Teori Pembelajaran Konstruktivis

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Teori Pembelajaran

Konstruktivis
LEONG HUI EN TAN YI MUN
Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif
Menurut Piaget: keupayaan mengurus maklumat dan
pengetahuan berlaku secara berperingkat.
Skema: Struktur asas dalam organisasi mental /
pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku
Proses adaptasi/equilibrasi: proses menyesuaikan dan
menerima maklumat baharu dalam struktur kognitif untuk
mendapatkan keseimbangan antara skema dengan
persekitaran
Pengetahuan dibina apabila maklumat baharu diserap
masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui
proses adaptasi. Jean Piaget
Maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan
Proses Equilibrasi dan digunakan apabila perlu. Pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat
sepanjang hayat inividu melalui proses adaptasi.
Proses adaptasi

Asimilasi Akomodasi

Apabila maklumat baharu Disequilibrasi: apabila maklumat baharu tidak


mempunyai ciri-ciri persamaan mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat
dengan maklumat sedia ada dalam dalam skema, akan berlaku ganggu-ganggu atau
skema, maklumat tersebut akan ketidakseimbangan dalam struktur kognitif.
dapat diserap dengan mudah ke Maklumat baru tersebut tidak dapat diserap
dalam struktur kognitif. Hal ini masuk. Maklumat akan terawang-awang sehingga
menyebabkan keseimbangan skema berubah. Apabila skema berubah, melalui
(equilibrasi) berlaku. pembacaan, perbincangan atau sebagainya,
maklumat baharu akan diserap masuk. Dengan
itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.
Teori Konstruktivisme Sosial Lev Vygotsky (1896-1935)

1. Teori Konstruktivisme Sosial Lev Vygotsky merupakan


asas kepada teori konstruktivisme sosial.
2. Perkembangan konsep kanak-kanak berlaku secara
sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan
bimbingan verbal orang lain.
3. Teori ini melihat pembelajaran manusia dalam konteks
sosio-budaya
Konstruktivisme sosial mempunyai pandangan yang berikut:

1. Murid merupakan individu unik yang mempunyai latar belakang dan


keperluan yang berbeza
2. Latar belakang murid, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat
mempengaruhi pembelajaran individu murid.
3. Murid bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan atau
pembelajaran sendiri.
4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk
belajar.
5. Guru berperanan sebagai pembimbing dan fasilator pembelajaran
6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif
7. Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan murid penting dalam memastikan
pembelajaran berlaku.
8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan murid
mengalami pembelajaran yang bermakna.
Zon Perkembangan Terdekat
-Zon of Proximal Development (ZPD) merujuk tugasan
pembelajaran yang sukar dilakukan oleh murid sendiri tetapi
dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang
lebih berpengalaman.

-Di luar zon atas :

tidak dapat dikuasai murid walaupun dengan bimbingan


orang lain.

-Di luar zon bawah:

Tidak berlaku pembelajaran kerana murid sudah menguasai


isi pelajaran dan dapat melakukan tugasan sendiri.

-Dalam bahagian ZPD:

Murid dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang


lain
Teknik Scaffolding
-Teknik ini dapat digunakan untuk penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing
dan tanda isyarat yang lain.

Ormrod (2008) telah mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti:

1. Galakkan murid bertanya dan beri jawapan munasabah


2. Minta murid membuat jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku apabila
membuat uji kaji di dalam kelas.
3. Membantu murid mengaitkan konsep dan idea baharu kepada pengetahuan sedia
ada mereka.
4. Membantu murid membuat rumusan tentang sesuatu entiti atau fonemena.
5. Beri penjelasan yang sesuai dengan aras kognitif murid
6. Minta murid buat refleksi dan mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari.
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. Menekankan prinsip pembelajaran berpusatkan murid
2. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Murid perlu membina
pengetahuan yang bermakna kepada mereka.
3. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan. Pembelajaran baharu
bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada. Pembelajaran bermula
dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu.
4. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Interaksi sosial membantu
dan menyokong pembelajaran. Guru dan rakan murid berperanan sebagai fasililator
pembelajaran.
5. Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan dalam alam nyata.
6. Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu aplikasi
dan pembinaan pengetahuan baharu. Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan
contoh-contoh khusus membantu pemahaman.
Implikasi Teori Konstruktivis kepada Pengajaran dan pembelajaran.

1. Guru boleh menggunakan ZPD murid melalui penyediaan beberapa


aktiviti yang berkaitan dan dapat memastikan pembelajaran berkesan
dapat berlaku.
2. Guru boleh memilih murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar
murid yang belum menguasai.
3. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan
laras bahasa murid.
4. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber
yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan membina
pemahaman baharu.
Sekian, Terima kasih.

You might also like