Orientasi Kurikulum UB Di Sekolah Rendah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Orientasi Kurikulum UB di

Sekolah Rendah DISEDIAKAN OLEH:


EN. ABD JABAR BIN A. RAHMAN
PENSYARAH/JURULATIH KOKURIKULUM
Program Unit Beruniform di sekolah rendah

Diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan


6.
Antara unit beruniform yang selalunya ada di
sekolah rendah ialah Kadet Remaja Sekolah,
Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit
Merah Malaysia.
Merancang Program
SKEMA MERANCANG PROGRAM

1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa


Pengurusan dan Penyelarasan KRS.
2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan

KRS dan menghebahkanna kepada guru-guru dan


pelajar-pelajar
3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kerja

Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS yang


terdiri daripada guru-guru penasihat
4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun


sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan

5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar,

pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan KRS yang


telah dirumuskan

6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran

7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana

dan kemudahan-kemudahan asas


8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek
pelaksanaan
9. Memperoleh dan mengemaskini inventori,
bekalan pejabat dan harta modal bidang
kokurikulum
10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan
(takwim) kegiatan kokurikulum sekolah
11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan
kokurikulum kepada guru-guru
12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan
KRS
13. Menyedia, mengumpul dan menyemak
dokumentasi pelaksanaan program
14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS
untuk setiap pelajar
15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus
kejurulatihan
16. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang
penyertaan dan penglibatan pelajar dalam
kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa
PRINSIP MERANCANG PROGRAM

1. menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan


kemudahan pembelajaran yang menarik,
menyeronokkan dan merentasi kurikulum
2. merancang, menganjur dan mengelolakan
kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti
3. semua program yang dirancang diberi penekanan
secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah
memperkukuhkan semangat patriotisme, dan
semangat perpaduan antara kaum dan wilayah
4. menyediakan peluang, ruang dan kemudahan
yang mencukupi
5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan,
kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan
6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang
dirancang memberi peluang dan kesempatan
kepada pelajar untuk mengembangkan minat
7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada
pelajar untuk memperagakan bakat dan
kebolehan masing-masing di khalayak ramai
8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam
program dan kegiatan kokurikulum yang
dirancang
9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan
agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta,
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan
institusi pengajian tinggi untuk memperluas,
mempelbagai dan mempertingkatkan
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk
mempertingkatkan daya saing dan daya tahan
masing-masing
11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam
setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang
dianjur
Program Jangka Pendek
• PERANCANGAN TERPERINCI YANG DILAKUKAN
OLEH PENGURUS PERINGKAT BAWAHAN.
•  JANGKA MASA PALING PENDEK KURANG DARIPADA
SATU TAHUN.
• PENEKANAN PADA TUGAS-TUGAS RUTIN.
• DILAKUKAN SECARA BERULANG-ULANG CONTOHNYA
KERJA HARIAN, MINGGUAN, BULANAN..
PROGRAM JANGKA PENDEK

1. Persediaan untuk pertandingan kawad kaki


daerah dan sekolah
2. Perujian dan pentauliahan pangkat kadet
3. Perkemahan
4. Rombongan/ program perdana
Aktiviti Rasional
Latihan kawad kaki Menerapkan kemahiran kawad kaki
kepada setiap anggota.
Perkhemahan •Menguji kekuatan fizikal dan mental
• Solo camping •Membina hubungan sosial dengan rakan.
• Meredah hutan •Mengeratkan ikatan silaturahim dan
• Meredah sungai memupuk kerjasama antara rakan kadet

Pertolongan cemas Persediaan ini penting bagi menghadapi


sebarang kemungkinan berlakunya kes-
kes kecemasan yang berlaku di rumah
atau di mana-mana tempat.

Ikatan tali Ikatan dan simpulan memainkan peranan


•Simpulan dan ikatan asas yang penting dalam sesuatu kerja
•Simpulan buku sila menyelamat. Ikatan semasa membuat
•Ikatan manuk balutan haruslah kemas supaya
menyenangkan pakar paramedik. Selain
•Ikatan balak itu, kemahiran dan teknik ikatan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Galakan &
Motivasi
Skim Latihan
Definisi Galakan dan Motivasi

GALAKAN:
 Semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll;
sokongan dr segi moral. (Kamus Pelajar DBP, 2008)
MOTIVASI:
 Sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha
atau melakukan sesuatu dgn penuh minat. (Kamus Dewan,
2005)
 Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang
dalam usaha untuk mencapai matlamat yang berkait rapat
dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam
setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaabadan, Zuraida,
2004).
Cara-cara untuk memotivasikan murid

1. Mewujudkan Unit Beruniform yang sesuai dengan


minat murid.
2. Menjelaskan secara terperinci tujuan sesuatu Unit
Beruniform diwujudkan dan kepentingannya kepada
murid.
3. Mewujudkan persekitaran yang selamat semasa
menjalankan aktiviti Unit Beruniform.
4. Memastikan setiap murid rasa diterima dalam Unit
Beruniform yang dianggotai oleh murid tersebut.
5. Memperkenalkan / Melakukan
aktiviti-aktiviti yang menarik dalam
setiap perjumpaan Unit
Beruniform.
6. Menjadikan pembelajaran setiap
topik dalamkurikulum Unit
Beruniform lebih menarik dan
sesuai dengan minat murid.
7. Melibatkan murid-murid secara
aktif dalam setiap
pembelajaran/aktiviti dalam Unit
Beruniform.
Cintakan
Pertubuhan
Sukarela
APAKAH KERJA SUKARELA?
 Seorang muda menolong warga tua melintas
jalan yang sibuk

 Pelajar sekolah memungut kaca di tepi jalan


dan memasukkannya ke dalam bakul sampah

 Penduduk kampung bergotong-royong


membersihkan kawasan kediaman

 Mahasiswa universiti membantu mangsa-


mangsa banjir
SEMUA ITU CONTOH-CONTOH
KERJA SUKARELA JIKA IA
DILAKUKAN:
 Dengan ikhlas,
 Tanpa mengharapkan ganjaran /
balasan material,
 Tanpa paksaan sesiapa,
Memberi manfaat kepada pihak sasar
(yang dibantu)
KONSEP KERJA SUKARELA

 Kerja sukarela lahir di dalam diri


seseorang (cetusan dalaman)
 Suatu proses pendidikan dan
pembelajaran
 Suatu bentuk penyertaan aktif
warganegara dalam isu-isu dan
kepentingan bersama
APAKAH TUJUAN KERJA
SUKARELA?
 Persaudaraan
 Kasih sayang
 Keperihatinan sosial
 Kerjasama masyarakat
 Persefahaman & Perpaduan
Bakat dan Kebolehan
Patriotisme
 Perpaduan
 Nilai-nilai kemanusiaan sejagat
PRINSIP-PRINSIP KERJA SUKARELA
Sedia berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman,
dan kemahiran dengan pihak yang memerlukan (sedia
membantu, tidak kedekut)

 Berkhidmat tanpa pilih kasih atau diskriminasi

 Menyumbang atau berkongsi tanpa mengharapkan


balasan material

 Mesti bertolak daripada keadaan dan keperluan


kumpulan sasar (bukan daripada sikap, keadaan,
kemahuan sukarelawan – bermula dari komuniti)
PRINSIP-PRINSIP KERJA SUKARELA
 Melibatkan kumpulan sasar dalam sebarang
keputusan dan tindakan (komuniti harus sama-
sama terlibat aktif, cuba dapatkan penyertaan
mereka)
 Manusia / insan sumber utama dalam kerja
sukarela (bukan duit, bukan pangkat, atau
kedudukan..)
 Setiap orang boleh bersukarela / berkongsi /
menyumbang sesuatu
Ciri-Ciri yang harus diterapkan:
Bersedia dan suka berkhidmat
Bertimbang rasa
Faham dan jelas sebab-sebab menceburkan
diri dalam kerja sukarela
Sedia berkongsi
Bersikap rendah hati (humble)
Mempunyai andaian (assumptions) dan
tanggapan positif terhadap kumpulan sasar
dan masyarakat
Suka belajar
Bersedia memperbaiki diri
Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan
Bersemangat dan teguh meskipun tidak
mendapat penghargaan dan pengiktirafan
orang
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH
PENTAULIAHAN PANGKAT KADET KRS
PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH
ROMBONGAN / PROGRAM PERDANA KRS
PROGRAM JANGKA PANJANG

Bertujuan :  Meningkatkan peratus markah aspek


kehadiran setiap ahli 

Seperti :
Perjumpaan Unit Beruniform Kadet Remaja
100% pelajar menghadiri aktiviti badan
beruniform.
Sekian, terima kasih

You might also like