Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH

MELAYU 1948

Ciri-Ciri Persekutuan Tanah Melayu


1948

Disediakan oleh:
Mohd Jamil Bin Rosli
Guru Sejarah
SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis
MINTA KLIK
SUBSCRIBE
AGAR SAYA DAPAT
TAMBAH LAGI VIDEO
Kewarganegaraan

Ciri-Ciri
Pentadbiran Persekutuan Tanah Perundangan
Melayu 1948

Kuasa Raja-Raja
Melayu

Penerangan Formula
Tapir = Pentadbiran
Warnakan = Kewarganegaraan
(Formula: Tapir Warnakan Udang Ramli) Udang = Perundangan
Ramli = Raja
Singapura kekal sebagai
tanah jajahan British yang
berasingan

Persekutuan dibentuk
melalui gabungan sembilan Pentadbiran Pesuruhjaya Tinggi British
buah negeri Melayu dan dua PTM 1948 mengetuai PTM
buah Negeri-negeri Selat

Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan


Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya
Tinggi British dalam pentadbiran

Penerangan Formula
Persatuan = Persekutuan
(Formula: Persatuan Singa Berjaya Mesyuarat) Singa = Singapura
Berjaya = Pesuruhjaya
Mesyuarat = Mesyuarat
Majlis Mesyuarat Persekutuan
1) Mengandungi ahli rasmi dan Majlis Perundangan Persekutuan
tidak rasmi Ahli terdiri daripada pelbagai
2) Ahli tidak rasmi pada kaum
peringkat permulaan dilantik
Pesuruhjaya Tinggi British
Kewarganegaraan
Kewarganegaraan
Secara Kuat Kuasa Kewarganegaraan
Secara Pendaftaran
Undang-undang
Kewarganegaraan Secara Kuat Kuasa Undang-undang
1) Jus soli hanya kepada rakyat Raja dan rakyat British.
2) Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya mestilah rakyat
Raja dan rakyat British.
3) Penduduk dari dalam negeri-negeri Melayu yang lahir
sebelum, semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu.
4) Rakyat Raja dan mereka yang naturalised iaitu mereka yang
memahami adat resam, bertutur bahasa setempat dan
serasi dengan penduduk Tanah Melayu boleh memohon
melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan
Penerangan Formula
Alat = Adat
(Formula: Alat Tutup Botol Sarsi) Tutup = Tutur
Botol = Bahasa
Sarsi = Serasi
Kewarganegaraan Secara Pendaftaran
1) Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu
dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20
tahun dari hari permohonannya.
2) Tiada rekod jenayah
3) Menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
4) Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
5) Mereka yang mempunyai tingkah laku yang baik

Penerangan Formula
(Formula: Jenayah Botol Tak Laku) Jenayah = Jenayah
Botol = Bahasa
Tak = Taat
Laku = Laku
Perundangan
1) Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya
Tinggi.
2) Bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan mencakupi:
i. Ketenteraman awam
ii. Perdagangan Penerangan Formula
Tentera = Tentera
iii. Komunikasi
Dugung = Perdagangan
iv. Percukaian Kasi = Komunikasi
Cucu = Percukaian
v. Kehakiman Hakim = Kehakiman
vi. Hal ehwal luar Seluar = Luar

(Formula: Tentera Dugung Kasi Cucu Hakim Seluar)


3) Rang undang-undang yang dibuat perlu mendapat perkenan
Raja-raja Melayu melalui Majjlis Raja-Raja.
Kuasa Raja-Raja Melayu
1)Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk untuk
membolehkan Raja-raja Melayu memberikan
pandangan dalam perkara tertentu.
2)Di peringkat negeri, sultan bertanggungjawab
mengesahkan rang undang-undang yang
diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN)
Struktur
1. Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merangkumi pentadbiran, kuasa Raja-raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan
Persekutuan Tanah Melayu..
(a) Nyatakan kuasa raja-raja Melayu dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
(i) .……………………………………………………………..……………………………………………………………………………...………………………………………………...............
 
(ii) ……………………………………………………………….………………………………………………………………………….………………………………………………….…….........
[2 markah]
(b) Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Jelaskan bidang kuasa majlis tersebut.

..….…………………………………………………………………………………………………………………………………….……...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………….…….………………………………………………….…….........

..….……………………………………………………………………………………………….…………………………………………...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………….…….........
[4 markah]
(c) Apakah kesan ke atas Tanah Melayu sekiranya Persekutan Tanah Melayu 1948 gagal dibentuk?
Berikan penjelasan anda

..….…………………………………………………………………………………………………………………………………….……...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………….…….………………………………………………….…….........

..….……………………………………………………………………………………………….…………………………………………...………………………………………………...............
 
…..…………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………….…….........
[4 markah]
(a) Nyatakan kuasa raja-raja Melayu dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948

(i) Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk untuk membolehkan Raja-raja

Melayu memberikan pandangan dalam perkara tertentu

(ii) Di peringkat negeri, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang

undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)

(2 markah)
(b) Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi.
Jelaskan bidang kuasa majlis tersebut

Bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan ialah berkaitan


dengan ketenteraman awam. Kedua, berkaitan perdagangan
dalam negeri. Ketiga, berkaitan komunikasi antara negeri.
Keempat, tentang percukaian dalam negeri
(4 markah)
(c) Apakah kesan ke atas Tanah Melayu sekiranya Persekutan Tanah Melayu

1948 gagal dibentuk? Berikan penjelasan anda

Kesan ke atas Tanah Melayu sekiranya Persekutan Tanah Melayu 1948 gagal dibentuk

ialah Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa. Hal ini kerana Raja-Raja Melayu hanya boleh

berbincang tentang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Manakala kuasa

dalam bidang pentadbiran dijalankan sepenuhnya oleh Gabenor British yang dilantik

sebagai ketua Malayan Union. Justeru, akan menghilangkan ketuanan Melayu di Tanah

Melayu sendiri dan membangkitkan kemarahan penduduk dan raja-raja Melayu.

(4 markah)
Esei
1.(a) Terangkan perubahan pentadbiran setelah British mem-
perkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di Tanah
Melayu. [4 markah]
(b) Jelaskan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu
melalui kaedah berikut:
i. Kewarganegaraan Secara Kuat Kuasa Undang-undang
[4
markah]
ii. Kewarganegaraan Secara Pendaftaran [4
markah]
(c) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan
suatu kejayaan perjuangan orang Melayu.
Kemukakan alasan anda [8 markah]
(a) Terangkan perubahan pentadbiran setelah British mem-
perkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di Tanah
Melayu. [4 markah]
Perubahan pentadbiran setelah British memperkenalkan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 di Tanah Melayu ialah
persekutuan dibentuk melalui gabungan sembilan buah negeri
Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat. Kedua, Singapura kekal
sebagai tanah jajahan British yang berasingan. Ketiga, Pesuruhjaya
Tinggi British mengetuai PTM. Keempat, Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan
bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British dalam pentadbiran.
(b) Jelaskan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu
melalui kaedah berikut:
i. Kewarganegaraan Secara Kuat Kuasa Undang-undang
[4
markah]
Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu melalui
Kewarganegaraan Secara Kuat Kuasa Undang-undang ialah Jus
soli hanya diberikan kepada rakyat Raja dan rakyat British. Kedua,
pemohon yang lahir di luar negeri, ayahnya mestilah rakyat Raja
dan rakyat British. Ketiga, kewarganegaraan diberikan kepada
penduduk dari dalam negeri-negeri Melayu yang lahir sebelum,
semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Keempat, rakyat Raja dan mereka yang naturalised iaitu mereka
yang memahami adat resam, bertutur bahasa setempat dan
serasi dengan penduduk Tanah Melayu boleh memohon
kewarganegaraan melalui mana-mana undang-undang yang
dikuatkuasakan
(b) Jelaskan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu
melalui kaedah berikut:
ii. Kewarganegaraan Secara Pendaftaran [4 markah]

Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu melalui


Kewarganegaraan Secara Pendaftaran ialah mereka yang di-
lahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin
selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari
permohonannya. Kedua, mesti tiada rekod jenayah. Ketiga,
menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Keempat,
bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
(c) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan
suatu kejayaan perjuangan orang Melayu.
Kemukakan alasan anda [8 markah]
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan
suatu kejayaan perjuangan orang Melayu kerana orang Melayu
dapat menguasai pentadbiran negara semula. Contohnya, orang
Melayu dilantik sebagai Menteri Besar untuk mengetuai
pentadbiran negeri. Hal ini dapat dilihat sebagai langkah ke arah
berkerajaan sendiri. Kesannya, ketuanan Melayu diiktiraf semula.
Kedua, dasar perlindungan Orang Melayu dipulihkan. Hal ini
kerana orang Melayu diberikan kedudukan yang istimewa.
Contohnya, mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam
dan biasiswa dalam pendidikan. Kesannya, hak orang Melayu
sebagai peribumi dikekalkan sehingga hari ini

You might also like