Laras Bahasa Kreatif

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta

atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan


pengalaman pengarang.
Berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej,
pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.
Merupaka saluran mengungkapkan ekspresi dan
pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang
tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi
bertenaga.
Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk
prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun,
sajak) dan drama (filem, teater dan pementasan).
Laras bahasa kreatif yang bermutu tinggi memerlukan
kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang
dipelbagaikan.
Penggunaan bahasanya bermula daripada fonem, iaitu
satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur
aliterasi dan asonasi)
Kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur
wacana yang lebih luas.
Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi
mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan
serta indah.

Ciri-ciri Laras Bahasa kreatif


a). Perbendaharaan Kata / Istilah

Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa


kreatif mudah difahami.
Laras bahasa kreatif ini tidak mengandungi istilah
teknikal.

Perkataan pinjaman juga tidak banyak digunakan.

Kadang-kadang terdapat penggunaan kata-kata yang


berunsur ketaksaan dengan tujuan untuk menimbulkan
kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan nilai
seni dan estetika.

Terdapat beberapa perkataan untuk satu pengertian,


sama ada perkataan itu yang membawa makna yang
sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal
tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud
yang hendak disampaikan.
b). Tatabahasa

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan


aspek yang penting dalam laras bahasa kreatif.

Aspek morfologi merangkumi pengimbuhan, manakala


aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk, struktur
dan binaan ayat.
Pengimbuhan dalam karya-karya kreatif mencakupi
bentuk imbuhan awalan, apitan dan sisipan.

Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam, ada ayat


tergantung dan ayat susunan songsang.
Selain itu, unsur penggandaan dan klitik “ku”, “mu” dan
“kau” juga lazim digunakan.
Contoh-contoh Tatabahasa :

Contoh 1 :

Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tidaklah
menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-
khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa
government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi mengusahakan
beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan yang
boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain sebagainya.
(Petikan daripada novel – lakah salmah)

Contoh 2 :

“Pak Cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah
itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang
bertentangan dengan kesucian doa itu.” Pak Cik menyudahkan pesannya.
(Petikan daripada novel – Norhana, Karya Rahman Shaari)
Contoh 3 :

Pulangkan kembali
pada saat ini
gerak yang sejak dulu kaukumpul
warna-warna yang kautusuk ke dada dinding
kata-kata yang benam ke mulut almari
garis-garis yang lemas
titik-titik yang kering
ke tempat asalnya.

(Petikan daripada sajak – Pulangkan Kembali, karya Latiff Mohidin)


c). Gaya Bahasa

Gaya bahasa laras bahasa kreatif memperlihatkan


manipulasi struktur sintaksis, pemilihan bahasa
figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan sindiran
serta unsur-unsur stilistik yang lain.
Bentuk dialog juga boleh digunakan.

Contoh Gaya Bahasa :

Contoh 1 : Ayat bersifat konotasi

“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore
yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.”
(Petikan daripada novel – Arus, Karya Anwar Ridhwan)
Ayat pendek, tegas dan pengulangan
Contoh 2 :

Gagasan tentang tamu:


Tamunya kali ini seorang yang agung
Tamu itu juga pelanggannya
Langganan yang diimpikannya selama ini.
Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung itu kepadanya.
Tamu itu seorang menteri.
(Petikan daripada cerpen – Tamunya seorang menteri, karya S. Othman Kelantan)

Contoh 3 : Penggunaan Personifikasi dan Metafora

“… gema itu tendang-menendang, berpusing-pusing mencetuskan bahana-


bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu… seribu
garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.”
(Petikan daripada novel – Daerah Zeni, karya A. Samad Said)
Contoh 4 : kiasan dan Sindiran

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

(Pantun Melayu)

Kesimpulan :
Sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa
yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang
dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita
berhubung, cara kita berhubung dan bidang
pengkhususan yang diperkatakan.
Bagi laras bahasa kreatif, laras ini mempunyai
perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik.

Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti


penggunaan ganbar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain
tidak terdapat dalam laras bahasa kreatif.

Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan


ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi pembaca
membuat tafsiran masing-masing.

You might also like