Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KESAMARATAAN

PELUANG PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
PENDALAMAN dan KUMPULAN MINORITI
KUMPULAN MINORITI
• Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil.
• Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhii kumpulan-kumpulan etnik yang lain.
• Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan itu, contohnya masyarakat
pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya.
• Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan
daripada ibu bapa mereka.
• Selain itu terdapat juga kumpulan minoriti di sekolah yang boleh diklasifikasikan mengikut
kategori tertentu.
• Antara kumpulan minoriti yang boleh dikategorikan adalah yang bersifat negative seperti yang
suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, merokok, budaya lepak, gengterisme dan lain-
lain lagi.
• Mereka ini menjadi kumpulan minoriti yang mempunyai tingkah laku bermasalah sehingga
mampu mengugat keharmonian disiplin sekolah
• Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternative kepada kumpulan minoriti
ini supaya mereka tidak terus mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di
sekolah.
• Bagi kumpulan yang bersifat positif pula adalah seperti kumpulan ulat buku, suka
cari maklumat di Internet, kumpulan yang cenderung dengan aktiviti keagamaan
dan kumpulan sukarela membantu pihak sekolah.
• Kumpulan ini juga kumpulan minoriti yang jarang diberi perhatian oleh pihak
sekolah.
• Mereka lebih suka bergerak dalam kumpulan kecil dan kadang-kadang tidak
disedari oleh guru dan pihak sekolah
• Semua kumpulanminoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka terus tercicir
dalam arus pendidikan.
• Di samping itu juga perhatian yang diberikan akan berupaya mengelakkan
kumpulan minoriti berkenaan daripada terus mendominasi situasi dan seterusnya
kelak dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana
pembelajaran di sekolah
MURID BERKEPERLUAN KHAS
• Murid berkeperluan khas mengikut Dr. Chua Tee Tee, 1982 merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari sgi
intelek, jasmani, social atau emosi.
• Terdapat tanggapan negative daripada ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak
mereka itu normal atau berkeperluan khas.
• Terdapat dua kategori murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah
khusus.
• Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan
kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program
sekolah biasa.
• Oleh itu mereka memerlukan program pendidikan khas.
• Guru perlu mengenalpasti dan memahami kanak-kanak dari aspek masalah penyesuaian diri
mereka.
• Masyarakat sekeliling dan para pendidik perlu mengetahui dan fahami golongan ini
• Golongan pintar cerdas adalah golongan yang mana berkebolehan
mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.
• Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya system
pendidikan sedia ada.
• Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza
disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi
dari kanak-kanak biasa.
• Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka.
• Oleh kerana itu guru harus memberikan focus terhadap masalah
sosioemosi mereka.
• Perbincangan ini diharap akan dapat memberi kefahaman yang jelas
kepada ibu bapa, para pendidikan dan pihak-pihak yang terlibat di
Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan mereka.
• Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak
pintar cerdas.
• Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar
biasa berbanding rakan sebaya mereka.
• Pada masa yang sama, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam
hidup mereka.
• Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak
dipedulikan oleh orang ramai.
• Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka.
• Antaranya,konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang
tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi.
• Pada masa yang sama, factor persekitaran seperti masalah komunikasi, diskriminasi
terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan
system persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah
mereka yang sedia ada semakin bertambah
• Oleh itu, guru harus dapat membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah
yang mereka hadapi.
• Hal ini penting untuk memastikan mereka dapat mengembangkan semua potensi
yang ada pada mereka.
• Bagaimanapun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan murid
pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka. (Woitaszewski, 2003)
• Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan
Khas iaitu:
a. Kerencatan mental
b. Masalah Pembelajaran
c. Cacat pendengaran dan masalah komunikasi
d. Cacat penglihatan
e. Cacat fizikal
f. Pintar-cerdas dan berbakat istimewa.
• Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah
laku.
• Antara masalah yang dihadapi dalam kecelaruan tingkah laku ini adalah
tingkah laku terbias.
• Mereka mempunyai tingkah laku suka menentang autoriti, tidak
mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan
suka menyerang orang.
• Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau hiperkinetik.
• Di samping itu kanak-kanak ini mempunyai sifat mengongkong dalaman.
• Mereka merupakan kanak-kanak yang bersifat pendiam, sensitive, pasif,
tidak suka berkawan dan mudah tersinggung.
• Kanak-kanak ini juga sering melakukantindakan luar kawalan.
• Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi tingkah laku tidak matang yang agak
ketara.
• Kanak-kanak ini kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran.
• Mereka tidak minat untuk belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai
kendiri sendiri.
• Seterusnya kanak-kanak ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
antisosial.
• Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerap menimbilkan masalah disiplin sekolah
seperti memerasugut, mencuri dan ponteng.
• Oleh demikian guru perlu mengetahui kaedah yang sesuai untuk menguruskan murid
berkeperluan khas ini.
• Menurut Kirk dan Kirk, 1994 murid berkeperluan khas berbeza dari murid biasa dari sei
mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan
komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan).
• Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan lewat, hiperaktif
dan pintar cerdas dan berbakat.
• Murid berkeperluan khas yang lain ialah ADHD tanpa hiperaktif (Attention Deficit
Hyperactiviti Disorder).
• Murid ini kurang memberikan perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam
penglibatan setiap aktiviti dan tidak dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan.
• Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsive.
• Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam, suka berkeliaran, aktif
menunjukkan impulsivity dan sering menganggu orang lain.
• Murid berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak
tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan
pendidikan dalam masyarakat.
• Modifikasi environmental dan behavioral adhdenvironmental merupakan kaedah untuk
menangani kumpulan ini.
• Melalui kaedah ini murid ditempatkan berdekatan dengan guru.
• Guru juga menghadkan ruang terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah
laku negative.
• Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan hanya membenarkan murid bergerak di
suatu kawasan yang tertentu sahaja.
• Melalui tingkah laku behavioral, guru boleh memberi arahan dengan jelas.
• Di samping itu guru perlu mengurangkan kerja atau tugasan, pecahkan tugasan kepada
unit-unit kecil serta elakkan memberi kerja atau tugasan ulangan.
• Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja
lebih awal.
• Guru disarankan sering memberikan peneguhan positif dari negative.
• Guru perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka
dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal yang lain.
• Akta Pendidikan Khas 1966 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan
untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai,
pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta lain-lain tindakan bagi
mengembangkan Pendidikan Khas.
• Ini bermakna sekolah atau kelas yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk
murid yang kurang upaya perlu diberikan supaya ketaksamaan peluang pendidikan
tidak wujud dalam masyarakat negara ini.
• Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK.
• Tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah
pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.
• Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawal umur 4 tahun ke
atas, iaitu pada peringkat prasekolah jika ada kekosongan.
• Kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun mendapat
pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan Kementerian Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela.
• PDK juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada
satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM hanya menyediakan pendidikan bagi
pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh menguruskan diri
sendiri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995.
• KPM akan berusaha menyediakan kemudahan yang sesuai agar lebih ramai murid
kurang upaya yang kini ditempatkan di PDK mendapat pendidikan formal di sekolah-
sekolah
Pendalaman
• Masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman sering mengalami kekurangan peluang
pendidikan.
• Hal ini adalah kerana mereka tidak dapat atau kekurangan guru pakar yang berpengalaman
dalam satu-satu bidang.
• Pertumbuhan kawasan urban yang lembab juga memberikan kesan kepada system
pendidikan di kawasan berkenaan.
• Ini merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat
penawaran khidmat perbandaran yang efektif
• Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang
merangsangkan.
• Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi
dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.
• Keadaan ini menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan
murid-murid di kawasan pendalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaannya
akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri
• Guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang
disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak
muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar
serta meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.
• Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina
taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid.
• Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi serta keciciran murid.
• Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang
ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.
• Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan
Malaysia Ketiga.
….. Merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara
yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui
pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih
saksama….
• Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak lengsung menjadi
sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk menuntut ilmu.
• Hal ini akan turut menyebabkan murid-murid ini tidak berminat dan tidak tertarik untuk
pergi ke sekolah.
• Hal ini menyebabkan mereka akan tertinggal dalam banyak hal kerana mereka tidak
berminat ke sekolah untuk menuntut ilmu.
• Ibu bapa kawasan pendalaman juga kurang mementingkan pelajaran anak-anak mereka.
• Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak
berpelajaran.
• Mereka juga lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap
ikan dan mencari hasil hutan.
• Di samping itu kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang turut
dirasai oleh masyarakat pendalaman.
• Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru
dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
• Jurang digital merupakan perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT
anatara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.
• Jurang antara tahap pencapaian murid pula merujuk kesulitan murid
menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko
tinggi untuk cicir daripada system pendidikan.
• Manakala jurang antara murid normal dan murid berkeperluan khas perlu
diberi pertimbangan supaya kemudahan yang sesuai untuk menyokong
proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas termasuklah
yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat dapat disediakan.
• Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap
kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah
kemiskinan dalam bandar.
• Aspek ini lebih ketara bagi murid-murid di kawasan pendalaman.

You might also like