Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BMMB3071 PENGAJARAN KEMAHIRAN BM SEKOLAH RENDAH

Kaedah Terus

MICHAEL BELEKUM
Jabatan Pengajian Melayu
IPGKTAR
2021
michaelbelekum@gmail.com
1.0. DEFINSI

- Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini


ialah kaedah pengajaran secara
perbualan untuk memperkenalkan
bahasa kedua kepada kanak-kanak.

- Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini


mengutamakan prinsip mengajar
berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas
iaitu:
• i. Perhubungan secara langsung antara perkataan
dengan benda atau ayat dengan fikiran atau
sebaliknya.
•ii. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman sedia ada murid.
•iii. Kaedah ini dapat menimbulkan perasaan ingin
tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang
telah dirancangkan.
•iv. Mengutamakan bahasa lisan, mengutamakan
sebutan yang betul, ulangan dan
pengukuhan harus dibanyakkan, dan
mempelajari sesuatu yang mudah sebelum
sesuatu yang kompleks.
•Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tentera kerana
kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai
tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

•Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa


lisan kerana menganggap bahawa dalam pembelajaran
bahasa ibuanda(natif) kanak-kanak belajar secara
mendengar dan bertutur.

•Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini


memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan
gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.
Pelajaran bahasa dimulai dengan
menghubungkan murid-murid itu terus dengan
bahasa yang hendak dipelajari.

Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi


bahasa itu.

Sebutan penutur natif dijadikan model dan


pertuturan ini ditiru oleh murid-murid. Manakala
soal terjemahan tidak digunakan langsung.
Pelajaran tatabahasa pula diajar secara induktif ,
pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi
dahulu sehingga murid-murid dapat menguasainya.

Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas


penguasaan struktur ayat .

Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan


bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan

yang dibuat.
Kelebihan- kelebihan Kaedah Terus
i. Membolehkan murid menguasai keempat-
empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
ii. Murid dapat menggunakan bahasa yang
dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan dengan
cepat
iii. Murid-murid lebih memahami maksud sesuatu
perkara yang disampaikan dengan adanya benda
maujud (sebenar)
iv. Murid-murid dapat menguasai kemahiran
berbahasa lisan dengan sebutan dan intonasi yang
betul
Kelebihan- kelebihan Kaedah Terus
v. Murid-murid lebih berani mengeluarkan idea dan
pendapat dengan cara yang segera
vi. Murid-murid dapat dihubung terus dengan
bahasa yang hendak diajar kerana kaedah ini tidak
menggunakan terjemahan
vii. Segala makna perkataan yang tidak difahami akan
dapat dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi,
perkataan seerti, perrkataan berlawan dan
sebagainya.
Kelemahan Kaedah Terus

i. Murid-murid tidak dapat menulis dengan betul kerana


kaedah ini lebih mengutamakan lisan
ii. Hasil tulisan murid lebih kepada struktur-struktur natif
(ibunda)yang disalut dengan perbendaharaan kata asing kerana
murid-murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa
ibuanda sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
iii. Masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini
terlalu lama kerana sukar bagi murid menguasainya tanpa
adanya latih tubi yang berkesan
Kelemahan Kaedah Terus

v. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini


merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun
bahan perbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin
tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan
yang sistematik.

v. Kaedah ini menjadi masalah kepada murid- murid


yang lemah dan lambat memahami topik yang diajar.
•sekian

You might also like