Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENERIMAAN UNDANG-

UNDANG INGGERIS DI
SABAH DAN SARAWAK
KUMPULAN 10
• AIMAN BIN RAMLE
• AHMAD SYARIFUDDIN BIN CHE SERI
ISMAIL
• SALASIAH BINTI JUMADIL
• AINUL SHAFAWANIE BINTI KAMAL
SARAWAK
• Di Sarawak Rajah Brooke telah berusaha untuk menyusun undang-undang dan adat yang ada.
• Dalam tahun 1842, dia Berjaya mengkanunkan undang-undang dan adat dalam kanun yang
dipanggil ‘ondong-ondong’.
• Pada mulanya Brooke tidak begitu berminat untuk memasukkan undang-undang Inggeris ke dalam
pentadbiran keadilan Sarawak.
• Ini ternyata dalam satu arahan yang diberinya kepada majistret-majistret dalam tahun 1847. Dia
berkata :
• Dalam mentadbirkan Sarawak, Rajah Brooke telah mengeluarkan undang-undang sendiri.
• Undang-undang ini dalam bentuk perintah-perintah, kenyataan-kenyataan, perisytiharaan dan
arahan-arahan.
• Undang-undang ini digubal dengan cara yang tidak faormal.
• Dalam tahun 1865, Rajah yang kedua menubuhkan Majlis Negeri.
• Fungsi utama Majlis ini ialah untuk menentukan mana-mana adat bumiputera yang ada harus
dipilih untuk dikuatkuasakan.
• Tetapi penubuhan ini juga penting sebagai satu langkah ke hadapan dalam pembentukan badan
perundangan untuk memberi kuatkuasa daripada segi undang-undang kepada undang-undang
yang telah dikeluarkan oleh Rajah Brooke.
• Namun demikian, Rajah masih berkuasa mengeluarkan undang-undang dalam keupayaannya sendiri.
• Dalam kes-kes jenayah, Rajah seboleh-bolehnya mengikuti Kanun Keseksaan India.
• Dalam hal lain pegawai kehakiman membuat keputusan mengikut budi bicara mereka dengan
memberi pertimbagan yang sewajarnya kepada adat dan agama kaum bumiputera.
• Dalam proses ini, tidak dapat diragukan pegawai-pegawai ini amat terpengaruh dengan prinsip
undang-undang inggeris.
• Dalam tahun 1922, Kanun Keseksaan India telah diambil menerusi Perintah- perintah Mahkamah
(Courts Order).
• Beberapa buah buku yang mengumpulkan undang-undang yang dikeluarkan oleh Rajah Brooke telah
diterbitkan.
• Misalnya buku yang dipanggil Orders 1863-1913 yang mengandungi semua perintah
yang dikeluarkan daripada tahun 1963 hingga 1913.
• Dalam tahun 1933, Green Book telah diterbitkan dan buku ini mengandungi perintah-
perintah yang dikeluarkan dari tahun 1927 hingga tahun 1933.
• Green Book mengandungi campuran undang-undang berkanun, kaedah, peraturan, dan
arahan-arahan Rajah Brooke sendiri.
• Langkah menerima undang-undang Inggeris dengan lebih meluas wujud dalam tahun
1922 dengan terbitnya Red Book.
• Dalam buku ini terkandung Perintah-perintah Negeri (State Orders) yang digubal mulai 1
Julai 1927.
• Dalam pada itu, Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah telah digubal dengan
meniru peruntukan-peruntukan Kanun Jenayah India.
• Undang-undang England dimasukkan secara rasmi pada tahun 1928 dengan tergubalnya
Ordinan Undang-undang Sarawak 1928 (Law of Sarawak Ordinance 1928).
• Ordinan ini mempunyai peruntukkan mengenai pemakaian-pemakaian common law
England dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan.
• Menurut Seksyen 2:
• Ordinan ini sebenarnya mengesahkan penerimaan undang-undang Inggeris yang telah berlaku
sebelum itu.
• Pentadbiran undang-undang dijalankan berdasarkan prinsip berikut, iaitu undang-undang Inggeris
hendaklah menjadi undang-undang Sarawak sejauh yang mungkin.
• Undang-undang tempatan dan adat hendaklah dipelihara selagi kedua-duanya tidak bercanggah
dengan urusan pentadbiran.
• Berikutan dengan Ordinan tahun 1928 itu, mahkamah telah menunjukkan sikap bersimpati terhadap
undang-undang adat bumiputera. Ini ternyata dalam kes S.M Mahadar bin Datuk Tuanku Mohamed
lwn.Chee.
• Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa undang-undang adat Melayu mengenai keterangan
bersumpah seorang perempuan yang hamil mengenai siapa bapa anak dalam kandungannya tidak
boleh dipersoalkan.
• Ini bertentangan sama sekali dengan prinsip undang-undan Inggeris.
• Mahkamah memutuskan bahawa oleh sebab tidak ada ordinan mengenai formalit membuat wasiat
di Sarawak, hal ini dikuasai oleh undang-undang Inggeris berikutan dengan Ordinan Undang-
undang Sarawak 1928.
• Mahkamah juga menyatakan bahawa sekiranya kes ini melibatkan bumiputera mengenai perkara
wasiat, undang-undang dan adat bumiputera akan diberi penghormatan, dan jika wajar akan
dipakai .
• Oleh sebab pihak yang terlibat dalam kes itu berketurunan Cina, bukannya bumiputera, undang-
undang Inggeris terpakai untuk menentukan formalit membuat wasiat.
• Sarawak menerima undang-undang Inggeris dengan meluasnya selepas Perang Dunia Kedua, iaitu
selepas tahun 1946.
• Dalam tahun 1949, Ordinan Pemakaian Undang-undang 1949 memansuhkan Ordinan
Undang-undang Sarawak 1928.
• Ordinan 1949 memperuntukkan pemakaian common law England sekiranya tidak ada
peruntukan tempatan, sejauh yang diizinkan adat dan keadaan tempatan.
• Satu perkara yang menarik perhatian ialah selain daripada menghadapi kesulitan yang timbul
daripada istilah statut-statut pemakaian am proviso kepada seksyen itu mengingatkan kembali
kata-kata yang digunakan oleh Privy Council dalam kes yang masyhur iaitu kes Yeap Cheah Neo
lwn.Ong Cheng Neo semasa mengulas undang-undang di Pulau Pinang , ‘undang-undang
England hendaklah dianggap sebagai undang- undang yang berjalan kuatkuasanya di Pulau
Pinang sejauh yang undang-undang bersesuaian dengan keadaan di pulau itu dan akan diubah
pemakaiannya oleh keadaan-keadaan tersebut’.
• Pemakaian undang-undang Inggeris di Sarawak diperluas di bawah ordinan ini; jauh lebih luas
daripada yang ditetapkan oleh Ordinan 1928 oleh kerana Seksyen 3 telah memasukkan sejumlah
Akta-akta Parlimen British. Seksyen 3 berbunyi:
• Dalam Jadual Ordinan Sarawak itu dinyatakan perkara-perkara yang meliputi Defamation Act
1952 dan pelbagai Law Reform Acts daripada tahun 1934 hingga 1954, iaitu Law Reform
(Miscellaneous Provisions) Act 1934, Law Reform (Maried Women and Tortfeasors) Act 1935,
Law Reform (Contributory Negligence) Act 1945, Law Reform (Personal Injuries) Act 1948,
Law Reform (Miscellaneous Provisions) Act 1949, dan Law Reform (Enforcement of Contracts)
Act 1954.
• Peruntukkan dibuat untuk membolehkan jadual itu dipinda untuk menambahkan jadual itu
dengan mana-mana Akta Parlimen British sama ada yang digubal sebelum atau selepas 12
Disember 1949.
• Sehingga 1972, apabila Akta Undang-undang Sivil 1956 diperluaskan di Sarawak (dan Sabah),
pemakaian undang-undang Inggeris di Sarawak berdasarkan Ordinan Pemakaian Undang-undang
1949.
SABAH

• Pada tahun 1882, Syarikat Borneo Utara telah diberi Piagam yang memberi hak dan
tanggungjawab kepada syarikat itu terhadap Borneo Utara (kemudian ditukar namanya
kepada Sabah).
• Antaranya, syarikat itu dikehendaki menjaga keamanan dan peraturan di seluruh negeri.
• Syarikat juga dikehendaki memberi perhatian kepada adat dan undang-undang bumiputera.
• Untuk tujuan-tujuan mengadakan keadilan, Syarikat ini telah mengambil perundangan dari
India, Negeri-negeri Selat dan jajahan British yang lain.
• Misalnya dalam tahun 1883, Undang-undang Perkongsian dari jajahan British, Fiji, telah
diambil untuk dikuatkuasakan di Borneo Utara.
• Beberapa Ordinan Negeri-negeri Selat seperti Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian
telah diambil dalam tahun 1884.
• Majlis Penasihat yang bertanggungjawab meluluskan perundangan telah meluluskan
perundangan yang ditiru daripada perundangan Inggeris.
• Dari tahun 1881 hinggan 1902, 250 perundangan telah diluluskan.
• Selain daripada cara perundanagan, undang-undang Inggeris juga dibawa masuk melalui badan
kehakiman.
• Mahkamah-mahkamah telah ditubuhkan menurut sistem mahkamah Inggeris.
• Dalam menjalankan keadilan jenayah, Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta
Keterangan daripada India telah digunakan sebagai model.
• Seperti mana-mana negeri di Malaysia yang lain, penerimaan undang-undang Inggeris di Sabah
telah disahkan oleh statut dalam tahun 1951.
• Seksyen 2 mempunyai peruntukan yang sama perkataannya dengan Seksyen 2 Ordinan
Pemakaian Undang-undang 1949 Sarawak.
• Berlainan daripada Ordinan 1949 Sarawak, Ordinan 1951 Sabah tidak memasukkan Akta
Parlimen British.
• Dengan itu common law dan doktrin ekuiti yang berkuatkuasa di England bersama-sama dengan
dengan statut pemakaian am Inggeris pada 1 Disember 1951 (tarikh Ordinan itu berkuasa)
dipakai di Sabah sekiranya tidak ada peruntukan tempatan.
• Pemakaian ini juga tertakluk kepada sejauh mana penduduk dan keadaan tempatan mengizinkan.
• Ordinan Undang-undang Sivil 1956, Malaysia Barat, telah diperluaskan pemakaiannya ke
Sabah dan Sarawak oleh perintah Ordinan Undang-undang Sivil (Perluasan) 1971 yang
berjalan kuatkuasanya pada 1 April 1972.
• Ordinan-ordinan Pemakaian Undang-undang Sabah dan Sarawak berkenaan dengan
perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan telah dimansuhkan

You might also like