Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KEUNIKAN

MASYARAKAT
BUMIPUTERA SARAWAK

Nama:Raihanah, Alezbert, isabelle, Nickholas, Martius

TEMA:BIDAYUH
ASAL USUL BIDAYUH

Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan


‘Dayuh’ bermaksud ‘Darat’. Oleh itu, Bidayuh
bermaksud ‘Orang Darat’. Bidayuh dikenali sebagai
Dayak Darat oleh orang Eropah pada masa dahulu
untuk membezakan mereka daripada masyarakat Iban
(Dayak Laut). Bagi Dayak Laut, perkataan ‘Laut’
digunakan disebabkan mereka sudah pandai
menggunakan perahu walapun tinggal di pedalaman.
Tidak seperti orang Bidayuh, mereka tiada kemahiran
menggunakan perahu semasa kedatangan orang
Eropah.
PAKAIAN TRSDISIONAL
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat
Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap
adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan
sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi
dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan
kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil
separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup
kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus
adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum
lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang
persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan
pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau
cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit
kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat
ini
ADAT PERKAHWINAN KAUM BIDAYUH
perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati
hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh
mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan
semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab
larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada
keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat
tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara
sepupu.
Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin
dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka
kerana khuatir akan termakan sumpah. Namun larangan tersebut
dimansuhkan kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama
antara datuk nenek mereka dengan keturunan bekas musuh mereka.
Dalam kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang
perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas
bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka
berkahwin.
1.Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku
apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup.
Masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka
kecuali perkahwinan yang terlarang. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan
kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang
disukainya tanpa mengira asal kaum.
2. Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan


seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan.
Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak.
Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh
dilangsungkan kemudian.
3. Bertunang

Peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi. Lebih baik


hasil yang diperoleh, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini
adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis
kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau
anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri
pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin
lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau
perkahwinan juga akan berkurangan. Usia minimum untuk bertunang
bagi anak perempuan adalah pada masa lampau ialah 16 tahun
manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun.
4. Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi


keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas
berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi
pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh
mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya dan begitulah
sebaliknya. Dalam keadaan perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh
duduk di rumah sendiri.

Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila
bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri
setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih
untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah
perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa
kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang
perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam kalangan masyarakat Selako untuk
mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan
ditetapkan.
ADAT KEMATIAN
1.PANTANG LARANG SEWAKTU KEMATIAN

Mengikut kepercayaan kaum Bidayuh, adat kematian diadaptasi daripada cerita 2


beradik yang bernama Rijong dan Buwah. Di dalam ceritera dua beradik ini
dikatakan telah mengajar masyarakat Bidayuh untuk meratap setiap kali
berlakunya kematian. Tujuannya adalah untuk memanggil roh-roh saudara
terdekat yang telah pergi dahulu bagi membantu dan menunjukkan jalan kepada
rohnya ke “Sidanah”.
“Sidanah” mengikut kepercayaan masyarakat Bidayuh merupakan tempat
untuk roh-roh orang dewasa menunggu sebelum dibenarkan masuk ke
“Sibayan”. Adalah dipercayai setiap roh harus menunggu selama lebih kurang 4
tahun selepas kematiannya untuk ke “Sibayan” iaitu syurga mengikut
kepercayaan mereka.
2.PERAYAAN KAUMM BIDAYUH

Kaum bidayuh juga menyambut hari gawai sama seperti kaum iban, dimana hari
gawai disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk
menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi.

3.AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Zaman dahulu, masyarakat bidayuh juga turut percaya terhadap kepercayaan animisme
tetapi pada masa kini, rata-rata masyarakat Bidayuh Sarawak sekarang menganuti agama
kristian, segala bentuk pemujaan sudah lama ditinggalkan sebaliknya upacara
sembahyang mengikut lunas-lunas agama Kristian pula menggantikannya.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like