepada puak pro-EU.
• Namun, blok liberal yang memainkan peranan penentu dalam Parlimen Eropah
yang berpecah-pecah, pastinya akan mengambil kesempatan untuk mendesak
lebih banyak dasar-dasar neo-liberal yang pro-bisnes tetapi mengancam
kepentingan kelas pekerja.

21
ANCAMAN POLITIK PELAMPAU
• Ancaman politik pelampau kanan masih tidak kurang hebat dengan
kemenangan besar parti berhaluan kanan di Itali, Hungary dan Poland.
• Namun begitu, penguasaan kerusi puak pelampau kanan tidak sehebat yang
diramalkan sebelum pilihanraya. Jumlah kerusi yang dikuasai oleh dua blok
populis kanan dan pelampau kanan, EFDD dan ENF, ialah 112. 
• Lega di Itali yang dipimpin oleh Matteo Salvini bertambah sebanyak 23 kerusi,
menyumbang kepada peningkatan kerusi yang dikuasai parti pelampau kanan
yang Euroskeptik.

22
• Krisis ekonomi akan berterusan dan polarisasi politik di kebanyakan negara di
Eropah membentuk senario politik di Eropah kini yang penuh dengan
perpecahan. Golongan yang kononnya berhaluan tengah (kumpulan ALDE-R)
yang mendapat peningkatan sokongan sebenarnya hanya akan meneruskan
dasar ekonomi neo-liberal yang tidak membantu dalam merapatkan jurang
kekayaan yang melebar.
• Ancaman kuasa pelampau kanan, walaupun tidak sehebat yang diramalkan
dalam keputusan Pilihanraya Parlimen Eropah, tetapi kewujudan
perwakilannya dalam jumlah yang signifikan bukannya sesuatu yang boleh
dibiarkan begitu sahaja. Kuasa kiri pula menghadapi cabaran hebat untuk
membina semula kekuatan kelas pekerja.

23
KEPUTUSAN PILIHANRAYA DI EROPAH

24
UK
• Dua parti utama, Parti Konservatif dan Parti Buruh, telah mengalami kekalahan
yang teruk.
• Parti Konservatif mencatatklan keputusan paling teruknya dalam sejarah dari
segi perolehan undi, apabila ia hanya meraih sebanyak 8.8% undi popular dan
hanya mendapat 4 daripada 73 kerusi Parlimen Eropah untuk UK, sesuatu yang
amat sukar untuk dibayangkan bagi sebuah parti yang masih memerintah UK.

25
• Parti pembangkang utama UK, Parti Buruh, juga tidak kurang kegagalannya
dalam Pilihanraya Parlimen Eropah kali ini, apabila hanya menang 10 kerusi
dengan undi popular 13.7%.
• Kedua-dua parti ini dihukum oleh pengundi daripada kedua-dua spektrum pro-
Brexit dan anti-Brexit, kerana kegagalan mereka dalam mengemukakan
penyelesaian yang berkesan dalam isu penarikan diri UK daripada EU (ataupun
dikenali sebagai Brexit).

26
• Satu referendum mengenai Brexit telah diadakan pada 23 Jun 2016 dengan
51.9% undi menyokong UK keluar dari EU.
• Isu berkaitan dengan perjanjian untuk Brexit tidak dapat diselesaikan kerana
perbezaan pendirian di kalangan perwakilan dalam parlimen dan juga
perbezaan pendapat di kalangan ahli politik dalam dua parti yang utama.
• Satu kempen yang bergelar “Undi Rakyat” (People’s Vote) sejak tahun lepas
dengan seruan untuk mengadakan satu undian awam (referendum) mengenai
perjanjian Brexit yang muktamad antara UK dengan EU, telah mendapat
sambutan hebat. 

27
• Lebih 1 juta orang menyertai satu perarakan besar-besaran di London pada 23
Mac 2019, untuk menyatakan sokongan terhadap referendum Brexit yang
kedua, di mana ia tidak dipersetujui oleh pimpinan kedua-dua parti utama (Parti
Konservatif dan Parti Buruh).
• Ramai penyokong EU dalam kedua-dua parti utama telah mengalihkan
sokongan mereka kepada parti-parti pro-EU seperti Lib Dems, Parti Hijau dan
Parti Nasional Scotland.

28
• Parti Brexit pimpinan Nigel Farage, sebuah parti pelampau kanan yang
menyebarkan fahaman xenofobia dan anti-migran, menjadi pemenang terbesar
dengan mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi pro-Brexit,
sementara Lib Dems mendapat faedah daripada pengundi anti-Brexit.

• Parti Brexit meraih sebanyak lebih 5 juta undi (30.5%) dan memenangi 29
kerusi, menjadikan parti yang baru ditubuhkan 6 bulan ini parti UK yang
terbesar dalam Parlimen Eropah. 

29
• Lib Dems pula meraih sebanyak lebih 3 juta undi (19.6%), dan berjaya
mendapat 16 kerusi (bertambah sebanyak 15 kerusi), menjadikannya parti UK
yang mempunyai kerusi Parlimen Eropah yang kedua banyak.

• Parti Hijau pula mendapat hampir 11.8% undi dan memenangi 7 kerusi,
membolehkan ia menduduki tangga ke-4 di belakang Parti Buruh.

30
• Pendirian Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn yang dianggap tidak jelas
dalam isu Brexit dan keengganannya untuk menyokong referendum kedua
mengenai isu Brexit, telah menyebabkan Parti Buruh kehilangan banyak
sokongan kepada Lib Dems dan Parti Hijau, sementara pengundi Parti Buruh
yang pro-Brexit pula mengalihkan sokongan kepada Parti Brexit. Jeremy
Corbyn yang turut menghadapi tekanan dalam Parti Buruh telah memberikan
isyarat untuk mempertimbangkan sokongan bagi referendum kedua.

31
PERANCIS
• Parti pelampau kanan Rassemblement National yang dipimpin oleh Marine Le
Pen, walaupun kekal sebagai parti terbesar di Perancis dalam Parlimen Eropah,
tetapi telah kurang satu kerusi menjadikannya hanya mendapat 23 kerusi
dengan 23.33% undi (merosot 1.54 titik peratusan).
• Gabungan La République En Marche! (REM) pimpinan Presiden Perancis
Emmanuel Macron dengan parti berhaluan tengah Mouvement
Démocrate (MoDem), juga mendapat 23 kerusi tetapi dengan perolehan undi
yang lebih rendah (22.41%).

32
• Jean-Luc Mélenchon yang menduduki tempat keempat dalam pililhanraya
presiden pada tahun 2017 dengan undi sebanyak 19.58%, hanya berjaya
mendapatkan 6.31% undi untuk La France Insoumise (FI) yang dipimpinnya
dalam Pilihanraya Parlimen Eropah kali ini.

33
• Menurut analisis akhbar Libération, majoriti yang aktif dalam gerakan Jaket
Kuning (Gilet Jaunes) yang tercetus sejak bulan November 2018, mengundi
untuk parti pelampau kanan Rassemblement National, bukannya La France
Insoumise yang menawarkan alternatif kiri.

• Parti Hijau di Perancis, Europe Écologie Les Verts (EELV), mencapai


keputusan pilihanrayanya yang terbaik apabila mendapat 13 kerusi dengan
13.48% undi.

34
JERMAN

• Walaupun parti pemerintahan Kesatuan Demokratik Kristian (CDU)


berkurangan sebanyak 6 kerusi berbanding tahun 2014, tetapi masih kekal
sebagai parti Jerman terbesar dalam Parlimen Eropah dengan 23 kerusi.
• Bersama dengan sekutunya Kesatuan Sosial Kristian (CSU) di Bavaria, blok
EPP di Jerman menguasai sebanyak 29 kerusi dengan 28.86% undi.

35
• Parti hijau, Bündnis 90/Die Grünen (Grüne), mencatatkan keputusan
pilihanraya terbaik dalam sejarahnya, apabila meraih sebanyak 20.53% undi
dan memenangi sebanyak 21 kerusi.
• Ska Keller, pemimpin utama Grüne dalam Parlimen Eropah, berkata, “Semua
orang selalu bercakap tentang pelampau kanan, dan ya, memang mereka satu
ancaman besar, tetapi terdapat juga perkara lain yang sedang berlaku – mogok
iklim, perarakan yang pro-Eropah, gerakan anti-korupsi. Ini menunjukkan
bahawa terdapatnya Eropah yang satu lagi ini yang perlu kita memberi lebih
banyak perhatian.”

36
• Parti pelampau kanan, Alternative für Deutschland (AfD), walaupun berjaya
menambahkan kerusinya dari 7 pada tahun 2014 kepada 11, dengan 10.97%,
namun keputusan ini tidak sehebat yang diramalkan sebelum ini.
• Parti pelampau kanan yang homofobik, islamofobik, xenofobik dan
berfahaman nasionalis sempit ini, memperoleh 12.6% undi dalam pilihanraya
umum Jerman pada tahun 2017, dan menjadi ancaman utama kepada
masyarakat demokrasi di Eropah. Pencapaian AfD yang tidak begitu hebat
seperti diramalkan, memberi sedikit kelegaan kepada masyarakat Eropah yang
bimbang tentang kemaraan pelampau kanan, tetapi ancaman daripadanya masih
tidak boleh dipandang ringan.

37
• Parti Demokrasi Sosial Jerman (SPD) hanya memperoleh 16 kerusi (kurang
sebanyak 11) dengan 15.82% undi (merosot sebanyak 11.4%), menjadikannya
parti yang mengalami kekalahan paling teruk di Jerman dalam Pilihanraya
Eropah kali ini.

• Die Linke di Jerman memperoleh keputusan yang mengecewakan apabila


hanya meraih sebanyak 5.50% undi dan menguasai 5 kerusi sahaja. Sokongan
kepada Die Linke telah merosot sebanyak 1.9 titik peratusan berbanding 7.4%
pada tahun 2014, dan jauh rendah berbanding 9.2% undi yang diperolehinya
dalam Pilihanraya Persekutuan Jerman pada tahun 2017.

38
ITALI
• Parti pelampau kanan Lega Nord (LN) yang dipimpin oleh Timbalan Perdana
Menteri Itali Matteo Salvini, muncul sebagai parti Itali yang terbesar dalam
Parlimen Eropah setelah meraih 34.33% undi dan memenangi 28 kerusi.
• Sementara itu, parti populis yang bersekutu dengan LN dalam membentuk
kerajaan campuran, Gerakan Lima Bintang (M5S) yang dipimpin oleh seorang
lagi Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio, menduduki tangga ketiga
dengan 14 kerusi (17.07% undi).
• M5S merupakan parti terbesar dalam Parlimen Itali sekarang ini, sementara
Lega ialah parti ketiga besar; namun kedudukan kedua-dua parti ini saling
bertukar dalam Pilihanraya Parlimen Eropah kali ini.

39
• Parti berhaluan kiri tengah, Parti Demokratik (PD), hilang sebanyak 12 kerusi
dengan hanya mendapat 19 kerusi (22.74% undi, merosot sebanyak 18.03 titik
peratusan).
• Parti berhaluan kiri, La Sinistra (LN), yang merupakan pengganti
kepada L’Altra Europa yang menang 3 kerusi pada tahun 2014, gagal mendapat
apa-apa kerusi. Gerakan kiri di Itali yang selalu berpecah telah melemahkan
prestasi parti berhaluan kiri dalam pilihanraya di Itali.

40
SEPANYOL
• Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh Perdana Menteri
Pedro Sánchez, berjaya menguasai 20 kerusi (tambah 6 kerusi berbanding
tahun 2014) dengan 32.84% undi. Parti berhaluan kanan yang merupakan
pesaing tradisional kepada PSOE, Parti Rakyat (PP), menduduki tangga kedua
dengan 12 kerusi (kurang 4 kerusi).
• Unidas Podemos cambiar Europa, gabungan berhaluan kiri yang terdiri
daripada Podemos, Izquierda Unida (IU), En Comú Podem, Equo dan Batzarre,
hanya menguasai 6 kerusi dengan 10.05% undi, sekadar menduduki tangga ke-
4. Daripada 6 kerusi ini, 5 akan bergabung dalam blok GUE/NGL sementara
satu lagi (kerusi Equo) akan bergabung dalam blok Hijau/EFA.

41
• Blok kiri di Sepanyol mendapat 11 kerusi pada tahun 2014 (5 daripada
Podemos dan 6 daripada La Izquierda Plural yang diterajui IU), maka
keputusan kali ini agak mengecewakan untuk kuasa kiri di Sepanyol.

• Parti anti-kemerdekaan Catalonia Ciudadanos (Cs) menduduki tangga ketiga


dengan 7 kerusi (12.17% undi), sementara parti pelampau kanan Vox mendapat
3 kerusi dengan 6.20% undi (walaupun mendapat 10.3% undi dalam
pilihanraya umum pada akhir bulan April 2019).

• Imbangan kuasa yang menjurus ke haluan kiri dalam pilihanraya umum


Sepanyol, telah bertukar menjurus ke haluan kanan dalam Pilihanraya Parlimen
Eropah.

42
GREECE
• Parti kiri yang mentadbir Greece, Gabungan Kiri Radikal (SYRIZA) yang
dipimpin Alexis Tsipras, telah mengumumkan pilihanraya awal selepas parti
tersebut gagal mendapat kerusi terbanyak dalam Pilihanraya Parlimen Eropah
di Greece.
• SYRIZA hanya mendapat 6 kerusi dengan 23.78% undi, menduduk tangga
kedua di belakang Nea Dimokratia (ND), parti tradisional berhaluan kanan,
yang mendapat 8 kerusi dengan 33.11% undi.

43
• SYRIZA menang dalam pilihanraya umum Greece pada bulan Januari 2015
dengan platform menentang dasar penjimatan (austerity) yang dipaksakan oleh
EU, dan membentuk kerajaan campuran untuk memerintah Greece sehingga
ketika ini.
• Namun, kerajaan SYRIZA terpaksa tunduk di bawah tekanan hebat daripada
kekuasan EU untuk menerima perjanjian yang meneruskan dasar penjimatan,
walaupun referendum pada bulan Julai 2015 menolak sebarang perjanjian
dengan EU yang melaksanakan dasar penjimatan.
• Seluruh kelas pemerintah Eropah tidak mahu Greece mewujudkan alternatif
kiri yang membebaskan rakyat daripada cengkaman sistem kapitalis.

44
• Parti Komunis Greece (KKE) yang tidak menyertai mana-mana blok dalam
Parlimen Eropah, mampu mengekalkan 2 kerusinya dalam Parlimen Eropah.
• Parti pelampau kanan “Fajar Emas” yang meraih 9.39% undi dan memenangi 3
kerusi pada tahun 2014, telah menurun sokongannya kepada 4.88% dan hanya
mendapat 2 kerusi dalam Pilihanraya Parlimen Eropah kali ini.

45
RUMUSAN
• Parlimen Eropah ialah satu-satunya institusi parlimen yang dipilih secara
langsung di Kesatuan Eropah.
• Bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah, Parlimen ini membentuk cabang
perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai salah
satu kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia.
• Peranan utama Parlimen Eropah adalah;
i) Membahaskan dan meluluskan Undang-undang Eropah (European Law)
ii) Mengawasi Institusi Kesatuan Eropah
iii) Membahaskan dan meluluskan belanjawan EU.

46
• Peratusan keluar mengundi untuk Pilihanraya Parlimen Eropah 2019 ialah
50.97%, satu peratusan yang paling tinggi sejak tahun 1994. Peratusan keluar
mengundi untuk Pilihanraya Parlimen Eropah telah semakin merosot setiap kali
sejak ia mula diadakan pada tahun 1979 (61.99%), dan jatuh di bawah paras
50% mulai tahun 1999, dengan kadar terendahnya pada tahun 2014 (42.54%).
Peningkatan dalam peratusan keluar mengundi kali ini telah mengubah trend
kemerosotan penglibatan pengundi dalam Pilihanraya Parlimen Eropah.

47
• Belgium mencatatkan peratusan keluar mengundi yang tertinggi, iaitu 88.47%,
diikuti dengan Luxembourg (84.10%), Malta (72.70%), Denmark (66.00%) dan
Sepanyol (64.30%). Belgium telah mengadakan Pilihanraya Persekutuan dan
Pilihanraya Wilayah pada hari yang sama dengan Pilihanraya Parlimen Eropah
di negara itu.
• Peratusan keluar mengundi yang terendah dicatatkan oleh Slovakia yang hanya
mencapai 22.74%, sementara Slovenia (28.32%), Republik Czech (28.72%)
dan Croatia (29.86%).

48
• Dengan mengambl perkiraan Pilihanraya Parlimen Eropah 2019, penurunan
sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan
dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri-tengah.
• sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan
pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan
alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan.
• Cabaran untuk blok kiri pula semakin hebat dengan kerusi yang kurang.

49
• Bagi kuasa blok nasionalis berhaluan pelampau kanan tidak sebegitu hebat
seperti yang dihebohkan tetapi ancamannya masih ketara dengan parti-parti
pelampau kanan meraih kerusi terbanyak di Perancis, Itali, Hungary dan
Britain.

50
TERIMA KASIH

51

You might also like