Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Ayat Majmuk

NABILA
AYAT KOMPLEMEN FRASA
NAMA
AMK FRASA NAMA SUBJEK Konsep- AMK FRASA NAMA OBJEK
-Bahawa orang itu bersalah telah klausa/ayat -Dia menafikan bahawa dia
sahih. komplemen boleh membocorkan rahsia itu
berfungsi sebagai -pihank pendakwa memohon supaya
-Untuk kami melupakannya amat subjek dan objek perbicaraan hari ini ditangguhkan
sukar.

Bahagian yg berhuruf condong ialah klausa Bahagian yg berhuruf condong berfungsi


komplemen yg berfungsi sebagai sebagai objek tepat iaitu hadir selepas kata
subjek,bahagian yg mengikutinya ialah kerja transitif. Ayat-ayat itu boleh dipasifkan:
predikat. Ayat-ayat itu boleh disongsangkan:
-Bahawa dia membocorkan rahsia
-Telah sahih bahawa orang itu bersalah. itu,dinafikannya.
-Amatlah sukar untuk kami melupakannya. -Supaya perbicaraan hari ini ditangguhkan,
dipohon oleh pendakwa

Bagi ayat komplemen frasa nama objek yang menggunakan kata hubung bahawa
,secara pilihan kata hubung itu boleh digugurkan tetapi jika kata hubung yang
digunakan ialah supaya dan agar maka kata hubung itu mesti dikekalkan.
AYAT KOMPLEMEN FRASA KERJA
i. Ayat komplemen frasa kerja ialah ayat komplemen yg klausa bebasnya menggunakan kata kerja tak transitif.
Contoh;
kata kerja tak transitif / pelengkap

Dia berkata /bahawa dia tidak tahu akan hal itu.


Kami berpendapat / bahawa hal itu tidak penting.

 Ayat komplemen frasa kerja tidak boleh disongsangkan dan


tidak boleh dipasifkan
 Kata hubung komplemen dalam ayat ini juga tidak boleh
digugurkan
Ayat komplemen dua kata kerja hadir berturutan

II. Terdapat ayat komplemen frasa kerja yg dua kata kerja hadir atau digunakan secara berturutan . Kata kerja dalam klausa bebasnya ialah
kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
III. Ayat ini terhasil dripada cantuman dua ayat yang frasa nama subjeknya adalah sama. Ayat ini dikatakan mengalami peluasan melalui
komplementasi frasa kerja
IV. Frasa nama subjek dalam ayat yang dipancangkan itu digugurkan dan proses ini dinamakan pengguguran persamaan frasa nama.
Contoh:
Dia berlari keluar dari rumah itu dengan terburu-buru.
Ayat di atas terbina daripada
Dia berlari. (Dia) keluar dari rumah itu dengan terburu-buru.
Frasa nama subjek dia dalam klausa kedua digugurkan dan ayat itu dipancangkan kepada klausa bebas, menjadi:
Dia berlari keluar dari rumah itu dengan terburu-buru.

v. Jika ayat di atas diberikan kata hubung tertentu , maka ia bukan lagi ayat majmuk komplemen ,tetapi bertukar kepada ayat majmuk yang
lain.
Dia berlari dan/lalu keluar dari rumah itu dengan terburu-buru (ayat majmuk gabungan)
AYAT KOMPLEMEN FRASA
ADJEKTIF
I. Terbina daripada dua klausa iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas yang menjadi pelengkap kepada klausa
bebas dari segi maksudnya.
II. Klausa bebasnya mengandungi kata atau FA yang menjadi unsur predikat dan klausa komplemen itu
mengikuti frasa adjektif itu.
Contoh:
a) Mereka sedar bahawa mereka telah diintip
b) Saya amat bimbang bahawa dia akan kembali jahat

III. Bagi ayat komplemen frasa adjektif, kata hubung bahawa tidak boleh digugurkan.

Bahagian bercetak hitam dalam contoh ayat di atas ialah K/FA manakala bahagian
yang berhuruf condong ialah klausa komplemen yang melengkapkan maksud klausa
bebas itu,
AYAT KOMPLEMEN BERSTRUKTUR AYAT
PENYATA + AYAT TANYA
Dibentuk dengan cantuman ayat penyata dengan ayat
KT/KSN tanya itu tidak lagi berfungsi sebagai unsur tanya.ayat itu menjadi pelengkap kepada ayat penyata
tanya tetapi berfungsi untuk menunjukkan yang merupakan ayat induk/klausa bebas dalam ayat
ketidakpastian. Ayat itu menjadi ayat penyata iaitu majmuk
pernyataan ketidakpastian tentang sesuatu dan
pernytaan tersebut tidak perlu dijawab

-Saya tidak tahu siapa yang datang tadi.


-Ibu tidak sedar bila kakak sampai KT/FSN tanya pada awal klausa
Ayat komplemen itu menjadi
penyata+ayat penghubung antara ayat penyata
(Boleh juga dibina tanpa menggunakan ayat tanya iaitu tanya dengan ayat tanya itu.
dengan mengantikan kata tanya itu dengan kata lain yg
sesuai)

-Saya tidak tahu akan orang yang datang tadi.


-Ibu tidak sedar akan masa/waktu kakak sampai Ayat tanya yang menjadi klausa komplemen itu boleh berfungsi
sebagai objek jika kata kerja ialah kata kerja aktif transitif.
Binaan ayat ayat di atas bertukar menjadi ayat komplemen jenis
lain iaitu ayat komplemen frasa nama objek dan ayat -Ke mana penjenayah itu pergi akan dijejaki oleh polis
komplemen frasa nama adjektif
-Di mana dia sekarang tidak dimaklumkan oleh ketua
AYAT MAJMUK KETERANGAN
Ayat majmuk keterangan ialah
ayat majmuk yg terbina
daripada satu klausa bebas dan
satu atau lebih klausa tak
bebas

Boleh hadir selepas klausa bebas Bahagian klausa bebas yang


atau sebelum klausa bebas. Ayat kata kerjanya merupakan kata
majmuk keterangan boleh kerja aktif transitif juga boleh
mengalami penyongsangan. dipasifkan.
AYAT MAJMUK
Contoh: KETERANGAN Contoh:
Dia menjual rumahnya itu -Rumahnya itu dijualnya
kerana kesempitan wang. kerana dia kesempitan wang
-Kerana kesempitan wang dia
menjual rumahnya itu.

Klausa tak bebas memberikan


keterangan tentang maklumat
dalam klausa bebas seperti
sebab ,tujuan, syarat.
1 Ayat majmuk keterangan waktu
Contoh kata hubung Setelah,sebelum,ketika,apabila,sejak
semasa,sewaktu,tatkala,sehingga,sementara.
Contoh ayat Dia mendiamkan diri apabila ditanya tentang perkara itu.

Dia tinggal di kampung setelah bersara dua tahun yang lalu.

Ketika kami sampai, ayah tidak ada di rumah.

2 Ayat majmuk keterangan syarat


Contoh kata hubung Sekiranya,kalau,jika,jikalau,andainya,asalkan.
Contoh ayat Andainya dia berjaya dalam perniagaan itu,dia akan
memperoleh keuntungan yang besar.

Kita boleh melancong ke mana-mana sahaja asalkan kita ada


wang
3 Ayat majmuk keterangan tujuan
Contoh kata hubung Untuk,bagi,demi
Contoh ayat Ayah menyimpan wang sejak muda bagi menjamin kesenangan kami.

Demi mempertahankan kedaulatan negara, askar berjuang mati-


matian.

4 Ayat majmuk keterangan musabab


Contoh kata hubung Kerana,oleh sebab,lantaran
Contoh ayat Dia berpindah dari rumah itu kerana sewanya mahal.

Lantaran takut bersendirian ,dia selalu mengajak saya ke rumahnya.

5 Ayat majmuk keterangan harapan


Contoh kata hubung Agar,supaya,kalau-kalau,semoga,mudah-mudahan,moga-moga
Contoh ayat Setiap pagi saya bersenam agar saya sentiasa mempunyai stamina.

Pak abu selalu berdoa semoga anak-anaknya Berjaya.


6 Ayat majmuk keterangan pertentangan
Contoh kata hubung Walaupun,namun,walhal,sekalipun,meskipun,begitupun,sungguhpun,
sedangkan,sebaliknya
Contoh ayat Askar itu terus lari untuk menyelamatkan diri meskipun dia telah
ditembak.

Walaupun dia kerap kekurangan wang ,dia tetap menyekolahkan anak-


anaknya.

7 Ayat majmuk keterangan akibat


Contoh kata hubung Hingga,sehingga
Contoh ayat Hingga hangus ikan itu dibiarkannya di atas pemanggang.

Nenek berjalan begitu lama sehingga kedua-dua kakinya bengkak.

8 Ayat majmuk keterangan perbandingan


Contoh kata hubung Bagai,seperti,umpama,lebih…daripada….seakan-akan,seolah-olah,
bak,ibarat,laksana,semacam.
Contoh ayat Lama sungguh dia menunggu tunangnya pulang, bagai menanti
kucing bertanduk.

Nampaknya lebih baik kamu melanjutkan pengajian daripada duduk


di rumah sahaja.
9 Ayat majmuk keterangan cara
Contoh kata hubung dengan
Contoh ayat Mereka menyelesaikan masalah mereka dengan membawanya ke
mahkamah.

Nelayan menangkap ikan dengan menggunakan jala.

Dengan menggunakan telefon selular ,kami kerap menghubunginya


Ketika dia di luar negara.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat majmuk yang terdiri daripada lebih satu jenis ayat/klausa iaitu boleh terbina daripada cantuman ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau terdiri daripada gabungan beberapa jenis ayat majmuk.
Juga terdiri daripada cantuman-cantuman klausa bebas dengan dua atau lebih klausa tak bebas(yang terdiri
daripada jenis yg berbeza).
Contoh: cantuman klausa bebas dengan klausa relatif
klausa keterangan/gabungan antara klausa bebas dengan klausa komplemen dan klausa keterangan
Contoh :
1) Saya sudah lama sampai manakala rakan-rakan saya yang lambat bertolak masih belum tiba.

Ayat campuran daripada cantuman ayat gabungan dengan ayat relatif.


Ayat majmuk gabungan : saya sudah lama sampai manakala rakan-rakan masih belum tiba.
Ayat/klausa relatif : (rakan-rakan) saya yang lambat bertolak
2) Pegawai polis itu menjelaskan bahawa penjenayah yang amat dikehendaki itu sudah ditangkap
Ketika sedang bersembunyi di rumah kawannya.
Ayat campuran, cantuman daripada ayat tunggal,ayat komplemen,ayat relatif dan ayat
keterangan
Ayat tunggal: polis itu menjelaskan (sesuatu).
Ayat/klausa komplemen: bahawa penjenayah itu sudah ditangkap
Ayat/klausa relatif: (penjenayah) yang amat dikendaki itu.
Ayat/klausa keterangan: ketika sedang bersembunyi di rumah rakannya.
AYAT MAJMUK RAGAM PASIF
Ayat majmuk pasif ialah ayat majmuk yang diubah ragamnya.
•Ayat majmuk ragam aktif diubah kepada ragam ayat pasif.
Ayat tersebut mestilah mengandungi kata kerja aktif transitif

CONTOH:
a) Ayat majmuk gabungan – Contoh:
-saya menggosok baju manakala abang membasuh kereta. (Ragam aktif)
Menjadi – Baju saya gosok manakala kereta dibasuh oleh abang (Ragam pasif)
b) Ayat majmuk relatif – Contoh :
-pihak berkuasa menahan pendatang asing yang sedang bersembunyi itu. (Ragam aktif)
Menjadi – Pendatang asing yang sedang bersembunyi itu ditahan oleh pihak berkuasa (Ragam pasif)
c) Ayat majmuk komplemen – Contoh :
-Dia telah menjelaskan bahawa masalahnya bahawa masalahnya itu sudah selesai
(Ragam aktif)
Menjadi – Bahawa masalahnya itu sudah selesai telah dijelaskannya. (Ragam pasif)

d) Ayat majmuk keterangan – Contoh:


-Kami membawa ibu ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar. (Ragam aktif)
Menjadi – Ibu kami bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan rapi. (Ragam pasif)

You might also like