Islam and Malay in The Federal Constitution

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Islam dan Melayu dalam

Perlembagaan Malaysia
ZULKIFLI HASAN
Isi Kandungan
 Latarbelakang
 Pendahuluan
 Hak Keistimewaan Raja Melayu
 Hak Keistimewaan Melayu
 Kedudukan Bahasa Melayu
 Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan
 Rumusan
Latarbelakang
 Isu Kalimah Allah.
 Isu bidangkuasa mahkamah Syariah
 Isu bidangkuasa mengenai Kewangan Islam
 Isu kebebasan beragama
 Isu peruntukan menegakkan syiar Islam
 Isu Murtad
 Isu Hak Keistimewaan Melayu
 Isu Memakai serban dan purdah
 Isu menteri besar Perak
Pendahuluan
 Lord William Reid –Britain, a politician, legislator and
member of the judiciary, a member of Parliament, an Appeal
Court judge and the Solicitor-General of Scotland.
 Sir Ivor Jennings – Britain, a fellow undergraduate at
Cambridge of Tunku, a former King’s Counsel and
Cambridge University vice-chancellor.
 Sir William McKell – Australia, the former Governor-General
of Australia. A minister in several cabinets, once a justice
minister.
 Hakim B. Malik – India a former chief justice of the
Allahabad High Court in India.
 Hakim Abdul Hamid - Pakistan 54, high court judge, Drafted
Pakistan’s constitution.
 118 Mesyuarat. Dari Feb 1956 hingga 15 August 1957
 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
 British Document on the End of Empire: Malaya
Perlembagaan Persekutuan
 1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan.
 2. Kebebasan asasi.
 3. Kewarganegaraan.
 4. Persekutuan.
 5. Negeri-negeri.
 6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri.
 7. Peruntukan dan kewangan.
 8. Pilihanraya
 9. Kehakiman.
 10. Perkhidmatan awam.
 11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat.
 12. Am dan pelbagai.
 13. Peruntukan sementara.
 14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya.
 15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja.
 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual
Pindaan Perlembagaan
 2/3 dan MRR: Hak istimewa melayu, hak
kedaulatan Sultan, Hal Ehwal Islam dan
kedudukan bahasa melayu, kewarganegaraan,
persempadanan p/raya
 2/3 dan YDP Sabah S’wak: Kebebasan bahasa,
royalti, kuasa imigresen, kewarganegaraan,
 2/3 sahaja: Bentuk sumpah dan ikrar, syarat
perlantikan senator, tanah rizab melayu
 Sehingga kini 42 pindaan tlh dibuat
Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan
 Perkara 71: hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi
Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.
 Perkara 159(5) Institusi kesultanan dilindungi dengan cara
bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan
hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-
masing tanpa persetujuan MRR.
 Perkara 38(4) Tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-
Raja.
 Raja-raja Melayu dan YDPA hendaklah orang Melayu dan
Islam.
 Perkara 18 (1) Immunity raja. YDPA tidak boleh didakwa.
Peruntukan imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada
1992. Raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya
boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas Perkara 182 dan
183.
MELAYU?
 UNESCO 1972: suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand dan Filipina.
 Perkara 160 (2): ”Melayu” ialah seseorang yang
memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam,
(ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut
adat istiadat Melayu. Seseorang yang mendakwa
dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa
dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura
sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa
dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di
Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.
HAK KEISTIMEWAAN MELAYU
 Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan,
permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
 (1) Tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain
 (2) YDPA hendaklah memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga
untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan
bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak
suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai
jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada
perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa,
bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang
seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau
diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang
difikirkan patut oleh YDPA mengenai permit atau lesen bagi
menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan
permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan
undang-undang itu dan Perkara ini.
1. Perkhidmatan Awam
 Angkatan bersenjata, kehakiman, pendidikan,
polis, perkhidmatan awam persekutuan dan
negeri.
 Menentukan rezab bilangan jawatan

 Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan


sedia ada.
 Jawatan2 kanan kepada melayu

 Kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar


Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu
sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f)
2. Ekonomi
 Memberi kuasa untuk membuat
peraturan perezaban pada permit,
lesen dsbnya.
 Permit

 Lesen Perdagangan

 Rezab permit dan lesen

 DEB
3. Pendidikan
 Biasiswa
 Dana siswa
 Bantuan latihan dan pelajaran
 MRSM
 Matrikulasi
 SBP
 MCKK
 UiTm
 Kuota Universiti
4. Tanah Rizab Melayu
 Perkara 89 dan 90: Tanah rizab Melayu juga
dianggap sebahagian daripada istimewa
orang Melayu.
 Tidak boleh dipindahmilik melainkan
kepada orang Melayu
 Jika kerajaan mengambil hakmilik perlu
diganti dengan tanah yg lain.
BAHASA MELAYU
 Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan
semasa perundingan perlembagaan dan proses
pembentukannya. MCA dan MIC bersetuju bahasa melayu
bahasa kebangsaan dengan syarat bahasa ibunda mereka
dikekalkan dan dipelihara.
 Perkara 152:
 (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh
Parlimen:
 Dengan syarat bahawa-
 (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada
mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
 (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
 Bahasa kebangsaan memenuhi keperluan menyatupadukan
pelbagai kaum
KEDUDUKAN ISLAM
 Perkara 3(1): ”Agama Islam ialah bagi seluruh
persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian Persekutuan”
 Tun Salleh Abbas: Melayu dan Islam adalah dua
unsur yang bercantum dan tidak boleh
dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan
perlembagaan.
 Perkara 153: Tanggungjawab YDPA melindungi
Melayu dan Islam.
Samb..
 Perkara 3 (1): “tetapi agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan“.
 Setiap kumpulan agama mempunyai hak:
 a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
 b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi
bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
 c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang
Hak Kebebasan Beragama
 Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan
"Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya." Dari peruntukan ini
jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti
dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam
sebagai cara hidup mereka.
 Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh
dibuat untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktidad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti ugama Islam.
Peruntukan kewangan untuk tujuan Islam
 Perkara 12(2): Berikutan dengan Islam diterima sebagai
agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan
negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan
untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu
penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan
perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.
 Kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan
enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk
membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam
dan undang-undangnya.
Pengecualian kpd Undang2 Darurat
 Perkara 150(6A) melindungi hal-hal
berhubung dengan Islam, walaupun di dalam
keadaan darurat.
 Perisytiharan darurat mempunyai kesan
menggantung sebahagian besar peruntukan-
peruntukan perlembagaan.
Mahkamah Syariah
 Perkara 75: Ditubuhkan Mahkamah Syariah
 Perkara 121 (1A) Mahkamah sivil tidaklah
boleh mempunyai bidang kuasa dengan apa-
apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah
Syariah.
 Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri,
 Akta Mahkamah Syariah 1965: denda RM5K
atau penjara 3 thn atau 6 sebatan atau
kombinasi mana-mana hukuman.
Larangan Menyentuh isu sensitif
 Perkara 10 (1): Kebebasan bersuara,
berhimpun dan berpesatuan
 Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan
bersuara daripada menyentuh kedudukan
Raja-Raja, Islam, orang Melayu,
kewarganegaraan dan seumpamanya
Maksud “Islam sebagai agama
Persekutuan”
 Suruhanjaya Reid telah menolak cadangan
memasukkan peruntukan mengenai Islam.
 Hakim Abdul Hamid Pakistan: Berpendapat
bahawa perisytiharan seperti itu perlu
dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh
Perikatan. Dalam cadangan beliau
mengesyorkan peruntukan Islam agama
persekutuan.
 Beliau jugalah yg mendesak Lord Reid untuk
memasukkan kuasa sultan untuk melantik PM
dan MB
Makna sempit Islam
 Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988]
2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu ialah
hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah
berbahaya dan memilik senjata api adalah bertentangan
dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal.
 Ketua Hakim Negara telah berkata tidak syak Islam bukan
hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahaja
bahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua
bidang amalan manusia, sama ada peribadi atau umum,
mengenai perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan,
moral atau kehakiman, dan cara mengatur semua cara hidup
termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanya berpandu
kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan
hadith Nabi s.a.w. akan tetapi makna Islam yang dimaksud
oleh pengubal Perlembagaan ialah ritual and ceremonies
Samb…
 Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya
sama ada seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak
memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan
bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana
gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya
dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama
Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang
memperuntukkan.
 Mahkamah Agong, merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4)
Perlembagaan yang memperuntukkan: 
 (3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-
ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian
dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang
lain daripada ugamanya sendiri. 
 (4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur
kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh
ibubapa atau penjaganya. 
Samb…
 Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1
MLJ418
 Jamaludin asalnya melayu dan Islam telah memeluk agama
Christian dan telah cuba dan berjaya memasukkan 6 Melayu
ke agama Christian. Dia telah ditahan dibawah ISA, dan telah
merayu kepada Mahkamah.
 Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk
pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu
telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah menegaskan hak
orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya.
 Komen: Hakim tidak sentuh sama ada orang itu berhak
menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut
kes India Rev. Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977
S.C. 908 telah menyebut hak menyebarkan agama tidak
termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang itu
kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang
lain kepada agamanya, dan bukan hanya berusaha
menyampaikan atau menyebarkan ajaran agama itu, ini akan
menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu.
Samb…
 Halimatussaadiah lwn Public Service
Commission, Malaysia & Anor [1992] 1 MLJ
513 HC dan [1994] 2 MLJ 61 SC: seorang
wanita telah dibuang kerja kerana enggan
menanggalkan purdah dan ini dianggap
melawan perintah yang dikeluarkan melalui
sebuah pekeliling perkhidmatan.
 Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Mohd
Eusoff Chin : Mahkamah memutuskan Hak
kebebasan beragama tidak mutlak.
Samb…
 Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah bte Sihi &
Ors [2000] 5 MLJ 375. Melibatkan tindakan buang sekolah
ke atas beberapa orang murid lelaki yang memakai
serban.
 Dato' Mohd Noor Abdullah Mahkamah Tinggi:
kedudukan Islam sepatutnya menjadi panduan kepada
peraturan mengenai pakaian seragam bagi murid-murid
sekolah.
 Mahkamah Rayuan Dato Gopal Sri Ram
 Mahkamah Persekutuan: mendengar leteran yang
menghina pemakaian serban terutama apabila Dato Abdul
Hamid menyebut bahawa Abu Jahal juga memakai serban
 Ulasan: Meor Atiqulrahman ini peruntukan
Perlembagaan dilanggar oleh sebuah pekeliling sekolah;
bukan akta parlimen atau undang-undang kecil yang
dibuat oleh seorang menteri kabinet.
Makna Lebih Luas
 Professor Ahmad Ibrahim: Menerima perlembagaan Malaysia
itu secara positif berusaha melaksanakannya supaya
menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam.
 Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka
berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka
berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam.
 1. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam
boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di
Pertuan Agong.
 2. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang
Negeri, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti ugama Islam".
 3. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah
sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau
menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan
apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.
Samb…
 4. BM dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu"
diberi erti seorang yang menganuti ugama Islam, lazim
bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu.
 5. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang
Melayu dan Islam.
 6. Membaca Perkara 4 keseluruhannya dan dengan cara yang
praktikal. "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan
selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan
Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan
itu. 
 Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis
sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan
Perundangan. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-
undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Dalam konteks
Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan
Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak,
yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan
selepas Hari Merdeka
Rumusan
 Segala fakta yang diberikan adalah berdasarkan
kerangka perlembagaan sedia ada.
 Melayu dan Islam punya status yang istimewa
dalam perlembagaan
 Kedudukan istimewa ini terutamanya “Islam”
patut dipertahankan atau terpulanglah kepada
generasi akan datang untuk meminda atau
mengubahnya.
 Perlembagaan menjamin hak kebebasan
beragama dengan beberapa limitasi.
 Kefahaman mengenai perlembagaan sedikit
sebanyak dapat menyumbang kepada
perbincangan atau perbahasan secara lebih tepat
dan bernas mengenai Islam dan melayu dalam
konteks Malaysia
Zulkifli Hasan

E-mail: zul361977@yahoo.com
z.b.hasan@durham.ac.uk
Blog: http://zulkiflihasan.wordpress.com
Tel: +44 (0) 7761457686

You might also like