Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

MAHKAMAH PERSEKUTUAN,

MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH


TINGGI
Disediakan oleh:
Dr.Tengku Fatimah Muliana binti Tengku Muda
Pusat Pengajian Syariah, FKI
UniSZA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
• Penubuhan Mahkamah Persekutuan
• Keanggotaan Mahkamah Persekutuan
• Bidangkuasa Mahkamah Persekutuan
SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
 Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
Mahkamah Agung telah ditubuhkan dan ia terdiri daripada
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
 Pada 1963, Mahkamah Agung kemudiannya telah digantikan
dengan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi
 Pada 1985, Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula
sebagai Mahkamah Agung oleh Akta Perlembagaan (Pindaan)
1983. Selari dengan pindaan tersebut, perkara 131 yang
membenarkan rayuan daripada Mahkamah Persekutuan untuk
dirujuk ke Majlis Privy telah berakhir. Pemansuhan perkara 131
membawa maksud proses rayuan yang sedia ada telah diubah
daripada 2 peringkat kepada 1 peringkat sahaja.
 Pada 1994, Mahkamah Agung bertukar semula kepada nama
Mahkamah Persekutuan melalui pindaan yang dibuat pada
Pelembagaan Persekutuan. Gelaran Lord President juga telah
diubah menjadi Ketua Hakim Negara
1948 1963 1985 1994 - kini
Majlis Privy Majlis Privy Mahkamah Agung Mahkamah
Mahkamah Mahkamah Persekutuan
Agung Persekutuan Mahkamah Tinggi
(Mahkamah Mahkamah Mahkamah Sesyen Mahkamah Rayuan
Rayuan dan Tinggi Mahkamah Tinggi
Mahkamah Mahkamah Majistret
Tinggi) Mahkamah Mahkamah Sesyen
Sesyen Mahkamah Majistret
Mahkamah
Sesyen
Mahkamah
Mahkamah Majistret
Majistret
KEANGGOTAAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 Mengikut peruntukan perkara 122 Perlembagaaan


Persekutuan, Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri
daripada seorang yang diPertua Mahkamah yang digelar
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah
Tinggi dan, tidak melebihi 11 orang hakim lain
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Rayuan & Mahkamah
Persekutuan

• Berdasarkan perkara 122AB (2), HMT, HMR dan HMP


dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-raja. Sebelum memberi
nasihat, Perdana menteri perlu berunding dengan Ketua
Hakim Negara
• YAA Tan Sri Tengku
Maimun binti Tuan
Mat
Ketua Hakim Negara

KETUA HAKIM NEGARA


BIDANG KUASA MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1 2 3 4

Bidang kuasa Bidang kuasa Bidang kuasa Bidang kuasa


ASAL RAYUAN PENYEMAKAN PENASIHAT
BIDANG KUASA ASAL
 Menentukan :
(a) Kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh
Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu negeri
(b) Pertikaian atas apa-apa soal lain antara negeri dengan
negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana negeri

BIDANG KUASA RAYUAN


 Mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi
BIDANG KUASA PENYEMAKAN
 Memutuskan apa-apa soal berbangkit di Mahkamah
kesan daripada mana-mana peruntukan Perlembagaan
Persekutuan

BIDANG KUASA PENASIHAT


 YDPA boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan
untuk pendapat atau nasihat mengenai kesan peruntukan
Perlembagaan dan mengumumkan pendapatnya di
Mahkamah Terbuka
MAHKAMAH RAYUAN
• Sejarah Penubuhan Mahkamah Rayuan
• Keanggotaan Mahkamah Rayuan
• Bidangkuasa Mahkamah Rayuan
SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH RAYUAN

 Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,


Mahkamah Agung telah ditubuhkan dan ia terdiri
daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
 Pada 1963, Mahkamah Agung kemudiannya telah
digantikan dengan Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi
 Pada tahun 1994, Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan di
bawah Akta Mahkamah Rayuan 1994. Penubuhan
tersebut telah mengembalikan proses rayuan secara 2
peringkat dalam institusi perundangan negara.
KEANGGOTAAN MAHKAMAH RAYUAN
 Pada awalnya Mahkamah Rayuan terdiri daripada
Presiden Mahkamah Rayuan, yang merupakan Pengerusi
Mahkamah Rayuan dan juga 10 orang Hakim Mahkamah
Rayuan. Presiden Mahkamah Rayuan juga merupakan
ahli Mahkamah Persekutuan.
 Mengikut peruntukan perkara 122A Perlembagaaan
Persekutuan, bilangan maksimum terkini bagi Hakim
Mahkamah Rayuan adalah 32 orang
BIDANG KUASA MAHKAMAH RAYUAN

 Di bawah perkara 121 (1B) Perlembagaan Persekutuan,


bidang kuasa Mahkamah Rayuan adalah memutuskan
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan
kes jenayah atau siivil dan apa-apa kuasa lain yang
diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan
MAHKAMAH TINGGI
• Sejarah Penubuhan Mahkamah Tinggi
• Keanggotaan Mahkamah Tinggi
• Bidangkuasa Mahkamah Tinggi:
(i) Bidangkuasa jenayah
(ii) Bidangkuasa sivil
(iii) Bidangkuasa rayuan  kes sivil & kes jenayah
SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH TINGGI

 Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,


Mahkamah Agung telah ditubuhkan dan ia terdiri
daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
 Pada 1963, Mahkamah Agung kemudiannya telah
digantikan dengan Mahkamah Persekutuan dan tiga
Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya,
Mahkamah Tinggi Singapura dan Mahkamah Tinggi
Borneo.
 Pada tahun 1965, Mahkmah Tinggi hanya terdiri daripada
Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi
Borneo.
KEANGGOTAAN MAHKAMAH TINGGI
 Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah serta
Sarawak masing-masing dipengerusikan oleh Ketua Hakim
Mahkamah masing-masing. Kemudian, gelaran Hakim Mahkamah
tersebut ditukarkan kepada Hakim Besar menerusi pindaan yang
dibuat kepada Perlembaan Persekutuan.
 Pada mulanya Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada Ketua
Hakim (sekarang Hakim Besar Malaya) dan mempunyai sekurang-
kurangnya 4 dan tidak lebih daripada 12 orang Hakim Mahkamah
Tinggi.
 Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pula terdiri daripada Ketua
Hakim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak) dan
mempunyai sekurang-kurangnya 4 dan tidak lebih daripada 8 orang
Hakim Mahkamah Tinggi.
 Mengikut peruntukan Perkra 122AA Perlembagaan Persekutuan,
bilangan maksimum terkini bagi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
ialah 60 manakala Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
ialah 13.
Hakim Besar Malaya
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
PESURUHJAYA KEHAKIMAN
• Pesuruhjaya Kehakiman berkuasa untuk melaksanakan fungsi hakim
Mahkamah Tinggi
• Berdasarkan Perkara 122AB(1) Perlembagaan Persekutuan:
Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas
berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,boleh
melalui perintah melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai
hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-
apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu; dan
orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk
melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi
• Pemecatan Pesuruhjaya Kehakiman boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan
Agong melalui syor tribunal.
• Pesuruhjaya Kehakimana menikmati kekebalan sama seperti hakim
Mahkamah Tinggi
BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI

Bidang kuasa Bidang kuasa


ASAL RAYUAN

Kes Kes
Jenayah Sivil
BIDANG KUASA
• Di bawah Seksyen 2 Akta Mahkamah Kehakiman 1964
memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi adalah
merujuk kepada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah
Tinggi Sabah & Sarawak.
• Oleh itu, bidang kuasa kuasa Mahkamah Tinggi Malaya
adalah setara dengan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.
• Secara umumnya, Mahkamah Tinggi Malaya akan
mendengar kes-kes dan pertikaian yang berlaku dalam
bidang kuasa Semenanjung Malaysia.
• Manakala, Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak akan
mendengar kes dan pertikaian yang berlaku dalam bidang
kuasanya di Sabah & Sarawak sahaja.
BIDANG KUASA JENAYAH ASAL
• Mendengar kes jenayah melibatkan hukuman mati
BIDANG KUASA SIVIL ASAL
• Mendengar dan memutuskan kesemua kes sivil melebihi bidag
kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret yang mana
amaun pertikaian yang terlibat melebihi RM 1,000 000.00
• Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa eksklusif dalam mendengar
pertikaian mengenai perceraian dan isu-isu matrimonial
(perkahwinan), admiralty, kebankrapan, dan pertikaian sivil
syarikat, perlantikan dan seliaan penjaga kanak-kanak dan harta,
perlantikan dan seliaan orang kurang upaya dan harta, dan isu-isu
probet serta surat kuasa mentadbir
BIDANG KUASA RAYUAN
• Mendengar rayuan jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen
dan Majistret
• Sekian, terima kasih.

You might also like