Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran
 Peralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang
dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong
dan mengendalikan sendiri proses p&p (Yusof : 1992).
 Apa-apa penerbitan, bahan, gambar, perkakas model, carta,
objek alat radas yang berperanan menyebarkan atau
meningkatkan proses p&p.
Bahan Bercetak

 Nota edaran
 Risalah
 Jurnal
 Modul pembelajaran
 Buku teks
 Surat khabar
 Buku rujukan
Bahan Tidak Bercetak

 Bahan visual bukan tayang


 Bahan visual tayang 2D
 Bahan audio
 Bahan audio visual
 Bahan computer
 Bahan 3D
Kepentingan bahan sumber

 Mengatasi masalah kekurangan masa dan tenaga pelajar


 Menjadikan proses pembelajaran lebih menarik
 Mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru
 Melibatkan murid secara aktif dalam p&p
Prinsip penggunaan bahan sumber

 Ketahanan : boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang


 Kos yang murah dan sesuai dengan kedudukan kewangan guru
 Kesesuaian dari sudut teknikal
 Ketepatan maklumat
Penilaian
• Penilaian merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan
berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran.
• Penilaian membawa maksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha
menjawabpersoalan sejauh mana ketersampaian maklumat yang telah diberikan oleh
seseorang guruberkesan dan dapat diterapkan dalam diri pelajar.
• Dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran bilik darjah, proses penilaian
sememangnya sangat perlu kerana kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan
pembelajaran boleh dilihat daripadapelbagai sudut dengan hanya melihat kepada
keputusan penilaian yang dilaksanakan dalamsuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
• Penilaian mata pelajaran Sejarah penting bagi tujuan mengekalkan mutu mata pelajaran
tersebut. Tujuan ini juga berkaitan dengan mengekalkan mutu akademik dan mutu
pendidikan. Peningkatan mutu akademik bergantung kepada kualiti pengetahuan,
kemahiran,sikap dan nilai.
Penilaian dalam Mata Pelajaran Sejarah
 Pemahaman tentang idea
- Mengkaji idea di sebalik kewujudan sesuatu peristiwa
- Pelajar perlu diberi peluang untuk memahami sesuatu kejadian dalam sejarah
- Aspek yang diberi penekanan adalah pelajar memahami proses, sebab dan akibat sesuatu peristiwa
sejarah berlaku
 Konsep fakta
- Elemen konsep fakta adalah berhubungkait dengan subjek Sejarah
- Subjek Sejarah mengandungi banyak fakta seperti tarikh, individu dan peristiwa yang telah
berlaku
- Fakta tersebut tidak dapat diubah
 Nilai dalam subjek Sejarah
- Nilai dalam sesuatu peristiwa sejarah perlu difahami dan dihayati oleh pelajar
- Pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mempelajari nilai di sebalik sesuatu peristiwa sejarah
Penyerapan Nilai
Kewarganegaraan dan Sivik
Dimensi Kewarganegaraan sebagai Penanda Aras untuk Menerapkan
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dalam Mata Pelajaran Sejarah

 Perkongsian sejarah
- Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan seperti berbangga dengan
sejarah dan asal usul negara, menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional,
mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara, menghayati peristiwa kemerdekaan
negara dan memelihara warisan negara.
- Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil iktibar peristiwa yang telah berlaku.
 Perkongsian nilai
- Dalam dimensi ini, tiga elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan dalam mata
pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip Rukun Negara, menghormati kepelbagaian
agama dan budaya serta berbangga dengan lambang dan simbol negara.
- Dengan penerapan elemen dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan
warganegara yang mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah.

Perasaan kekitaan
- Dalam dimensi ini, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah
menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, berbangga dengan hari
kemerdekaan, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan berbangga
dengan pencapaian negara.
- Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan pelbagai peristiwa
dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan
selepas merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan dalam kalangan setiap
warganegara.
 Perkongsian masa depan
- Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti menghornati masyarakat pelbagai kaum,
memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan negara dapat diterapkan.
- Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak dapat lari daripada
menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik dari aspek sosial
yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, popurisasi kaum dan
kontrak sosial.
 Kesetiaan
- Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja dan Negara,
menghormati pemimpin negara serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara dapat diterapkan melalui
mata pelajaran Sejarah
- Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), perlembagaan bertindak sebagai garis panduan
kepada pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
- Oleh hal yang demikian, dengan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran
Sejarah, ia dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan  dan mempunyai
perasaan taat dan setia kepada negara.
 Tanggungjawab warganegara
- Dalam dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan diterapkan ialah mempertahankan identiti negara,
mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan kaum, budaya dan agama.
- Menurut Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002), sejarah dapat membantu mengembang dan
membangkitkan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu kepada negaranya dan mampu
menanam rasa bangga menjadi warganegara.
- Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan
warganegara yang mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.
Rujukan

 Hasnah Mahli. (2015). Penilaian Dalam Subjek Sejarah.


https://www.scribd.com. Muat turun pada 20 Ogos 2019.

You might also like