Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

PERANAN DAN IMPLIKASI

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
DARI ASPEK:
SEKOLAH DAN KURIKULUM
SEKOLAH
• Pendekatan yang lebih khusus penting, bagi memastikan kepelbagaian pendidikan untuk
memenuhi minat dan potensi, kecenderungan dan kebolehan murid di pelbagai jenis
sekolah.
• Pada masa ini terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier iaitu sekolah
yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusian 100 tahun atau lebih
dan sekolah-sekolah di dalam persekitaran yang strategic serta mempunyai infrastruktur
yang baik seperti sekolah-sekolah di dalam kejiranan Putrajaya dan Cyberjaya.
• Di samping sekolah-sekolah ini, KPM juga mengadakan sekolah khusus untuk pendidikan
khas pada peringkat rendah dan menengah termasuk SMPKV.
• Selain sekolah rendah terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah kebangsaan di mana
sekolah yang menggunakan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
• Sekolah jenis Kebangsaan Cina pula adalah sekolah yang menggunakan Bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar utama manakala sekolah jenis Kebangsaan Tamil adalah
sekolah yang menggunakan Bahasa tamil sebagai bahasa pengantar utama.
• Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang
khususnya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan
yang terbaik supaya mereka terus Berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah.
• Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, KPM akan membina 15buah
lagi SBP, menaik taraf SBP yang sedia ada, meningkatkan prestasi
sukan dan memantapkan program kepimpinan.
• Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti
permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, pancaragam di
Skolah Tun Fatimah, Johor dan kejuaraan pidato di Kolej Islam Sultan
Alam Shah Kelang, Selangor.
• Sekolah Menengah Vokasional sekarang dikenali sebagai Kolej Vokasional memberi
peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.
• Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang
mencukupi
• Kolej Vokasional menawarkan bidang vokasional seperti Ekonomi Rumah Tangga,
pertanian, pertukangan, elektrik, mekanikal dan awam.
• Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diwujudkan bagi mneyediakan Pendidikan
Islam kepada murid.
• Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta
menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu, dalam dan luar negara.
• Beberapa SMKA telah menunjukkan prestasi yang membanggakan terutama dalam SPM
seperti SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor.
• Pembinaan sekolah aliran agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk
menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.
• Walaupun murid diberikan penekanan terhadap pencapaian dalam akademik, namun
begitu aspek kepercayaan dan nilai turut diserapkan dalam pembentukan sahsiah mereka.
• Sekolah Premier pula ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi
yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak
penubuhannya.
• Sekolah ini mempunyai seni bina yang bersejarah (historic institution) yang
akan memperkayakan khazanah warisan negara.
• Sekolah ini menjadi lambing dan kebanggaan negara dan korporat seperti
Victoria Institution, Kuala Lumpur, Sekolah Zainab, Kelantan, maktab Sultan
Ismail, Kelantan dan sekolah Menengah St. John Kuala Lumpur.
• Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. sekolah ini
mempunyai ciri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier.
• Sekolah-sekolah ini telah banyak memberi sumbangan kepada negara
terutama dalam melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang profesion
seperti Penang Free School, Pulau Pinang, Sekolah Tinggi Melaka, Melaka,
Sekolah Menengah Lelaki Methodist, Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala
Kangsar, Perak dan Skolah Kebangsaan Padang Lebar Kikir, Negeri Sembilan.
• Sekolah-sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya terletak di Koridor raya
Multimedia dan sebahagiannya merupakan Sekolah Bestari.
• Sekolah-sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik,
infrastruktur yang lengkap dan terletak di kawasan yang strategic,
iaitu berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
• Sekolah Model Khas menggabungkan murid sekolah rendah pada
peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah di bawah satu
bumbung.
• Ini merupakan konsep baru dalam menyediakan kemudahan fizikal
yang kondusif bagi murid yang berpotensi di kawasan luar
bandarseperti Sekolah menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis,
Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun, Pendang,
Kedah.
• Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid
bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autism, sindrom
down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia.
• Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat
menyumbang kepada pembangunan negara.
• Sekolah Menengah Pendidikan Khas indahpura contohnya, menyediakan
kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas.
• Kolej Vokasional telah memberi peluang pendidikan kepada murid
bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
• Program Pendidikan Khas juga diwujudkan di sekolah rendah dan menengah
harian serta di Kolej Vokasional melalui pendekatan pengasingan dan inklusif.
• Program ini melibatkan murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan
pembelajaran.
• Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil.
• Kementerian pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian
sosiobudaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.
• Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha
Kementerian Pelajaran untuk menunjukkan perpaduan dlaam kalangan murid tanpa
mengira kaum.
• Pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas social masyarakat. Penduduk bandar
dan luar bandar diberikan peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf
dengan mereka.
• Murid dari luar bandar juga kini menerima segala kemudahan yang dinikmati oleh murid
di bandar.
• Malah kita boleh lihat bagaimana murid dari kaum yang berlainan mula menerima
budaya dari kaum lain.
• Terdapat juga murid dari kaum Melayu dan India yang telah bersekolah di sekolah
Cina.Begitu juga sebaliknya.
• Hal ini menunjukkan integrasi antara kaum telah berjaya dilaksanakan di sekolah.
• Pembinaan sekolah aliran agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran
untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada
murid-murid.
• Walaupun murid diberikan penekanan terhadap pencapaian dalam akademik,
namun begitu aspek kepercayaan dan nilai turut diterapkan dalam pembentukan
sahsiah mereka.
• Sekolah juga merupakan ruang untuk pendidikan menerapkan kepercayaan dan
nilai dalam masyarakat.
• Murid harus diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar
sosiobudaya mereka.
• Pihak sekolah perlukah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam
segala urusan rasmi.
• Murid harus diingatkan agar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
• Dalam masa yang sama sekolah perlulah memberikan sokongan sama ada
berbentuk moral atau material kepada pihak yang berkewajipan dalam
mengembangkan pengetahuan bahasa kepada murid
• Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di
sekolah.
• Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini
disatukan dalam satu system pendidikan yang seragam.
• Apabula anak Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal
persekolah, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.
• Penekanan semangat perpaduan dan integrase antara kaum sejak kecil lagi iaitu di
bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak
yang boleh dilentur.
• Kementerian Pelajaran juga telah menubuhkan sekolah yang terdiri daripada interaksi
murid dari pelbagai jantina.
• Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiviti pembelajaran.
• Pergaulan antara jantina yang berlainan akan mewujudkan pola interaksi yang berkesan
dalam membentuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
• Walaupun melibatkan integrasi antara jantina, namun nilai dan budaya masyarakat masih
terus diamalkan
KURIKULUM TERSIRAT
• Menurut Wiles & Bondl, 1998; pratt, 1994; Schubert, 1986 dalam Saedah Siraj, 2001,
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu
rangka masa tertentu.
• Di peringkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah
disusun dalam kurikulum itu sendiri.
• Di peringkat penilaian pula pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan
pencapaian objektif yang tercatat.
• Fenomena sedemikian telah menjadi amalan system pendidikan di negara kita mahupun di
luar negara.
• Persoalan utama yang kaan diketengahkan di dalam perbincnagan ini ialah apakah
pendidikan itu hanya untuk melaksanakan kurikulum yang tertulis sahaja, atau dengan erti
kata yang lain, pendidikan bererti mengukur hasilan pembelajaran yang berupa penguasaan
ilmu semata-mata sama ada di tahap tinggi atau rendah oleh murid
• Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah menarik minat para penyelidik
pendidikan untuk mengkaji mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim sekolah
dan pengalaman pembelajaran yang dipanggil kurikulum tersirat.
• Tokoh-tokoh pendidikan adalah Margolis, 2001; Chafel, 1997, Eisner, 1994;
Longstreet & Shane, 1993; Synder, 1973.
• Majoriti tokoh pendidik tempatan dan luar negara mengakui bhaawa
sebenarnya apa yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainnya
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau
Ringkasan Maklumat Kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman
pembelajaran yang diperoleh penuntut semasa belajar.
• Walaupun kurikulum tersirat atau tersembunyi dipercayai mempengaruhi
pencapaian akademik murid tetapi kajian mengenai perkara tersebut sama
ada di peringkat sekolah atau peringkat pengajian tinggi adalah terlalu sedikit
(kajian Margolis, 2001 dan Chafel, 1997)
• Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson,
1968 dalam bukunya Life in Classrooms yang sterusnya telah dijadikan
focus kajian oleh Snyder 1973, Apple, 1980, Bergenhenegouwen, 1987,
dan Portelli, 1993.
• Oleh kerana jumlah kajian mengenainya amat terhad, sehingga kini belum
ada lagi kata sepakat antara tokoh kurikulum mengenai definisi yang
paling tepat bagi kurikulum tersirat.
• Chafel, 1997 berpendapat, terdapat dua bentuk kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah iaitu overt 9 (terbuka) yang memberi focus
kepada kursus pengajian yang eksplisit, dan covert (tersirat) yang
memberi focus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak
didokumentasikan dan tidak tercatat).
• Beliau mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai
norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam
kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung di dalam kelas.
• Menurut Ausbrooks, 2000 menyatakan kurikulum tersirat adalah..
… is composed of the implicit messages in the school’s climate,
unwritten yet understood by all. It’s the body of knowledge achild
absorbs in school simply by being there say after day. This is the
curriculum that creates a school’s so called “learning environment..”
• Walaupun terdapat sedikit kelainan antara pendapat Ausbrooks dan
Chafel tetapi pada dasarnya mereka berdua menerima bahawa
kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi.
• Di peringkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada
persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus.
• Adam, 2002, mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat.
• Beliau berpendapat di antara peranan utama pengajar dan ahli akademik di
institute pengajian tinggi ialah memindahkan system budaya melalui strategi
pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan.
• Pendapat Adam boleh diambil kira untuk melihat kurikulum tersirat di institusi
pendidikan tinggi di Amerika Syarikat.
• Beliau mendapati beberapa istilah yang sama untuk kurikulum tersirat disebut oleh
responden termasuklah “tacit learning, unintended and intended consequences of
schooling political socialization, role development, mentoring and intentional
practice.”
• Daripada kajian berkenaan Margolis merumuskan bahawa terdapat perbezaan
aplikasi kurikulum tersirat di peringkat sekolah dengan peringkat institusi pengajian
tinggi tetapi perbezaan tersebut berada di atas dasar yang sama dengan rasional
bahawa sekolah tetap sekolah walau di mana sekali pun lokasi sekolah berkenaan.
• Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya ini memberikan
implikasi kepada kurikulum sekolah.
• Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa
yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
• Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan budaya masyarakat
dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti
kokurikulum.
• Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan,
kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum.
• Semasa merancang aktiviti dalam setipa unit, guru bolehlah menyelitkan
nilai yang dapat memenuhi hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Di samping itu juga pertandingan yang sihat dapat dilaksanakan dalam
klaangan murid di sekolah
• Kurikulum tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas social.
• Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas social murid.
• Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid.
• Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui
pembentukan kurikulum tersirat.
• Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan
agama Islam sahaja.
• Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercanggah dengan hokum agama
Islam boleh diterapkan kepada murid.
• Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan
teliti.
• Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan
seterusnya mereka akan mula mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta
menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain.
• Kurikulum tersirat juga perlu memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara
jantina.
• Aktiviti yang dijalani murid haruslah diberikan kesedaran dan ingatan terhadap batasan
pergaulan dalam jantina yang berlainan.
• Ciri-ciri kurikulum tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut:
a. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar
b. Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat
relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif
c. Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (murid-
guru/ pengajar). Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung, contohnya daya intelek
guru/pengajar, tingkahlaku dan akhlak guru/ pengajar
d. Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar
belakang pelaksana kurikulum (murid-guru/pengajar)
e. Walaupun kadangkala kurikulum tersirat terdapat sama ada pada matlamat atau objektif
satu-satu kurikulum itu tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu
pun dalam penilaian.
f. Jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap
pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.
• Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Bergenhenegouwen, 1987 boleh dijadikan sebagai asas dengan beberapa kategori
diperkenalkan seperti berikut:
a. Budaya belajar untuk belajar
b. Budaya belajar untuk menjadi pengajar
c. Belajar untuk pembudayaan/ pembinaan tingkah laku terpuji.
• Sebagai murid di peringkat pengajian tinggi, guru pelatih perlu menguasai bagaimana
cara belajar yang berkesan.
• Selain menghadiri kuliah, guru pelatih perlu mengetahui kemahiran belajar yang sesuai
untuk diri mereka sendiri bagi memperoleh pencapaian akademik yang terbaik.
• Dalam hal ini, murid adalah diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing.
• Walaupun diandaikan mempunyai amalan belajar yang tersendiri tetapi strategi
pembelajaran peringkat pengajian tinggi berbeza dengan peringkat menengah.
• Oleh kerana pusat pengajian tinggi tidak menyediakan kursus-kursus khas sedemikian,
murid seharusnya menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan
pembelajaran sendiri yang dipanggil kurikulum tersirat.
• Proses pembudayaan Kurikulum Tersirat termasuk antara perkara-perkara:
a. Mempelajari, memahami dan mengenalpasti cara menulis esei, kajian,
tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaik-
baiknya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian
tinggi yang berkaitan mahupun mengikut standard antarabangsa dengan
merujuk antaranya APA style (bagi bidnag Pendidikan, Sains dan lain-lain
mahu pun bidang Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama) The Chicago
Manual of Style (bagi aliran sastera, sains kemanusiaan, agama)
b. Mempelajari, memahami dan mengadaptasi penggunaan jaringan maya
atau internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian, tesis/ disertasi,
kertas projek, kertas kerja dan jurnal/ buku mengikut kaedah M-Learning
(Pendidikan Mobile) dengan sebaik-baiknya berdasarkan standard
penulisan online yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang
berkaitan mahupun mengikut standard antarabangsa dengan merujuk
portal-portal dalam jaringan maya yang berkaitan
• Oleh itu adalah dicadangkan supaya kurikulum tersirat
didokumentasikan.
• Cadangan ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh
Carpenter, 1985.
• Beliau telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar ke atas
para guru pelatih. Sampel terdiri daripada sekumpulan guru pelatih di
sebuah institusi pengajian tinggi yang dibahagikan kepada dua kumpulan.
• Kumpulan pertama diajar dengan kemahiran belajar secara eksplisit
sementara kedua tidak langsung didedahkan dengan kemahiran belajar.
• Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa kumpulan guru pelatih yang
tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai
keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.
• Sebagai murid yang telah dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion
murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang
lebih menekankan proses pembelajaran tanpa di arah, dipaksa atau disuruh.
• Sekiranya institusi pengajian tingi Berjaya menyemaikan budaya belajar
sedemikian bererti budaya belajar sepanjang hayat akan dimiliki oleh para
graduan.
• Bentuk budaya akademik yang terdapat di institusi pengajian tinggi sebeginilah
yang dipanggil kurikulum tersirat, perlu diajar secara formal di institusi
pengajian tinggi.
• Apa yang pelajar alami, lihat dan dengar semasa di dewan bersama pensyarah
itulah yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat
teoristik di kertas-kertas yang mereka catat.
• Oleh itu pengalaman pembelajaran yang dikuasai di dewan-dewan kuliah dan
kelas-kelas pembelajaran lainnya adalah kurikulum tersirat di peringkat
pengajian tinggi
• Corak, strategi dan cara pengajaran pensyarah sebenarnya mewujudkan budaya
akademik yang merupakan kurikulum yang tidak didokumentasikan.
• Nilai, norma, peraturan,daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah
sewaktu mengajar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat
bermakna terhadap amalan hidup murid semasa bekerja nanti.
• Oleh itu dicadangkan supaya lebih banyak penyelidikan dijalankan mengenai
kurikulum tersirat dan kesannya terhadap prestasi dan ketrampilan murid.
• Telah menjadi kepercayaan para penyelidik bahawa tingkah laku pensyarah
memberi kesan yang mendlaam kepada bukan sahaja prestasi akademik murid
tetapi juga kepada pembentukan peribadi pelajar.
• Perbincangan mengenai kurikulum tersirat lebih banyak menekankan corak tingkah
laku pensyarah itu sendiri tetapi sehingga kini di Malaysia masih belum ada kajian
dijalankan untuk menyelidik perkara ini.
• Persoalan yang perlu difikirkan bersama-sama ialah apakah dalam kurikulum rasmi
didokumenkan bagaimana caranya untuk memiliki tingkah laku terpuji dan
menghindarkan tingkah laku yang buruk?
• Dalam kurikulum pendidikan institusi-institusi pengajaian tinggi
terkandung pelbagai kursus penguasaan kemahiran berfikir dan
sebagainya tetapi dimanakah tercatatnya kursus penguasaan tingkah
laku terpuji?
• Murid juga bertanya bolehkah mereka menjadi pekerja yang
mempunyai tingkah laku terpuju sekiranya tidak ada tunjuk ajar yang
rasmi dalam bentuk kandungan kurikulum diajarkan kepada mereka.
• Kurikulum tersirat yang dihasilakan melalui tingkah laku pensyarah
wajar didokumentasikan atau dijadikan sebahagian daripada
kurikulum rasmi institusi pengajian tinggi seluruh negara.
• Pendekatan rekabentuk yang boleh digunakan ialah berbentuk pakej
atau dalam bentuk kursus.
• Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan sebenarnya
merangkumi seluruh kandungan serta meliputi pengalaman
pembelajaran yang diperoleh oleh murid, tetapi apa yang sebenarnya
wujud dalam amalan pendidikan hanyalah penyampaian kandungan.
• Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran yang lain seperti
iklim, budaya, kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam system
pendidikan formal.
• Oleh itu sudah sampai waktunya kurikulum tersirat juga menjadi
tumpuan para pendidik supaya kurikulum ideal seperti yang tercatat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.
• Sesungguhnya, kurikulum tersirat perlu menjadi salah satu agenda
utama dalam usaha mempertingkatkan kualiti kurikulum negara kita.

You might also like