Falsafah Dan Ciri-Ciri Pendidikan Islam Zaman Kerajaan Abbasiyah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

CIRI-CIRI DAN

PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN
BANI ABASIYYAH
Ciri-ciri
Institusi Dasar
asas
pendidika pendidika
pendidika
n n
PERKEMBANGAN n
Sistem Bandar-bandar
PENDIDIKAN pembelaja utama sebagai
pusat
Tenaga
ZAMAN KHALIFAH ran perkembangan pengajar
ABBASIYAH halaqah pendidikan
Kurikulu
m
pendidika
n
Pada zaman Khalifah Abbasiyah , perkembangan ilmu dan institusi
pendidikan telah mencapai kemuncaknya sehingga zaman ini dikenali
sebagai zaman keemasan dan kegemilangan tamadun Islam.

Perkembangan pesat bidang pendidikan didorong pelbagai faktor


termasuk keutuhan kerajaan itu sendiri , perkembanagan ilmu dan
masyarakat Islam , gerakan agama , falsafah dan sejarah.
PENGENALAN
Galakan dan kecintaan para khalifah Abbasiyah terhadap pendidikan
merupakan asas utama perkembangan ilmu sama ada ilmu naqli
mahuupun aqli.

Usaha mamperkasa bidang pendiddikan dapat dilihhat melalui usaha


Khalifah Abbasiyah menjadikan kota-kota utama seperti Baghdad
sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
1. CIRI-CIRI ASAS PENDIDIKAN

Sumber utama pendidikan ialah al-Quran dan hadis (Sunnah) dan diikuti sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi
menjejaskan sesuatu perkata yang tidak diterangkan secara jelas oleh al-Quran dan Sunnah.

Pelaksanaan pendidikaan bertujuan mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek naqilah dan Aqilah bagi
membolehkan manusia mengenali penciptaNya serta mentaati segala perintahNya.

Pendidikan berlangsung secara non formal seperti di masjid manakala secara manakala secara formal seperti di institusi yang
didirikan oleh kerajaan seperti kuttab , madrasah dan pusat pengajian tinggi.

Kandungan kurikulum pendidikan merangkumi ilmu aqli seperti falsafah , sejarah , sejarah bahasa,matematik dan geografi
manakala ilmu naqli seperti tafsir,hadis,feqah dan usuliddin .

Pendidikan dilaksanakan mengikut kaedah halaqah.


2. Institusi pendidikan

Sistem pendidikan zaman Khalifah Abasiyah merupakan


kesinambungan daripada sistem pedidikan yang wujud pada
zaman Khalifah Umayyah di mana masjid dan kuttab
menjadi institusi pendidikan utama.

Kuttaab merupakan institusi pengajian permulaan untuk kanak-


kanak.Kuttab menekankan pengajian al-Quran dan asas ilmu
agama sebagi persediaan melangkah ke tahap pengaajian lebih
tinggi iaitu haalaqah yang diadakan di masjid.Perkembangan
institusi kuttab pada zaman Khalifah Abbasiyah begitu pesat
kerana kesederaan umat Islam khasnya ibu bapa terhadap
kepentingan pendidikan untuk anak-anak mereka.
• Masjid megalami perubahan dari segi kurikulum dan
system pembelajarannya.Ia merupakan institusi bagi
pendidikan rendah,menengah dan tinggi . Masjid
merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran
,hadis,fiqah dan sebagainyaa.Pendidikan di masjid
dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan agama
ermasuk putera-putera khalifah dan pembesar negara.Di
masjid diadakan halaqqah-halaqah ilmu dikenali
sebagaiMadrasatul al-Quran dan al-Hadith.Biasanya
masjid-masjid utama dan tertentu sahaja yang diikitraf
sebagai pusat pengajian tinggi sedangkan masjid-masjid
lain masih tetap berfungsi sebagai pusat pengajian
rendah dan menengah yang tidak terlibat dengan
pengajian lanjutan dan spekulatif.
3. Dasar pendidikan
• Al-Quran dan hadis menjadi dasar teras dalam bidang
pendidikan.
• Sumber pendidikan berasal dari dua cabang iaitu sumber
internal daripada al-Quran dan hadis manakala sumber
external daripada ilmu-ilmu India , Greek dan Parsi.
• Tiada sukatan kurikulum khas ditetapkan , namun ia
berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah
manakala pendidikan tidak formal sebahagiannya
berlangsung di masjid-masjid.
• Kebanyakkaan umat Islam ghairah menuntut ilmu
meskipun kerajaan tidak mewajibkan belajar kepada orang
awam.
4. Sistem pembelajaran halaqah
• Dari segi peraturan,sistem pembelajaran di masjid sudah mula
berubah di mana para pelajar tidak boleh lagi mengikuti mana-mana
halaqah ilmu mengikut kesukaan dan minat mereka.
• Para pelajar terlebih dahulu dikehendaki mengukur kelayakan
mereka dan memasuki halaqah yang sesuai dan sepadan dengan
kelayakan mereka sahaja.
• Ini terbukti apabila Imam as-Syafie yang terpaksa menghadapi
temuduga terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengikuti halaqah
ilmu dari Imam Malik bin Anas.
• Golongan paling ramai terlibat dalaam perbincangan ilmiah ialah
ahli perundangan ataau fuqaha.Keadaan ini disebabkan oleh desakan
khalifah sendiri yang amat berminat untuk mencari beberapa
alternatif perundangan bagi menyelesaikan isu yang wujud dalam
masyarakat.
• Halaqah di masjid utama tidak semestinya mengajar ilmu
pengetahuan,bahkan turut diadakan perbahasan sesuatu masalah
yang timbul dalam masyarakat dan mencari jawaapaan (li al-nazar
wali al-munazarah).Halaqah ini kadang kala bertindak sebagai
majlis fatwa yang bertanggungjawab mencari penyelesaian undang-
undang bagimembantu khalifah dalam urusan kehakiman.
• Keperluan kepada perundangan semasa menyebabkan para khalifah
Abbasiyah terlibat secara lansung dalam menganjurkan majlis-majlis
perbahasan rasmi di istana.
5. Bandar-bandar utama sebagai pusat perkembangan
pendidikan
• Pada zaman Khalifah Abbasyah,terdapat banyak bandar menjadi
pusat perkembangan pendidikan,intelektual dan tamadun
Islam.Antaranya bandar Baghad memiliki 30 buah institusi
pendidikan,Kaherah memiliki 75 buah institusi
pendidikan,Damsyik mempunyai 51 buah institusi pendidikan dan
Allepo memiliki sebanyak 78 buah institusi
pendidikan.Namun,saiz institusi adalah berbeza mengikut suasana
,kedudukan ,lokasi,kemudahan dan kemasyhuran guru-gurunya.
• Walaupun bandar Baghdad merupakan ibu kota pentadbiran
kerajaan Khalifah Abbasiyah ,aktiviti-aktiviti pendidikan dan
intelektual turut mendapat perhatian serius dari khalifah.Pelbagai
kemudahan pendidikan disediakan termasuksekolah,perpustakaan
dan masajid.
• Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmum menjadikan bandar
Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan
menjadi tumpuan golongan sarjana Islam dan bukan Islam dri
seluruh dunia.
6. Tenaga pengajar
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah , muncul ramai golongan
sarjana Islam yang mempunyai pengetahuan yang berbeza
antara satu sama lain.
• Guru-guru bertugas khasnya yang mengajar pengajian lanjutan
di masjid merupakan mereka yang dilantik dan dibayar gaji
oleh pihak kerajaan.Ada juga yang berkhidmat secara sukarela.
• Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada pelbagai
mazhab dam mempunyai pengetahuan dan kemahiran berbeza
mengikut tahap pendidikan masing-masing.Minat pelajar
bergantung kepada kewibawaan guru-guru.Ulama yang
terkenal dari segi cara penyampainnya akan mendapat
perhatian ramai pelajar.
• Guru-guru di masjid terdiri dari golongan ulama yang mengajar
dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang ganjaran.Antara
tokoh ulama terkenal dalam bidang ilmu hadis seperti al-Kindi ,
al-Farabi , Imam Empat Mazhab,al-Bukhari,al-Muslim dan lain-
lain.
7. Kurikulum pendidikan

• Kurikulum pengajian , khasnya pengajian tinggi diawasi suatu badan yang


ditubuhkan oleh kerajaan yang dikenali sebagai Naqib al-Hasyimiyin.
• Bidang pendidikan yang paling berkembang adalah pengajian keagamaan
seperti tafsir al-Quran,hadis,fiqah dan sebagainya.
• Pengajian ilmu aqli turut berlaku seperti ilmu nisab,fizik,kimia,ilmu falak,ilmu
logikal,ilmu falsafah dan sebagainya.
• Pada peringkat rendah , kurikulum pembelajarannya merangkumi pelajaran al-
Quran ,sirah Nabi Muhammad saw,puisi dan ilmu nisab.
• Kurikulum peringkat pendidikan menengah dan tinggi merangkumi ilmu tafsir ,
ilmu hadis,ilmu kalam,falsafah,perubatan dan lain-lain.
• Aktiviti terjemahan karya-karya asing dan pengkajian buku-buku ilmiah turut
merangsang perkembangan pendidikan dan intelektual.
• Kurikulum yang terdapat di kuttub selain pengajian al-Quran turut mengalami
penambahan berbanding zaman Umayyah seperti sirah Nabi Muhammad
Saw,pengenalan ilmu ‘arudh bagi mengenali rangkap-rangkap syair dan asas
ilmu hisab.
• Terdapat enam masjid utama (masjid jamek) di bandar Baghdad yang
menawarkan kursus lanjutan,biasannya dalam bidang pengajian mazhab
tertentu.
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah,berlaku
pertambahan dalam aktiviti kokurikulum seperti
mana zaman Khalifah Umayyah.Selain aktiviti
riadah ,memanah dan latihan berkuda ,
pertandingan penulisan dan deklamasi sajak turut
diadakan.
KESIMPULAN

Penglibatan khalifah dan sumbangan ulama merupakan faktor utama berlakunya perkembangan pendidikan pada zaman Khalifah Umayyah.

Kemajuan bidang pendidikan menjadi asas kepada tamadun politik , ekonomi , dan sosial umat islam.

Sesungguhnya Khalifah Umayyah telah meletakkan legasi kukuh untuk perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Islam seterusnya.

Penglibatan Khalifah dan sumbangan para ulama merupakan faktor utama berlakunya perkembangan pesat dalam bidang pendidikan pada zaman Khalifah
Abasiyyah.

Khalifah Abasiyyah telah memainkan peranan penting dengan menubuhkan institusi – institusi pendidikan formal yang kemudiannya menjadi role model dan
inspirasi kepada umat Islam dan Barat untuk membangunkan institusi pendidikan di negara mereka.

Kemajuan yang dilakukan oleh para Khalifah Abasiyyah dalam bidang pendidikan menjadi asas kepada pencapaian tamadun Islam.

You might also like