Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teknologi Maklumat &

Telekomunikasi (ICT) Meluaskan


Peluang Perniagaan Melalui :
1. e- Dagang (e-Commerce)
Proses menjalankan perniagaan melalui rangkaian komputer atau internet seperti
membeli dan menjual barang atau perkhidmatan , membuat tempahan dan
pembayaran secara dalam talian.
Perniagaan atau perdagangan menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi
komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan transaksi.
Contohnya , Paypal merupakan medium membeli secara atas talian konvesional
dimana lebih murah berbanding kaedah pembayaran yang lain.

2. e-Pemasaran (e-marketing)
Kaedah pemasaran melalui media elektronik iaitu khusus kepada penggunaan
internet dalam kegiatan pemasaran.
Mengkomunikasikan , mempromosikan , dan memasarkan produk secara atas
talian.
Contohnya , Shopee merupakan aplikasi mempromosikan barangan secara atas
talian kepada pelanggan yang memudahkan pembeli melakukan pembelian di
mana-mana sahaja.
3. e-Perolehan
Membolehkan para pembekal memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka
kepada kerajaan secara terus melalui internet.
Meningkatkan keberkesanan , proses pembelian dan perdagangan kerana ia
menjimatkan kos pengguna , peluang-peluang pendapatan dan kelebihan daya saing.
Contohnya , pembekal makanan ringan memasarkan barangan jualan mereka
secara langsung kepada pihak kerajaan melalui laman sesawang.

4. Perbankan elektronik / e-perbankan


Bertujuan untuk melakukan urusan perbankan secara dalam talian seperti urusan
pembayaran menggunakan laman web bank yang dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan.
Penggunaannya memudahkan pelanggan bank membayar bil, membuat pindahan
wang , membuat pelaburan , menyemak baki akaun dan sebagainya.
Contohya , Maybank menyediakan perkhidmatan maybank2u untuk memudahkan
pelanggannya membuat urusan masuk, keluar dan pemindahan wang tanpa perlu ke
bank.
5. Mel elektronik atau e-mel
Surat , pesanan , atau mesej dalam bentuk fail komputer yang dikirim dan
diterima melalui sistem rangkaian komputer.
Penggunaanya memudahkan promosi dan pengesahan transaksi.
Contonya , Syarikat Aik Joo mengirim dan menerima mesej, surat, pesanan dalam
bentuk fail komputer melalui G-mail, Yahoo-mail, Hot-mail an mel dalaman
organisasi.
6. Laman sosial (laman web sosial)
Satu perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk sosial secara dalam
talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti seperti perkongsian maklumat.
Penggunaan laman sosial dalam perniagaan bertujuan untuk mencari dan
mendapatkan pelanggan , mengiklankan produk dan perkhidmatan , meluaskan
jaringan pernigaan dan sebagainya.
Contohya , Syarikat Aik Joo menggunakan Facebook, Twitter, Blog, Instagram dan
lain-lain bagi mendapatkan pelanggan, mengiklankan produk dan perkhidmatan
perniagaan.
7. Khidmat pesanan ringkas (SMS)
Bermaksud khidmat yang membolehkan teks ringkas dihantar dan diterima
dengan menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya.
Penggunaan SMS membolehkan perniagaan membuat promosi jualan barang dan
perkhidmatan , memudahkan dan melancarkan pengurusan organisasi , dan
menjimatkan masa.
Contonya , Syarikat Aik Joo menggunakan SMS seperti Whatsapp, Messenger,
Wechat dan Telegram untuk perniagaan membuat promosi jualan barang.

8. Kerajaan elektronik atau e-Government


Penggunaan teknologi maklumat oleh kerajaan bagi memudahkan urusan dengan
jabatan atau agensi kerajaan.
Penggunaannya membolehkan individu atau perniagan membuat pembaharuan
pasport , pembaharuan lesen, menukar hak milik kenderaan dan sebagainya.
Contonya , Syarikat Aik Joo membuat pembayaran cukai syarikat melalui e-Hasil.
Terima Kasih

You might also like