Pendidikan Sekolah Rendah2

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 57

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

DI MALAYSIA
OLEH
NOR AZLINA BINTI AHMAD
M20102000744

PPE6014
PENDIDIKAN KOMPARATIF

PENSYARAH
Dr JANE TENG YAN FANG
1
Pendidikan Rendah lazimnya merupakan kursus
bagi masyarakat sesebuah negara yang berusia
lebih daripada 6 tahun dan ia berterusan
sehingga pelajar itu mencapai usia 12 tahun

Di Malaysia, pendidikan rendah adalah dijalankan di sekolah-sekolah


kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta.
Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca,
menulis, dan mengira. Sewaktu pelajar berada di dalam darjah enam,
iaitu pada usia dua belas tahun, mereka dikehendaki mengambil
peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah
atau UPSR, yang menilai prestasi mereka di dalam kedua-dua bahasa
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
2
SEKOLAH RENDAH DI NEGARA-NEGARA BARAT
• Di Amerika Syarikat pula dan kebanyakan sekolah di negara barat,
sekolah-sekolah rendahnya dipanggil elementary schools.
Kebanyakan budak-budak dihantar ke tadika sewaktu berusia lima
tahun dan memulakan darjah satu atau first grade pada usia enam
tahun.
• Di negara ini tiada sekolah kebangsaan. Semua sekolah adalah
dijalankan oleh kementerian pendidikan negeri masing-masing.
• Sistem pendidikan di Amerika Syarikat dan Kanada juga dipanggil
"K-12" iaitu dari tadika atau "kindergarten" hingga ke gred 12 atau
twelfth grade yang bersamaan dengan tingkatan enam di Malaysia.

3
Pendidikan Masyarakat Melayu sebelum kedatangan Inggeris wujud
berorentasikan agama (Al-Quran)
Awang Had Salleh, “Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok Di Kedah.”,
Konvensyen Sejarah Kedah (Alor Setar, Kedah) 1981, hlm. 6

Falsafah Pendidikan Pondok bukanlah untuk bersaing tetapi memberi


peluang anak-anak tempatan menimba ilmu
Azmah Abdul Manaf, 2005 Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.(Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd) hlm. 263-264

Sekolah rakyat wujud akhir abad ke-19 bertujuan menyaingi penubuhan


venikular Melayu. Guru-guru dikalangan rakyat tempatan dan
sebahagian dibekalkan oleh kerajaan.

4
SEJARAH RINGKAS SISTEM PENDIDIKAN MODEN
Bermula dengan penubuhan sekolah Inggeris.
1816 - Penang Free School
1869 - mengambil alih sekolah-sekolah persendirian
1855 - Vernekular Melayu pertama milik persendirian diperkenalkan
(SK Melayu Bayan Lepas)
1883 - di Sarawak (SK Kampung Jawa)
1855 - Sekolah Cina pertama di Melaka (dibuka oleh mubaligh Kristian)

SEKOLAH MELAYU DAN PERKEMBANGANYA


1872 - 16 buah ( 596 murid)
1882 - 85 buah sekolah (2230 murid)-di Pulau Pinang
1906 - 231 buah sekolah (Negeri-negeri Melayu Bersekutu)
13 479 murid
1934 - 8 buah sekolah dibuka di Sabah 5
Pengenalan sekolah Melayu oleh Inggeris bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan rakyat tempatan pada tahap minimum.
…..memberikan pelajaran permulaan yang membolehkan orang kampung
menyimpan catitan mudah, dan dengan demikian, melindungi dia dari penipu-
penipu yang tidak bertimbang rasa yang di kalangan penduduk bercampur
ini,sentiasa sahaja sedia untuk mengambil kesempatan dari kejahilan…
Petikan Laporan Tahunan Negeri-Negeri Selat : 1903

Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang


berpendidikan baik,tidak juga sebilangan budak kurang terdidik,
melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk
dan menjadikan anak Melayu atau petani seorang nelayan atau petani
yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta menjadikan ia mengerti,
menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah
sesuai dengan cara hidup di sekelilingnya…
Kenyataan George Maxwell, Annual Report bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920
6
……awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu, supaya
mereka tinggal terus di sawah-sawah dan supaya mereka tidak hilang
kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-
kerja hutan. Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh supaya
mereka menjadi petani dan saya yakin awak tidak akan menghadapi
kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pelajaran yang
berlebihan…..
Arthur Noel Kenion : 1915

Matlamat dan Falsafah Pendidikan sebegini menyebabkan semangat


Nasionalisme orang Melayu lambat berkembang.

KURIKULUM ABAD KE-20


 Kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa ibunda (tulisan jawi)
sebelum abad ke-20
 Kemahiran membaca dan menulis dalam tulisan rumi (abad ke-20)
7
MASALAH DUNIA PENDIDIKAN MELAYU
• Tertumpu di kawasan Bandar sahaja
• Kemudahan peralatan dan infrastruktur
• Kekurangan guru-guru yang berkelayakan
• Kurang sambutan dikalangan orang Melayu sendiri
• Guru-guru Melayu tidak mengajar - menyuruh murid-murid membuat kerja
harian
.SEBAB-SEBAB TIMBULNYA MASALAH
• corak pendidikan berbentuk sekular
• Orang Melayu mementingkan pendidikan bercorak agama
• Mengalakkkan anak-anak ke sekolah al-quran dan pondok.
• Pengasas sekolah Melayu ialah golongan Mubaligh Kristian
• Aqidah anak-anak dikhuatiri tergugat
• Matlamat pendidikan penjajah
• Sebilangan guru kurang bertanggungjawab-menyalahgunakan tenaga murid.
• Ibubapa memerlukan khidmat anak-anak membantu mereka di kebun. 8
Menjelang akhir abad ke- 19 dan awal abad ke-20 kesedaran tentang penting
pendidikan telah meluas terutama di negeri-negeri Melayu Pantai Barat.

FAKTOR PERUBAHAN
- Peranan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu.
- Kesedaran lahir dikalangan masyarakat Melayu sendiri.
- Peluang pekerjaan bagi lepasan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris.
- Status bekerja dengan kerajaan di pandang tinggi.
- Status sosial masyarakat boleh meningkat.
- Perubahan corak kehidupan dan arus pemodenan.
- Peluang untuk maju lebih terbuka.
- Biasiswa ditawarkan oleh kerajaan Inggeris.
- Wujud guru-guru terlatih menyebabkan pengajaran pembelajaran teratur.
- Kurikulum yang diajar 3M dan dalam tulisan rumi
- Pendidikan untuk anak-anak perempuan diperkenalkan (1890) 9
VERNAKULAR CINA DAN PERKEMBANGANYA
 Mengambil inisiatif sendiri untuk pendidikan anak-anak.
 Menggunakan bahasa pengantar mengikut dielek masing-masing.
 Wujud seiring dengan kewujudan masyarakat Cina di Tanah Melayu.
 Bebas daripada kawalan Inggeris.
 Kurikulum yang digunakan berorintasikan Negara Cina sepenuhnya.
 Guru-guru didatangkan khas dari Negara Cina.
 Matapelajaran yang diajar berkaiatan dengan leluhur (politik dan
propaganda)
 1920 - Kerajaan Inggeris mewajibkan semua sekolah didaftarkan
 Bantuan kewangan dalam bentuk geran disediaka kepada sesiapa
yang memohon.
10
VERNEKULAR TAMIL DAN PERKEMBANGANYA
- Sekolah persendirian diusahakan oleh Mubaligh Kristian.
- 1870 - mula beroperasi
- Kurang mendapat perhatian dari Kerajaan Inggeris.
- 1923 - satu akta digubal mewajibkan pengusaha estet mendirikan
sekolah (10 murid dan keatas)
- Guru-guru dari kalangan kerani, kangani dan celik huruf (separuh
masa)
- 1937 - guru terlatih diambil.
- Tahap pendidikan tertinggi tahun 5 sahaja.

11
SEKOLAH INGGERIS
- 1920 - kewangan dan pentadbiran sepenuhnya oleh kerajaan.
- Banyak bergantung kepada pegembang-pegembang agama kristian.
- Pilihan anak-anak aristokrat.
- Dibiayai dan dijaga sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris.
- Kurikulum sentiasa dikemaskin (sistem peperiksaan diselia oleh
Cambridge di London).
- Berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang.
- 1890 sekolah perempuan Melayu pertama di Perak.

12
PENDIDIKAN
SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN PENDIDIKAN
PRASEKOLAH RENDAH

13
PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan


kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika
bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan
Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak
swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian
besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas
prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka
kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan
rendah.
14
LATARBELAKANG
 18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
 27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian - Projek Rintis Pendidikan
Prasekolah KPM (1,131 kelas).

AKTA PENDIDIKAN 1996


Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan
program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persedian untuk masuk ke sekolah rendah.
15
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persedian untuk masuk ke sekolah rendah

KONSEP
• Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun
atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang
digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran
Bertema".
• Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti
individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan
intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang
kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari
16
OBJEKTIF
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang
Berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

LOKASI
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di
kawasan sekolah rendah.

17
PENGURUSAN
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu
yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi
guru prasekolah ialah DGA29 / DGA32 atau DG41 manakala gred
jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan
jawatan Pembantu Tadbir.

MURID
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan
/ atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan
pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu
boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

18
KURIKULUM

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi


keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran
kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun
dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

19
KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH
 Lokasi pedalaman / luar bandar / pingir bandar / bandar.
 Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.
Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan
bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak
memasuki mana-mana prasekolah.
 Tiada operator tadika lain.
Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang
mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan
berkanun lain.
 Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
 Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.
Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan
bilik atau bangunan prasekolah.
 Permintaan masyarakat setempat.
Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi
memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka. 20
KRITERIA PEMILIHAN MURID
 Warganegara Malaysia.
 Berumur 5 dan 5+ tahun.
 Setiap kelas 25 orang murid.
 Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan
ibu bapa / penjaga.
Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah
yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah
tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi
bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi
peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila
berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak
berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih
dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak
lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa. 21
GERAN PER KAPITA (PCG)

– RM100 seorang murid setahun


– RM100 X 25 murid X 1 kelas
– Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

BANTUAN MAKANAN

– RM1.50 seorang murid sehari


– RM1.50 X 1 murid X 200 hari
– Jumlah : RM300 seorang murid setahun
22
PROGRAM-PROGRAM PRASEKOLAH KPM
• Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi
sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah
dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
Selain itu Program ICT Kidsmart Learning (IBM) dimulakan pada 2001.
Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan
perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga
Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

23
Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai
2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid
Bermasalah Pembelajaran)
• SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor
• SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
• SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun


2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:
• Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
• Prasekolah Bermasalah Penglihatan
• Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah


bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia
setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.
24
PENDIDIKAN RENDAH
 Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan
kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.
 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam
Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada
dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di
kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah
ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau Bahasa
Mandarindigunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.
 Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai
prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
 Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah.
25
PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB
 (HOME SCHOOLING)
 

PENYATAAN DASAR
 
Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah
yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti
mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh
pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan
bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-
kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat
berinteraksi di antara satu sama lain.

26
TUJUAN
 
 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah
kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh
ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk
memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
 Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka
untuk menyekolahkan anak.

27
PELAKSANAAN DASAR
 
 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan
Menteri boleh, “Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau
awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan
murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada
secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan
patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau
menambah syarat-syarat itu.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di
Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun
2003.
28
KAEDAH PELAKSANAAN
 
Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran
Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan.
Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran
oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan
diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah
kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah
diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan
permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara
percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.
 Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan
menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM
untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri
Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.

29
Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:
 Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
 Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan
 Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk
menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh
masa di rumah 
 Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan
 Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang
kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran 
 Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan
tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai
Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah 
30
 Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari
persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran &
Pembelajaran tanpa prasangka. 
 Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak
dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana
persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau
kerajaan
 Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang
terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan
tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut
hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.
31
TARIKH KUATKUASA
 
Kertas “Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di
Peringkat Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan
pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian
telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

32
Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
33
Latar Belakang

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji


semula bagi memastikan kurikulum
yang holistik dan sentiasa relevan
bagi melahirkan modal insan
seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa depan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
34
Latar Belakang
Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri
dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006
menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi
penekanan kepada:

Pembangunan modal insan


Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warga yang menguasai
ilmu, kemahiran dan maklumat
Program membangunkan akal
manusia dalam melahirkan
insan Ulul al-bab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
35
Latar Belakang

Teras ke-2 PIPP


Dasar
Membangunkan modal insan
yang mempunyai pengetahuan
dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni
Matlamat
Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi, menerapkan nilai

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
36
Latar Belakang
Kurikulum Sekolah Rendah

1983 – Kurikulum Baru Sekolah


Rendah (KBSR)
1993 – Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2011 – Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
37
Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan


yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
38
Hasrat Pendidikan
Warga Negara
Murid yang seimbang Bertanggung jawab
dari segi intelek, • Berbudi
rohani, jasmani dan
emosi • Bersatu padu
• Berilmu Pengetahuan • Patriotik
• Berketrampilan • Adil
• Percaya kepada Tuhan TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM • Penyayang
• Berakhlak Mulia • Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Berbakti
• Berkeyakinan • Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Independent learner
• Wawasan 2020
Pekerja Berilmu
• Rangka Rancangan Jangka Panjang
• Inovatif
Global Player • Cabaran Abad Ke-21
• Kreatif
• Daya Saing
• Model Ekonomi Baru (MEB) • Dahagakan Ilmu
• Daya Tahan
• Teori Pembelajaran • Menguasai Kemahiran
• Kemahiran
• 4 Pillars of Education Teknologi Maklumat &
Berkomunikasi
Komunikasi
• Jati Diri
• Creator of Technology
• Belajar Sepanjang
Hayat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
39
Ciri Modal Insan (Sekolah Rendah)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah murid perlu
mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.
Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
 penguasaan kemahiran asas - membaca, menulis, mengira;
 kemahiran menaakul, kreatif & inovatif;
 kesedaran kesejahteraan diri (fizikal & mental);
 percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai
murni;
 jati diri & semangat patriotisme; dan
 memahami & menghayati budaya nasional.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
40
Transformasi Kurikulum
PENGURUSA
PENTAKSI
N
RAN KURIKULUM

PEDAGOG
I BAHAN

PERUNTU
KAN MASA KSSR

KANDUNG
AN

ORGANIS
BENTUK
ASI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
41
Konsep Kurikulum Transformasi
Sekolah Rendah
• Berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
• Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan Bersepadu
- Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
- Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk
Semua Murid
- Pendidikan Seumur Hidup

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
42
Bentuk KBSR Sedia Ada
KOMUNIKASI

Kemahiran Asas
(Membaca, Menulis & Mengira)
Bahasa
Matematik

MANUSIA DENGAN ALAM PERKEMBANGAN DIRI


SEKELILINGNYA MURID INDIVIDU
Kerohanian, Nilai dan Sikap Kesenian dan Rekreasi
Pendidikan Islam Muzik
Pendidikan Moral Seni Visual
Pendidikan Sivik & Pendidikan Jasmani &
Kewarganegaraan Pendidikan Kesihatan
Kemanusiaan dan Persekitaran Kemahiran Hidup
Sains Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
43
Bentuk Kurikulum Transformasi
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran
bahasa secara lisan dan bukan
Sains & Teknologi lisan semasa berinteraksi Kerohanian, Sikap &
Penguasaan pengetahuan Nilai
sains, kemahiran dan sikap Penghayatan amalan
saintifik agama, kepercayaan,
Penguasaan pengetahuan dan sikap dan nilai
kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran berasaskan
teknologi Insan
seimbang
Perkembangan Kemanusiaan
Fizikal & Estetika Penguasaan ilmu dan amalan
Perkembangan jasmani dan tentang kemasyarakatan dan
kesihatan untuk kesejahteraan alam sekitar setempat, negara
diri dan global
Pemupukan daya imaginasi, Penghayatan semangat
kreativiti, bakat dan apresiasi patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
44
Kemahiran Nilai Tambah

• Kreativiti dan Inovasi


• Keusahawanan
• Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
45
Fokus Kurikulum
Tahap ll Sekolah Rendah
(Tahun 4 – 6)
an pengukuhan dan aplikasi 3M dan
ah menaakul, kemahiran asas TMK,
ol perkembangan sosioemosi,
ek kerohanian, fizikal, sikap dan nilai
rs
Pe Tahap l Sekolah Rendah (Tahun 1 – 3)
ap
a h penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran
asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian,
T fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Prasekolah
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah,
persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan
menaakul

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
46
Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal
berasaskan standard kandungan dan standard
pembelajaran

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang


Satu penetapan kriteria atau
perkara yang murid patut ketahui
indikator kualiti pembelajaran
dan boleh lakukan dalam suatu
dan pencapaian yang boleh
tempoh persekolahan
diukur bagi setiap standard
merangkumi aspek pengetahuan,
kandungan.
kemahiran dan nilai.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
47
Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi
standard yang ditetapkan
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur dengan jelas
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan
(assessment for learning)
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam
pembelajaran
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
48
Contoh Standard Kandungan &
Standard Pembelajaran
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
• Bahasa Malaysia • Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan Mendengar, memahami dan memberikan
memberi respon terhadap sesuatu respons dengan betul secara lisan
arahan, soalan dan pesanan yang terhadap pelbagai soalan bercapah.
didengar dengan betul

• Bahasa Inggeris • Bahasa Inggeris


Able to express personal response Able to respond to:
to literary texts a. Book covers
b. Pictures in books
c. Characters
with guidance
• Matematik
• Matematik
Menama dan menentukan nilai
nombor Menamakan nombor hingga 100:
a. Membilang objek dalam kumpulan.
b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek
sebagai mewakili kuantiti.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
49
Organisasi KSSR Tahap I
MODUL TERAS ASAS
1 Bahasa Malaysia
2 Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
3
Bahasa Tamil
Pendidikan Islam
4
Pendidikan Moral
5 Pendidikan Jasmani
6 Pendidikan Kesihatan
7 Matematik
MODUL TERAS TEMA
Seni Visual dan Muzik
8
Dunia Sains dan Teknologi
MODUL ELEKTIF
9 BCSK/BTSK/B. ARAB/B.IBAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
50
Peruntukan Masa
MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)
BIL MODUL
SK SJKC SJKT
MODUL TERAS ASAS
1 Bahasa Malaysia 360 300 300
2 Bahasa Inggeris 330 150 150
Bahasa Cina 360
3
Bahasa Tamil 360
Pendidikan Islam 180 120 120
4
Pendidikan Moral 180 120 120
5 Pendidikan Jasmani 60 60 60
6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30
7 Matematik 180 180 180
MODUL TERAS TEMA
Seni Visual dan Muzik 90 90 90
8
Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60
MODUL ELEKTIF
9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 60 (3 waktu di luar jadual waktu)*
Perhimpunan 30 30 30
Jumlah 1380 1380 1380

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
51
Organisasi KSSR Tahap II
MODUL MATA PELAJARAN
Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris
Modul Komunikasi
Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Modul Komunikasi BCSK / BTSK/ Bahasa Arab / B. Iban / B.


Elektif Semai / Kadazandusun

Pendidikan Islam
Modul Kerohanian, Sikap
& Nilai Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan


Modul Fizikal & Estetika
P. Muzik /P. Seni Visual

Matematik

Modul Sains & Teknologi Sains 

Reka Bentuk & Teknologi / TMK

Modul Kemanusiaan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sejarah/Malaysia Negaraku
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
52
Bahan Kurikulum

1. Dokumen Kurikulum
• Standard Kandungan
• Standard Pembelajaran

2. Buku Teks
• Berpendekatan Modular

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
53
PEDA
Belajar Cara GOGI
Belajar

Kemahiran
Pembelajara Berfikir Dalam
n Masteri Pengajaran &
Pembelajaran

Pembelajara Aplikasi Teori


Kecerdasan Pelbagai
n Akses Dalam Pengajaran &
Kendiri Pembelajaran

Pembelajara Penggunaan
Teknologi
n Secara Maklumat &
Kontekstual Komunikasi
Pengajaran
Pembelajaran
Berasaskan
Secara
Kajian Masa
Konstruktivisme
Depan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
54
Pentaksiran

Pentaksiran P&P
Dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran

Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

Bersifat autentik dan holistik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
55
Kesimpulan
 Meningkatkan kualiti pendidikan rendah
agar lebih relevan dengan cabaran masa
kini dan abad ke-21;
 Guru memainkan peranan yang penting
bagi mengupayakan P&P yang berkesan;
dan
 Kejayaan transformasi kurikulum
memerlukan komitmen menyeluruh
daripada semua pihak termasuk
penggubal dasar, pengurus kurikulum,
ibu bapa serta pihak berkepentingan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
56
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
57

You might also like