Tumbuhan Semulajadi

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Tumbuhan semula jadi

dan hidupan liar


 Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di dunia di Zon
iklim panas dan di zon iklim sejuk
 Tumbuhan semulajadi dan hidupan liar berbeza-beza mengikut iklim dan
Kawasan hutan semulajadi
 Setiap jenis tumbuhan semulajadi dan hidupan liar PENTING dalam
EKOSISTEM dunia
Komponen Ekosistem

 Biotik (benda hidup,haiwan,tumbuh-tumbuhan)


 Abiotik(cahaya matahari,tanih,air,udara,mineral)
Pecahan tumbuhan semulajadi
HUTAN

 Hutan hujan tropika


 Hutan monsun tropika
 Hutan konifer
 Hutan Mediterranean
 Hutan daun luruh sederhana
PADANG RUMPUT

 Padang rumput Savana


 Padang rumput steppe
 TUMBUHAN RENEK GURUN PANAS
 TUMBUHAN RENEK TUNDRA
CIRI-CIRI TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI GURUN
PANAS

 Batang berongga dan berair untuk menyimpan air dalam jangka masa yang lama
 Daun berkilat,keras,kecil,berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar
kehilangan air melalui sejat peluhan
 Akar panjang untuk menyerap air jauh ke dalam tanah
 Biji benih berkulit tebal ,keras dan tahan kemarau
 Contoh pokok; akasia bantut,kaktus, rumput esparto dan samun berduri
CIRI-CIRI HIDUPAN LIAR GURUN
PANAS
 Terdiri daripada haiwan nocturnal (aktif waktu malam)
 Haiwan menjimatkan tenaga dan air dalam badan dengan berteduh di bawah
pokok dan bersembunyi di dalam lubang
 Unta mempunyai bonggol untuk menyimpan tenaga dan bulu mata yang Panjang
untuk menghalang pasir masuk ke dalam mata
 Rusa Gazelle mempunyai kaki yang Panjang untuk berlari jauh
 Addax entelop mempunyai tapak kaki yang lebar untuk berjalan di atas pasir
PADANG RUMPUT SEDERHANA
STEPPE
 Terdapat dua jenis rumput
I. Rumput pendek Steppe seperti festuca Ovina, tulipa,feathe grass
II. Rumput panjang Prairie
 Berubah warna mengikut musim;hijau pada musim bunga,kuning pada musim
panas,perang pada musim luruh
 Tumbuh hanya disepanjang sungai atau kawasan lembab
Padang Rumput Savana

 Terletak di benua Afrika,Amerika Selatan dan Benua Afrika yang dikenali sebagai
Llanos( Colombia dan Venuzuela) dan Kampos(di Uruguay,Brazil ,Paraguay dan
Argentina) di Amerika Selatan
 Jenis dan kepadatan pokok dipengaruhi oleh iklim yang berbeza-beza mengikut
musim
 Terdiri daripada rumput tinggi,semak samun dan pokok renek
 Mempunyai daun berbentuk jarum,berakar panjang,berkulit tebal,batang berongga
dan gugurkan daun pada musim kemarau
 Contoh pokok ,boabab, semalu, akasia, palma, pine,abal,beach dan guarri
Hutan Daun Luruh Sederhana
 Terletak di kawasan iklim sederhana yang mengalami empat musim,antaranya Amerika Utara,
Amerika Selatan,Eropah Barat(Scotland,Ireland,Jerman),Kanada,Australia,New Zealand ,Jepun
dan Timur China
 Kebanyakan pokok berdaun lebar,hijau pada musim panas dan gugur pada musim luruh.
 Tumbuh tidak terlalu rapat,sederhana besar dan tidak tinggi.
 Pada musim luruh ,iaitu menjelang musim sejuk daun berubah ,menjadi coklat dan merah.
 Ini kerana pancaran matahari berkurangan,suhu rendah dan air sejuk.
 Kemudian daun gugur kerana sukar untuk mendapatkan air.
 Contoh pokok; sakura,basswood,buluh,oak,beach ash,elm,maple,berangan,poplar dan bic
Hutan Konifer

 Tumbuh di kawasan yang beriklim sejuk sederhana Kebenuaan( Siberia )


 Dikenali juga sebagai hutan taiga, boreal.

CIRI-CIRI
I. Berdirian tulin (terdapat satu atau dua jenis pokok di suatu kawasan
II. Kanopi berbentuk kon bagi mengelakkan salji berkumpul
III. Daun berbentuk jarum dan berlilin untuk sesuaikan cuaca yang sejuk melampau
IV. Malar hijau kerana pokok kekal berdaun sepenjang tahun
V. Mempunyai biji benih yang keras
VI. Berakar pendek, berkayu lembut,berkulit tebal,lurus dan tinggi sehingga mencapai 40
meter
HIDUPAN LIAR
Hidupan Liar di Hutan Monsun
Tropika
 Gajah
 harimau belang
 helang
 Ular
 Buaya
 badak sumbu
 burung
 tenggiling
Haiwan liar padang rumput savana

 Gajah
 kuda belang
 Zirafah
 Cheetah
 kerbau
 kucing hutan
 Dubuk
 singa
 rusa
Ciri-ciri hidupan liar di Zon iklim sejuk

 Berbulu tebal dan warna bulu yang sesuai dengan persekitaran


 Boleh menyesuaikan diri dengan perubahan iklim sejuk
 Mempunyai tapak kaki yang lebar
 Di bahagian kutub utara terdapat beruang kutub,karibu, arnab artik, rubah
artik,burung hantu salji ,tikus lemming dan anjing laut
Perbezaan hutan hujan tropika dan hutan hujan monsun tropika

Hutan Hujan Tropika Hutan Monsun tropika


   
-Di kawasan khatulistiwa 0° antara latitude 10°U hingga -di Kawasan latitude 10°U hingga30°U dan 10°S
10°S hingga 30° S
-Panas dan lembab sepenjang tahun -menerima hujan tahunan 1000mm hingga 2000mm
-Min suhu tinggi dan sekata 27°C -mempunyai musim lembab dan musim kering yang
-Hujan lebat melebihi 2000 mm hingga 4000mm nyata
-Menerima pancaran matahari yang banyak -negara -negara Utara
-contoh Malaysia,Indonesia, Lembangan Thailand,Pakistan,India,Myanmar,
Amazon,Lembangan Zaire Kemboja,Laos dan vietnam
Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula
Jadi dan Hidupan Liar
Keseimbangan Ekosistem

 Ekosistem ialah saling berkaitan antara benda hidup (biotik) dengan benda bukan
hidup (abiotik ) dalam alam semula jadi.
 Ekosistem berbeza mengikut tempat dan saiz ;seperti ekosistem paya
bakau,ekosistem hutan hujan,pinggir pantai,gunung,tasik dan sungai.
Kawasan Tadahan

 Hutan merupakan Kawasan tadahan yang mengumpul air hujan yang membentuk
saliran semula jadi seperti sungai
 Hutan umpama span yang menyerap air ke dalam tanah,menapis air seterusnya
mengalir ke sungai,kolam dan tasik
 Kawasan tadahan hujan menjamin bekalan air yang berterusan
Sumber nutrient

 Organisma mati seperti daun,ranting,haiwan serta tinja haiwan yang mengalami


proses reputan dan penguraian menjadi sumber nutrient kepada tumbuhan.
 Menghasilkan baja nitrat untuk tumbesaran tumbuhan yang diserap melalui akar
Habitat flora dan fauna

 Hutan merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai spesies flora dan fauna
 Merupakan tempat perlindungan/tempat tinggal dan sumber makanan bagi
hidupan liar
 Antaranya ialah orang utan,kera,lutong,siamang tapir
 Antara tumbuhan semulajadi ialah orkid,paku pakis,periuk kera,rafflesia.
 Hutan paya bakau merupakan habitat hidupan liar seperti ikan,udang, ketam
 Pelbagai hidupan akuatik dapat berlindung daripada ombak yang kuat di celah-
celah akar pokok bakau
 Anak-anak ikan bersembunyi daripada di makan oleh hidupan lain
Sumber makanan

 Tumbuhan menjadi sumber makanan yang membekalkan tenaga dan tumbesaran


kepada hidupan liar
 Interaksi antara biotik dan abiotic berlaku dalam rantaian dan siratan makanan.
 Tumbuhan sebagai pengeluar akan dimakan oleh hidupan herbiovor seperti arnab
kemudian menjadi makanan pula kepada karnivor seperti serigala
 Pereputan daripada tumbuhan dan haiwan yang mati dalam ekosistem laut akan
menjadi nutrient sebagai makanan asas dalam rantaian makanan bagi kebanyakan
hidupan laut
Menyederhanakan suhu

 Tumbuhan mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida serta dapat


meningkatkan kualiti udara
 Kelembapan udara di persekitaran dihasilkan melalui penyerapan air dari tanah
dan tersejat dari permukaan daun ke atmosfera
 Kumin-kumin air membantu menyederhanakan suhu
Mengawal hakisan dan tanah runtuh

 Hutan bertindak sebagai penutup bumi yang dapat menghalang hakisan tanih
 Lapisan kanopi hutan hujan dapat memperlahankan hujan lebat ke lantai hutan
 Daun-daun yang lebar dan tirus dapat memecahkan titisan hujan
 Daun-daun yang rimbun dan dahan pokok dapat memperlahankan kelajuan angin
 Akar dapat mencengkam tanah dan mencegah hakisan dan tanah runtuh
 Pokok bakau dapat memperlahankan ombak di muara sungai dan pinggir laut
 Akar pokok bakau boleh bertindak sebagai penapis enapan dan pencemaran

You might also like