Sejarah Presantation 15.3

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Reaksi Masyarakat Tempatan

Terhadap Peluasan Kuasa Barat dan


Kesan Penjajahan Barat
15.3 Peluasan Kuasa Barat Di India
Peluasan kuasa British di India dilakukan oleh Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI).
SHTI campur tangan dalam hal ehwal politik.
SHTI menghadapi persaingan dari Perancis untuk mengukuhkan
kedudukan di India.
2 orang tokoh melibatkan diri dalam persaingan antara British dengan
Perancis iaitu :
(a) Dupleix (Gabenor Perancis di PondiCherry)
(b)Robert Clive (PegawaI SHTI)
SHTI berjaya mengukuhkan kedudukan pengaruhnya di wilayah
Bengal, Bihar dan Orissa.
British meluaskan kuasa dari wilayah Bengal, Madras & Culcutta.
Warren Hastings (1772-1785), SHTI terlibat dalam peperangan dengan
Maratha dan Mysore.
SHTI memperkenalkan dasar imperialisme semasa pemerintahan Lord
Wellesley bagi membendung peluasan pengaruh Perancis di India.
Menawan wilayah-wilayah lemah - Doab mengadakan perjanjian persahabatan
dengan wilayah-wilayah kuat seperti Maratha dan Mysore.
Beliau meluaskan pengaruh dengan menawan Mysore, Tanjore (1799),
Surat dan Karnatik (1801).
Lord Wellesley mengukuhkan pengaruh British di Oudh dan Maratha.
British tersebar sehingga ke Bengal dan selatan India termasuk Poona dan
Hyderabad.
Pengganti Wellesley - Cornwallis & Sir George Barlow.
Lord Minto (1807-1813) campur tangan di Berar dan Punjab.
Kuasa British diteruskan semasa pemerintahan Lord William Bentrick (1828-
1835) yang menjadi Gabenor Jeneral India.
Lord Ellenborough dan Lord Dalhousie (1848-156) telah meneruskan dasar
peluasan kuasa British.
15.4 Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Peluasan Kuasa Barat di India
Dahagi India
Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang
pemerintahan British di India dan menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan
negara daripada pemerintahan British.
Pemberontokan ini turut disertai oleh :
 Sepoi
 Golongan Putera
 Nawab
 Pembesar yang Kehilangan gelaran, tanah, & kuasa
Dahagi berlaku setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan sahaja dan kebanyakan
masyarakat tidak terlibat dengan pemberontokan ini.
Walaubagaimanapun, Askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi
British.
Faktor-Faktor Tercetus Dahagi India, 1857
Penghapusan Amalan Suttee
Amalan ini merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu dan mengikut adat
ini, balu yang kehilangan suami dikehendaki mengorbankan diri dengan dibakar bersama-sama
mayat suami semasa upacara pengebumian.
Lord William Bentick telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini dan ini
telah menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama Hindu terhadap pemerintahan British.
Penghapusan Amalan Thuggee
Amalan Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan pengembara.Kumpulan ini
menjalankan kegiatan mereka dengan menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi
Kali.
Lord Willian Bentick mengharamkan amalan tersebut dan ini menyebabkan kemarahan
golongan agama yang menyokong amalan tersebut.
Penghapusan Amalan Membunuh Bayi Perempuan
Mayarakat India menganggap bayi perempuan adalah beban kepada keluarga mereka
apabila mereka membesar kelak.
Hal ini disebabkan oleh keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas
kahwin) yang tinggi kepada bakal suami mereka.
Lord William Bentick mengambil tindakan mengharamkan amalan ini yang dianggap
tidak berperikemanusiaan.
Pengenalan Akta Kahwin Semula
Lord Dalhousie telah memperkenalkan dan meluluskan Akta Kahwin Semula bagi
balu-balu Hindu.
Dapat penentangan kerana perkahwinan semula balu-balu tidak dibenarkan sama
sekali dalam masyarakat Hindu.
Pengenalan akta ini oleh pemerintah British telah menyebabkan penduduk tempatan
menganggap British telah menghina amalan tradisi mereka.
Pengenalan Sistem Pendidikan Barat
Tindakan British memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan turut
menimbulkan perasaan tidak puas hati.
British menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah dan
kolej.
Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran
serta kehakiman.
Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi
dalam kerajaan dan tentera tidak diberikan kepada penduduk tempatan.
Perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam bidang pendidikan dianggap
sebagai percubaan British untuk menyebarkan agama Kristian.
Pengenalan Teknologi Barat
Tindakan pemerintah Brirtish memperkenalkan sistem perhubungan dan
pengangkutan moden.
Pengenalan sistem pengangkutan Barat turut mengancam amalan kasta.
Masyarakat India hanya dibenarkan menaik gerabak kelas ketiga manakala
gerabak kelas satu dan dua pula untuk pegawai-pegawai Inggeris.
Dasar Pengilhakan
Dasar Pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie merancakkan
penentangan penduduk India terhadap penjajahan British.
Lord Dalhousie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan.
Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandukan kepada tiga alasan, iaitu
Undang-Undang Lesap Waris, Hak Menakluk Kuasa Agung dan Salah Tadbir
Tempatan.
Perasaan Dendam Sepoi India
Wujudnya perasaan tidak puas hati.
Sepoi - terdiri daripada golongan berkasta tinggi iaitu Brahmin dan Rajput.
British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negaradan ini telah menimbulkan
kemarahan kerana mereka percaya kesucian kasta hilang apabila menyeberang lautan
Sepoi-sepoi India daripada Regimen 47 diarahkan berkhidmat enggan mematuhi
peraturan
Pengenalan Peraturan Baharu
Pengenalan Akta Penjajahan Punjab, 1907 yang bertindak meninggikan cukai tanah
dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
Pihak pemerintah British tidak menggalakkan penghasilan barang oleh penduduk
tempatan tetapi menggalakkan kegiatan mengimport barangan dan luar negara.
Penduduk tempatan di wilayah-wilayah yang ditawan oleh (SHTI) kehilangan tanah
pusaka kerana gagal untuk melibatkan hak milik tanah secara sah.
Akta Pengambilan Khidmat Awam
Akta ini diperkenalkan oleh Lord Conning.
Sepoi berkhidmat di luar negara tidak mempunyai elaun tambahan.
Menentang amalan diskriminasi dalam soal kenaikan pangkat dan jawatan, gaji yang
rendah serta layanan yang kurang baik.
Kes Senapang Riffle Royal Enfield
Sepoi-sepoi marah sebab minyak untuk membersihkan senapang mengandungi lemak
lembu dan lemak babi.
Sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang perlu menggigit hujung peluru yang
telah disapu dengan lemak lembu dan lemak babi.
Sepoi menganggap British sengaja melakukan hal ini kerana berniat untuk menghina
penganut agama Hindu dan Islam.
Peristiwa Dahagi
Peristiwa Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut.
Sepoi-sepoi mara ke Delhi dan mengisytiharkan Bahadur Shah II yang
berketurunan Mughal sebagai Maharaja Delhi.
Lord Canning bertindak mendapatkan bantuan ketenteraan daripada rejimen di
Madras dan Sri lanka.
Perkembangan ini telah menyebabkan rejimen tentera di Lucknow, Ludhiana,
Allahabad, Bengal, Oudh, dan Azamgarh memberontak.
Sir John Lawrence berjaya menawan semula kota Delhi selepas kepungan
selama empat bulan.
Peperangan ini telah menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.
British di bawah pimpinan Jeneral Havelock melancarkan serangan untuk
menguasai Kanpur dan Lucknow. Percubaan British untuk menguasai Kanpur
dan Lucknow mendapat tentangan daripada pemberontak.
Pasukan tentera di bawah pimpinan Nana Saheb.
Tentera British menyerah kalah di Allahabad.
Begum Hazrat Mahal menyerang markas tentera British di Lucknow sehingga
pegawai tenteranya Henry Lawrence terbunuh.
Lakshmi Bai yang merupakan Ratu bagi wilayah Jhansi bertempur dengan
British tetapi baginda terbunuh juga.
Orang Sikh di bawah pimpinan Ram Singh melancarkan penentangan terhadap
British.
 Penentangan yang dilakukan oleh orang Sikh menemui kegagalan sehingga
Ram Singh bersama-sama dengan 11 orang pengikutnya ditangkap dan dibuang
negeri ke Myanmar.
Menjelang tahun 1858, pihak British berjaya mengawal Dahagi daripada
tersebar ke seluruh Benua Kecil India.
Terima Kasih Ahli Kumpulan
Bhanu Uthiya Kumar
Gayathri Siva Kumar
Komathi Rajanthran
Kirthikah Batumalai

You might also like