Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENDIDIKAN SENI VISUAL – TAHUN 2

PERMAINAN TRADITIONAL - GASING


 TAJUK : CARA MEMBUAT GASING

 TARIKH : 17/5/2021

 HARI : ISNIN

 MASA : 5.20 PETANG HINGGA 6.20 PETANG

 AKTIVITI :-

Murid – murid diminta untuk membaca pengenalan gasing dan jenis – jenis gasing dalam slide yang
diberikan.
Murid – murid diminta untuk menghasilkan “gasing mudah”.
Murid – murid boleh rujuk pada langkah 1 hingga langkah 4 untuk menghasilkan gasing mudah.
Murid – murid diminta untuk ambil gambar setelah siap membuat “gasing mudah” dan muat naik
dalam google classroom untuk pemberian markah. (HANYA MUAT NAIK DALAM GOOGLE CLASSROOM)
Diminta murid – murid join dalam google classroom sebelum minggu depan.
Tugasan ini diberi masa sehingga minggu depan. (28 /5 / 2021 – JUMAAT)
GASING
PENGENALAN
Gasing merupakan sejenis permainan yang
boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan
permainan tradisional orang-orang Melayu sejak
dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim
menuai. Permainan gasing dipertandingkan
antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan
tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut
akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok
bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung
kepada panjang tangan seseorang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Hari ini, murid-murid akan menghasilkan gasing mudah menggunakan box board dan pensel.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN,

 gunting,
 gam,
 pensel,
 krayon,
 rupa bulatan pada kertas lukisan
 box board
CARA MEMBUAT

LANGKAH 1

MELAKAR CORAK PADA BULATAN KERTAS LUKISAN YANG TELAH DISEDIAKAN


CARA MEMBUAT

LANGKAH 2

MEWARNAKAN BULATAN KERTAS LUKISAN YANG DILAKAR


CARA MEMBUAT

LANGKAH 3

MENAMPAL HIASAN CORAK PADA BOX BOARD


CARA MEMBUAT

LANGKAH 4

MENCUCUK PENSEL PADA BAHAGIAN TENGAH BADAN GASING


GASING MUDAH TELAH SIAP!!!!!!

You might also like