Penghayatan Etika Dan Peradaban (Mpu21032)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(MPU21032)

TAJUK EFOLIO:DASAR DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN


NEGARA
KELAS:DKA1A
AHLI KUMPULAN 6:
1)NUR INSYIRAH BINTI AHMAD FUAT (14DKA20F2013)
2)RAJA NURALYEA SYAMIME BINTI RAJA JAMALUDIN (14DKA20F2014)
3)SITI AISHAH BINTI ISNAN (14DKA20F2017)
PENGENALAN :
Perpaduan ialah satu proses yang
menyatupadukan rakyat dan negara supaya
setiap identity dan nilai bersama di kalangan
mereka.Perpaduan memainkan peranan penting
dalam memacu kestabilan dan kemajuan
negara.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah
memupuk semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara kita.Pelabagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses
perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai
untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan
menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan
untuk menjana kemajuan.
ISI KANDUNGAN :

1.PENGENALAN
2.DASAR PERPADUAN
3.DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN
4.KEJAYAAN MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN
PADA MASA KINI
5.KESIMPULAN
DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum,kerajaan perlu
menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia
menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam
mencapai perpaduan kaum yang harmoni.Dasar perpaduan
boleh dicapai melalui dua cara:

INTEGRASI ASIMILASI
INTEGRASI
Integrasi merupakan satu
proses bagi menwujudkan
satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan,sosial
dan lokasi dalam sesebuah
unit politik.
ASIMILASI
Asimilasi ialah satu proses
bagaimana kumpulan-
kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui
perkahwinan campur dan
sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang lebih
besar.
PUNCA MASALAH PERPADUAN:

• Pada zaman British dahulu,sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada
abad ke-19.Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka,Pulau Pinang dan
Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu
British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
• Pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan untuk
orang melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerana atau
guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali
sebagai Pendidikan Vernakular.
• Pendidikan kaum Cina menggunakan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa pengantar, gurunya dan
buku teks didatangkan dari China.
• Pendidikan kaum India menggunakan Bahasa Tamil sebagai Bahasa pengantar disekolah
• Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British
• Sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain
menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku
DASAR-DASAR KERAJAAN KE
ARAH PERPADUAN :
• DASAR PENDIDIKAN – Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
• AKTA BAHASA KEBANGSAAN –
Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
• DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
• SUKAN ALAT PERPADUAN
DASAR PENDIDIKAN (FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN):
Dasar Pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan
laporan Barnes Ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah
ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan YANG Dijalankan kini.Berikut
telah saya sedikan kronologi sejak dahulu.Terdapat satu cara yang
penting untuk menwujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara
ialah menerusi Pendidikan.Dalam konteks Malaysia, hakikat
bahawa Pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina
kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Berikut merupakan cara bagaimana sistem Pendidikan boleh
membentuk perpaduan :
a) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
b) Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa pengantar utama
c) Kurikulum yang sama
d) Sukatan pelajaran yang seragam
e) Peperiksaan yang seragam
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
(PERKARA 152
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU)

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini


memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam
perlembagaan dan menjadi jaminan kepada
perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982,
Bahasa Melayu menjadi Bahasa pengantar di
sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di
mahkamah pada 1990.Dengan wujudnya
penggunaan satu Bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan
yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN:

Dasar ini menjadi perpaduan pembentukan identity


rakyat Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan adalah
untuk mengukuhkan perpaduan memlalui
kebudayaan.Sebagai contoh, kerajaan telah
menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada
tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai
budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya
juga ialah memelihara keperibadian kebangsaaan dan
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
SUKAN ALAT
PERPADUAN:
Dasar ini bertujuan untuk
menyamarakkan semangat patriotik
rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia
(MSSM) yang ditubuhkan pada
peringkat sekolah dan Temasya
Sukan Malaysia (SUKMA) adalah
contoh dasar ini. Ia mengeratkan
perpaduan kaum dan hubungan
antara negeri.
KEJAYAAN MALAYSIA KE ARAH
PERPADUAN PADA MATA DUNIA
Datuk Seri Abdullah Badawi berkata,Malaysia
kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti
Cambridge atas kejayaannya mewujudkan
perpaduan pelbagai kaum.Menurut beliau,
mereka mengambil Malaysia sebagai satu-
satunya contoh bagi mengkaji tentang hubungan
baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut
agama yang berbeza.

“Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di


Malaysia dan boleh dipelajari,”katanya kepada
pemberitapada 15 Disember 2007.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan ke


arah perpaduan sangat penting dalam
kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.
Perpaduan ini akan melahirkan masyarakat
Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama
dan persefahaman, serta sentiasa
menghayati perjanjian sosial yang telah
dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.
Usaha untuk mengukuhkan lagi dasar-dasar
kerajaan ke arah perpaduan perlu disahut
oleh setiap lapisan masyarakat.
SEKIAN TERIMA KASIH
“BERSATU KITA MAJU”

You might also like