Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 52

TEORI KOGNITIF:

WOLFGANG
KOHLER
AHMAD SYUKRAN BIN RAZAK @
ABDUL RAZAK
NOORAFI SAIFUL BIN MOHD.NOR
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
 Teori ini lebih menekankan kepada proses mental.
 Aspek proses mental ini termasuk :
 Membuat keputusan
 Penyelesaian masalah
 Menganalisis

 Menilai

 Meningkat
 Antara pelapor teori pembelajaran kognitif
ialah:
 Noam Chomsky
 Jerome Bruner
 Robert M.Gagne
 David Ausubel
 Wolfgang Kohler
KONSEP TEORI
PEMBELAJARAN KOGNITIF
 Menekankan proses mental ( penyelesaian masalah,
ingatan, bahasa)
 Celik akal merupakan kebolehan seseorang mengamati
atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah
mengaitkan unsur-unsur yang relevan.
 Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran
kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap
perkembangan kognitif iaitu sensori motor, praoperasi,
operasi konkrit dan operasi formal
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
 Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi
motif atau objektif tertentu dan bukan aktiviti atau proses
cuba-jaya sahaja.
 Pembelajaran ialah suatu pemprosesan maklumat di alam
sekitar.
 Pembelajaran dan pengalaman yang sedia ada adalah amat
penting untuk pembelajaran.
 Pembelajaran utama adalah berasaskan kepada struktur
kognitif dan kesedarannya terhadap kewujudan rangsangan-
rangsangan baru.
WOLFGANG KOHLER
 Adalah seorang ahli psikologi dan merupakan
pengasas psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka.
 Beliau telah mengemukakan jenis pembelajaran
celik akal.
 Beliau telah menggunakan cipanzi sebagai subjek
kajian.
 Antara nama cipanzi yang menjadi bahan kajian
Kohler ialah Chica,Grande,Konsul ,Rana dan Sultan.
 Beliau telah menebitkan dapatan-dapatan
kajian beliau di dalam buku berjudul The
Mentalitv of Apes pada tahun 1924.
 Antara dapatan beliau yang menarik adalah
haiwan akan berusaha untuk mencari perkaitan
yang menuju ke arah penyelesaian apabila
berdepan dengan situasi yang bermasalah.
 Oleh itu,boleh dikatakan bahawa haiwan sama
seperti manusia,berupaya memperoleh
pembelajaran celik akal iaitu penyelesaian
terhadap masalah yang mereka hadapi.
TEORI PEMBELAJARAN CELIK AKAL
WOLFGANG KOHLER (1887-1967)

 Mengkaji tingkahlaku cimpanzi menyelesaikan


masalah.
 Hasil kajiannya ditulis dalam buku bertajuk
“The Mentality of Apes” pada tahun 1925
 Bagi membentuk teori Gesalt beliau
menjalankan dua eksperimen dengan
menggunakan cimpanzi
EKSPERIMEN 1 KOHLER
 Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2
batang buluh di dalam sangkar seekor cimpanzi yang
bernama Sultan.
 Setiap 1 buluh yang disediakan itu tidak cukup
panjang untuk sampai ke pisang itu.
 Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-
dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang
untuk mencapai pisang tersebut.
EKSPERIMEN 2 KOHLER
 Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar
yang mengandungi beberapa kotak.
 Pisang digantung di bumbung sangkar.
 Mula–mula haiwan itu melompat-lompat untuk
mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya.
 Cimpazi tersebut berhenti sejenak, kemudian
menyusun kotak-kotak itu.
 Akhirnya sultan memanjat dan melompat dari atas
kotak serta berjaya mencapai pisang tersebut.
KESIMPULAN KAJIAN
KOHLER
 Haiwan seperti cimpanzi belajar melalui proses kognisi
 Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada
persepsi haiwan terhadap masalah yang sesuai
 Tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata.
 Setelah satu masalah diselesaikan, maka lebih mudah
untuk menyelesaikan masalah yang serupa
 Bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat
pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar
berbanding dengan haiwan lain.
PRINSIP PEMBELAJARAN
CELIK AKAL KOHLER
 Penyelesaian masalah yang dihadapi sering
diperoleh secara mendadak iaitu apabila kita
tidak asyik memikirkan tentang masalah
tersebut
 Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari
dan berpegang kepada perhubungan 2
perkara
4.1.2
 Berdasarkan teori tersebut ,huraikan
bagaimana guru boleh menggunakan
pembelajaran celik akal dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF TERHADAP P&P
 Murid perlu diberi peluang untuk “menemui” perhubungan
(penemuan kendiri)
 Guru sebagai fasilitator
 Guru perlu peka terhadap mod pembelajaran murid yang berbeza
(enaktif/ikonik/simbolik)
 Murid perlu dibekalkan dgn bahan pembelajaran, aktiviti, alatan yg
selaras dgn tahap kebolehan kognitif mereka.
 Murid – murid menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi
membantu dalam proses pembelajaran
 Membantu murid-murid mengingati semula
BAGAIMANA GURU BOLEH
MENGGALAKKAN PEMIKIRAN CELIK
AKAL MURID?
 Menggunakan perbendaharaan kata yang jelas dan mudah difahami.

 P&p yang dijalankan mempunyai daya tarikan dengan gambar,audio

dan pengalaman langsung pelajar.

 Pengajaran yang dilakukan haruslah mempunyai urutan

kesinambungan.

 Guru menggalakkan pemikiran kritikal dengan memberi panduan

dan bimbingan berbanding penerangan yang terlalu banyak.

 Menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar

 Guru mempermudahkan bahan p&p supaya murid mudah faham


ROBERT M.GAGNE
BIODATA ROBERT M.GAGNE
 Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun

1916 dan merupakan ahli psikologi eksperimental

yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran

serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan

yang lain.

 Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang

psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas

menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat

(hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah

kepada peringkat paling kompleks.


 Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan
kognitif untuk mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke
dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kecerdasan
(intelektual), strategi kognitif, maklumat berbahasa,
kemahiran motor dan sikap.
 Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai
kemahiran kecerdasandan tiap-tiap satunya adalah syarat
mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya.
Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran
diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah
menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk
konsep.
 4.2.1huraikan lima jenis
pembelajaran yang dikemukakan
oleh Gange, dimana ianya perlu
diusahakan oleh guru-guru untuk
memastikan keberkesanan proses
pembelajaran murid-murid.
LIMA PERINGKAT
PEMBELAJARAN GAGNE
• Kebolehan menggunakan simbol,
Maklumat label dan fakta dalam
lisan pembelajaran

• Mencari pendekatan untuk


Kemahiran memperbaiki proses
Intelek pembelajaran dan pemikiran

• Kebolehan memproses maklumat


Strategi dan menyelesaikan masalah
Kognitif (menguasai prosesnya).
• Memanipulasi dan kordinasi
Kemahira fizikal. Contohnya : menulis,
n Motor berenang.

• Mempamerkan tingkah laku


dan tindakan  (didedahkan
Sikap kepada role model dan  
perbincangan yang berhemah
dan menarik
LAPAN SYARAT
PEMBELAJARAN GAGNE
Pembelajaran
Pembelajaran rangsangan melalui
isyarat gerak balas rangkaian

Penyelesaian
hukum masalah
Pertalian
bahasa

konsep diskriminasi
PEMBELAJARAN ISYARAT
 Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak

sengaja.

 Ia adalah hasil tindak balas ransangan luar dan individu

akan mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.

 Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu

dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai

pelbagai rangsangan dan bergerak balas kepada

rangsangan.

 Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku.


 Contohnya : apabila pelajar mendengar loceng
sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi,
mereka mengetahui bahawa masa rehat telah
tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah
dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa
rehat. Oleh itu rangsangan positif akan
menyeronokkan pembelajaran dan rangsangan
negatif boleh mendesakkan pembelajaran.
PEMBELAJARAN RANSANGAN
– TINDAK BALAS
 Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan
penting dan perlu dititiberatkan.
 Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak
balas terhadap rangsangan luar.
 Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang
khusus terhadap rangsangan yang dikenalpastikan.
 Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran
berupa diskriminasikan terhadap rangsangan betul atau
salah.
 Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar
dapat bertindak balas terhadap ransangan luar
mengikut kehendaknya.
 Contohnya, guru memberi peneguhan kerana
kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik,
untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi
akan cuba menulis dengan lebih baik lagi
untuk mendapat pujian gurunya.
PEMBELAJARAN MELALUI
RANGKAIAN
 Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa rangsangan yang

menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan.

 Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran

seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya.

 Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk

melengkapi tugasan yang dijalankan.

 Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan

menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang

binokular di hadapan mata, menuju binocular itu ke arah objek itu dan

menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas.


 Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke
peringkat yang seterusnya.

 Contohnya, seorang guru yang mengajar bola jaring perlu


mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti
 Kemahiran menghantar bola
 Kemahiran menerima bola
 Kemahiran menjaringkan bola

 Kemahiran dan urutan daripada peringkat pertama akan


menjadi rangsangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam
pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya
kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.
PERTALIAN BAHASA
 Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih
daripada satu rangsangan untuk menghasilkan tindak balas.
 Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa
yang telah dipelajari dahulu.
 Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan
kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian
berbahasa.
 Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa
yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting
untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.
PEMBELAJARAN DISKRIMINASI
 Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat
membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk
menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus.
 Dengan perkataan lain dalam satu set pertalian atau
rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan
kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan
dari satu sama lain.
 Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan
tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang
berbeza walaupun kecil.
 Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan
dengan ciri-ciri yang jelas pada objek.
 Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar
membezakan sejenis haiwan dengan haiwan
yang lain seperti reptilia dengan mamalia.
 Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang
membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.
PEMBELAJARAN KONSEP
 Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan

ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya.

 Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu

dalam sesuatu konsep yang dipelajari.

 Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran

melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi.

 Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas.

 Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui

tentang beberapa ciri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan

perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.


PEMBELAJARAN HUKUM
 Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep

yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis

pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan

generalisasi.

 Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan

pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai

contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi

tambah dan operasi darab.

 Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan

hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian

masalah.
 Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran
hukum :
1. Memberi maklumat yang betul

2. Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep

3. Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan


rangkaian konsep yang berkaitan.

4. Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah


dipelajari.

5. Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-


hukum yang telah dipelajari.
PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH
 Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus
generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.
 Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan
membuat penyelesaian sendiri.
 Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan
kompleks.
 Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum
peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah.
 Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam
proses penyelesaian masalah iaitu :
 Mengenal masalah
 Mencari maklumat
 Membuat hipotesis
 Memilih cara menyelesaikan masalah
 Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian).
 Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak).
4.2.2 Berdasarkan teori
pembelajaran tersebut, analisis
sebab-sebab guru kurang
mendapat respon daripada murid-
murid semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
SEBAB - SEBAB GURU KURANG MENDAPAT
RESPON DARI MURID SEMASA PROSES
PEMBELAJARAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


yang tidak menarik atau tiada set
induksi.

Bahan bantu mengajar tidak


menarik dan tidak sesuai.

Gangguan persekitara seperti


Perbualan rakan dan Bunyi dari luar
Daya ingatan yang lemah

Penglibatan murid yang pasif


dalam pengajaran dan
pembelajaran

Penyampaian guru yang tidak


berkesan seperti suara perlahan
atau teknik pengajaran yang
tidak sesuai
 4.2.3 Syorkan sekurang-
kurangnya lima cara guru
dapat mengatasi masalah
tersebut.
LIMA CARA GURU MENGATASI MURID KURANG
MEMBERI RESPON

Guru mempelbagaikan aktiviti dan


membuat set induksi yang menarik.

• Memberi peluang murid untuk bersoal jawab


dengan guru.

Guru menyediakan bahan bantu mengajar


yang menarik dari segi saiz warna dan
bentuk.
• Murid tidak bosan.
Guru perlu sedar bahawa terdapat murid- murid yang
mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza
sama ada enaktif, ikonik atau simbolik.

Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan


pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan
selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.

5. Guru menggunakan ton suara yang berbeza


IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF DALAM PROSES P&P
 Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

 Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan

perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.

 Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada

untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

 Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman

sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam

menyelesaikan masalah.
 Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus

memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.

 Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada

proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan

kanak-kanak semula.

 Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan

pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses

pembelajaran.

 Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang

ingatan kanak-kanak semula.


 Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di

alam persekolahan mereka akan melalui

pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau

pun pengetahuan yang sedia ada.

 Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira.

 Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah

dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan

bagi kanak-kanak tersebut.


 Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah

membantu murid-murid mengingat semula.

 Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada

perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir

dari peringkat bayi sehingga ia dewasa.

 Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif

yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan

memperkembangkan teori mereka masing-masing.

 Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut

tahap atau pun tingkat umur mereka.


 Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-

kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka.

 Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi

pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan

dengan dunia.

 Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui

zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid

semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama

ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki

ketika di prasekolah.
SEKIAN, TERIMA KASIH =)

You might also like