Download as ppt or pdf
Download as ppt or pdf
You are on page 1of 19

AKTA AGENSI

ANTIDADAH
KEBANGSAAN 2004

OLEH :
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
AKTA AGENSI ANTI DADAH
KEBANGSAAN 2004
Merupakan Undang-undang Utama Bertujuan
untuk penubuhan Agensi Antidadah
Kebangsaan
PEMAKAIAN

Tarikh Persetujuan Diraja - 24 Disember 2004


Tarikh diterbitkan dalam Warta - 30 Disember
2004
TUJUAN
Meletakhakkan kuasa pada pegawai-pegawai Agensi untuk
melaksanakan fungsi pencegahan, rawatan, pemulihan,
penguatkuasaan, penyiasatan, langkah-langkah
pencegahan khas, pelucuthakan harta dan pentadbiran
mengenai kesalahan di bawah :-
ADB 1952;
APD (Rawatan & Pemulihan) 1983;
ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985; dan
ADB (Pelucuthakan Harta) 1988
SEKSYEN 2
Tafsiran
Agensi – AADK yang ditubuhkan di bawah Sek. 3;
Ketua Pengarah – Ketua Pengarah Agensi yang
dilantik di bawah Subsek.4(1);
Menteri – Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
Pegawai Agensi – termasuklah Ketua Pengarah dan
mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Sek.5
SEKSYEN 3
Penubuhan AADK
Di bawah Seksyen 3(1)
Pencegahan, pengesanan, penangkapan,
penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan pesalah-
pesalah yang melibatkan kesalahan-kesalahan :-
dadah berbahaya;
rawatan dan pemulihan penagih dadah;
tahanan pencegahan khas orang;
pelucuthakan harta;
pengumpulan risikan
SEKSYEN 4
Perlantikan Ketua Pengarah
Di bawah sek. 4(1)
Dijalankan oleh Yang Di-Pertuan Agong;
Bertanggungjawab untuk mengetuai
Agensi;
Terdiri daripada anggota perkhidmatan
awam
SEKSYEN 5
Perlantikan Pegawai-Pegawai Lain
Di bawah Sek.5(1)
Perlantikan pegawai-pegawai Agensi
untuk jawatan TKP, Pengarah, KPP,
Penolong Pengarah, Penyaiasat, Penolong
Kanan Pegawai, Penolong Pegawai dan
lain-lain pegawai
SEKSYEN 6
Fungsi Agensi
a. menguatkuasakan, menjalankan dan memberi kuasa kepada
peruntukan ADB 1952 kecuali Sek. 4,5,7, perenggan 9(1)(a),
Sek.11, Subsek.12(1), Sek 16 dan 17;
b. menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan
kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah APD (R&P) 1983;
c. menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan
kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah ADB(LLPK) 1985;
d. menguatkuasakan, mentadbirkan, menjalankan dan memberi
kuatkuasa kepada peruntukan ADB(PH) 1988
Samb…
e. mencegah dan menyekat pengedaran haram dan
penyalahgunaan dadah berbahaya;
f. memberikan bantuan dalam apa-apa perkara
penyalahgunaan dadah berbahaya atas permintaan Negara
asing seperti peruntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama
(Perkara Jenayah 2002);
g. mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan
dadah berbahaya;
h. mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai
dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya
Samb…
i. menasihati Menteri mengenai polisi pencegahan
penyalahgunaan dadah berbahaya, rawatan dan
pemulihan penagih dadah, langkah pencegahan khas
terhadap orang yang ada kaitan dengan pengedaran
dadah berbahaya dan pelucuthakan harta yang dikaitkan
dengan kesalahan dadah berbahaya; dan
j. melaksanakan apa-apa kewajipan lain bagi memerangi
penyalahgunaan dadah berbahaya atau perkara yang
bersampingan
SEKSYEN 7
Kuasa Agensi
Di bawah Sek. 7(3), tanpa menjejaskan keluasan subsek.(2)
iaitu seseorang pegawai Agensi mempunyai kuasa
seorang pegawai polis :-
a. TKP, Pengarah, KPP, Penolong Pengarah
Agensi – Penolong Penguasa Polis @ lebih;
b. Penyiasat Agensi
- Inspektor;
c. Penolong Kanan Pegawai Agensi
– Sub-Inspektor
d. Penolong Pegawai Agensi
– Sarjan
e. Pegawai Agensi (berpangkat rendah)
– Koperal @ lebih rendah
SEKSYEN 8
Laporan Status Penyiasatan
Di bawah Sek.8(2)
Agensi perlu memberikan laporan status penyiasatan
kesalahan tidak lewat daripada 2 minggu daripada
penerimaan permintaan kepada pemberi maklumat

Di bawah Seksyen 8(7)


Pegawai Agensi yang tidak mematuhi arahan
Pendakwa Raya melakukan kesalahan boleh
dipenjarakan tidak melebihi 1 bulan @ denda tidak
lebih RM1,000 @ kedua-duanya
SEKSYEN 9

Laporan Pegawai Agensi


Di bawah Sek. 9(3)
Pegawai Agensi yang gagal mengemukakan
laporan dan kertas siasatan dianggap
melakukan kesalahan dan boleh
dipenjarakan 1 bulan @ denda tidak lebih
RM1,000 @ kedua-duanya
SEKSYEN 10
Pegawai Disifatkan Sentiasa Bertugas
Apabila dikehendaki melaksanakan kewajipan
atau fungsinya dan boleh melaksanakan
kewajipan dan menjalankan kuasa yang
diberikan kepadanya di bawah Akta ini atau di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain
di mana-mana tempat di dalam atau di luar
Malaysia
SEKSYEN 11
Pengenalan Diri
Tiap-tiap pegawai Agensi apabila bertindak di
bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta,
mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan
kepada orang yang terhadapnya pegawai itu
bertindak atau yang daripadanya pegawai itu
meminta apa-apa maklumat kad kuasa yang
dikeluarkan kepada pegawai itu di bawah Akta ini
SEKSYEN 12
Perintah-Perintah Tetap
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah-perintah pentadbiran yang
disebut “Perintah-Perintah Tetap”, yang selaras dengan peruntukan Akta
ini, tentang
kawalan am,
latihan,
tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai Agensi, dan
bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat
untuk pentadbiran baik Agensi atau bagi mencegah
penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas, dan pada
amnya bagi memastikan Agensi berfungsi dengan cekap
dan berkesan
SEKSYEN 13

Peraturan-Peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa
peraturan yang perlu atau suai manfaat
untuk memberi kesan sepenuhnya
kepada atau bagi melaksanakan
peruntukan-peruntukan Akta ini.
TERIMA KASIH

penguatkuasaan @adk.gov.my

You might also like