Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PERBANDINGAN GOLONGAN

KATA

1. Tatabahasa Dewan : Nik Safiah Karim et al.


2. Nahu Melayu Mutakhir : Asmah Haji Omar
3. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III : Zainal
Abidin Ahmad (Za’ba)

SITI IRMI BINTI DIN (812806)


PENGENALAN
• Golongan kata boleh juga disebut sebagai kelas
kata, kategori kata dan jenis kata
• Golongan kata merupakan proses menjeniskan
dan menggelompokkan kata berdasarkan kriteria
tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk
menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri
persamaan yang dimiliki oleh kategori kata
tersebut, makna kata, kesempurnaan bentuk,
taburan kata dan fungsinya dalam ayat.
PENGENALAN
• Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim
dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan
penggolongan kata merupakan penjenisan
kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua
kata perlulah dikelompokkan atau
digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam
bahasa Melayu terdapat empat golongan kata
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas.
PENGENALAN
• Dalam menggolong kata, terdapat empat
kriteria yang digunakan dalm linguistik iaitu
kriteria morfologi, kriteria sintaksis, kriteria
semantik dan kriteria fonologi.
• Sarjana tatabahasa bahasa melayu khususnya
menggunakan keempat-empat ciri ini dalam
menentukan golongan perkataan dalam
bahasa Melayu.
Kriteria semantik atau makna
• Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan
dilakukan dengan melihat kepada makna perkataan
berkenaan. Berdasarkan kepada makna, maka
perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-
masing. Sebagai contoh, Za’ba (1965) menggolongkan
kata nama mengikut kriteria semantik.
• Tetapi, pendekatan semantik sebenarnya sukar untuk
menentukan golongan kata kerana ada kata nama
yang berubah menjadi kata kerja atau kata adjektif.
Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria
sintaksis dan kriteria morfologi.
Kriteria sintaksis atau struktur ayat

• Istilah ini membawa maksud bentuk iaitu ciri-


ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu
bentuk perkataan dalam binaan frasa dan
ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi
sintaksis yang sama dimaksudkan ke dalam
golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam
frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis.
Dengan demikian, kriteria ini dilihat lebih
bersifat saintifik.
Kriteria sintaksis atau struktur ayat
• Kajian yang berdasarkan kepada ciri-ciri
binaan sintaksis ini dilakukan oleh ahli bahasa
seperti A.A. Teeuw (1963), Asmah Hj. Omar
(1968) dan Abdullah Hassan (1969).
• Tatabahasa Dewan (1979, 1981, 1993, 2004
dan 2005 Semakan) menggunakan ciri
sintaksis bagi menentukan golongan kata.
Kriteria morfologi atau pembentukan kata
• Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam
membuat penggolongannya. Ciri ini banyak membantu
menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik
dan sintaksis.
• Sebagai contoh, semua bentuk perkataan yang menerima
awalan pe-, iaitu penulis, pelatih, pemimpin dan lain-lain adalah
termasuklah ke dalam golongan nama sebab awalan pe-
menerbitkan kata nama
• Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan me-
seperti menari, menyanyi, menulis dan sebagainya termasuk ke
dalam golongan kata kerja kerana awalan meN- adalah awalan
kata kerja dan membentuk kata kerja.
Kriteria fonologi atau bunyi

• Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses


morfofonologi. Abdullah Hassan (2006)
menyatakan morfofologi ialah bidang yang
mengkaji perubahan bunyi pada sempadan
morfem apabila dua morfem dicantumkan
bagi menerbitkan perkataan. Kriteria ini jarang
digunakan kerana banyak melibatkan
perubahan-perubahan bunyi yang berlaku
semasa proses pengimbuhan.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
GOLONGAN KATA

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF KATA TUGAS

SIFATAN
KATA NAMA AM KATA
KATA KERJA TAK
WARNA PENYAMBUNG
TRANSITIF
AYAT
KATA NAMA KHAS UKURAN

PANCAINDERA KATA
KATA KERJA
KATA GANTI PRAKLAUSA
TRANSITIF
NAMA BENTUK KATA PRAFRASA
& PASCAFRASA
WAKTU
CARA KATA
PASCAKATA
PERASAAN
JARAK
Nahu Melayu Mutakhir
GOLONGAN KATA

BENDA KARYAAN ADVERBA

KATA NAMA KATA KERJA

KATA GANTI
NAMA KATA SIFAT
KATA BILANGAN
Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III
GOLONGAN KATA

KATA NAMA KATA KATA SIFAT KATA SENDI SERUAN


PERBUATAN
KATA NAMA SIFAT NAMA SENDI NAMA
AM / NEKA PERBUATAN
MELAMPAU SIFAT KATA
(KATA KERJA SENDI KATA
KATA NAMA KHAS TRANSITIF)

KATA GANTI PERBUATAN TAK


NAMA MELAMPAU
(KATA KERJA TAK
TRANSITIF)
Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III
KATA GANTI DIRI

PERTAMA KEDUA KETIGA

UMUM

PERTANYAAN

PENUNJUK

SENDI
PERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATA
TATABAHASA DEWAN NAHU MELAYU MUTAKHIR PELITA BAHASA MELAYU
NIK SAFIAH et.al (2008) ASMAH HAJI OMAR(2009) ZAINAL ABIDIN AHMAD
(2000)
KATA NAMA BENDA NAMA
i.Kata Nama Am i. Kata Nama i.Nama Khas
ii.Kata Nama Khas ii. Kata Ganti Nama ii.Nama Nika
iii.Kata Ganti Nama iii. Kata Bilangan iii.Ganti Nama
-Diri
-Umum
-Pertanyaan
-Penunjuk

 
TATABAHASA DEWAN NAHU MELAYU MUTAKHIR PELITA BAHASA MELAYU
NIK SAFIAH et.al (2008) ASMAH HAJI OMAR(2009) ZAINAL ABIDIN AHMAD
(2000)
KATA KERJA KARYAAN PERBUATAN
i.Kata Kerja Transiitif i. Kata Kerja i.Melampau
ii.Kata Kerja tak Transitif ii. Kata Sifat ii.Tak melampau
-Diri
-Umum

 
KATA ADJEKTIF ADVERBA SIFAT
i.Sifat nama
ii.Sifat kata
 
TATABAHASA DEWAN NAHU MELAYU MUTAKHIR PELITA BAHASA MELAYU
NIK SAFIAH et.al (2008) ASMAH HAJI OMAR(2009) ZAINAL ABIDIN AHMAD
(ZA’BA)
KATA TUGAS SENDI
i.Sendi nama
ii.Sendi kata
-Penambah
-Penambat

 
   
SERUAN
PENUTUP
• Penggolongan kata merupakan satu proses  menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi
dengan anggota lain atau golongan yang sama.
• Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2013) , Asmah
Haji Omar (2009)  dan Zainal Abidin Ahmad (2000)
menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu
morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi. Walaupun
terdapat perbezaan dalam  golongan kata utama antara 
mereka namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu
menggunakan empat kriteria utama. 
• Contohnya, Asmah mengkelaskan kata nama di bawah
subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al dan Za’ba
yang menggolongkannya sebagai golongan utama.
PENUTUP
• Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah
subgolongan karyaan oleh Asmah  manakala Nik
Safiah et.al dan Za’ba menggolongkannya di bawah
golongan utama.
• Keseragaman dalam setiap aspek bagi semua bahasa
di dunia ini memang agak sukar dicapai. Namun
perlunya sebuah buku yang menjadi pegangan dan
panduan bagi pengguna seperti buku Tatabahasa
Dewan agar tidak tersasar dan menyimpang dari
peraturan atau sistem bahasa yang betul.

You might also like