Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata

yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu


perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
Kata kerja terbahagi kepada dua:

Kata kerja transitif

Kata kerja tak transitif


# berpelengkap
# tidak berpelengkap
Maksud Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif merupakan Kata kerja


yang memerlukan  objek atau penyambut
  yang terdiri daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat
Kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mesti disertai oleh objek,
iaitu kata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.

‑              mendengar ialah kata kerja


                transitif

‑              radio ialah objek (kata nama)


Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )

Ali membaca Buku Bahasa Melayu

Jamilah memukul seekor ular

Abidin menjual kuih-muih

Ramli berjalan ke sekolah

Kereta itu melanggar seekor lembu


kata Kerja Transitif boleh dikenal pasti
dengan imbuhannya iaitu:
 (minum, makan) – tiada imbuhan
 meN-…                          –           (mencangkul, menebang, memukul)
 meN-…-i                       –           (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
 meN-…-kan                  –           (melarikan, memasukkan, menjalankan)
 memper-…                   –           (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
 memper-…-kan            –           (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
 memper-…-i                 –           (memperdengari, memperingati)
KATA KERJA TAK TRANSITIF

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.

(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)
Bentuk kata kerja Tak Contoh Contoh ayat
transitif

Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi ,tidur Dia asyik mandi dari tadi.

Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam Adik sedang bersenam.

Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis Lili menyanyi sambil menari.

Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung Wei Mun termenung


memikirkan nasib diri.

Kata kerja berapitan ber-….- Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan sebaik


an saja bertemu.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja


yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual.

Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur


keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan

Contoh ayat :
 Mereka berdua asyik berbual.
Kata kerja tak transitif berpelengkap.

Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah


pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan
maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata
kerja transitif dan boleh dipasifkan.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi


nama dan kata nama.

Contoh ayat:

1.Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )

2.Mereka sekeluarga tinggal diJohor.( frasa sendi nama )

3.Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )

You might also like