Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 59

TRAINING

(HIRING INSENTIF PROGRAM)

BEE JUNIOR KIDS CHILDCARE CENTRE


BIODATA DIRI
(Freelance Trainer for Alpha International Training and Consultancy Sdn Bhd)

NAMA : NORAFIQAH BINTI HALIM


NO / IC : 940108-03-6030
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 8 JANUARI 1994
TEMPAT LAHIR : PASIR PUTEH, KELANTAN
WARGANEGARA : MALAYSIA
BANGSA : MELAYU
JANTINA : PEREMPUAN
ALAMAT RUMAH : A-23-7 RESIDENSI PANDAN MAS 1, LORONG DELAPAN,
KAMPUNG PANDAN, 53100, KUALA LUMPUR.
TEL NO : 011-14282278
EMAIL : azmieika8294@gmail.com
PEKERJAAN : PENGUSAHA TASKA

BIL TAHAP SEKOLAH / INSTITUSI TAHUN SIJIL

Penilaian Menengah Rendah (PMR)


1 SMK Jeram, Pasir Puteh, Kelantan 2009 PMR
 

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


2 SMK Jeram, Pasir Puteh, Kelantan 2011 SPM
 

Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak


3 GIAT MARA Petaling Jaya Utara 2014 SKM
 

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia


4 Sijil Asuhan Permata 2014 KAP
Selangor
KONSEP
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
DEFINISI
Swiniarski,
Essa (1999) dan Eville Lo dan Mbugua
Breitborde, dan
Wortham (2000) (2001)
Murphy (1999)
• takrif penjagaan dan • negara-negara yang • negara membangun
pendidikan awal lebih maju menumpukan
kanak-kanak berbeza menganggap pendidikan awal
di seluruh dunia pendidikan awal kanak-kanak dari lahir
kanak-kanak bermula hingga umu 6 tahun.
dari lahir hingga umur
8 tahun
KONSEP
◦ Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak.
◦ Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke
tahap umur lapan tahun.
◦ Pendidik kanak-kanak menggunakan istilah awal kanak-kanak iaitu early childhooddan pendidikan awal
kanak-kanak sebagai early childhood education.
◦ Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun (Taska) tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 dan kanak-
kanak di bawah umur 6 tahun (Tadika) tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996.
Contoh agensi pendidikan awal kanak-
kanak di malaysia
◦ Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA)
◦ PRASEKOLAH
◦ Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
◦ Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI)
◦ Pusat Prasekolah Islam (PASTI)
◦ Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika)
◦ Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA)
KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
◦ Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk
menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya
keintelektualan.
◦ Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka
berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.
◦ 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur
lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan
kognitif yang pesat.
◦ Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan
empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya
menjadi asas untuk perkembangan hidup.
PENGENALAN
TASKA
Pengenalan Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA)
◦ Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.
◦ Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi
golongan berpendapatan rendah dan miskin.
◦ Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
◦ Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf
hidup keluarga.
◦ Pelaksanaan Program TASKA adalah berkonsepkan ‘Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan'.
◦ kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang
dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna.
◦ TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang
diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
◦ Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.
◦ Komponen pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu.
◦ Berfokus kepada bahasa dan komunikasi, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan kognitif,
perkembangan sosioemosi, perkembagan fizikal dan kreativiti dan estetika
OBJEKTIF
◦ Membina sebuah taska yang responsive untuk kanak-kanak
◦ Menyediakan ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas serta berinteraksi dengan bahan
yang disediakan
◦ Menjadikan taska tersebut sebagai pilihan penjaga
◦ Membentuk sahsiah diri kanak-kanak
◦ Mempunyai daya kreatif dan estetika bagi menghargai keindahan alam dan warisan budaya
MATLAMAT
◦ Taska ini ditubuhkan untuk melahirkan kanak-kanak yang seimbang dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki sekolah
VISI
◦ Menyediakan ruang yang responsive
◦ Menjadikan taska ini sebagai pilihan masyarakat
◦ Menyediakan pendidikan yang komprehensif
CIRI-CIRI RUANG YANG PERLU
DIWUJUDKAN
PELBAGAI GUNA

• Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran

MUDAH ALIH

• Ruang dan peralatan boleh diubahsuai dari masa ke masa


• Peralatan boleh ditambah mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan pembelajaran

SELESA

• Keluasan yang bersesuaian


• Pengudaraan yang baik
• Pencahayaan yang baik

SELAMAT

• Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat


• Susun atur peralatan dalam bilik hendaklah memudahkan pergerakan murid
• Penyimpanan bahan atau peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid
• Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih
PEMBAHAGIAN
RUANGAN YANG
PENTING DALAM
TASKA
RUANG BAYI
RUANG BELAJAR
RUANG AKTIVITI
RUANG MAKAN
TAHAP
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
PENGENALAN
◦ Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua
pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua
proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan
membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur
akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling
sesuai
Mengenalpasti Ciri-ciri Perkembangan
yang Abnormal dalam bermain
◦ Takut pada pergerakan tertentu contohnya terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.
◦ Kurang aktif atau berminat pada aktiviti yang melibatkan duduk.
◦ Masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.
◦ Masalah tingkahlaku contoh terlalu ganas atau terlalu aktif.
◦ Kurung tumpuan.
◦ Kurang berminat pada permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.
◦ Kurang sosial interaksi atau komunikasi.
◦ Bahasa pertuturan yang terhad.
◦ Kurang berminat untuk bermain dan memerhati kanak-kanak lain bermain.
◦ Kurang berminat pada persekitaran ketika bermain contohnya duduk bermain di tempat yang sama atau
takut untuk menerokai permainan baru.
◦ Kurang minat dan memahami konsep asas seperti nombor, huruf, bentuk dan warna.
◦ Kurang kemahiran atau kebolehan merancang permainan yang melibatkan pergerakan motor, kognitif
dan tingkahlaku.
Pendekatan Pemulihan
Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam meningkatkan perkembangan permainan
antaranya:
◦ Dengan mengubah persekitaran menjadi lebih interaktif untuk kanak-kanak bermain contohnya
permainan yang berwarna terang atau yang menghasilkan bunyi menarik minat kanak-kanak untuk
menerokai permainan tersebut.
◦ Meningkatkan permainan berupa pelbagai jenis sensori contohnya melompat, merangkak, membaling
atau menangkap bola.
◦ Mengalakan sokongan  dengan mengalakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain.
◦ Mengubah atau mengadaptasi permainan supaya kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti
bermain.
◦ Menyediakan kad bergambar dalam meningkatkan pemahaman kanak-kanak semasa bermain.
SKOP KERJA
SKOP KERJA GURU TASKA
◦ Menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang diberikan.
◦ Memastikan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sempurna dari segi hak dan keperluan
mereka.
◦ Menjalankan aktiviti dalam dan luar taska bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
◦ Menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan.
◦ Memastikan memberi makan kepada kanak-kanak dijalankan mengikut cadangan oleh jabatan kesihatan.
◦ Memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti.
◦ Mendapatkan imunisasi yang dicadangkan oleh jabatan kesihatan.
◦ Menjalani pemerikasaan perubatan sekurang-kurang setahun sekali.
◦ Memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika
memerlukan perubatan.
◦ Memenuhi diet nutrisi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
◦ Mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di
TASKA.
◦ Melaporkan segera kepada penyelia sekiranya terdapat kanak-kanak yang disyaki telah didera atau
teraniaya.
◦ Memberitahu kepada penyelia jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit pada kanak-kanak.
◦ Menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada penyelia.
◦ Menyediakan dan mengemaskini segala rekod berhubung kanak-kanak
◦ Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak setiap tiga bulan dan membuat salinan untuk ibu bapa
dan penjaga.
◦ Memahami peraturan dan akta serta sentiasa mengikut segala peraturan kerja di dalam TASKA.
◦ Dilarang menggunakan telefon bimbit peribadi ketika sedang mengasuh dan mendidik kanak-kanak.
◦ Dilarang tidur kecuali merehatkan diri pada waktu yang dibenarkan.
◦ Mematuhi peraturan bercuti dan keluar masuk TASKA.
◦ Sentiasa menghormati pihak pengurusan TASKA.
CIRI-CIRI
KESELAMATAN
YANG PERLU
CIRI-CIRI KESELAMATAN
◦ TASKA adalah sebuah premis yang telah mendapat perakuan dari agensi penguatkuasaan (JKM)  untuk
menjaga, mengasuh dan mendidik kanak-kanak dengan sebaik mungkin.
◦ TASKA yang baik dan berkualiti ialah TASKA yang menitikberatkan selain dari aspek asuhan dan
didikan juga sangat menekankan tentang aspek keselamatan di premisnya. 
◦ Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak telah menetapkan garis panduan keadaan sesuatu
bangunan atau premis yang hendak digunakan untuk perkhidmatan TASKA
KESELAMATAN TASKA DARI
ASPEK FIZIKAL
◦ Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan mereka berada
dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.
◦ Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama
ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.
◦ Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA terutamanya
keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA.
◦ Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan selesa
dan selamat.
◦ Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran
TASKA. Agensi terlibat ialah JKM, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba dan Majlis Perbandaran. Semua
peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan
pendaftaran.
◦ Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang
dibenarkan dijaga di TASKA.
◦ Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan
peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai
mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan
yang bersaiz kecil atau sebagainya.
◦ Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk digunakan.
Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi.
KESELAMATAN TASKA DARI
ASPEK EMOSI
◦ Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di TASKA bagi
membina sahsiah dan emosi yang stabil.
◦ Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di taska.
◦ Memastikan kanak-kanak memahami setiap sudut dan ruang di taska adalah direkabentuk untuk
kegunaan mereka.
◦ Peka tentang setiap keperluan kanak-kanak.
◦ Memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan.
◦ Pastikan sebarang tindakan yang di ambil tidak akan menjejaskan emosi kanak-kanak. 
◦ Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang.
LANGKAH PENCEGAHAN
KEBAKARAN DI TASKA
Alat kebakaran ( fire extinguisher) perlu disediakan dan pastikan alat kebakaran berfungsi dengan baik.
Latihan kebakaran dengan mengosongkan (evacuation) bangunan di TASKA perlu diadakan sebagaimana
yang disarankan dalam Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang antaranya menyatakan:
◦ Merancang latihan mengosongkan bangunan sekiranya berlaku kebakaran di TASKA.
◦ Memastikan latihan mengosongkan bangunan di premis termasuk menggunakan semua pintu keluar
dilakukan oleh pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh berdaftar dan pekerja sekurang-
kurang sekali setiap tiga bulan.
◦ Latihan mengosongkan bangunan hingga keluar dari bahagian lantai bawah bangunan.
◦ Sentiasa mengemaskini rekod latihan dan masa yang diambil semasa mengosongkan bangunan.
◦ Memastikan setiap laluan keluar dari TASKA bebas dari sebarang halangan pada setiap masa.
PENYEDIAAN PETI KECEMASAN DI
TASKA
◦ Peti kecemasan perlu sentiasa ada dan dikemaskini peralatan ubatan yang terdapat di dalamnya. Pastikan
setiap peralatan tidak lupus tarikhnya.
◦ Peti kecemasan juga perlu di letakkan di tempat yang selamat , mudah dilihat dan senang diperolehi
apabila diperlukan. Selain itu ia juga perlu diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-
kanak.
◦ Mengikuti peraturan yang telah menetapkan sekurang-kurangnya sebuah peti kecemasan di TASKA.
DO & DONT
DO
DONT
CONTOH AKTIVITI
LAIN YANG BOLEH
DIJALANKAN DI
TASKA
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like