Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

(KELUARGA DAN SAINS KONSUMER)

SENI REKA FESYEN


VED3043

ELEMEN SENI REKA

PROFESOR MADYA DR. ARASINAH KAMIS


*Garisan ialah satu deretan titik
yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak
tertentu. Garisan boleh diolah
untuk mencipta rupa, jalinan,
ton, corak, dan untuk
menimbulkan bentuk, ruang,
dan pergerakan.

*GARISAN/LINE
* Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula.
* Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar.
* Rupa pula terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan rupa
organik.
• Rupa geometri merupakan rupa yang bersudut seperti segi tiga, segi
empat, pyramid, bulat dll.
• Rupa organik merupakan rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa
daun, buah, batu dll.
* Rupa boleh diolah kepada dua bentuk iaitu rupa positif dan rupa
negatif.
• Rupa positif  merupakan rupa objek yang terletak di sesuatu
kawasan.
• Rupa negatif merujuk kepada ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

*RUPA
*RUPA ORGANIK
*RUPA GEOMETRIK
*RUPA POSITIF
*RUPA NEGATIF
*Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan
lebih daripada satu permukaan.
*Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan
bentuk ilusi.
• Bentuk konkrit merupakan bentuk objek sebenar yang
bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan
dirasai. (bukan berbentuk gambar).
• Bentuk ilusi ialah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi
yang digambarkan melalui lukisan atau catatan.

*BENTUK/SHAPE
*BENTUK KONKRIT (3D)
*BENTUK ILUSI (2D)
*Jalinan ialah kesan yang terdapat pada
permukaan sesuatu benda.
*Terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan
jalinan tampak.
• Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat
dirasai dengan sentuhan/tangan seperti
kolaj, arca, dll.
• Jalinan tampak merujuk jalinan yang hanya
dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai
dengan tangan seperti corak batik, jalur
buah tembikai dan gambar foto.

*JALINAN
*JALINAN SENTUH
*JALINAN TAMPAK
*Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling
objek, jarak antara dua objek, atau rongga
dalam sesuatu objek.
*Ruang juga dibahagikan kepada 2 iaitu
ruang nyata dan ruang tampak.
• Ruang nyata ialah ruang sebenar yang
terdapat pada bentuk-bentuk konkrit.
•  Ruang tampak ialah ruang yang hanya
dapat dilihat dalam seni tampak seperti
lukisan, catatan dan cetakan (bukan
sebenar).

* RUANG/ SPACE
*RUANG NYATA
*RUANG TAMPAK
* Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni,warna
penggenap dan warna sewarna.
• Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna
(warna sekeluarga, selesa dan seimbang).
• Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda
warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan
pergerakan. 
• Warna sewarna pula ialah hanya satu warna yang mempunyai
pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).
* Mempunyai 2 suhu warna iaitu  warna panas dan warna sejuk.
• Warna panas ialah warna antara warna merah ungu hingga
kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga,
garang, harapan, perang, meriah dsb).
• Warna sejuk ialah  warna antara hijau hingga ungu pada roda
warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang.

*WARNA/COLOR
*WARNA HARMONI
*WARNA PENGGENAP
*WARNA SEWARNA
*WARNA PANAS & SEJUK
TUGASAN 3:
INDIVIDU (20%)

FOLIO SILHOUETTE PAKAIAN :


MENGAPLIKASIKAN ELEMEN
SENI REKA KE DALAM
SILHOUETTE
* Mengaplikasikan elemen rekaan ke dalam 32
silhouette.
* Menyiapkan folio silhouette dengan lengkap.

*PERKARA PENTING

You might also like