Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGAJIAN AM

9.5 : PENDATANG TANPA IZIN

DISEDIAKAN OLEH : KAMARUL AZMI BIN KAMARULZAMAN


• Pada zaman yang lebih moden ini, ekonomi Malaysia kini turut
berkembang pesat. Projek pembangunan berjalan lancar, peluang
pekerjaan yang melimpah ruah terutamanya sektor perladangan,
pembinaan, dan perkilangan
• Akibat daripada keadaan tersebut, maka timbul masalah
kekurangan tenaga kerja. Malaysia terpaksa mengambil banyak
pekerja asing dan menimbulkan juga masalah kemasukan
pendatang tanpa izin (PATI)
• Kemasukan banyak pendatang tanpa izin ini telah mewujudkan
keadaan yang tidak tenteram dan selamat kerana mereka telah
menimbulkan banyak masalah kepada Malaysia
MASALAH YANG WUJUD AKIBAT KEMASUKAN
PENDATANG TANPA IZIN (PATI)
PENINGKATAN JENAYAH
• Kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia telah menyebabkan
kejadian jenayah yang melibatkan kaum pendatang tersebut
telah meningkat
• Kebanyakan PATI tersebut melarikan diri ke Malaysia sebagai
tempat perlindungan setelah melakukan jenayah di negara
mereka
• Jenayah yang biasa mereka lakukan ialah rompakan, samun,
pembunuhan, pengedaran dadah, dan rogol
• Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa tidak selamat dan imej
Malaysia akan terjejas di mata dunia
MASALAH YANG WUJUD AKIBAT KEMASUKAN
PENDATANG TANPA IZIN (PATI)
PENYEBARAN PENYAKIT BERBAHAYA
• PATI yang memasuki negara ini tidak menjalankan
pemeriksaan kesihatan
• Keadaan ini menjadikan penyakit-penyakit berbahaya
seperti AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-
lain sukar dikesan
• PATI yang berpenyakit ini akan bergaul bebas dengan
rakyat Malaysiadan secara tidak langsung akan
menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya tersebut
kepada rakyat Malaysia
MASALAH YANG WUJUD AKIBAT KEMASUKAN
PENDATANG TANPA IZIN (PATI)
MASALAH PENEMPATAN
• Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram di
kawasan tanah kerajaan seperti kawasan setinggan dan kawasan
hutan yang berhampiran dengan tempat kerja mereka
• Hal tersebut bukan sahaja memburukkan imej negara malah
menimbulkan masalah lain seperti peningkatan jenayah dan
pencemaran alam sekitar
EKONOMI NEGARA TERJEJAS
• PATI akan menghantar balik wang pendapatan mereka
• Pengaliran wang keluar yang keluar banyak akan merugikan negara
dari segi pertukaran wang asing
• Kerajaan juga berbelanja banyak untuk menanggung kos penahanan
PATI
MASALAH YANG WUJUD AKIBAT KEMASUKAN
PENDATANG TANPA IIN (PATI)
HAK RAKYAT MALAYSIA TERJEJAS
• Pihak majikanlebih suka mengupah PATI dalam sektor
perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji
mereka jauh lebih murah
• Situasi ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
• Tambahan pula, banyak antara mereka juga melibatkan diri
dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, bank, dan sebagainya
• Malaysia rugi kerana mereka tidak membayar cukai pendapatan
dan wang yang mereka peroleh akan dihantar ke negara masing-
masing
• Hal ini menyebabkan ekonomi Malaysia tidak berkembang
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN
PATI
MEMANTAPKAN PENGUATKUASAAN
• Semua pihak harus bertanggungjawab untuk
memastikan hanya pekerja yang layak dan sah sahaja
bekerja di Malaysia
• Pihak berkuasa seperti polis dan imigresen hendaklah
melaksanakan tugas mereka dengan penuh
tanggungjawab bagi membanteras kemasukan PATI ke
Malaysia bagi menjamin kesejahteraan rakyat daripada
gangguan PATI
• Mereka hendaklah membuat pemeriksaan dan
pemantauan ke tempat-tempat yang disyaki
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN
PATI
MENGADAKAN DASAR
• Kerajaan juga telah melaksanakan Program 6P iaitu
pendaftaran, pemulihan, penguatkuasaan, pengusiran,
pemantauan, dan pengampunan
• Program tersebut dilaksanakan dengan tujuan untuk
mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang
berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat
peribadi mereka termasuklah data biometrik
• Menerusi program 6P ini, kerajaan akan mengenal pasti
keperluan jumlah pekerja yang diperlukan setiap sektor
yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN
PATI
MENINGKATKAN PERANAN ANGGOTA MASYARAKAT
• Masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada
pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang menggaji PATI
• Terdapat majikan di kawasan pendalaman berkemungkinan
mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan jauh daripada
pemantauan pihak berkuasa
MENGADAKAN KERJASAMA DENGAN NEGARA JIRAN
• Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara lain hendaklah
dieratkan bagi membanteras kemasukan mereka secara haram
• Sekatan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Malaysia dan
negara mereka dapat mengurangkan kemasukan PATI ke Malaysia
secara berleluasa
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN
PATI
MEMANTAPKAN HUKUMAN
• Hukuman yang sewajarnya kepada majikan yang
mengambil PATI sebagai pekerja mereka
• Hukuman denda dan penjara wajar dikenakan ke atas
majikan dan PATI itu sendiri sebagai pengajaran
kepada majikan dan PATI yang lain
• PATI yang telah menjalani hukuman dan denda
hendaklah dihantar balik ke negara masing-masing
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like