Projek Psa Laporan Prestasti LKAN

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

EPPA 4133 : PERAKAUNAN SEKTOR AWAM

ANALISIS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA : PRESTASI

PENSYARAH:
DR. NORIDA BINTI BASNAN

NAMA NO MATRIK
TANAMATHY A/P CHANDRAN GA03041
SAMAROTUL JANNAH BT MURDIFI GA04591
ANDI YULIANA BINTI MAHMUD GA04041
MANDAT PENGAUDITAN PRESTASI
Dijalankan selaras dengan Seksyen 6(d), Akta Audit 1957 serta berasaskan
kepada piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International
Organisation of Supreme Audit Institutions(INTOSAI).
Pengauditan prestasi merupakan suatu pemeriksaan yang bebas, objektif dan boleh
dipercayai bagi menentukan sistem, operasi, program, aktiviti Kerajaan atau
organisasi beroperasi mengikut prinsip ekonomi, cekap dan berkesan serta
mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Antara tujuan pengauditan adalah untuk menyemak sasaran output dan outcome
yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi adalah tercapai seperti yang
ditetapkan.
Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi aspek pengurusan
aktiviti/program/pengurusan dana pembinaan dan ICT.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2018
Mempunyai 3 siri
laporan untuk tahun
2018 Laporan mengenai pengauditan yang
dijalankan hendaklah disediakan dan
dikemukakan kepada Seri Paduka
Perkara 106 dan 107 Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk
Perlembagaan Persekutuan dan mendapatkan perkenan supaya
Akta Audit 1957 menghendaki Laporan itu dibentangkan di Dewan
Ketua Audit Negara mengaudit Rakyat
penyata kewangan, pengurusan
kewangan, aktiviti
kementerian/jabatan/agensi
serta pengurusan syarikat
Kerajaan Persekutuan
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2018
untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan
PENGAUDITAN PENYATA Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan
KEWANGAN kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan
mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini

untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di kementerian/jabatan


PENGAUDITAN PEMATUHAN persekutuan telah dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan
kewangan yang berkaitan

untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan Persekutuan


PENGAUDITAN PRESTASI dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan bagi mencapai
objektif yang ditetapkan

PENGAUDITAN PENGURUSAN untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah
SYARIKAT KERAJAAN dilaksanakan dengan teratur.
PENGAUDITAN PRESTASI TERHADAP
PROGRAM/AKTIVITI/PROJEK KERAJAAN PERINGKAT
PERSEKUTUAN DAN NEGERI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2018
Jumlah Pengauditan Peringkat Jumlah Pengauditan
Persekutuan
Peringkat Negeri
JUMLAH
43 53
96

Jumlah Syor Peringkat Jumlah Syor


Persekutuan
Peringkat Negeri 220 JUMLAH
485 265
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2018
PENDEKATAN BAHARU PENGAUDITAN
PRESTASI

Pendekatan baharu telah dilaksanakan dalam pengauditan


prestasi dalam tahun 2019 iaitu amalan
 Inclusitivity
 Continuous auditing
 Penyemakan aspek teknikal yang komprehensif
PENGAUDITAN BERUNSURKAN EXTENSIVE DALAM
ASPEK TEKNIKAL

ASAS/DASAR
INDIKATOR
ANALISIS OUTPUT PRESTASI
PRESTASI
PENGAUDITAN

 INDIKATOR PRESTASI : INTERNATIONAL


ROUGHNESS INDEX (IRI)
 ASAS ANALISIS PENGAUDITAN : SPECIFICATION
CONFORMITY ANALYSIS’ (SCA)
 OUTPUT PRESTASI : TAHAP KESELESAAN
PEMANDUAN
PENDEKATAN CONTINOUS AUDITING
DALAM PENGAUDITAN PRESTASI
• Continous auditing dikaitkan dengan pengauditan kewangan yang
dilaksanakan oleh Juruaudit Swasta mahupun Juruaudit Sektor Awam
• Kerap dikaitakan dengan penggunaan teknologi dan direka untuk
mengautomasikan prosedur audit.
• Pengauditan yang dilaksanakan secara berterusan (real time) libatkan
penilaian terhadap kawalan dalaman,pematuhan kepada polisi dan
prosedur.
Jabatan Audit Negara membuat 73 syor,
dalam Pengauditan Pematuhan Kementerian
dan Jabatan Persekutuan serta Laporan
Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 1 2019
membabitkan Pengurusan Syarikat Kerajaan
Persekutuan.

Ia merangkumi 23 syor terhadap


pengauditan pematuhan kementerian
dan jabatan Persekutuan, manakala 50
syor pula terhadap pengurusan syarikat
Kerajaan Persekutuan untuk
memperbaiki kelemahan yang
dilaporkan.
o Syor pertama ialah pihak terbabit perlu merancang sesuatu projek dan aktiviti dengan
terperinci termasuk menyelaras dengan pelbagai kementerian atau agensi.
o Syor yang kedua, pihak terbabit meningkatkan sistem kawalan dalaman dengan
mewujudkan struktur organisasi dan penurunan kuasa yang jelas, aliran kerja yang
telus dan akauntabiliti.
o Ketiga ialah perlu meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan dan syor keempat
pula melaksanakan latihan yang berterusan kepada setiap peringkat penjawat awam.
o Pengauditan prestasi yang dijalankan bertujuan menilai sama ada aktiviti dan projek
kerajaan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan serta sejauh mana
objektif aktiviti dan projek berkenaan dapat dicapai. Ia juga bertujuan menilai sejauh
mana wang awam dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan tanpa berlaku
pemborosan dan pembaziran.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2018
• Isi Kandungan

Pendahulua
Isi Laporan Penutup Akronim
n
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
TAHUN 2018
AKTIVITI LAPORAN – TAHUN 2018 SIRI
2
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

Pengurusan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)


AKTIVITI LAPORAN
LATAR BELAKANG
AKTIVITI LAPORAN
AKTIVITI LAPORAN

Dijalankan bertujuan untuk menilai sama


ada pengurusan Skim MyHome telah
dirancang dan dilaksanakan dengan
berhemat, cekap dan berkesan bagi
menggalakkan sektor swasta membina lebih
banyak rumah mampu milik dan memberi
insentif kepada pembeli yang layak untuk
membeli rumah pertama
AKTIVITI LAPORAN
SKOP PENGAUDITAN

Prestasi Program Pengurusan Program


• Pencapaian Output • Pengurusan
• Pencapaian Kewangan
Outcome • Pemilihan Projek &
Pemaju
• Pengurusan Insentif
• Pemantauan

• Dijalankan di JPN, JKPKT


AKTIVITI LAPORAN
METODOLOGI PENGAUDITAN
1 2
Menyemak fail,
rekod dan dokumen Mengedarkan
serta menganalisis borang soal selidik
data berkaitan untuk menilai
pelaksanaan kepuasan pembeli
program

3
4

Menjalankan
Temu bual pemeriksaan fizikal
audit
AKTIVITI LAPORAN
RUMUSAN AUDIT

Prestasi Pengurusan
Program Program
Diuruskan dengan cekap namun
tidak dapat ditentukan kerana tiada terdapat kelemahan yang perlu
sasaran yang ditetapkan oleh JPN. diperbaiki ; -
Penilaian outcome juga tidak tetapkan sasaran tahunan,
dilaksanakan oleh JPN dan tiada laksanakan penilaian outcome,
mekanisme dan indikator pengukuran lakukan mesyuarat secara berjadual
yang ditetapkan bagi mengukur bagi memantau kemajuan projek
pencapaian objektif program. dan lain – lain
AKTIVITI LAPORAN
PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Perkara yang ditemui serta maklum balas JPN telah dibincangkan dalam Exit
Conference pada 30 September 2019.

Contoh : 17 projek yang masih dalam pembinaan, tempoh pembinaan bagi


dua projek iaitu Taman Khazanah Indah (Projek Khas), Lahad Datu, Sabah
dan Taman Saujana Aman, Ijok, Kuala Selangor telah menjangkau melebihi 3
tahun daripada tarikh kelulusan Perjanjian Pembangunan.
AKTIVITI LAPORAN
RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Objektif pelaksanaan Skim MyHome masih belum tercapai sepenuhnya.


Setakat 31 Dis 2018, hanya 34.3% rumah siap dibina daripada 7,173 rumah
yang diluluskan dan hanya 64.1% yang berjaya dijual.

Pemantauan yang kurang cekap telah mengakibatkan kelewatan penyiapan


projek, bayaran insentif kepada pemaju yang meragukan dan insentif kepada
pembeli yang masih tidak dipulangkan oleh pemaju.
AKTIVITI LAPORAN
SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan sama tidak terulang, pihak Audit mengesyorkan :

 Penilaian semula pemilihan pemaju

 Kerjasama antara JPN dan pemaju melaksanakan promosi secara berkesan


dan berterusan

 Mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang dan


peraturan yang berkaitan, supaya insentif dapat dikutip semula

 Adakan mesyuarat pemantauan secara berjadual


AKTIVITI LAPORAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks


AKTIVITI LAPORAN
LATAR BELAKANG
AKTIVITI LAPORAN

Dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan SPBT


telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan
berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan
iaitu bagi memastikan murid warganegara Malaysia
menerima buku teks SPBT pada sesi baru
persekolahan. Selain itu, SPBT juga bertujuan
meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh
ibu bapa/penjaga.
AKTIVITI LAPORAN
SKOP PENGAUDITAN
Prestasi Program Pengurusan Program
• Pencapaian Output • Pencapaian Kewangan
• Proses Perolehan
• Pencapaian Outcome • Pentadbiran Kontrak
• Ketidakpatuhan terhadap
terma kontrak & panduan
pengurusan SPBT
• Pelaksanaan Program
• Pemantauan

• Dijalankan BSTP, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan 40 sekolah di negeri


Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Pemilihan lokasi : kriteria jumlah perbelanjaan yang tinggi
AKTIVITI LAPORAN
METODOLOGI PENGAUDITAN

Menyemak fail,
rekod, dokumen
dan kontrak
Perbincangan
dan temu bual Pemeriksaan fizikal dan
soal selidik turut
diedarkan bagi menilai
tahap kepuasan
pelanggan terhadap
pengurusan SPBT
AKTIVITI LAPORAN
RUMUSAN AUDIT

• Prestasi Program : mencapai objektif kerana 87.5% murid menerima


buku pada hari pertama persekolahan. SPBT dapat meringankan beban
kewangan.

• Pengurusan Program : terdapat kelemahan dari segi pentadbiran kontrak,


pelaksanaan program dan pemantauan oleh BSTP terhadap syarat kontrak
dan Panduan Pengurusan SPBT di sekolah.
AKTIVITI LAPORAN
PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

• Perkara yang ditemukan serta maklum balas daripada KPM telah


dibincangkan dalam Exit Conference pada 26 September 2019.

• Contoh : Pemeriksaan Audit di 40 sekolah pada 1 April hingga 25 April 2019


mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan
dalam Panduan Pengurusan SPBT. Keadaan ini disebabkan oleh kelemahan
pemantauan oleh pihak BSTP, JPN, PPD dan sekolah.
AKTIVITI LAPORAN
RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

• Pengurusan SPBT telah mencapai objektifnya untuk membekalkan buku teks


kepada semua murid warganegara dan meringankan beban kewangan ibu
bapa/penjaga.

• Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks tidak dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan terutama pemantauan oleh KPM dan pihak sekolah yang menjadi
punca kepada ketidakpatuhan terhadap syarat kontrak dan garis panduan
SPBT. Terdapat kelemahan dalam penyaluran peruntukan dan pentadbiran
kontrak.
AKTIVITI LAPORAN
SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan sama tidak terulang, pihak Audit mengesyorkan :

 Menambahbaik proses pengagihan buku teks bagi memastikan murid


mendapat buku teks pada masa yang sepatutnya

 Pastikan peraturan kewangan dipatuhi semasa penyaluran peruntukan dibuat

 Kaji semula beban tugas dan peranan penyelaras SPBT

 Perancangan berkaitan keperluan buku teks dibuat dengan lebih teliti

 Kuasakan terma denda bagi kelewatan pembekalan buku teks oleh kontraktor
KESIMPULAN

• Laporan Ketua Audit Negara dapat memperbaiki kelemahan sesuatu


program.

• Mengurangkan risiko berlaku kesalahan secara berulang

• Membantu melaksanakan program secara cekap

• Dapat meningkatkan akauntabiliti dan integriti sektor awam

• Dapat meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi dalam


perkhidmatan awam
TERIMA
KASIH

You might also like