Adabiyat Amal Jamaie

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 62

‫َأ َدب َيات العمل امجلاعي‬

TATACARA AMAL JAMAIE


Ustaz Mohd Azizee b. Hasan
Definisi Amal Jamaie
Amal jamaie ialah sesuatu perkara yang
diputuskan oleh jamaah yang tersusun
(munazzom) selaras dengan manhaj yang
ditentukan untuk mencapai
matlamat/sasaran (hadaf) tertentu
Ciri-Ciri Amal Jamaie
Kerja diputuskan atau dipersetujui
Jamaah
Jamaah itu tersusun, berperaturan dan
bersistem (munazzom)
Kerja mengikut manhaj (manhaji)
Mempunyai matlamat yang tertentu
Dalil Amal Jamaie
‫صي َر ٍة أَنَا َو َمنْ اتَّبَ َعنِي‬
ِ َ‫س ِبيلِي أَ ْد ُعو إِلَى هَّللا ِ َعلَى ب‬
َ ‫قُ ْل َه ِذ ِه‬ 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku


dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia
umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata... (Yusuf: 108)

◦ Inilah Jalanku = manhaj tertentu


◦ Aku dan orang-orang yang menurutku = jamaah (qaid + jundi)
◦ Menyeru manusia = amal/aktiviti
◦ Kepada ugama Allah = matlamat tertentu
◦ Berdasarkan keterangan yang jelas nyata = manhaj tertentu
Hakikat Intima` (penggabungan)
dalam Amal Jamaie
Penggabungan Aqidi (iman, prinsip & kebenaran)
Penggabungan Masiri (penentu kesudahan diri)
Penggabungan berdasarkan keyakinan dan kejelasan (‫علَى‬ َ
‫صي َر ٍة‬
ِ &&‫) َ ب‬
Meleburkan kepentingan peribadi (mengutamakan
keperluan dakwah)
Mengerahkan segala potensi
Memahami tujuan utama Amal Jama’ie ialah mencapai
Mardhotillah (Keredhaan Allah) bukan keredhaan
manusia, riya` atau mengejar kedudukan.
Bersedia patuh dengan matlamat, wahana dan jalan kerja
(toriq amal) yang digariskan Amal Jamaie dengan rela hati
Amal Jamaie yang kukuh

ٌ َ‫َكأَنَّ ُه ْم بُني‬
‫ان‬ ‫صفًّا‬
َ ‫سبِيلِ ِه‬ َ ‫ إِ َّن هَّللا َ يُ ِح ُّب الَّ ِذ‬
َ ُ‫ين يُقَاتِل‬
َ ‫ون فِي‬
‫وص‬
ٌ ‫ص‬ ُ ‫َم ْر‬

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-


orang yang berperang untuk membela
ugamaNya, dalam barisan yang teratur
rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan yang tersusun kukuh. (Saff: 4)
Amal Jamaie yang kukuh
Ikatan Pemikiran (Fikri)
◦ Dasar-dasar disepakati X salinan manusia yg
sama
◦ Neraca / tempat rujuk apabila berselisih
◦ Tajarrud dari pemikiran yg bercanggah
Ikatan Emosi (‘Athifi)
◦ Ukhuwwah & Kasih sayang
◦ Berlapang dada => Mengasihi saudara
sebagaimana mengasihi diri sendiri => Itsar
Amal Jamaie yang kukuh
Ikatan Organisasi (Tanzimi)
◦ Baiah
◦ Peraturan Kerja
Tatasusila Amal Jamaie

Ukhuwwah
Tsiqah
Taat
Syura (perbincangan)
Istisyarah (meminta pandangan)
Isti’zan (meminta izin)
Indhibath (disiplin)
Sirr wa ’Alaniah
Tanasuh (saling menasihati)
Tatasusila amal jamaie ini tidak memberi
fungsi yang baik tanpa
◦ Jamaah yang mempunyai gagasan, prinsip,
matlamat, manhaj (wahana, cara, langkah,
sistem) dan amal yang jelas dan sahih.
◦ Pemimpin yang memenuhi syarat kepimpinan.
◦ Para pengikut yang memenuhi ciri-ciri yang
diperlukan untuk menjadi batu bata kepada saf
Islam yang kukuh.
◦ Pelaksanaan tatasusila ini menurut garis
panduannya yang betul
Kepentingan Manhaj

Rujuklah sejarah pertubuhan dan bangsa,


kamu akan lihat... asas kejayaan dalam
setiap kebangkitan ialah manhaj yang
tertentu dan kaum yang bekerja dalam batas
manhaj tersebut. Mereka tidak jemu, merasa
lemah, bosan mahupun terhenti. Perkara ini
jelas dalam langkah yang diambil oleh
dakwah pertama Islam.
(al-Banna, Adakah Kita Kaum Yang
Bekerja?)
Kepentingan Pimpinan

◦ Jamaah tidak mungkin bekerja tanpa pimpinan yang


menyusun kerja, menentukan objektif dan wahana,
mengikut selia perlaksanaannya, menjadi tempat rujuk
dalam perkara yang memerlukan penjelasan dan
menyelesaikan mana-mana perselisihan dalam sesuatu
urusan.

◦ Sekadar mana kepimpinan kuat, sedar dan mempunyai


tahap keupayaan yang baik, sekadar itulah pergerakan
tepat, amal dan produktiviti berlaku dan perjalanan
sejahtera. Sebaliknya sekadar mana ia lemah dan kurang
upaya, sekadar itu kelewatan, lemah atau kurang mencapai
objektif. (Musthofa Masyhur, al-Qaid al-Qudwah)
Kepentingan Pengikut

Jamaah tidak mungkin bekerja… tanpa pengikut yang melaksana tugas,


memperbetulkan kepimpinan, mengemukakan nasihat dan pandangan.
 
Oleh kerana jamaah kita mengambil peranan untuk merealisasikan
pelaksanaan paling agung iaitu mengukuhkan kedudukan agama Allah
di muka bumi, maka menjadi kemestian ke atas sesiapa yang rela
bekerja di bawah panjinya untuk menjadi pendokong dakwah dan
tentera akidah, di samping melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri
asasi yang melayakkan mereka melaksanakan peranan besar ini.

Lantaran kepimpinan yang kuat tidak dapat melaksanakan tugas besar


dengan pengikut yang lemah dan tidak berkelayakan. Manakala
pengikut yang kuat, jika diandaikan pimpinan tidak memenuhi kriteria,
sudah tentu mereka boleh memilih di kalangan mereka pimpinan yang
kuat untuk memimpin mereka. (Musthofa Masyhur, al-Qaid al-Qudwah)
Kepentingan Pengikut

Lantaran kepimpinan yang kuat tidak dapat


melaksanakan tugas besar dengan pengikut
yang lemah dan tidak berkelayakan.
Manakala pengikut yang kuat, jika
diandaikan pimpinan tidak memenuhi
kriteria, sudah tentu mereka boleh memilih
di kalangan mereka pimpinan yang kuat
untuk memimpin mereka.
(Musthofa Masyhur, al-Qaid al-Qudwah)
UKHUWWAH
‫ص ُموا بِ َح ْب ِل هَّللا ِ َج ِمي ًعا َواَل تَفَ َّرقُوا‬
ِ َ‫ َوا ْعت‬
)103 :‫(آل عمران‬
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada 
tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu
;bercerai-berai
‫يح ُك ْم‬
ُ ‫ب ِر‬ َ ‫شلُوا َوتَ ْذ َه‬ َ ‫ َواَل تَنَا َز ُعوا فَتَ ْف‬
)46 :‫(األنفال‬
Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; 
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah
…semangat dan hilang kekuatan kamu
Mafhum Ukhuwwah
Ukhuwwah kerana Allah adalah antara perkara paling wajib dimiliki sesama
saudara Islam secara umumnya, dan antara pimpinan dan anggota secara
khusus

Ukhuwwah kerana Allah adalah


◦ Satu perkara asasi dalam agama,
◦ Satu dasar amal jamaie
◦ Satu rukun daripada 10 rukun baiah

Tahap paling rendah ialah berlapang dada dan tahap paling tinggi ialah Itsar.

Dalam suasana kasih sayang dan ukhuwwah


◦ tercapai kerjasama yang mendatangkan kebaikan kepada dakwah,
◦ terbina tsiqah yang kuat
◦ syaitan atau musuh terhalang drp merosakkan hubungan, melakukan perpecahan dan
pertelagahan
Peringatan
Ukhuwwah tidak menghalang dari menyedarkan saudaranya apabila lalai,
mengingatkannya apabila lupa dan memperbetulkannya apabila salah.
‫ظالِ ًما أَ ْو َم ْظلُو ًما‬
َ ‫ص ْر أَ َخا َك‬ ُ ‫سلَّ َم ا ْن‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬ ُ ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل َر‬ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ عَنْ أَن‬
‫ص ُرهُ قَا َل ت َْح ُج ُزهُ أَ ْو‬
ُ ‫ف أَ ْن‬
َ ‫ظالِ ًما َك ْي‬ َ ‫ان‬ َ ‫ان َم ْظلُو ًما أَفَ َرأَ ْي َت إِ َذا َك‬ ُ ‫سو َل هَّللا ِ أَ ْن‬
َ ‫ص ُرهُ إِ َذا َك‬ ُ ‫فَقَا َل َر ُج ٌل يَا َر‬
)‫ص ُرهُ (البخاري‬ ْ َ‫ظ ْل ِم فَإِنَّ َذلِ َك ن‬
ُّ ‫تَ ْمنَعُهُ ِمنْ ال‬
Daripada Anas r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Bantulah
saudaramu yang zalim atau yang dizalimi. Seorang lelaki bertanya:
Wahai Rasulullah, saya membantunya apabila dia dizalimi. Apa
pandangan kamu, jika dia yang zalim? Bagaimana saya menolongnya?
Baginda menjawab: Kamu menghalang atau menegahnya daripada
zalim. Sesungguhnya itulah cara menolongnya.

Ukhuwwah tidak menghalang pimpinan memuhasabah dan menghukum


kesalahan anggotanya.
◦ Kisah perang Tabuk (3 yang tidak berperang)
TSIQAH

a. Tsiqah dengan manhaj


◦ Seorang Islam tidak mungkin beramal, bergerak dan melawan hawa
nafsunya tanpa dia berpuas hati dan meyakini bahawa dia membawa
manhaj yang benar.
 
ِ ‫ق ِمنْ َربِّ َك َولَ ِكنَّ أَ ْكثَ َر النَّا‬
َ ُ‫س اَل يُ ْؤ ِمن‬
)17 :‫ون (هود‬ ُّ ‫فَاَل تَ ُكنْ فِي ِم ْريَ ٍة ِم ْنهُ إِنَّهُ ا ْل َح‬ 
◦ Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan
ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu
adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia
tidak percaya kepadanya.
 
)‫نحن قوم أعزنا هللا باإلسالم فمن ابتغى العزة في غيره أذله هللا (عمر الخطاب‬ 
◦ Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang
mencari kemuliaan pada selainnya, Allah menghinanya
TSIQAH

Tsiqah kepada pimpinan


◦ Tsiqah yang saya maksudkan ialah seorang anggota
menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan
keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa
kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat.
(Hasan al-Banna, Risalah Ta’lim)
◦ Apabila sesuatu keraguan meresapi dirinya, dia
hendaklah segera menghilangkannya dengan cara
mendapat kepastian, bertemu dan berterus terang. Dia
tidak boleh membiarkan dirinya terpengaruh dengan
desas desus dan keraguan yang digembar gemburkan.
TSIQAH -Contoh Tsiqah dengan pimpinan

◦ Kisah isra` mi’raj (Abu Bakar dan Rasulullah)


 Abu Bakar berkata: "Sekiranya dia (Nabi s.a.w.) berkata demikian (tentang Isra`
Mi'raj), dia telah berkata benar. Demi Allah, saya mempercayainya lebih jauh
daripada itu, berkenaan perkhabaran langit yang datang kepadanya pagi dan
malam.“

 Kisah Abu Bakar dan Umar dalam isu memerangi golongan


tak beri zakat
 'Umar berkata: "Allah telah melapangkan dadaku untuk berperang apabila aku
melihat Abu Bakar telah dilapangkan dadanya untuk berperang.“

◦ Kisah pemecatan Khalid oleh Umar al-Khoththob


 Apabila dipecat, seorang tentera berkata kepada Khalid: Sabarlah wahai ketua,
sesungguhnya ini adalah fitnah. Lantas Khalid menjawab dengan rasa tsiqah
kepada khalifahnya, 'Umar: "Adapun (fitnah berlaku) semasa 'Umar hidup,
tentunya tidak".
TSIQAH- Tsiqah kepada jundi
(anggota)
Iamencetuskan daya menyumbang, pengorbanan dan
kreativiti.

◦ Penerimaan taubat Ka'ab bin Malik kerana jujur


mengaku salah tidak keluar berperang di Tabuk =>
menjadikan Kaab berjanji untuk berkata jujur selama-
lamanya.

◦ Pelantikan Usamah sebagai panglima (Nabi dan Abu


Bakar mempercayai kebolehannya walaupun disanggah
Sahabat lain) => peperangan yang dilakukannya disebut
sejarah sebagai peperangan paling sejahtera (tidak banyak
kerugian nyawa) dan paling banyak ghanimah.
Tsiqah sesama rakan seperjuangan
ِ ُ‫ون َوا ْل ُم ْؤ ِمنَاتُ بِأَنف‬
ٌ‫س ِه ْم َخ ْي ًرا َوقَالُوا َه َذا إِ ْف ٌك ُمبِين‬ َ ‫◦ لَ ْواَل إِ ْذ‬
َ ُ‫س ِم ْعتُ ُموهُ ظَنَّ ا ْل ُم ْؤ ِمن‬
(12 :‫) لا&&نور‬
“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang
beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-
orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”

◦ kisah hadis Ifk (fitnah kepada Aisyah) => tsiqah Ummu Ayyub
terhadap Aisyah dan Sofwan.
◦ Ummu Ayyub berkata kepada Abu Ayyub: "Kalau kamu
menggantikan Sofwan, adakah kamu berhasrat buruk dengan
isteri Rasulullah?" Suaminya menjawab: Tidak. Ummu Ayyub
berkata: "Kalau saya menggantikan 'Aisyah, saya tidak akan
mengkhianati Rasulullah. 'Aisyah lebih baik daripada saya dan
Sofwan lebih baik daripada kamu."
TAAT
Maksud Taat
◦ Di segi bahasa: ‫فقة‬I‫موا‬II‫وا‬
‫النقياد ل‬II‫( ا‬patuh dan menyetujui)

◦ Di segi istilah: as-Syarqawi dan as-Syafie: ‫ألمر‬II‫ل ا‬II‫متثا‬I‫ا‬


‫نهي‬II‫وا‬
‫( ل‬mematuhi arahan dan larangan)

◦ Di segi dakwah: Al-Banna:


“ Taat yang saya maksudkan ialah mematuhi arahan
dan melaksanakannya dengan segera, baik di waktu
senang dan susah, dalam perkara disukai dan dibenci”
Konsep Taat
Taat kepada pimpinan adalah tuntutan Islam

Ketaatan individu muslim kepada pimpinan membuktikan kepatuhannya kepada


arahan Allah. Kerana kepimpinan dalam Islam merupakan kuasa eksekutif atau pun
pimpinan adalah kuasa eksekutif yang berusaha dan merintis jalan untuk memulakan
kembali kehidupan Islam.
 
Ketaatan individu muslim kepada kepimpinan adalah sebahagian ketaatan kepada
Allah. Menderhakainya adalah sebahagian daripada penderhakaan kepada Allah.

‫ص اأْل َ ِمي َر فَقَ ْد‬


ِ ‫صى هَّللا َ َو َمنْ يُ ِط ْع اأْل َ ِمي َر فَقَ ْد أَطَا َعنِي َو َمنْ يَ ْع‬ َ ‫ َمنْ أَطَا َعنِي فَقَ ْد أَطَا َع هَّللا َ َو َمنْ َع‬
َ ‫صانِي فَقَ ْد َع‬
)‫صانِي (البخاري ومسلم‬ َ ‫َع‬

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang
menderhakaiku, sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Dan sesiapa yang
mentaati pemimpin, sesungguhnya dia telah mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka
pemimpin, sesungguhnya dia telah menderhakaiku.”
Kepada siapa diberikan ketaatan?
Wajib diberikan kepada mereka yang menguruskan urusan umat Islam
)59 :‫ (النساء‬...‫ول َوأ ُْولِي اأْل َْم ِر ِم ْن ُك ْم‬
َ ‫الر ُس‬ ِ ‫َطيعوا اللَّه وأ‬
َّ ‫َطيعُوا‬ ِ
َ َ ُ ‫آمنُوا أ‬ َ ‫ين‬
ِ َّ
َ ‫يَاأ َُّي َها الذ‬

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. “

Tidak disyaratkan rupa bentuk atau keturunan


‫اس ُت ْع ِم َل َعلَْي ُك ْم َع ْب ٌد‬ ِ ِ ِ ُ ‫ال رس‬ ٍِ
ِ‫كر‬
ْ ‫اس َمعُوا َوأَطيعُوا َوإِ ْن‬
ْ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ول اللَّه‬ َ َ‫ض َي اللَّهُ َع ْنهُ ق‬
ُ َ َ َ‫ال ق‬ َ ‫س بْ ِن َمال‬ ِ َ‫ َع ْن أَن‬
َّ ‫َحبَ ِش ٌّي َكأ‬
)‫َن َرأْ َسهُ َزبِيبَةٌ (البخاري‬
“Daripada Anas r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a..w bersabda: Dengar dan
taatlah, sekalipun seorang hamba Habsyi yang kepalanya seperti buah
anggur kering dilantik menjadi ketua kamu.”

Tidak disyaratkan usia tua


◦ Perlantikan Utsman bin Abi al-Ash ke atas bani Tsaqif
◦ Perlantikan Usamah bin Zaid
Sempadan ketaatan

Ketaatan kepada kepimpinan ialah selagi


mana mereka tidak menyuruh melakukan
maksiat kepada Allah.
Dalam lingkungan kemampuan (tidak
menyuruh perkara mustahil)
Tabiat Ketaatan
Bukan ketaatan membabi buta menurut kejahilan,
sentimen dan menderhakai Allah dan Rasul.
Bukan tunduk menyerah takut
Bukan mengampu tamakkan sesuatu atau
berkepentingan
Bukan menurut hawa nafsu dan citarasa peribadi.
Bahkan ia adalah ketaatan dengan penuh kesedaran,
terpandu, bertitik tolakkan keimanan dan berasaskan
suruhan syara’ juga kepentingan Islam.
Taat ketika senang mahupun susah, suka mahupun
benci
Manifestasi ketaatan
Indibath (disiplin)
Segera melaksana perintah
Komited dengan Syura dan Istisyarah
Sama komitmen sbg pemimpin/pengikut
Teliti dalam pelaksanaan
Menyahut ketika suka mahupun benci, susah
mahupun senang
Mengatasi sebarang keuzuran dan alasan
Tidak menjaja pendapat bertentangan
Isti`zan
Peringatan
Ketaatan tidak menafikan hak
perbincangan, perbahasan, syura dan
memberikan pandangan (dengan
mematuhi adab-adab yang digariskan) –
Umar (Hudaibiyah), al-Hubab bin al-
Munzir (Badar)
SYURA
Definisi Syura
 Bahasa: Mengeluar dan menyaring madu
 Syara’: Mencari kebenaran dan ketepatan
menerusi usaha manusia yang komited dengan
manhaj Allah demi merealisasikan taqwa.
 Syura dalam pengertian yang luas meliputi
segala bentuk permesyuaratan, nasihat
menasihati dan dialog terbuka
Perbezaan Syura Istisyarah dan
Mansyurah
◦ Syura: Wasilah jama`eiyah yang digunakan oleh organisasi
untuk membuat keputusan dalam isu umum. Keputusannya
menjadi ketetapan yang mulzim (mesti dipakai) kepada
semua.

◦ Istisyarah: Meminta pandangan dari orang yang dipercayai


dalam membuat keputusan. Pandangan yang diberikan
tidak mulzim. Peminta pandangan, berhak membuat
keputusan sendiri dalam perkara yang diminta pandangan.

◦ Masyurah: Individu memberi pandangan atau nasihat


secara sukarela .
Kepentingan Syura
◦ Syura adalah prinsip agama, kemanusiaan,
kemasyarakatan dan akhlak

◦ Syura juga adalah asas perlembagaan dan pentadbiran

◦ Syura adalah ciri masyarakat Islam Syariat telah


menggabungkan Aqidah + Ibadah + Syura

‫اه ْم‬ ِ َ ِ ِ‫والَّ ِذين استجابوا ل‬


ُ َ‫ورى َب ْيَن ُه ْم َوم َّما َرَز ْقن‬ ‫ش‬
ُ ‫م‬‫ه‬ُ
َ ْ ُْ َ ‫ر‬ ‫َم‬
‫أ‬‫و‬ ‫ة‬
َ ‫اَل‬ ‫الص‬
َّ ‫وا‬ ‫ام‬َ‫ق‬‫أ‬‫و‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ب‬
ِّ‫ر‬
ُ َ ْ َ ُ َ َْ َ َ
)38 ‫ُي ْن ِف ُقو َن (الشورى‬
Kadudukan Syura
)‫ الشورى ألفة للجماعة ومسبار للعقول وسبب إلى الصواب (الجامع ألحكام القرآن‬
Syura memupuk kesatuan hati, menyelami akal dan
sebab mencapai perkara yang betul.

‫ استنباط الصواب واكتساب الرأي والتحصن من السقطة‬:‫وفي الشورى سبع خصال‬ 


)‫وحرز من المالمة ونجاة من الندامة وألفة القلوب واتباع األثر (علي بن ابي طالب‬
Dalam syura terdapat tujuh faedah: menghasilkan
keputusan yang betul, memperolehi pendapat
bernas,melindungi dari silap, menghindari celaan,
menyelamat dari penyesalan, menyatukan hati dan
mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kepentingan Syura
◦ merealisasikan sifat orang beriman.
◦ jalan merealisasikan keadilan (meletak sesuatu pada
tempatnya)
◦ jalan melaksanakan maqasid syariah, prinsip dan manhajnya
◦ jalan mengenali pendapat yang paling tepat
◦ jalan pintas memanfaatkan segala pengalaman dan kepakaran
◦ jalan mencapai kesepakatan dan menjauhi perselisihan
◦ mengelak penguasaan individu dalam membuat ketetapan yang
memberi kesan kepada umat
◦ menyuburkan keyakinan terhadap kesejahteraan sesuatu
ketetapan
◦ menyerlahkan keupayaan dan kebolehan anggota jamaah
◦ menjalin tsiqah antara pimpinan dan anggota
Bidang Syura
◦ Tiada cara, bentuk, bilangan yang khusus

◦ Fleksibel mengikut uruf, kesesuaian fasa,


lapangan dan keperluan amal, serta
keupayaan.
Fasa Pelaksanaan
1. Perbincangan

Dalam fasa ini:


◦ kepimpinan adalah sama seperti ahli syura lain sehingga
setiap ahli syura dapat mengemukakan pandangan, buah
fikiran dan ijitihad tanpa sebarang kekekokan.
◦ Segala gambaran dan persepsi dikemukakan *
◦ Segala alternatif diteliti *
◦ Segala hujah diberikan *
◦ Pandangan dan pertimbangannya dibahaskan *
* berkaitan dengan topik dan boleh merealisasikan
kepentingan syarak
Fasa Perbincangan
Dalam fasa ini, perlu wujud suasana:
◦ berlapang dada
◦ kelembutan interaksi
◦ ketelusan komunikasi
◦ kemesraan hati
َ ‫فَبِ َما َر ْح َم ٍة ِم ْن اللَّ ِه لِْن‬
‫ت لَ ُه ْم‬ 
◦ ketenteraman perasaan (tiada bimbang, segan dll)
َ ِ‫ضوا ِم ْن َح ْول‬
‫ك‬ ُّ ‫ْب اَل ْن َف‬ َ ‫ت فَظًّا غَِلي‬
ِ ‫ظ الْ َقل‬ َ ‫َولَ ْو ُك ْن‬ 
◦ suasana kemaafan
◦ suasana istighfar (terhadap kemungkinan ucapan sia-sia, melukakan
perasaan dll)
‫اسَتغْ ِف ْر لَ ُه ْم‬
ْ ‫ف َع ْن ُه ْم َو‬
ُ ‫فَا ْع‬ 
◦ mendengar pendapat dengan terbuka
(159 :‫ (آل عمران‬...‫َو َشا ِوْرُه ْم فِي اأْل َ ْم ِر‬ 
Fasa Ketetapan
◦ Dilakukan oleh ahli syura dengan penuh
tajarrud dan taqwa.
◦ Ada dua kemungkinan:
 pandangan pimpinan bertepatan dengan pandangan
majoriti ahli syura => ketetapan mesti diikuti
 pandangan pimpinan menyalahi pandangan
majoriti ahli syura => ketetapan mengikut
pandangan majoriti
Fasa melaksanakan ketetapan
◦ Ahli syura telah mencurah segala usaha, mengambil segala faktor
dan menunaikan tanggungjawab yang dituntut ke atas mereka.
◦ Oleh itu, mereka hendaklah bertawakal kepada Allah dalam
melaksanakan ketetapan kerana natijah dan qadar hanya di
tangan Allah.
◦ Tidak harus kembali membuka perbincangan tentang isu tersebut,
kerana menjadi kewajipan mereka untuk melaksanakan ketetapan
dengan meminta bantuan Allah.
)159 ‫ين (آل عمران‬ِ‫ب الْمتوِّكل‬ ِ ‫ت َفَتوَّكل َعلَى اللَّ ِه إِ َّن اللَّهَ ي‬
‫ح‬ ِ
َ َُ َ ُّ ُ ْ َ َ ‫فَإذَا َع َزْم‬
◦ Jika ditakdirkan keputusan syura itu membawa padah atau
ternyata silap, tidak sepatutnya dicela keputusan itu apabila
prosesnya berjalan dengan betul. Bahkan semua memikul
tanggungjawab akibat keputusan itu dan perlaksanaannya, serta
sama-sama membetul kesilapan
Beberapa Peringatan
Syura terfokus kepada:
 kepentingan memerah fikiran sebelum membuat
keputusan.
 keperluan memberi peluang berbincang dan
memberi pandangan melalui perbahasan bebas lagi
saksama.
Beberapa Peringatan
Ketepatan pendapat dalam Syura banyak
bergantung sejauh mana:
 ketaqwaan kepada Allah
 keilmuan tentang syariat-Nya
 keiltizaman dengan syariat-Nya
 penguasaan dan pengalaman dalam topik yang
disyurakan
 kejelasan objektif syura (mencari kebenaran)
 kemampuan mendisiplinkan diri dan nafsu
 kesabaran dan kesediaan menerima pandangan lain
 keberanian
ISTISYARAH
(MEMINTA PANDANGAN)
Kisah Abbas Assisi
 Suatu ketika Abbas Assisi ditangkap pemerintah dan akan
dihadapkan ke mahkamah. Beliau pun menulis surat kepada
ustaz Hasan al-Banna menyatakan kesediaannya untuk
dipenjara dan menenangkan Hasan al-Banna. Beliau
merasakan dia mampu teguh di atas jalan dakwah. Namun al-
Banna melihat dari sudut yang lebih luas. Beliau menulis
kepada Abbas, memberitahunya bahawa ketika itu hanya dua
orang tentera sahaja yang terlibat dengan dakwah iaitu Abbas
dan seorang akh yang lain. Jika Abbas dijatuhkan hukuman
penjara, maka ia boleh membantutkan dakwah di kalangan
anggota tentera. Tentera akan bimbang untuk terlibat dengan
dakwah. Oleh itu, al-Banna berjanji akan menghantar
peguam yang cekap untuk mempastikan Abbas dibebaskan.
Isytisyarah
Rasional
◦ Mendapatkan pandangan kedua atau lebih
menyeluruh dalam sesuatu isu
◦ Mendapat pandangan yang bersih daripada
hawa nafsu
Perkara yang diistisyarah
◦ Apa jua urusan terutamanya perkara yang
memberi kesan kepada kelangsungan dakwah
dan penglibatannya.
ISTI`ZAN ( Meminta Izin)

‫آمنُوا بِاللَّ ِه َوَر ُسولِ ِه َوإِذَا َكانُوا َم َعهُ َعلَى أ َْم ٍر َج ِام ٍع لَ ْم‬
َ َ ‫ين‬ ‫ذ‬ِ َّ‫ إِنَّما الْم ْؤِمنُو َن ال‬
ُ َ
‫ين ُي ْؤِمنُو َن بِاللَّ ِه‬
َ
ِ َّ‫ك ال‬
‫ذ‬ َ ِ‫ك أُولَئ‬
ْ َ ‫ن‬
َ ‫و‬ ‫ن‬
ُ ‫ذ‬ِ ْ‫ي ْذ َهبوا حتَّى يستَأْ ِذنُوهُ إِ َّن الَّ ِذين يستَأ‬
َْ َ َْ َ ُ َ
‫َوَر ُسولِ ِه‬
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan
apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam
sesuatu urusan yang memerlukan perhimpunan, mereka tidak
meninggalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya.
Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu
(wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan RasulNya.” (an-Nur: 62)
Mafhum
Maksud urusan yang memerlukan perhimpunan
orang ramai ialah urusan-urusan penting yang
memerlukan penyertaan ramai orang Islam atau
kegiatan yang bersangkutan maslahah umum atau
maslahah dakwah. Sebagai contoh seperti mesyuarat,
perang, tarbiah dsb.

Sikap orang mukmin, mereka tidak meninggalkan


perhimpunan, melainkan setelah mendapat kebenaran
dari pemimpin atau mas’ul supaya urusan itu tidak
menjadi kacau bilau, tanpa kehormatan dan peraturan
ISTI`ZAN ( Meminta Izin)

Umar minta izin pergi umrah


‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه‬
َ ‫ي‬َّ ِ
‫ب‬ َّ
‫ن‬ ‫ال‬ ‫ت‬ُ ‫ن‬
ْ ‫ذ‬
َ ْ
‫أ‬ ‫ت‬
َْ ‫اس‬ ‫ال‬
َ َ‫ق‬ ‫ه‬ ‫ن‬
ْ ‫ع‬
َ ‫ه‬ َّ
‫ل‬
ُ ُ َ َ ََ ْ ‫ال‬ ‫ي‬ ِ
‫ض‬ ‫ر‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ع‬
ُ ‫ن‬ ‫ع‬
َ 
‫ك‬ ِ‫ائ‬ ‫ع‬ ‫د‬ ‫ن‬ ِ
‫م‬ ‫ي‬ ‫خ‬ُ‫أ‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫س‬ ‫ن‬‫ت‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫و‬ ‫ي‬ ِ
‫ل‬ ‫ن‬ ِ
‫َذ‬‫أ‬ ‫ف‬ ِ
‫ة‬‫ر‬ ‫م‬ ‫ْع‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ِ
‫ف‬ ‫م‬ َّ
َ َ ُ ْ َّ َ َ َ َ ْ َ ‫اَل‬ َ َ َ َ َ َُْ َ ‫َو َسل‬
)‫ (ابو داود‬...‫الد ْنيَا‬ ُّ ‫َن لِي بِ َها‬ َّ ‫س ُّرنِي أ‬
ُ َ َ َ َ ‫َف َق‬
‫ي‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ة‬
ً ‫م‬ ِ‫ال َكل‬
“Daripada Umar r.a., beliau berkata: Saya meminta
izin Nabi s.a.w. untuk pergi umrah. Lalu Baginda
mengizinkan saya. Baginda bersabda: Kamu jangan
lupakan kami dalam doa kamu, wahai saudaraku.
Baginda mengucapkan satu kalimah; aku tidak akan
merasa gembira seluruh dunia menjadi milikku
sebagai tukar ganti dengannya (kalimah tersebut) “
ISTI`ZAN ( Meminta Izin)

Rasional
◦ Mengikuti maklumat perkembangan ahli
◦ Menjaga polisi umum harakah
◦ Tidak mendedahkan harakah kepada risiko
◦ Menyelaraskan amal anggota harakah
◦ Anggota tidak terleka dengan amal
sampingan yang bukan amal strategik
Indibath (Disiplin)
Disiplin Percakapan
Disiplin Tindakan
Disiplin Waktu
INDIBATH
Disiplin percakapan

ِ َّ ِ ِ ِ ِ َّ ‫ف أَ َذاعُوا بِ ِه ولَ ْو ردُّوهُ إِلَى‬ ِ ‫وإِ َذا جاءهم أَمر ِمن اأْل َم ِن أَو الْ َخو‬
َ ‫الر ُسول َوإِلَى أ ُْولي اأْل َ ْم ِر م ْن ُه ْم لَ َعل َمهُ الذ‬
‫ين‬ ْ ْ ْ َ ٌْ ْ َُ َ َ

َ َ
‫الش ْيطَا َن إِاَّل قَلِياًل‬ ْ َ‫يَ ْسَت ْنبِطُونَهُ ِم ْن ُه ْم َولَ ْواَل ف‬
َّ ‫ض ُل اللَّ ِه َعلَْي ُك ْم َوَر ْح َمتُهُ اَل َّتَب ْعتُ ْم‬

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai


keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal
kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan
kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka,
tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak
mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika
tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada
kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja
(iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara
kamu). (an-Nisa`: 83)
Disiplin Percakapan
“Bukan semua yang diketahui perlu
diperkatakan. Bukan semua yang perlu
diperkatakan, telah ada orang yang sesuai
mendengarnya. Bukan semua yang perlu
diperkatakan dan ada orang yang sesuai
mendengarnya, telah sampai waktunya
untuk disampaikan” (Ali Krm)
4 soalan sebelum bercakap
◦ Patutkah saya cakapkan?  
◦ Kepada siapa saya cakap?
 (Kisah Abu Lubabah dgn Yahudi Bani Quraizoh,
Kisah Hijrah)
◦ Apa yang perlu dicakap? (ketelitian maklumat
tanpa tokok tambah)
◦ Bila saya nak cakap?
 (Kesesuaian waktu, kisah Fathimah menangis
kemudian ketawa)
Disiplin tindakan
◦ Melaksanakan mengikut tuntutan yang diberi.
◦ Tidak bertindak bercanggah arahan tanpa izin
(kisah Huzaifah dlm Ahzab)
◦ Kreativiti perlu dalam lingkungan tuntutan
yang diarahkan
SIRR @ ALANIYAH
( Kerahsian & Keterbukaan)
Dua pendekatan dalam menjalankan dakwah
)94:‫ين (الحجر‬ِ‫ض َعن الْم ْش ِرك‬ ِ
‫ر‬ ‫ع‬ َ
‫أ‬‫و‬ ِ‫ع ب‬
َ ُ ْ ْ ْ َ ُ َ ْ ‫اص َد‬
‫ر‬‫م‬َ‫ؤ‬ْ ‫ت‬
ُ ‫ا‬‫م‬ ْ َ‫ف‬
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan
kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan
dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

)9 :‫ت لَ ُه ْم إِ ْس َر ًارا (نوح‬


ُ ‫َس َرْر‬ ُ َ‫ثُ َّم إِنِّي أَ ْعل‬
ْ ‫نت لَ ُه ْم َوأ‬
Kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan
dan diam-diam

‫استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان فإن كل ذي نعمة محسود (صحيح الجامع‬
)‫لأللباني‬
Dapatkan bantuan untuk menjayakan keperluan dengan kitman, kerana
sesungguhnya setiap empunya nikmat didengki
Persoalan Sirr
◦ Zuruf (situasi) persekitaran pergerakan
dakwah
◦ Kekuatan jamaah
◦ Fasa Dakwah
 Jauh atau hampir dalam mencapai objektif dakwah
 Sejauh mana kejayaan mengembangkan
pengaruhnya, menarik sebanyak mungkin orang
ramai untuk jadi ahli, penyokong dan pengikutnya.
Kepentingan Sirr
◦ Keselamatan dan Kesejahteraan Organisasi
◦ Pendakwah adalah kaunselor (etika menjaga
rahsia klien)
Bentuk-Bentuk Sirr
◦ Merahsiakan Keislaman – bagi situasi yang
memerlukan.
◦ Kerahsiaan Amal Dakwah (strategi & sasaran) – dakwah
fardiyah, makalah tanpa nama pengarang, melalui
platform dsb.
◦ Merahsiakan organisasi – dirahsiakan dari pengetahuan
musuh dan dirahsiakan sebahagiannya dari da’ie sendiri.
◦ Merahsiakan keperibadian da’ie sebagai anggota
organisasi – jika diperlukan tetapi bukan merahsiakan
sikap dan syakhsiah kepada mereka yang didakwahkan.
◦ Menjaga dokumen dakwah dengan baik
•Beberapa contoh Sirr

Beberapa Contoh Sirr


Nabi Yusuf merahsiakan mimpinya

Nabi Yusuf merahsiakan kedudukan sebenar  


 Ahli Kahfi merahsiakan pengenalan diri".

Nabi Khidhir merahsiakan sebab tindakannya


Keluarga Firaun merahsiakan keimanannya

 Nabi Muhammad s.a.w. dengan peperangan


)‫سلَّ َم يُ ِري ُد َغ ْز َوةً إِاَّل َو َّرى بِ َغ ْي ِرهَا (البخاري‬
َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ ‫سو ُل هَّللا‬
ُ ‫َولَ ْم يَ ُكنْ َر‬ 
◦ Rasulullah tidak mahu melancarkan sesuatu perang melainkan Baginda berselindung di sebalik
tujuan lain
 Peristiwa Hijrah

Perang Ahzab
 Nabi hantar utusan tinjau pengkhianatan Quraizhoh
 suruh bagi isyarat shj jika benar berlaku pengkhianatan
 umum terang-terangan jika masih setia
Beberapa Kaedah dalam melaksanakan
Sirr
◦ Indibath lidah
َ ‫َك َفى بِال َْم ْرِء إِثْ ًما أَ ْن يُ َحد‬
)‫ِّث بِ ُك ِّل َما َس ِم َع (أبو داود‬ 

Cukuplah seseorang itu dikira berdosa untuk memperkatakan setiap


perkara yang dia dengar.

◦ Menentukan keperluan, siapa dan bila untuk dicakapkan


Saidina Ali ra berkata “Tidak semua yang diketahui perlu
diperkatakan. Tidak semua yang perlu diperkatakan, ada orang yang
layak untuk mendengarnya. Tidak semua yang perlu diperkatakan dan
ada orang yang layak mendengarnya, sudah tiba masa untuk
memperkatakannya”

◦ Tidak melibatkan diri dengan urusan yang tidak berkenaan


)‫ِم ْن ُح ْس ِن إِ ْساَل ِم ال َْم ْرِء َت ْرُكهُ َما اَل َي ْعنِ ِيه (الترمذي وابن ماجه‬ 
 Antara keelokan keIslaman seseorang, dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah atau
berkaitan dengannya
Beberapa Kaedah dalam melaksanakan
Sirr
 Hadaf adalah kemenangan atau
syahadah, bukannya kesejahteraan diri,
tetapi syahadah yang kita inginkan adalah
syahadah yang memberikan pulangan
kepada dakwah.
 Matlumat adalah amanah dan bukan
miliknya. Matlumat yang kita sampaikan
akan bergerak dan terus bergerak. Kita
yang menentukan di mana ia berhenti.
Tanasuh
)‫ين َو َعا َّمتِ ِه ْم (مسلم‬ ْ ‫سولِ ِه َوأِل َئِ َّم ِة ا ْل ُم‬
َ ‫سلِ ِم‬ ُ ‫يحةُ قُ ْلنَا لِ َمنْ قَا َل هَّلِل ِ َولِ ِكتَابِ ِه َولِ َر‬
َ ‫ص‬ِ َّ‫ الدِّينُ الن‬
Agama adalah nasihat. Kami bertanya: Kepada siapa? Baginda
menjawab: Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin
orang Islam dan orang Islam awam.

)‫ ال خير فيكم إن لم تقولوها وال خير فينا إن لم نسمعها (عمر الخطاب‬


Tiada kebaikan pada kamu jika kamu tidak mengucapkannya
dan tiada kebaikan kepada kami jikan kami tidak
mendengarnya

)‫أد النصيحة على أكمل وجه واقبلها على أي وجه (حكماء‬ 


Berikan nasihat dalam bentuk paling sempurna dan terimalah
ia dalam apa jua bentuk
Adab-Adab Memberi Nasihat
◦ Dengan cara terbaik dan hikmah baik;
◦ Bukan atas dasar mencari keaiban dan memalukan
orang
◦ Berasaskan kepastian bukan zhon
◦ Menasihat selepas menimbangkan isu itu menurut
manhaj Allah dan memahami situasi
Penutup
AlBanna :
‫ان دعوة االخوان او جماعة االخوان قامت على التنظيم الدقيق‬
.‫وااليمان العميق والجهاد الدائم‬
“Sesungguhnya dakwah Ikhwan atau
jamaah Ikhwan tertegak di atas
penyusunan yang teliti, iman yang
mendalam dan jihad yang berterusan.”

You might also like