Sektor Perkhidmatan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

IPG KAMPUS DARULAMAN

06000, JITRA KEDAH.

Pengajian sosial
(EKONOMI malaysia)

SEKTOR
PERKHIDMATAN
PN. AFIAH NOOR BT MAHAMOOD

Disediakan oleh:
Saiful Nizam bin Ahmad
Mohamad Izuan b. Alham Musthapa
Nur Nadiah binti Ghani
Sheryl Anak Murphy
SEKTOR PERKHIDMATAN…
Dikenali sebagai sektor ekonomi tertier atau sektor ekonomi
peringkat ketiga.

Sektor perkhidmatan ini tidak mengeluarkan barangan tetapi


ia membekalkan perkhidmatan kepada pengguna.

Contoh sektor perkhidmatan ialah sektor pengangkutan dan


perhubungan, kewangan dan insuran, hartanah,
perkhidmatan perniagaan, pelancongan,hotel dan restoran,
sektor utiliti elektrik,air dan gas, sektor pembinaan
infrastruktur serta perkhidmatan kerajaan dan swasta.
Di Malaysia, sektor perkhidmatan dikategorikan
sebagai industri tertier dan menjadi sektor ekonomi
kedua terpenting selepas sektor perkilangan.

Sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk


dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara
pada masa hadapan.

Kini, industri perkhidmatan negara tumbuh dan


berkembang pesat sejajar dengan perkembangan
pesat industri primer dan sekunder.
JENIS DAN CIRI-CIRI
SEKTOR PERKHIDMATAN DI
MALAYSIA…

1) Industri Pelancongan
Muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling
banyak menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia.

Sebagai contoh, pada tahun 2000, Malaysia


menerima hampir 10.2 juta pelancong asing.
Antara contoh yang berkaitan dengan industri
pelancongan di Malaysia adalah seperti
perkhidmatan hotel, resort, chalet,
perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu
pelancong, pengangkutan dan telekomunikasi,
aktiviti riadah atau rekreasi serta
perkhidmatan kewangan dan insurans yang
melibatkan para pelancong.
2) Sektor Pengangkutan dan
Telekomunikasi
Sektor ini menjadi sektor perkhidmatan yang
kedua terpenting.
Industri pengangkutan melibatkan tiga bidang
utama, iaitu:

i. Pengangkutan darat
Lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api,
Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem
Komuter, Monorel dan Jalinan Transit
Express (ERL).
ii. Pengangkutan air
Sistem pengangkutan sungai dan laut seperti
perkhidmatan feri, kapal pengangkut,
sampan dan bot.

Perkembangan pesat sistem pengangkutan


air menyebabkan munculnya pelabuhan
entrepot seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan
Pulau Pinang dan lain-lain.
iii. Pengangkutan udara
Contohnya, kapal terbang dan helikopter.
Kewujudan KLIA, Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang
Antarabangsa Bayan Lepas dan lain-lain
membuktikan sistem pengangkutan di
Malaysia juga mengalami perkembangan
pesat.
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air
Asia merupakan syarikat pengangkutan
udara yang mendominasikan industri
penerbangan Malaysia pada masa kini.
Dalam bidang telekomunikasi pula, ia banyak melibatkan
penggunaan telefon dan telefon bimbit, faksmili,
kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT),
internet dan intranet serta sebagainya yang menyebabkan
penyebaran maklumat, inovasi, aliran keluar masuk modal,
urusan perniagaan dan penerokaan pasaran menjadi lebih
mudah dan cepat.

Konsep e-dagang: bidang komunikasi perdagangan global


masa kini yang mesti dikuasai oleh Malaysia.

Kerajaan telah menjayakan perlaksanaan Koridor Raya


Multimedia (MSC) sebagai usaha menjana dan
mempercepatkan ICT negara.
3) Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan
Perkhidmatan Perniagaan
Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat
kewangan dan bank.
Bank menyediakan kemudahan perbankan seperti
penyimpanan wang manakala syarikat kewangan
pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang
kepada pengusaha dan peniaga.
Terdapat pelbagai jenis bank yang menawarkan
perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam, Bank
Bumiputera Commerce dan Bank Simpanan
Nasional serta lain-lain lagi.
Perkembangan pesat sektor perbankan di Malaysia
menyebabkan ia berjaya menubuhkan Pusat
Kewangan Luar Pesisiran Antarabangsa Labuan
(IOFC) yang terletak di Wilayah Persekutuan
Pelabuahan Labuan.

Di sini, disediakan pelbagai jenis syarikat


kewangan antarabangsa yang menyediakan
perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan
tempatan.
Perkhidmatan Insurans: menyediakan
perkhidmatan perlindungan kepada manusia
daripada bencana alam, kemalangan, rawatan dan
pendidikan dengan menggunakan pelbagai nama
seperti insurans nyawa, insurans kemalangan dan
insurans pendidikan.

Terdapat dua jenis insurans di Malaysia, iaitu:


1. Insurans konvensional
2. Insurans takaful
Sektor hartanah: melibatkan perkhidmatan jual beli
rumah kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan
lain-lain.

Perkhidmatan perniagaan: melibatkan


perkhidmatan seperti perkhidmatan guaman,
perundingan (konsultansi), perubatan, pendidikan,
keselamatan dan kebersihan serta kerjaya.
4) Sektor Utiliti Elektrik, Air dan Gas
Menjadi perkhidmatan asas kepada penduduk dan menjadi
keperluan asasi pada masa kini.

Utiliti elektrik melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan


sumber tenaga kepada kediaman penduduk, industri,
komersial, perniagaan dan organisasi.

Di Malaysia, pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh


syarikat bersekutu kerajaan (SBK), iaitu Tenaga Nasional
Berhad (TNB).

Manakala, bekalan air pula dilaksanakan oleh Jabatan


Bekalan Air (JBA) di bawah kerajaan negeri masing-masing.
Namun begitu, terdapat juga sesetengah negeri
menswastakan perkhidmatan bekalan air kepada
penduduk seperti SYABAS di Selangor dan AIR
KELANTAN SDN. BHD. di Kelantan.

Pada tahun 2000, 100% daripada kawasan bandar


dan 93% kawasan luar bandar di Malaysia telah
dibekalkan dengan kemudahan tenaga elektrik.

Manakala, 98% penduduk bandar dan 87%


penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan
bekalan air bersih.
5) Perkhidmatan Kerajaan
 Di malaysia,perkhidmatan kerajaan masih lagi
menjadi perkhidmatan yang amat penting kepada
penduduknya walaupun negara telah
mengamalkan dasar penswastaan.

 Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos


perkhidmatan swasta masih rendah.

 Oleh sebab itu, sesetengah bidang perkhidmatan


kerajaan amat relevan sebagai usaha untuk
membantu keselesaan, kesejahteraan, kebajikan
dan keselamatan rakyat.
Antara sektor penting ialah sektor kerajaan yang
tidak diswastakan sepenuhnya seperti sektor
pendidikan, kesihatan, pentadbiran dan
keselamatan negara.

Perkhidmatan kerajaan ini berlangsung dalam


tiga peringkat, iaitu:


1. Kerajaan negeri
2. Kerajaan pusat
3. Pihak berlangsung tempatan
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI SEKTOR
PERKHIDMATAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN SEKTOR
PERKHIDMATAN.

FAKTOR FAKTOR FAKTOR FAKTOR


FIZIKAL EKONOMI TEKNOLOGI GOVERMAN
FAKTOR FIZIKAL…
Kekayaan semulajadi yang dimiliki di Malaysia.

Contohnya, perlombongan petroleum dan gas asli di luar


pantai Terengganu dan Sarawak telah memajukan sektor
pengangkutan, pelabuhan, serta bekalan tenaga elektrik
dan gas kepada penduduk serta industri perkilangan.

Manakala, kewujudan sungai yang besar dan dalam pula


menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan.
Dalam konteks sektor pelancongan,hampir 90%
daripadanya bergantung kepada keindahan semula
jadi atau alam sekitar.

Contohnya, produk eko-pelancongan di Malaysia


penting dalam menjana perkembangan pesat sektor
pelancongan negara, di mana terdaatnya unsur-unsur
semula jadi seperti keindahan pantai dan pulau, tanah
tinggi, hutan lipur, air terjun, tasik, gua dan
sebagainya.
FAKTOR EKONOMI…
Kemajuan sektor ekonomi primer dan sekunder menjadi asas
penting untuk memperkembangan sektor perkhidmatan
negara kerana sektor perkhidmatan bergantung kepada
produk ekonomi primer dan sektor sekunder sebagai
inputnya.

Hasil-hasil pertanian, perlombongan dan perindustrian perlu


diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran.

Keadaan ini memerlukan perkhidmatan pengangkutan dan


telekomunikasi yang moden dan cepat supaya produk
tersebut boleh sampai dengan segera kepada pengguna.
Oleh itu, rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api
memainkan peranan penting.

Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan


pengangkutan, pelancongan, kesihatan dan
pendidikan tinggi bergantung kepada pendapatan
perkapita pengguna untuk menjamin kuasa jual beli
yang tinggi.

Jika pendapatan perkapita pengguna masih rendah,


maka permintaan kepada sektor perkhidmatan juga
berkurangan.
FAKTOR GOVERNAN…
Di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam
memajukan sektor perkhidmatan.

Antara peranan yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan


pelabur asing menanam modal dalam sektor pelancongan, membuka
pusat pengajian tinggi dan menyediakan perkhidmatan insurans dan
bank.

Contohnya, pelabur diberi pengecualian cukai antara 85% hingga


100% bagi menggalakkan mereka melabur di Malaysia.

Selain itu, usaha mempromosikan sektor pelancongan di luar negara


terus diusahakan oleh kerajaan menerusi TDC.
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan bersungguh-
sungguh mengembangkan industri francais, memperluaskan konsep
e-dagang, menjayakan MSC, menyediakan infrastruktur yang
lengkap seperti membina jaringan lebuh raya dan rangkaian
telekomunikasi canggih.

Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ialah untuk


menjana sektor perkhidmatan dalam negara.

Menerusi dasar penswastaan negara pula, kerajaan telah


memajukan perkhidmatan utiliti seperti bekalan air bersih, tenaga
dan telekomunikasi.

Justeru itu, muncul syarikat yang memberikan perkhidmatan yang


cekap kepada rakyat seperti TELEKOM, CELCOM, MAXIS dan
sebagainya.
FAKTOR TEKNOLOGI…
Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat
dibantu oleh kemajuan teknologi dan inovasi baru.

Justeru itu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang


berterusan sentiasa dilakukan oleh kerajaan dan swasta
bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan
memenuhi cita rasa pengguna.

Teknologi moden bukan sahaja dibangunkan melalui


R&D dalam negara malah ada yang dipindahkan atau
diimport dari luar negara.
Secara jelas, teknologi telekomunikasi berkembang
dengan pesat di Malaysia dan perkembangan
teknologi telekomunikasi ini amat ketara seperti sektor
pelancongan, kewangan, pengangkutan, perniagaan
dan lain-lain.
KEPENTINGAN SEKTOR
PERKHIDMATAN KEPADA
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN
SOSIAL NEGARA
 Sektor
perkhidmatan turut terlibat dalam menjana pembangunan
ekonomi dan sosial di Malaysia.

 Salahsatu sumbangan sektor ini ialah membantu meningkatkan KDNK


negara dan meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia yang
sekaligus mengurangkan pengangguran.

 Pentingdalam membangunkan ekonomi lain yang berkaitan, khususnya


sektor primer dan sekunder.

 Dengan adanya sektor perkhidmatan, maka sektor-sektor lain juga akan


turut berkembang sebagai satu rangkaian tindak balas ekonomi.
 Contohnya, bahan mentah dan barangan siap untuk
perindustrian yang diangkut ke kilang atau pasaran
adalah menerusi sistem pengangkutan darat, air dan
udara.

 Sektor
kewangan dan bank  beri perkhidmatan
pinjaman kredit untuk prkilang atau pengusaha-
pengusaha untuk menjalankan operasinya.

 Pembekalan tenaga elektrik dan air  menjamin sektor


industri berkembang dengan baik. Kesannya, seluruh
peringkat kegiatan ekonomi akan dapat dimajukan.
 Sektorperkhidmatan penting untuk meningkatkan taraf
sosioekonomi penduduk.
Contoh: Perkhidmatan kesihatan seperti hospital,
poloklinik, klinik desa, bekalan ubat dan doktor
terlatih.

Kesan : Mengurangkan kadar kematian penduduk.


: Meningkatkan kelahiran.
: Memanjangkan jangka hayat penduduk.
Disediakan khususnya kepada golongan miskin dan
kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar
bagi menikmati kesihatan yang sempurna.
 Dalam konteks pendidikan, kerajaan turut menyediakan
sekolah, kolej dan IPT yang memberikan pendidikan terbaik
kepada rakyat.

 Perkara
ini dapat mengurangkan kadar buta huruf dan
meningkatkan golongan celik teknologi.

 Sektor
perkhidmatan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kualiti buruh dalam negara.
 Perkembangan ICT menyebabkan Malaysia telah berjaya menjana
inovasi baru dan menghasilkan teknologi baru yang mampu
berdaya saing bagi mengeluarkan produk yang berkualiti.
 Teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu dicipta.
 Contohnya, MIMOS banyak melahirkan teknologi baru yang
digunapakai dalam aspek pengurusan maklumat.
 Aspek pemindahan teknologi dari luar negara menjadi
cepat dengan adanya kemudahan perkhidmatan ICT.

 Dari segi kualiti buruh, tenaga buruh mahir dapat


ditingkatkan melalui kemudahan ICT.

 Latihan,perkembangan dan pembangunan sumber


tenaga manusia (HRD) dalam perkhidmatan kerajaan dan
swasta ~ dapat melahirkan ramai golongan profesional.

 Sektor perkhidmatan juga penting dalam menambahkan


aliran masuk modal ke dalam negara, khususnya
daripada pelabur asing.
 Dengan adanya,kemudahan perbankan luar pesisir
seperti di Labuan, maka pelabur asing dengan mudah
boleh membuat pinjaman untuk menjalankan pelbagai
kegiatan ekonomi.

 Perkhidmatanbank-bank dan syarikat kewangan


tempatan membantu penambahan modal khususnya
dalam kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.

You might also like