Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

CATUR

NAMA: PUVARSSHINY A/P VIJAYSHEGERAN


KELAS: 2 DINAMIK
NAMA GURU: PN. RESMA & PN. ANIMAH
SEJARAH CATUR
Legenda menceritakan bahawa sejarahnya bermula pada kurun keenam Masihi, apabila
raja termuda Empayar Gupta di India terbunuh di medan perang. Abangnya merangka
cara untuk menggambarkan adegan tersebut kepada ibunya yang sedang
berduka. Gambaran adegen ini dipersembahkan di atas papan ashtapada 8x8 yang
digunakan dalam permainan lain, satu permainan baharu muncul dengan dua ciri utama:
Pperaturan berbeza untuk menggerakkan buah yang berbeza, dan sebiji buah mewakili
raja yang nasibnya ditentukan oleh buah-buah lain. Permainan ini pada asalnya dikenali
sebagai chaturanga, perkataan Sanskrit yang bermaksud 'empat bahagian’.
Apabila ia sampai ke Empayar Sasan Parsi, ia memperoleh nama dan terminologi baharu
yang digunapakai sehingga hari ini'chess', yang berasal daripada perkataan Parsi 'shah'
bermaksud 'raja', dan 'checkmate' daripada perkataan 'shah mat' yang bererti 'raja mati’.
Selepas penaklukan Parsi oleh kerajaan Islam pada kurun ke-7, catur diperkenalkan
kepada dunia Arab. Beranjak dari peranannya sebagai simulasi taktikal, ia menjadi sebuah
perlambangan puitis. Diplomat dan mahkamah menggunakan terma-terma catur untuk
menggambarkan kuasa politik, khalifah pemerintah menjadi seorang pemain catur yang
tegar, dan sejarawan Al-Mas'udi menganggap catur sebagai bukti kebebasan manusia
membuat pilihan dalam hidup berbanding sekadar sebuah permainan nasib.
 Perdagangan Zaman Pertengahan sepanjang Laluan Sutera membawa bersama catur ke Timur dan Asia
Tenggara, di mana terlahirnya varian tempatan permainan tersebut. Di China, buahnya diletakkan pada titik
pertemuan antara petak papan catur, seperti permainan Go. Pemerintahan Raja Mongol Tamerlane menyaksikan
papan berbentuk 11x10 dengan satu petak selamat dipanggil 'citadel'. Dalam permainan catur Jepun dipanggil
'shogi', buah yang sudah dimakan boleh digunakan oleh pemain lawan. 
 Tetapi Eropah tempatnya di mana catur mendapat bentuk modennya. Menjelang tahun 100 Masihi, permainan
itu menjadi sebahagian daripada pendidikan di istana. Catur digunakan sebagai kiasan kepada perbezaan kelas
sosial yang bertindak mengikut peranan masing-masing, dan buah-buahnya diterjemah kepada konteks baharu.
Pada masa yang sama, gereja memandang serong terhadap permainan ini kerana terlalu banyak masa diluangkan
bermain catur, malah ada satu ketika catur diharamkan di Perancis.  Begitupun permainan ini terus berkembang
luas, dan bermula kurun ke-15 ia menjadi format yang dimainkan sehingga hari ini. Buah penasihat yang lemah
digantikan kepada permaisuri yang lebih berkuasa, dan ini telah mengubah rentak permainan. 
 Ketika peraturan lain dipopularkan, risalah yang menganalisis gerakan pembuka (opening) dan
penamat (endgame). Terlahirlah teori-teori catur.
PAPAN CATUR DI
INDIA
(ASHTAPADA)
PENGENALAN
Catur adalah permainan yang paling popular di dunia ia menggambarkan bukan sahaja satu
permainan tetapi juga satu seni.
Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak kerana sebagai suatu "seni
mempertahankan diri" menggunakan minda dan bermain catur dilihat sebagai cara untuk
meningkatkan keupayaan minda.
Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan,
dalam talian, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat).
Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini haruslah mengenali terlebih
dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah
dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu.
Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan
sekali gus memerangkap dirinya sendiri.
PERALATAN CATUR
PAPAN PERMAINAN
Secara tradisionalnya, catur dimainkan di atas sekeping papan yang mempunyai
64 petak hitam dan putih berselang-seli, dijajarkan supaya petak di penjuru
kanan-bawah (bagi kedua pemain) berwarna putih. Petak cerah dan gelap pada
papan catur ini serta buah cerah dan gelap catur sering dirujuk sebagai "putih"
dan "hitam", walaupun dalam set catur moden hampir semua warna boleh
digunakan. Baris melintang pada papan catur dipanggil rank dan dinomborkan 1-
8; lajur menegak pula dipanggil file dan diberikan huruf a-h.
BUAH CATUR
(RAJA)
Raja merupakan buah terpenting yang dimiliki pemain,
walaupun bukan yang terkuat. Jika pemain menggerakkan
buahnya dan menyebabkan raja lawan mempunyai risiko
dimakan, raja tersebut disebut berada dalam check (mat).
Dalam keadaan ini, pihak lawan wajib mengeluarkan
rajanya dari mat sama ada dengan menggerakkan raja,
menghalang serangan lawan dengan buah lain atau
memakan buah lawan yang menyebabkan mat. Pemain
juga tidak boleh menjalankan mana-mana buah yang
akan menyebabkan rajanya dimat, sebaliknya tujuan
permainan ialah untuk mengemat raja lawan.
Dua raja tidak boleh berada di petak yang bersebelahan,
kerana ia akan menyebabkan mat dengan bergerak ke
situ. Jika raja diletakkan dalam mat dan tidak dapat
melarikan diri, dia disebuttelah syahmat (checkmate).
Pemain pertama yang dapat mengemat (syahmat) raja
lawannya memenangi permainan tersebut.
BUAH CATUR
(PERMAISURI/ MENTERI)

Menteri (juga dipanggil Permaisuri) merupakan


buah catur yang paling kuat. Ini kerana ia boleh
bergerak sejauh mana yang dikehendaki sama ada
dalam arah sisian atau pepenjuru.
Boleh dikatakan pergerakannya adalah gabungan
pergerakan tir dan gajah. Menteri juga tidak boleh
melompat mana-mana buah lain.
Menteri boleh memakan mana-mana buah lawan
yang berada di laluannya, dan kemudian
menduduki petak yang sebelum ini diduduki
lawan.
BUAH CATUR
(KUDA)
Kuda merupakan satu-satunya buah catur
yang boleh melompat atau bergerak "di
antara" buah lain.
Kuda mempunyai pergerakan berbentuk L
yang unik dua petak melintang atau menegak
dan satu petak berserenjang dengan arah
sebelumnya.
Kuda boleh memakan mana-mana buah yang
berada di salah satu dari 8 hujung gerakan L
BUAH CATUR
(GAJAH)
Gajah boleh bergerak secara pepenjuru sejauh
mana yang dikehendaki. Kedua-dua pemain
bermula dengan dua gajah, sebiji di petak
cerah dan sebiji lagi di petak gelap.
Perhatikan bahawa pergerakan gajah terhad
kepada warna petak ia bermula. Dalam rajah
di sebelah, gajah berada di petak cerah dan
tidak dapat bergerak ke atau mengawal petak
gelap.
Gajah tidak boleh melompat mana-mana
buah. Ia boleh memakan mana-mana buah
lawan yang berada di laluannya, dan kemudian
menduduki petak yang sebelum ini diduduki
lawan.
BUAH CATUR
(TIR)
Tir boleh bergerak secara melintang atau
menegak sejauh mana yang dikehendaki,
tetapi tidak secara pepenjuru (berlawanan
dengan gajah).
Seperti gajah, tir tidak boleh melompat mana-
mana buah, kecuali untuk castling.
Tir boleh memakan mana-mana buah lawan
yang berada di laluannya, dan kemudian
menduduki petak yang sebelum ini diduduki
lawan.
BUAH CATUR
(BIDAK)
Bidak boleh bergerak satu petak ke hadapan
(atau dua petak pada langkah pertama
sahaja).
Cara makan bidak lain dari buah lain. Bidak
boleh bergerak satu petak ke pepenjuru untuk
memakan buah lawan, tetapi tidak boleh
memakan buah lawan yang berada di
depannya.
Oleh itu, dua bidak boleh tersekat sesama
sendiri. Bidak merupakan satu-satunya buah
catur yang tidak boleh bergerak ke belakang.
TEKNIK KHAS
(CASTLING)

Castling (perkubuan) ialah satu teknik gerakan yang


melibatkan raja dan salah satu tir. 
Castling yang dilakukan dengan tir yang dekat dengan
raja dipanggil "castling sebelah raja" (kingside
castling), manakala castling dengan tir menteri
dipanggil "castling sebelah menteri" (queenside
castling).
Tujuan utama castling ialah untuk menguatkan
pertahanan raja dari serangan musuh.
Tertakluk kepada sekatan , seorang pemain boleh
melakukan castling dengan menggerakkan rajanya
dua petak ke arah tir, dan kemudian dalam giliran
yang sama menggerakkan tir tersebut ke sebelah raja
yang lebih jauh (dengan melompat raja).
TEKNIK KHAS
(EN PASSANT)
En passant ialah perkataan Perancis yang
bermaksud "sambil lalu"
Pada asasnya, pemain boleh memakan bidak
lawan semasa ia sedang melintas lalu bidak
sendiri. Apabila bidak musuh mara dua petak ke
hadapan ke baris (rank) yang sama dengan
bidak sendiri yang berada lajur (file)
bersebelahan, pemain boleh, pada pusingan
yang berikutnya sahaja, memakan bidak
tersebut seolah-olah ia cuma bergerak satu
petak.
Kebolehan bidak untuk bergerak dua petak pada
gerakan pertamanya merupakan tambahan yang
agak lambat. 
En passant diperkenalkan untuk mengelakkan
penyalahgunaan peraturan baru ini.
KEDUDUKAN AWAL
PERMAINAN

Di awal permainan, setiap pemain bermula dengan lapan


bidak, dua tir, dua kuda, dua gajah, satu menteri dan satu
raja yang disusun mengikut rajah di sebelah. Perhatikan
bahawa buah yang boleh bergerak pada awal permainan
cuma bidak dan kuda. Orang yang baru mula bermain catur
sering melakukan kesilapan dalam menyusun buah
kedudukannya memang agak rumit. Berikut merupakan
beberapa panduan yang boleh membantu.
 Putih di sebelah kanan: Petak bawah kanan hendaklah
berwarna putih/cerah.
 Kuda di dalam tir: Kuda diletakkan di sebelah tir (rupa tir
seperti benteng kota).
 Menteri pada warnanya: Menteri Putih di petak putih,
menteri Hitam di petak hitam.
 Gajah mengawal raja: Gajah mengelilingi raja dan
menteri.
TOKOH PERMAINAN CATUR

GARRY KASPAROV ANATOLY KARPOV


KERJAYA DALAM
PERMAINAN
CATUR

JURULATIH PERMAINAN CATUR


(DURI GARRY KASPAROV)
TERIMA KASIH

You might also like