Jangkitan Kuman Paru Paru (BM)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

JANGKITAN KUMAN

PARU PARU
(PNEUMONIA)
PENGENALAN
• Dalam istilah perubatan, masalah ini dikenali sebagai pneumonia dan jangkitan ini sering berlaku di
dalam masyarakat bahkan ia menjadi salah satu punca kematian di dalam komuniti.
• Masalah ini akan menyebabkan struktur alveoli yang berfungsi sebagai kawasan pertukaran gas oksigen
mengalami keradangan. Keradangan tersebut pula akan menyebabkan cecair dihasilkan dan terkumpul di
dalam alveoli tersebut. Ini akan menyebabkan pertukaran oksigen di kawasan tersebut terganggu.
• Semakin besar kawasan jangkitan kuman tersebut, semakin besar kawasan yang mengalami masalah
pertukaran oksigen. Jika ia terlalu teruk, pesakit akan mengalami masalah sesak nafas disebabkan
kekurangan oksigen di dalam badan.
SIMPTOM JANGKITAN PARU-PARU
*Pesakit yang mempunyai masalah ini akan mengalami kekurangan oksigen di dalam badan. Ini adalah disebabkan
keradangan yang berlaku pada bahagian alveoli menyebabkan terhasilnya cecair di dalam alveoli tersebut. Perkara
ini akan menyebabkan pertukaran oksigen di kawasan tersebut terganggu.Oleh itu, pesakit akan mengalami
beberapa simptom dan tanda-tanda jika mengalami masalah ini. Ia adalah:

•Sesak nafas ataupun bernafas laju. Ia adalah •Sakit dada. Ini disebabkan batuk yang
disebabkan pesakit tersebuit sedang mengalami terlalu kerap menyebabkan otot dikawasan
kekerungan oksigen di dalam badan dada tercedera dan menyebabkan rasa sakit
ketika batuk ataupun ketika tarik nafas.

•Batuk yang teruk •Demam yang tinggi


PUNCA JANGKITAN
PARU PARU
1. JANGKITAN BAKTERIA
• Beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku adalah:

• Streptococcus pneumoniae
• Haemophilus influenza
• Chlamydia pneumoniae
• Mycoplasma pneumoniae
• Dan beberapa jenis bakteria yang lain
2. JANGKITAN VIRUS
• Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

• Adenovirus
• Rhinovirus
• Coxsackievirus
• Virus Influenza
• Coronavirus(MERS-CoV)
FAKTOR RISIKO
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah dengan jangkitan kuman paru-paru.
Faktor tersebut adalah:

*Bersentuhan dengan individu yang sedang mengalami jangkitan paru-paru


*Bersentuhan dengan individu yang sedang mengalami batuk dan selsema
*Pergi ke tempak berisiko seperti di kawasan timur tengah, baru balik haji atau umrah kerana risiko
dijangkiti Kuman MersCoV
*Melawat kandang unta ataupun meminum susu unta ketika melakukan Haji atau Umrah
Komplikasi Jangkitan Paru paru
Jarang untuk seorang yang menghadapi jangkitan paru-paru akan mengalami komplikasi. Terdapat
beberapa komplikasi yang perlu diketahui oleh anda jika anda menghadapi masalah ini. Ia adalah:

• Pembentukan nanah di dalam paru-paru(Empyema)


• Ruang kosong terbentuk di dalam paru-paru disebabkan sel dikawasan tersebut mati dan merosakkan
struktur di dalam paru-paru. Jika ujian x-ray dilakukan, akan ternampak kawasan hitam pada paru-paru
seolah-olah terdapat lubang dikawasan itu.
Faktor Risiko yang Menyebabkan Komplikasi
Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk. Jika pesakit
mempunyai faktor risiko ini, maka ia lebih senang mengalami jangkitan paru-paru yang teruk

• Limpa(spleen) yang telah dibuang. Selalunya limpa ini dibuang disebabkan seseorang itu menghidap
penyakit talasemia ataupun pecah disebabkan trauma.
• Mengalami masalah paru-paru yang kronik sebelum ini(Selalunya disebabkan hisap rokok)
• Masalah jantung
• Usia yang terlalu tua ataupun bayi pada awal usia
• Jangkitan yang melibatkan satu lobar(bahagian) paru-paru
RAWATAN JANGKITAN
PARU PARU
1. RAWATAN SOKONGAN
• Diberikan kepada pesakit dengan tujuan untuk memberi sokongan kepada pesakit sebelum jangkitan
kuman tersebut baik dengan sepenuhnya. Rawatan sokongan yang selalunya diberikan adalah:
• Penggunaan oksigen: Pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru ini selalunya akan mengalami sesak
nafas disebabkan kandungan oksigen dalam badan yang berkurangan. Dengan penggunaan oksigen,
pesakit tidak perlu bernafas dengan laju untuk meningkatkan oksigen dalam badan.
• Pemberian air ke dalam salur darah: Pesakit juga mungkin akan kurang minum air disebabkan sesak
nafas dan kurang selera makan. Oleh itu, untuk mengelakkan pesakit mengalami dehidrasi dan
menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk, air diberi terus ke dalam saluran darah dan
memudahkan pesakit.
2. RAWATAN ANTIBIOTIK
• Bagi pesakit yang stabil dan tidak teruk, pesakit boleh dirawat di rumah dan antibiotik boleh diberikan
kepada pesakit.

• Jenis antibiotik yang diberikan kepada pesakit selalunya bernama ‘Amoxycillin’. Jika penggunaan
antibiotik tersebut tidak berkesan, doktor akan memberi antibiotik yang lebih kuat seperti ‘Augmentin’.

• Bagi pesakit yang tidak stabil, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad dan antibiotik akan diberikan
secara suntikan. Selepas pesakit menunjukkan simptom sembuh dan sudah stabil, pesakit akan
dibenarkan balik dan menghabiskan antibiotik pil/sirap dirumah.
(<SEKIAN TERIMA KASIH>)

You might also like