Kata Akar Dan Kata Dasar

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

M1

KATA AKAR DAN KATA


DASAR
DR MOHD ARIS BIN ANIS
IPGKTI
 Dalam Nahu Melayu Mutakhir (NMM), Asmah Hj Omar,
(1993: 14) menggunakan istilah kata akar dan kata dasar
serta membezakan dengan jelas apa itu kata dasar dan
kata akar. Kata akar adalah kata dasar yang hanya terdiri
dari satu morfem bebas sahaja dan biasanya dianggap
sebagai inti untuk sesuatu kata (Asmah Hj Omar, 1993: 14).
Kata dasar pula merupakan kata yang boleh dikenakan
penambahan (Asmah Hj Omar, 1993: 14). Asmah Hj Omar,
(1993: 14) telah menunjukkan beberapa jenis kata akar dan
jelas tergambar seperti berikut:-
Jenis Contoh
Kata Akar
meja (bermeja)

Kata Akar dengan Penambah


perbaik (memperbaiki)

Kata Akar Berulang /  Kata


gandaan baik-baik (berbaik-baik)

Kata Akar Majmuk


matahari (bermatahari)
 Namun demikian dalam Tatabahasa Dewan
(TBD), Nik Safiah Karim et al., (2010) tidak
menggunakan istilah kata akar dan kata dasar.
Sebaliknya, beliau hanya menyatakan bahawa
satu perkataan mengandungi pelbagai bentuk
yang dapat dijeniskan sebagai kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganda (Nik Safiah
Karim et al., 2010:47). 
 Menurut Intarachat, Pitsamai (1987: 34), dasar tidak
semestinya merupakan akar, oleh kerana dasar digunakan
bila ia merupakan bahagian daripada sesuatu bentuk yang
diimbuhkan. Kata "tulis" apabila berdiri sendiri bukan dasar,
sebab ia merupakan bentuk selapis, iaitu akar bebas.
Walaupun demikian, "tulis" yang merupakan akar bebas,
boleh menjadi dasar dalam bentuk lain yang lebih besar;
misalnya, ia boleh menjadi dasar bagi pokok "tuliskan".
Dalam kes ini, "tulis" merupakan akar dan juga dasar bagi
pokok "tuliskan". Satu contoh lagi, bentuk "pelajaran" boleh
merupakan dasar bagi pokok "berpelajaran"
 Namun demikian,  akar dan dasar adalah berbeza dalam
kes ini. Hal ini disebabkan dasarnya mengandungi lebih
daripada satu morfem. Keadaan ini jelas tergambar apabila
dasar tersebut merupakan bentuk yang diimbuhkan dan
juga terdiri daripada akar, iaitu "ajar" dan morfem terikat
{pel-...-an}. Kata majmuk "tanggungjawab" merupakan
dasar majmuk bagi pokok kata kerja "bertanggungjawab". 
 Kesimpulannya, hasil daripada perbincangan dan pandangan-
pandangan tokoh yang penulis telah kongsikan di sini membuktikan
kepada kita bahawa walaupun istilah yang digunakan adalah berbeza,
namun demikian maksud untuk istilah tersebut adalah sama.
Contohnya, kata akar dan kata tunggal membawa maksud yang
sama. Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh buku NMM bahawa
kata akar dibahagi kepada pelbagai jenis adalah tidak benar sama
sekali. Sebaliknya, penulis NMM mungkin perlu mengkaji semula
bukunya yang dikeluarkan olehnya untuk memasukkan kata dasar
terdiri daripada pelbagai bentuk dan bukannya kata akar. 
 Definisi kata akar ialah perkataan yang belum diberi apa-
apa imbuhan yang boleh merupakan morfem bebas.
contohnya rawat dalam perkataan jururawat atau morfem
terikat seperti jatuh dalam perkataan terjatuh.
 Manakala kata dasar pula ialah perkataan yang  menjadi
dasar dalam sesuatu perkataan sama ada perkataan itu
telah menerima imbuhan atau belum menerima
imbuhan.contoh paksa menjadi terpaksa. Dalam konteks
perbincangan kita,kata akar bagi perkataan keterpaksaan
ialah paksa.Manakala kata dasarnya ialah terpaksa. 
kesimpulannya,kata akar boleh menjadi kata dasar tetapi
kata dasar tidak semestinya menjadi kata akar.
 Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan
contoh.
1. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam
istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar
dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti
anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam
terjerumus.
2. Kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat
diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan
peN-...-an, menjadi "pembelajaran".
 1.4 Konsep Kata
 Kata ialah bentuk bahasa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal
apabila diberikan intonasi yang sesuai, dan mengandungi maksud atau mesej
yang lengkap. Misalnya, bentuk seperti lari, duduk, siapa, bila merupakan
unsur bahasa yang terkecil dan mengandungi makna. Selain itu, perkataan
tersebut dapat dijadikan ayat minimal apabila diberikan intonasi ayat.
 Sebagai unsur morfologi, kata merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk
membentuk kata lain, seperti kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan
akronim.
 Kata dapat dibahagikan kepada kata akar dan kata dasar. Kata akar dan kata
dasar ialah unsus asas dalam pembentukan kata.
 Kata
 Kata Akar Kata Dasar 
 1.4.1 Kata Akar  Kata akar ialah inti sesuatu kata. Kata akar merupakan unsur
yang belum diberikan apa-apa imbuhan. Kata akar boleh merupakan morfem
bebas dan morfem terikat. Misalnya, cuci ialah morfem bebas dan menjadi
kata akar bagi mencuci. Bagi perkataan bertapa, tapa ialah morfem terikat
dan menjadi kata akar bagi perkataanbertapa. Kata tunggal secara kebetulan
adalah juga kata akar.
 1.4.2 Kata Dasar  Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar sesuatu
perkataan yang dapat diberikan imbuhan. Kata berimbuhan juga boleh
menjadi kata dasar jika dapat diberikan imbuhan. Contohnya:

You might also like