Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

AKHLAK DAN TASAWUF

TAREKAT DAN TASAWUF


APA ITU TAREKAT
• Asal perkataan tarekat dengan maksud jalan.
• Al-Kasyi berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus bagi ahli suluk menuju kepada Allah
dengan memutukan segala manzilah dan naik hingga mencapai kepada beberapa maqam.
• Al-Jurjani berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus oleh ahlinya dalam menuju kepada
Allah dengan menghapuskan segala halangan dan menaiki kepada maqam . Imam al-Qusyairi
berkata: Tarekat ialah jalan atau suluk syariah, iaitu beramal dengan segala tuntutannya. (Syarh
al-Risalah al-Qusyairiah (hal. 43).
• Al-Tahanawi pula berkata: Ia merupakan jalan menyampaikan ke syurga. Ia adalah lebih khusus
daripada syariah kerana terangkum padanya hukum-hukum syariat daripada amalan soleh yang
bersifiat jasadi dan mengelakkan daripada semua yang haram dan makruh. begitulah juga
hukum-hukum yang khusus daripada amalan hati dan puncaknya berlepas diri selain Allah.
• Imam al-Ghazali dalam merumuskan tarekat dan tujuannya, antaranya kata beliau
dalam Ihya’ Ulum al-Din, 

 "Tarekat ialah jalan atau cara yang mendahulukna mujahadah, menghapuskan sifat
mazmumah, memutus segala hubung kait dengan makhluk dan mengadap dengan penuh
himmah kepada Allah. Sejauh mana pencapaian natijahnya, maka Allah lah yang menguasai
hati hamba-Nya dan menaggung dalam memeri cahaya dengan cahaya-cahaya ilmu. Lihat al-
Fatawa oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud (2/236).
APA ITU TASAWUF
• Al-Jurairi pula menyatakan bahawa: Tasawuf ialah perlakuan akhlak yanf tinggi dan meninggalkan
perlakuan yang keji.
• Al-Kattani menegaskan bahawa: “Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia
telah menambahkan kebersihan jiwamu.”
• Abu al-Wafa’ al-Taftazani berkata: “Oleh itu, tasawuf pada dasarnya adalah akhlak, dengan
pengertian ini tasawuf adalah ruh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak.”
• Sariy al-Saqaty berkata: “Tasawuf ialah kata nama untuk tiga perkara iaitu cahaya ma’rifah
seseorang tidak menghilangkan cahaya wara’nya, tidak berbicara tentang ilmu yang batin dan
disanggah oleh al-Quran dan al-Sunnah, karamahnyatidak mendorong dia melanggar perkara yang
diharamkan oleh Allah SWT.
• Syeikh Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: “Tasawuf Islam memancar di hati para wali ketika beramal
dengan al-Quran dan al-Sunnah. Taswuf juga merupakan intipati dari seseorang hamba yang
beramal dengan hukum-hukum syariah.”
HUKUM MEMPELAJARI TASAWUF

• Imam al-Ghazali berkata: “Hukumnya fardhu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib
atau sakit kecuali para anbiya’.” Syeikh al-Syazili berkata: Siapa yang tidak menceburi
ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya.” Syeikh Dahlan al-
Kadiri di dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawuf ialah
wajib aini pada setiap orang mukallaf. Hal ini kerana sebagaimana wajib islah yang zahir,
begitu juga islah yang batin.  
HUKUM
BERTAREKAT
• Syeikh Abdul Halim Mahmud :
“ Tarekat-tarekat sufiah pada maknanya yang sebenar merupakan pelbagai wasilah dalam
menggapai hidayah kepada Allah swt. Ia bermatlamatkan mencapai hidayah untuk orang
perseorangan, jemaah dan masyarakat hingga menjadi masyarakat rabbani dan syeikh tarekat
sentiasa mengharapkan Allah supaya termasuk dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bahawa Allah memberi hidyah dengan sebabmu kepada seorang lelaki , maka ia adalah lebih
baik daripada unta merah.” Lihat al-Fatawa (2/387-388)
“ Natijah suluk sufiah tiada berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain, zaman dengan
zaman yang lain, dan orang dengan orang yang lain. Ia adalah tauhid di mana tauhid Allah
pada zat-Nya dan tauhid-Nya pada penciptaan-Nya dan pada tasawuf-Nya hingga akhirnya.
Adapun sebab berlainan tarekat kerana tabiat manusia dan fitrah mereka berlainan yang serasi
dengan sebahagian dan tidak dengan yang lain. Orang ramai pada hakikatnya sentiasa
berusaha mendekatkan diri kepada Allah”
• Berkenaan dengan tarekat sufiah, pada hakikatnya merupakan jalan untuk tazkiyatun
nafs, mengelokkan akhlak serta mengikut secara amali sunnah Rasulullah hingga jadilah ia
orang yang beriman dengan sebenar dan Islam hakiki.

• Kisah Hasan Al-Basri dan Pencuri

• Kisah Habib Al-Ajami dan Penghutangnya.


TAREKAT YANG SEBENARNYA
• Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Al-Munqiz Min Al-Dhalal menyebut berkenaan dengan
tarekat yang sebenarnya ialah penyuciannya sebagai awal syarat, iaitu penyucian hati
kesemuanya selain daripada Allah dan pembukaannya seiring perjalanannya dengan
takbiratul ihram dalam solat yang hati diselubungi keseluruhannya dengan zikrullah. Ia
berakhir dengan keseluruhannya pada Allah. Inilah kesudahannya di samping tidak termasuk
di bawahnya sebarang ikhtiar dan usaha daripada awalannya atas mentahqiqkan permulaan
tarekat ini. Lihat Al-Munqiz Min Al-Dhalal (hal. 62).
• Pendapat yang sama telah dikemukakan oleh Dato’ Haji Ambak bin Abdul Aziz, salah
seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang merumuskan mafhum tarekat sufiah,
iaitu tarekat sufiah yang sebenarnya yang diambil sumbernya mengikut perjalanan
kehidupan Rasulullah SAW, para sahabat, tabi’in dan salafussoleh.
TOMAHAN PADA TAREKAT

• Ada pendapat mengatakan bahawa tasawuf merupakan ilmu yang asing yang dimasukkan ke
dalam Islam. Sebenarnya penulis telah menjawab persoalan ini dalam buku A-Z
Tasawuf dengan panjang lebar.
• Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam al-Fatawa (362) menyebut: menjawab persoalan ini,
cukup dengan mengemukakan tiga hujah:
• Syeikh Abdul Wahid Yahya yang merupakan Failasuf Muslim Sufi, antara lain
berkata: Tasawuf merupakan juzu’ jauhari daripada agama Islam. Ini kerana agama akan
kurang tanpanya.
• Seorang orientalis yang terkenal, Missiniun, telah mengatakan bahawa anggapan hukum
yang tasawuf tiada kena mengena dalam Islam dan dimasukkan ke dalamnya adalah tidak
benar dan diterima oleh akal.
• Pengarang kitab al-Tabsir fi al-Din telah membangkang setiap apa yang menyalahi mazhab
ahli sunnah, di mana disebut perbezaan yang ketara bagi ahli sunnah dengan adanya unsur
kesufian.
PENYELEWENGAN DALAM
TASAWUF
• Mengambil kira citarasa dan perasaan hati individu atau ilham sebagai ukuran untuk
mengetahui dan buruk sesuatu serta untuk membezakan di antara yang betul dan yang salah,
hinggakan ada yang melampau dalam perkara ini sampai berkata: hatiku telah berbicara
dengan tuhanku. Berlawanan dengan perkataan ulama hadith iaitu: seseorang telah
memberitahuku dari seorang yang lain dari Rasulullah SAW.
• Pengasingan yang mereka lakukan di antara syariat dan hakikat. Menurut mereka sesiapa
yang melihat kepada makhluk dengan ain syariat nescaya dia akan memarahi mereka,
barangsiapa yang melihat mereka dengan ain hakikat dia akan maafkan mereka. Ekoran
daripada itu ialah orang-orang kafir tidak boleh diperangi dan orang-orang yang melakukan
kemungkaran tidak boleh diingkari.
• Penghinaan mereka terhadap soal-soal kehidupan yang bercanggah dengan manhaj al-Quran
dan bercanggah dengan sunnah serta manhaj sahabat seperti kata: bekerjalah untuk dirimu
seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-oalh
kamu akan mati pada esok hari.
• Penguasaan sifat jabariah dan salbiah terhadap kebanyakan mereka yang mana telah
meninggalkan kesan di dalam pemikiran umat Islam yang menyebabkan mereka percaya
bahawa manusia ini diatur dan dipandu bukan diberi pilihan atau tiada faedah untuk
menentang kerosakan dan memerangi apa-apa kebatilan. Ini kerana Allah telah menentukan
segala-galanyake atas hambanya, kata-kata ini telah berleluasa di kalangan mereka:
tinggalkan kuasa kepada kerajaan dan tinggalkan makhluk untuk Tuhan. Hal ini telah
membawa kepada penguasaan roh yang kalah dalam kehidupan umat Islam.
• Menghapuskan personaliti murid dalam proses pentarbiah suluk dan pemikiran mereka
tenggelam dan kalah oleh idea syeikhnya dan dia tidak boleh membincangkan apatah lagi
menentangnya atau mempersoalkan kenapa atau berkata tidak. Antara kata-kata mereka:
seorang murid di hadapan syeikhnya adalah seperti mayat dihadapan tukang mandi. Sesiapa
bertanya kenapa, nescaya akan gagal.
JADI BAGAIMANA MENGENAL PASTI
KESAHIHAN TAREKAT ?
• Ibn al-Qayyim ada menukilkan pelbagai kata-kata yang dilahirkan oleh ketua-ketua ahli
tasawuf antaranya ialah kata-kata oleh ketua ahli tasawuf, al-Junaid bin Muhammad (wafat
297 H) yang berkata: tarekat-tarekat semuanya ditutup dari kenyataan makhluk kecuali
orang-orang mengikut athar sunnah Rasulullah SAW. Katanya lagi, sesiapa yang tidak
menghafal al-Quran dan menulis hadith dia tidak boleh diikuti dalam hal tasawuf ini kerana
pengetahuan kita ini berkait dengan al-Quran dan terikat dengan sunnah.
• Abu Yazid al-Bistami berkata: Sekiranya kamu melihat kepada seorang lelaki yang diberi
beberapa keramat sehingga dia mampu terbang di udara, maka jangan kamu tertipu
dengannya hatta kamu melihat bagaimana keadaannya dalam soal suruhan dan
larangannya, menjaga batas-batas (hudud) agama serta melaksanakan syariat.
TOKOH –TOKOH DI DALAM
TAREKAT SUFIAH

• Hakikatnya mereka yang selalunya kehadapan dalam mempertahankan kedaulatan Negara


Islam dan peperangan Fi Sabilillah, golongan sufi di kalangan tabi’in seperti Uwais Al-
Qarni, Abu Muslim Al-Khaulani, Al-Aswad Bin Yazid, Hasan Al-Basri dan lain-lain adalah
antara ahli sufi yang mengutamakan urusan mempertahankan daulah lebih daripada ibadat
sunat. Hasan al-Basri pernah berkata: tiada satu amalan yang paling utama selepas
daripada (bertungkus lumus dalam) jihad fi sabilillah melainkan  menghidupkan malam.
• Begitu juga jihad membela daulah Islam diteruskan oleh ulama sufi yang lain seperti
penglibatan Abu Hasan Al-Syazili dan Solahuddin al-Ayyubi di dalam peperangan
menentang tentera Salib, Ibn Arabi berkata:  wahai anakku! Sesungguhnya bila Allah mahu
menaikkan martabat hamba-Nya ke maqam-maqam yang lebih tinggi, Allah akan
menghampirkan kepadanya musuh-musuh-Nya agar dia bersungguh menentang mereka.
• Begitulah juga di tanah air kita Malaysia gerakan menentang British dipelopori oleh ulama
yang amat berpegang teguh dengan amalam tasawuf seperti Tok Ku Paloh di Terengganu,
Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain di Pahang, Tuan Hussin Kedah al-Banjari, pengasas
Pondok al-Taufiqiyyah al-Khairiyyah, Padang Lumat dan lain-lain.

You might also like