Bio4 Pengangkutan Dalam Tumbuhan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BIOLOGY KSSM BAB 4 :

PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN


KATA KUNCI :
SALUR XILEM
TIUB TAPIS
SEL RAKAN
TRAKEID
DAYA LEKATAN
DAYA LEKITAN
TEKANAN AKAR
TINDAKAN KAPILARI
GUTASI
TRANSLOKASI
FITOREMEDIASI
4.1 TISU VASKUAR (XILEM AND FLOEM)
KEPERLUAN PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN
 Tumbuhan merupakan organisma multisel
 Terbentuk daripada sel-sel yg memerlukan air dan nutrient
 Mempunyai tisu vaskular untuk mengangkut air dan garam mineral
 Xilem : mengangkut air dan garam mineral dari akar ke seluruh bahagian tumbuhan dan memberi sokongan mekanikal
 Floem : mengangkut sebatian organic yang disintesis oleh daun melalui fotosintesis ke batang & akar
dan merupakan sel hidup kerana mempunyai sitoplasma
 Tumbuhan mempunyai sistem pengangkutan dikenali sebagai tumbuhan vascular
 Tumbuhan bukan vascular seperti alga & lumut
 Carl Nageli 1858 ahli botani memperkenalkan nama xylem and floem
 SALUR XILEM : - Merupakan sel-sel mati apabila matang yang tidak mempunyai sitoplasma
- sel-sel ini tersusun memanjang dari hujung ke hujung untuk membentuk turus yang berterusan
untuk memudahkan pengangkutan air dari akar ke daun
-Dinding salur xylem mempunyai penebalan lignin yang tidak sekata untuk :
> memberi kekuatan kepada struktur xylem supaya tidak ranap oleh daya tegangan dan
perubahan tekanan yang terhasil apabila air bergerak melaluinya
> menyokong pokok daripada lenturan
Trakeid : Dinding sel trakeid juga mempunyai penebalan lignin dan liang untuk
membenarkan pergerakan air ke sel trakeid bersebelahan

> Tiub Tapis tidak mempunyai nucleus , ribosom dan vakuol untuk membolehkan sukrosa melalui tiub tapis dengan mudah
> Di kedua dua hujung tiub tapis Terdapat plat tapis yang mempunyai liang yg membolehkan sebatian organic mengalir dari
satu tiub tapis ke tiup tapis seterusnya
> Sel Rakan mempunyai mitokondria bagi membekalkan tenaga ATP untuk mengankut sukrosa dari daun melalui tiub tapis
secara pengankutan aktif
 4.2 PENGANGKUTAN AIR DAN GARAM MINERAL
 Air membantu untuk menggerakkan garam mineral
dari tanah ke batang & daun serta memberikan kesegahan.
 Laluan air dan garam mineral dari tanah ke daun dibantu
oleh tarikan transpirasi , Tindakan kapilari , dan tekanan akar .
 Tarikan transpirasi : - Terhasil apabila air yang tersejat melalui stoma
menarik air dari dalam daun.
 Tindakan kapilari : - Terhasil daripada daya lekatan dan leKITAN
molekul air mengGERAKAN air ke atas melawan
tarikan gravity di dalam batang pokok.
 Tekanan Akar : -menggerakkan air dari tanah ke dalam
salur xylem akar secra osmosis
 Bagaimanakah air bergerak dari dalam tanah ke salur xylem
1) -Ion mineral dipam secara aktif oleh sel rambut akar ke dalam vakuol sel rambut akar,
menjadikan sap sel rambut akar mempunyai keupayaan air rendah berbanding dlm tanah
2) - Air dari tanah meresap masuk ke dalam sel rambut akar dan sel epidermis akar secara
osmosis
3) – keupayaan air tinggi dalam sel2 rambut akar menyebabkan air meresap dari sel rambut
akar ke sel korteks secara osmosis
4) – menyebabkan osmosis berlaku secara berterusan merentas lapisan Korteks , Endodermis ,
perisikel
5) – mewujudkan tekanan akar yang menolak air ke dalam salur xylem akar dan seterusnya ke
dalam salur xylem batang
 Bagaimanakah pergerakan air di dalam salur xylem
-bagi tumbuhan yang tinggi ,tekanan akar tidak dapat
menggerakkan air ke bahagian daun terutamanya pucuk
-pergerakan molekul air di dalam salur xylem batang turut
dibantu oleh tindakan kapilari xylem yg dihasilkan oleh daya
lekitan dan lekatan serta tarikan transpirasi .
-daya lekitan dan lekatan menghasilkan daya tarikan yang
menggerakkan air secara berterusan di dlm sakur xylem batng
-semasa proses transpirasi, air meresap keluar sebagai wap air
dari ruang antara sel ke persekitaran melalui stoma yg terbuka,
-sel2 mesofil berspan kehilangan air dan menjadi keupayaan
air rendah terhadap sel2 berhampiran
-molekul air dari sel2 berhampiran akan meresap secara
osmosis ke sel2 mesofil berspan.
-pergerakan ini menghasilkan daya yg dinamakan tarikan
transpirasi yg menarik molekul air dari dalam salur xylem daun
untuk bergerak ke luar daun .
 Eksplorasi BIO
 Pergerakan air dari sel2 akar ke xylem boleh berlaku melalui dua laluan iaitu :
- Laluan Simplas = air bergerak melalui sitoplasma dan plasmodesmata
- Laluan Apoplas = air bergerak melalui ruang antara gentian selulosa di dinding sel
 Oleh sebab dinding sel2 di lapisan endodermis mempunyai jalur CASPARIAN yg tidak telap air, pergerakan air
melalui simplas .
 GUTASI = rembesan titisan air melalui struktur khas di bahagian hujung urat daun
tanpa melibatkan bahagian stoma akibat tekanan akar yang tinggi .
Tekanan akar menolak air ke bahagian daun dan pucuk tumbuhan
 PERBANDINGAN ANTARA GUTASI DENGAN TRANSPIRASI
 PERSAMAAN
- Berlaku di bahagian daun
- melibatkan kehilangan air yang kekal dari tumbuhan
 PERBEZAAN :-
GUTASI : TRANSPIRASI :
- Berlaku pada waktu malam dan awal pagy -Berlaku pada waktu siang yg panas dan berangin

- Berlaku dalam tumbuhan herba sahaja -Berlaku dalam semua tumbuhan


- Air terbebas dalam bentuk titisan air -Air terbebas dalam bentuk wap air
- Air terbebas melalui struktur khas di - Air terbebas melalui stoma
Bahagian urat daun
-Berlaku apabila tekanan akar tinggi -dikawal oleh pembukaan dan penutupan stoma
-Membebaskan air yang kaya dengan -membebaskan molekul air yang tulen sahaja
mineral
 4.3 TRANSLOKASI
 Ialah proses pengangkutan bahan2 organic seperti sukrosa , asid amino dan hormone di dalam floem dari
daun ke bahgian lain tumbuhan seperti akar dan batang
 Serangga perosak seperti AFID menghisap cecair daripada floem batang tumbuhan .
jika kandungan sap daripada floem batang tumbuhan yang dihisap oleh AFID itu dianalisi ,
cecair tersebut didapati mengandungi sukrosa dan asid amino .Hal ini menunjukkan , translokasi berlaku di
floem tersebut .
 KEPERLUAN TRANSLOKASI DALAM TUMBUHAN
-membantu tumbuhan mengankut hasil fotosintesis untuk pertumbuhan dan respirasi
seperti akar,buah,hujung pucuk , atau bunga yang sedang berkembang
-mengangkut hasil fotosintesis yang berlebihan ke bahagian tumbuhan seperti RIZOM ,
UMBISI dan BEBAWANG
LALUAN TRANSLOKASI DALAM TUMBUHAN ( TRANS =menyeberang ) (LOKUS= TEMPAT)

1) Sukrosas diangkut secara aktif ke dalam tiub tapis


2) Melalui sel rakan drpd sel daun akan mengurangkan keupayaan air di dalam tiub tapis
menyebabkan air dari xylem meresap masuk ke dalam tiub tapis secara osmosi
3) Peresapan air ini meningkatkan TEKANAN HIDROSTATIK di dalam tiub tapis
4) menyebabkan kandungan floem ditolak sepanjang tiub tapis sehingga ke organ tumbuhan yg lain
5) Kandungan floem (SUKROSA) akan diangkut daripada tiub tapis ke dalam bahgian seperti batang,pucuk,buah dan umbisi melalui pengankutan aktif
6) Keupayaan air yang tinggi di floem akan mengakibatkan resapan air kembali ke dalam xylem secara osmosis
7) TRANSPIRASI menarik air disepanjang salur xylem melawan arah tarikan gravity
 4.4 FITOREMEDIASI (PHYRTO =TUMBUHAN) (REMEDIUM=MEMPERBAIKI)
- Satu kaedah rawatan yang menggunakan tumbuhan untuk tujuan DEGRADASI ,
PENGEKSTRAKAN atau PENYIGKIRAN BAHAN PENCEMAR DI DALAM TANAH DAN AIR
- MERAWAT air sisa dengan menyingkirkan logam berat serta memerangkap nutrient
dan mikroorganisma berbahaya.
- Rawatan fitoremediasi menggunakan tumbuhan akuatiq yang dapat menyerap logam berat ,nutrient
yang terdapat di dalam air sisa .
- CONTOH :- keladi bunting mempunyai akar yang panjang yg dapat mengumpul logam berat seperti
kuprum dan plumbum di dalam air . Rebakan keladi bunting di dalam air menyebabkan
oksigen terlarut berkurangan sehingga ikan tidak dapat hidup .
 PENGGUNAAN FITOREMEDIASI DALAM KEHIDUPAN
1) BUNGA MATAHARI digunakan untuk REMEDIASI TANAH yang tercemar akibat letupan
loji nuclear . Bertindak sebagai HIPERAKUMULATOR yang dapat menyingkirkan logam berat seperi
zink,kromium,kuprum,plumbum & nikel serta bahan radioaktif sesium & strontium
2) Tumbuhan akuatik seperti pokok kiambang mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat dan mampu
mengakumulasi logam dan menyerap nutrient di logi kumbahan .
3) Akar pokok kangkung darat berupaya menyerap merkuri dari dalam tanah manakala akar pokok kangkung
air dapat menyerap logam berat KADMIUM drpd air

You might also like