Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

( GMGM 3073 )

TAJUK PENUGASAN INDIVIDU:


PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN
PENYELESAIAN
(SLIDE PEMBENTANGAN)

DI SEDIAKAN UNTUK : DI SEDIAKAN OLEH :


BONIE JACOB
PUAN SUZZAINI ABDULLAH 251819

1
PENGENALAN

 Pertikaian di antara majikan dan pekerja adalah perkara yang di luar jangkaan kerana kedua-dua pihak
mempunyai matlamat dan kepentingan-kepentingan yang berbeza.
 Sharma (1984:65) menyifatkan keadaan ini sebagai suatu fenomena universal dalam konteks hubungan pekerja
dan pihak pengurusan mereka, Pekerja bukanlah sejenis komoditi dan bukan juga sebagai sumber untuk
diperdagangkan.
 Mereka memiliki skil yang mempunyai nilai yang istimewa keada sesebuah firma dan organisasi.
 Konflik berlaku disebabkan oleh pertentangan kepentingan ekonomi antara pekerja yang mahukan upah yang
tinggi dan jaminan kerja, manakala majikan mahukan keuntungan dan produktiviti yang lebih.
 Selain daripada itu pertikaian berlaku kerana terdapat pihak yang melanggar perjanjian kolektif yang telah
mereka persetujui iaitu majikan dan pekerja.
 Di Malaysia kita boleh melihat pertikaian di antara majikan dan pekerja berlaku kerana majikan dan pekerja
telah melanggar perjanjian yang telah mereka meterai bersama, di antara perjanjian-perjanjian ini adalah seperti
gaji atau upah, bayaran bonus, kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), faedah pemberhentian beramai-ramai,
faedah persaraan, cuti kelepasan, faedah bercuti, faedah perubatan, elaun perbatuan dan sebagainya.

2
TEORI BERKAITAN PERBURUHAN
 beberapa kaedah bagi penyelesaian pertikaian alternatif yang diperuntukan oleh Akta Perhubungan Perusahaan
1967 iaitu rundingan damai, penyelidikan dan penyiasatan, serta arbitrasi.
 Selain daripada kaedah-kaedah tersebut yang diperuntukkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pertikaian
perdagangan juga boleh diselesaikan secara rundingan secara langsung.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN PERTIKAIAN PERDAGANGAN DI ANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA:

PERUNDINGAN SECARA
LANGSUNG

 Kedua-dua pihak yang terlibat (majikan dan kesatuan) dalam pertikaian akan bersemuka di meja
rundingan dan berunding mengenai pertikaian antara mereka dan berkompromi supaya masalah antara
mereka.

 kaedah ini penyelesaian yang dicapai itu adalah dibuat berdasarkan keputusan bersama setelah
perbincangkan, perdebatkan dan rundingkan tanpa campur tangan daripada pihak ketiga atau pihak luar.
3
PENDAMAIAN (CONCILIATION)

 Kaedah penyelesaian secara pendamaian adalah penyelesaian yang membawa pihak-pihak yang
terlibat dalam pertikaian dengan bantuan daripada pihak ketiga yang bersifat berkecuali.

 Peranan pengantara atau pendamai hanyalah mengatur suatu pertemuan antara pihak-pihak yang
terlibat untuk mencari jalan penyelesaian, menggalakkan dan memberi cadangan yang boleh diterima
atau dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau mencapai suatu kompromi.

 Di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan (KPPP) atau
Menteri diberi kuasa untuk menyelesaikan suatu pertikaian yang sedang berlaku.

 Melalui pendekatan ini, pihak-pihak yang terlibat, iaitu majikan dan kesatuan sekerja pekerja boleh
melaporkan kepada KPPP untuk tujuan penyelesaian.

 Namum begitu Menteri sumber mempunyai kuasa mengatasi KPPP, iaitu boleh mengambil Langkah-
langkah sebagaimana yang perlu untuk mendamaikan apa-apa pertikaian perdagangan (Seksyen 19A,
akta).

4
PENYELIDIKAN DAN SIASATAN

 Akta membolehkan Menteri Sumber Manusia melantik suatu jawatankuasa penyelidikan atau suatu
lembaga siasatan untuk menjalankan penyelidikan atau siasatan yang berkaitan dengan suatu pertikaian
perdagangan yang wujud.

 Jawatankuasa tersebut boleh terdiri daripada seorang atau lebih yang dilantik oleh Menteri.

 jawatankuasa telah dilantik menyelidik segera bagi mencari sebab-sebab dan keadaan suatu pertikaian
perdagangan, dan melaporkan hasil penyelidikan tersebut kepada Menteri.

 Setelah siasatan selesai, lembaga akan melaporkan hasil siasatan kepada Menteri, selepas itu laporan
lembaga akan dibentangkan secepat mungkin di Dewan Rakyat.

5
PENGANTARAAN (MEDIATION)

 kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan adalah peranan yang
dimainkan oleh pengantara.

 Di Amerika pendekatan ini digunakan dalam sektor awam daripada sektor swasta.

 Menurut Katz dan Kochan pengantaraan ialah suatu bentuk intervensi pihak ketiga dalam
perundingan kolektif.

 Seorang pengantara tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan suatu penyelesaian tetapi cara
tindakan beliau lebih bersifat seperti seorang fasilitator kepada pihak-pihak yang berunding.

 pengantara ialah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat dan membawa mesej
di antara kedua pihak serta mengemukakan beberapa cadangan.

 kaedah ini suatu yang jarang dipakai bagi menyelesaikan pertikaian perdagangan di Malaysia.
Dalam undang-undang buruh juga tidak terdapat atau dinyatakan tetapi kadang kala ia digunakan.

6
PENIMBANGTARAAN (ARBITRATION)

 Kaedah ini akan dirujuk atau dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang apabila majikan
dan kesatuan sekerja pekerja tidak dapat menyelesaikan pertikaian mereka.

 peranan timbang tara ini dimainkan oleh Mahkamah Perusahaan.

 Pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi keputusan yang dibuat oleh mahkamah, dan keputusan
mahkamah adalah mengikat pihak-pihak yang terlibat, tetap dan muktamad.

7
LANGKAH YANG DIAMBIL APABILA KAEDAH
PENYELESAIAN PADA TAHAP LEMBUT GAGAL

 Apabila kaedah penyelesaian pertikaian pada tahap lembut menghadapi kebuntuan, undang-
undang membenarkan pihak-pihak yang terlibat mengambil tindakan perusahaan. Menurut
Hyman (dalam Solomon: 412), kontroversi dalam perhubungan buruh ialah tindakan
perusahaan, antara pendekatan yang di ambil iaitu :-

PIKET

 Piket merupakan salah satu bentuk tindakan perusahaan yang sering kali diambil oleh pekerja-
pekerja. Dalam melakukan tindakan piket ini, ianya perlu dilakukan secara aman dan damai
dengan tidak mengancam mana-mana orang, tidak menghalang laluan jalan atau pintu masuk
keluar ke premis majikan oleh pekerja yang terlibat dalam sesuatu pertikaian.

8
 Dalam melakukan tindakan piket ini, ianya perlu dilakukan
secara aman dan damai dengan tidak mengancam mana-
mana orang, tidak menghalang laluan jalan atau pintu
masuk keluar ke premis m.ajikan oleh pekerja yang terlibat
dalam pertikaian.

 Piket adalah suatu alternatif yang dilakukan oleh pekerja-


pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu waktu makan
tengahari, sebelum atau selepas waktu kerja.

 sekyen 40 (3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mana-


mana pekerja yang melanggar syarat-syarat piket seperti
membuat huru-hara, menjejaskan ketenteraman awam,
menghalang laluan masuk dan keluar majikan ke premis
atau pejabat akan dikenakan tindakan undang-undang.

 pekerja yang melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan


penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

9
 Biasanya piket dilakukan dengan cara pekerja berdiri atau berarak secara
beramai-ramai berhampiran premis perniagaan atau pejabat dengan
membawa pelekat poster, sepanduk yang menyatakan tuntutan dan
permintaan pekerja.

 tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau


apa-apa bantahan yang pekerja tidak puas hati terhadap pihak majikan.

 pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam memastikan kejadian


tindakan industri ini tidak tercetus dalam kalangan pekerja-pekerja.

 Situasi yang teruk akan berlaku sekiranya tindakan tersebut tidak dipatuhi
mengikut saluran-saluran yang betul yang mampu membawa kepada
keadaan huru-hara dan suasana atau persekitaran yang tidak kondusif.

 Dalam membina dan mengekalkan keharmonian antara majikan dengan


pekerja atau kesatuan sekerja. Mereka perlu melakukan rundingan damai
secara efisyen dan sistematik iaitu duduk semeja bagi membincangkan
masalah yang timbul dan mewujudkan jalan penyelasaian yang terbaik
bagi kepuasan semua pihak antara majikan dan pekerja.
10
 Mogok terjadi akibat tercetusnya pertikaian perdagangan
sekali gus mendorong kepada berlakunya tindakan
MOGOK perusahaan.
 melibatkan tuntutan dan rasa tidak puas hati pekerja
terhadap majikan, dan rasa tidak puas hati ini mereka
ekspresikan melalui tindakan yang agresif iaitu dengan
melakukan aktiviti mogok.
 Malaysia masih membenarkan aktiviti mogok diadakan
namun undang-undang negara telah menetapkan beberapa
garis panduan dan prosedur-prosedur tertentu yang wajib
dipatuhi sebelum melaksanakan mogok.
 Perkara ini dilakukan bertujuan untuk memastikan dan
menghadkan kegiatan mogok agar keamanan dan
kesejahteraan dapat dipelihara.
 Mogok juga terjadi disebabkan oleh pihak majikan
melanggar terma dan syarat pekerjaan yang telah
ditetapkan oleh pihak syarikat.
 Contoh: majikan tidak dapat membayar gaji yang lebih
kepada pekerja yang telah bekerja lebih masa.
11
 Situasi yang terjadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan
seterusnya pekerja meluahkan perasaan tersebut melalui tindakan
mogok.
 Teori sistem Dunlop (1958) menjelaskan bahawa dalam keadaan
normal juga wujudnya konflik atau kerjasama antara pekerja-
pekerja.
 konflik tidak dapat dielakkan dalam sistem hubungan industri.
 mogok juga berlaku disebabkan ingin menyampaikan kehendak
mereka terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan oleh majikan.
 Setiap pekerja mempunyai banyak kehendak sama ada yang
mendatangkan kepentingan terhadap diri sendiri atau sesuatu
syarikat itu sendiri.
 Sebagai contoh pihak majikan tidak mengambil peduli tentang
keselamatan pekerja dan suasana di tempat kerja.
 Masalah seperti ini sering disuarakan oleh pekerja namun tidak
mendapat perhatian daripada majikan.
 perkara sebegini akan mendorong pekerja untuk melakukan mogok
agar pihak majikan sedar tentang kekurangannya.
12
 mogok juga berlaku akibat daripada
rasa tidak puas hati pekerja terhadap
tindakan majikan. Terdapat majikan
yang menindas pekerjanya sendiri sama
ada dari aspek fizikal mahu pun mental.
Majikan yang zalim tidak akan
memikirkan perasaan dan keadaan
pekerjanya kerana bagi sesetengah
majikan ini keuntungan lagi penting
dari segala-galanya.

13
ISU TERKINI DI MALAYSIA

• Malaysia adalah kes Kira-kira 50 pekerja syarikat perkhidmatan


penghantaran makanan dalam talian, foodpanda berkumpul di
Dataran Centrio Seremban 2 sebagai tanda protes terhadap skim
pembayaran baharu syarikat itu.

• Pekerja-pekerja foodpanda mula melancarkan mogok itu sejak 28


September lalu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan
pengurusan syarikat. mereka bantah skim pembayaran baharu ini
kerana ia akan menghapuskan bayaran gaji mengikut jam, komisen
penghantaran lewat malam (selepas jam 11 malam) dan bayaran
pembatalan pesanan oleh pelanggan.

• Pihak pengurusan memperkenalkan skim bayaran baharu itu


melanggar syarat yang dipersetujui antara pekerja dan majikan
Semasa diambil sebagai pekerja foodpanda mereka menandatangani
surat persetujuan yang mana ia menjelaskan mengenai syarat
pembayaran gaji.

• Tindakan memperkenalkan skim pembayaran baharu itu jelas


menunjukkan mereka melanggar penjanjian kolektif.
14
 Bagaimanapun mogok yang telah dilancarkan oleh pekerja
foodpanda ini telah menarik perhatian Menteri iaitu Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman yang mana akan berjanji akan
berbincang dengan pihak pengurusan syarikat foodpanda.

15
ISU TERKINI DI LUAR NEGARA
IAITU KANADA

• isu yang melibatkan pertikaian antara majikan dan pekerja di negara maju iaitu di
Saskachewan kanada iaitu Kira-kira 3,000 kakitangan Kereta Api Nasional Kanada
(CN) melancarkan mogok pada awal tahun 2020, kata persatuan pekerja, Teamsters
Canada selepas kedua-dua belah pihak gagal menyelesaikan isu kontrak.
• Konduktor, pengendali kereta api dan petugas depot lokomotif di CN telah
melancarkan mogok. Sebagai antara negara pengeksport produk ladang terbesar
dunia, Kanada bergantung kepada dua landasan kereta api utama bagi menghantar
canola dan gandum dari beberapa ladang di barat negara itu ke pelabuhan.
• persatuan mengeluarkan notis mogok selama 72 jam kepada syarikat Sabtu lalu,
selepas rundingan menemui jalan buntu, sekali gus mencetus mogok pertama di CN
sejak sedekad lalu.
• mogok dilancarkan kerana pekerja membangkitkan isu berkaitan kesihatan dan
keselamatan. Perjanjian kolektif sebelumnya tamat pada 23 Julai lalu.
• Pekerja CN mengundi untuk melancarkan mogok pada januari lalu selepas
rundingan itu gagal mencapai kesepakatan dan sesuatu yang positif diantara pihak
pengurusan dan pihak pekerja.

16
 segi teori pemburuhan penulis berpendapat
bahawa mogok yang dilancarkan oleh
Kakitangan Kereta Api Nasional Kanada adalah
jalan yang terakhir untuk mereka menarik
perhatian pihak pengurusan dan juga pihak
pentadbiran Kereta Api Nasional Kanada.
 Persatuan pekerja telah cuba untuk
menyelesaikan isu ini dengan mengadakan
perjanjian kolektif yang baru bersama dengan
pihak kakitangan dan pihak pengurusan
Kakitangan Kereta Api Kanada namum gagal.
 kakitangan Kereta Api Nasional Kanada telah
melancarkan mogok bagi menyuarakan ketidak
puas hatian mereka kepada pihak pengurusan
Kereta Api Kanada, penulis juga menjangkakan
bahawa jika mogok tersebut berterusan ianya
akan merugikan pihak syarikat Kereta Api
Nasional Kanada kereta kerana Kanada
bergantung kepada pengangkutan Kereta Api
untuk mengeksport barang-barang dagangan ke
pelabuhan dan juga minyak ke Amerika Syarikat.
 Sekira dibandingkan dengan isu di Malaysia iaitu
mogok yang di lakukan oleh pekerja foodpanda
ianya adalah sama iaitu melibatkan pihak
majikan dan juga pekerja, masalah yang
melibatkan kedua-dua isu di Malaysia iaitu
mogok pekerja foodpanda dan juga kakitangan
Kereta Api Nasional Kanada juga melibatkan
perjanjian kolektif yang gagal dicapai oleh
kedua-dua pihak iaitu majikan dan juga pekerja.
17
kesimpulannya, bagi membina dan mengekal
keharmonian antara pekerja dan majikan, mereka perlu
melakukan rundingan damai secara efisyen dan sistematik
iaitu duduk semeja bagi membincangkan masalah yang
timbul. Seterusnya, mewujudkan jalan penyelesaian yang
terbaik bagi kepuasan semua pihak iaitu antara pekerja dan
majikan. Justeru itu, suasana yang harmoni ini akan dapat
membantu pertumbuhan ekonomi negara demi kebahagian
rakyat secara keseluruhannya serta mampu menjana
produktiviti kepada organisasi apabila pertelingkahan dapat
diselesaikan. Kejayaan penyelesaian ini akan dapat
mewujudkan hubungan yang harmoni antara pihak majikan
dan pekerja.

18

You might also like