Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

TOPIK 4:

KEMASYARAKATAN DAN
PERPADUAN
PENGENALAN MASYARAKAT
MALAYSIA
• Semenjak Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu sudah
menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi pedagang-
pedagang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru itu,
percampuran dan pertembungan budaya dan masyarakat bukanlah
merupakan satu fenomena baru di Tanah Melayu.
• Zaman penjajahan British dari tahun 1786 hingga 1914 merupakan
zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi
dan politik negara kita.
Definisi Masyarakat
Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia
yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota


sesebuah masyarakat.

Umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada


sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu
komuniti yang teratur.
Masyarakat Majmuk
 Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat
pelbagai kaum (Multi-racial society) adalah merujuk kepada
suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi
hidup dan tinggal dalam sebuah negara sama.
 Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai masyarakat majmuk
iaitu sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup
yang tersendiri.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
• Menurut J.S. Furnivall (1939), seorang pakar antropologi, masyarakat majmuk
merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun
campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum.

• Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa,


fahaman dan cara hidupnya sendiri.

• Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit
politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum
dan etnik.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
 J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and Practice : A Comparative Study
of Burma & Netherlands India menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai berikut :

1. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah, Cina, India dan
penduduk asli (bumiputera).
2. Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu.
3. Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama.
4. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan
kaedah sendiri.
5. Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut
kaum.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
(samb)
• Harry Eckstein (1966) dalam “Division and Cohesion in Democracy” menulis
bahawa masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terpisah kerana
segmen-segmen yang berasingan yang meliputi:

• Ras/Kumpulan etnik
• Budaya
• Bahasa
• Kepercayaan agama
• Ideologi
Faktor Kewujudan Masyarakat
Majmuk
1. Push and Pull Factor
• Penolak (negara Asal)
Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi – kebuluran dan kemiskinan
Masalah politik seperti revolusi dsb.
Masalah alam semulajadi seperti banjir dan gempa bumi

• Penarik (Destinasi penghijrahan)

Peluang ekonomi
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu menimbulkan keperluan terhadap tenaga
buruh yang ramai.
Permintaan yang tinggi terhadap getah dan bijih timah bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan
Revolusi Industri di Eropah menyebabkan permintaan bijih timah dan getah.
Pembesar Melayu mendorong kemasukan pelombong Cina dan berpuas hati dengan mengutip komisen dan
cukai.
2. Kestabilan Politik Tanah Melayu Atas Dasar British
 Tanah Melayu di bawah jajahan British telah terjamin kestabilan
politiknya. Kestabilan politik British ini telah membawa kestabilan
ekonomi di Tanah Melayu.

• Banyak tenaga buruh diperlukan untuk memenuhi keperluan


pengusaha-pengusaha tempatan dan Eropah. Maka akhirnya, faktor ini
telah mendorong kemasukan beramai-ramai buruh dari negara China
dan India untuk mengerjakan lombong bijih timah dan ladang getah.
KOMPOSISI ETNIK DI
MALAYSIA
• Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa, agama, budaya dan
Bahasa. Dalam erti kata lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik
dan kaum yang merangkumi tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India,
etnik-etnik lain pula merupakan etnik minoriti seperti Singh, Siam, Jawa,
Minangkabau serta beberapa etnik di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan,
Melanau, Dusun, Bajau dan sebagainya.
• Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, orang Melayu dan
orang Asli merupakan penduduk asal negara ini yang juga dikenali sebagai
masyarakat peribumi dan Bumiputera.
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
 Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina
dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun
1848, majority penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
 Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran
dasar colonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut.
 Untuk menyokong, kegiatan ekonomi kapitalis, British telah membawa
masuk buruh-buruh Cina dan India bukan sahaja untuk bekerja di tapak-tapak
perlombongan, malah di sector ekonomi lain.
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
 Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil, iaitu daripada
54% merosot kepada 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45%
pada tahun 1931. jumlah penduduk mengikut kaum sebelum Perang Dunia
Kedua ditunjukkan dalam jadual berikut:-
Kaum 1891 1901 1911 1921 1931
Melayu 231.5 312.4 420.8 510.8 593.7
Cina 163.4 299.7 433.2 494.5 711.5
India 20.1 58.2 173.7 305.2 380.0
Lain-lain 3.5 8.3 8.3 14.3 27.9
Jumlah 418.5 678.6 1,037.0 1,324.8 1,713.1
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
 Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu menyebabkan British mentadbir
berdasarkan pendekatan “pecah dan perintah” (divine and rule). Kaum
pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identity dan budaya masing-masing
sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan
Bumiputera tidak digalakkan.
(A) Kaum Melayu
• Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Sehingga tahun 1957, keseluruhan penduduk Melayu di Tanah Melayu
berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah
Melayu.
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
• Sebelum era kolonial, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pesisir ialah
perdagangan. Kegiatan perdagangan di sepanjang sungai-sungai utama di
negeri Melayu.
• Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sector
ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan setelah campur tangan
British dalam hal ehwal politik tempatan.
• Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan
kemunculan bandar-bandar baharu seperti Taiping, Ipoh, Tapah dan Kampar
di Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta
Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
• Kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan
masing-masing. Walaupun peratusan penduduk badnar meningkat dari
semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baharu
ini kekal kecil. Jadual berikut memberikan komposisi penduduk bandar di
Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1921-1947.
Tahun Jumlah Peratusan (%)
Cina India Melayu Lain-lain
1921 921,000 66.6 13.8 16.0 3.6
1931 1,284,000 65.4 14.8 15.9 3.9
1947 2,054,000 68.3 11.4 17.4 2.9
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
• Ekoran perdagangan yang bersifat berat sebelah atau tidak seimbang prestasi
ekonomi orang Melayu zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan,
malahan semakin merosot.
(B) Kaum Cina
 Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan
kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja. Kebanyakan masyarakat Cina
berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin.
 Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu
disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa
masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan “Surat Sungai”.
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
• Sememangnya bilang penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling
besar dari setahun ke setahun berbanding dengan kaum lain. Justeru,
pertambahan tersebut juga meningkatkan peratusannya dalam keseluruhan
penduduk. Pertambahan ini boleh dilihat dalam jadual berikut:-
Tahun Bilangan Penduduk Bilangan Penduduk Peratus Penduduk
Tanah Melayu Cina Cina
1901 1,227,195 583,396 48
1911 2,644,489 914,143 35
1921 3,338,545 1,170,551 36
1931 4,345,503 1,703,528 39
1941 5,545,173 2,418,615 44
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
• Walaupun kemasukan orang Cina berlaku secara besar-besaran namun
bilangan tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar dan masuk.

iii) Hakka
Kelompok
i) Hokkien
v) HailamCina
utama orang
ii) Kantonis
iv) Teochew
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
( C) Kaum India
• Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad
ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung
Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal bermula sejak
penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara.
• Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang
membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu
sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%.
Kebanyakan orang Tamil bekerja di estet-estet getah sebagai buruh.
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum
Merdeka
• Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau
695, 985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Secara
keseluruhan, pertumbuhan penduduk India di Tanah Melayu pada awal abad
ke-20 adalah seperti berikut:-
Wilayah/ Tahun 1911 1921 1931
Negeri-negeri Selat 82,055 104,628 132,277
Negeri-negeri Melayu 172,465 305,219 379,996
Bersekutu
Negeri-negeri Melayu 12,639 61,781 110,951
Tidak Bersekutu
Jumlah 267,159 471,628 623,224
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
 Bilangan penduduk negara ini bertambah pada setiap tahun. Selepas
pembentukan Malaysia, penduduk negara berjumlah 7.38 juta orang masing-
masing 6.28 juta orang di Semenanjung Tanah Melayu sementara 0.41 juta
orang di Sabah dan 0.692 juta orang di Sarawak.

 Jadual berikut memperlihatkan peningkatan kepadatan penduduk negara ini


mengikut wilayah tertentu dan dalam tempoh masa yang tertentu.
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
Tahun Kawasan (dalam nilai juta)
Sem. Malaysia Sabah Sarawak Jumlah
1957 6.20 0.41 0.69 7.30
1970 9.15 0.65 0.98 10.78
1980 11.47 1.06 1.35 13.88
1985 12.97 1.28 1.54 15.79
1991 14.19 1.73 1.64 17.56
2000 18.56 2.60 2.11 23.27
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
 Berdasarkan bancian pada tahun 2000, jumlah penduduk Malaysia ialah
23.27 juta orang. Jumlah ini memberikan kadar pertumbuhan penduduk
purata tahunan sebanyak 2.6% dalam tempoh 10 tahun tersebut.

 Setiap kaum menunjukkan pertambahan yang menggalakkan. Kaum Melayu


dan Bumiputera masih lagi merupakan kaum majoriti negara ini. Berikut
merupakan jadual yang memperlihatkan jumlah penduduk mengikut kaum dari
satu tempoh ke satu tempoh.
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
Tahun Kumpulan Etnik (dalam nilai ribu)
Melayu/Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah
1957 3,125.5 2,333.8 696.2 123.3 6,278.8
1970 4,671.9 3,131.3 936.3 70.0 8,809.5
1980 6,131.6 3,651.2 1,093.1 68.9 10,944.8

Tahun Kumpulan Etnik/Kaum (‘000)


Melayu/Bumipute Cina India Lain-lain Jumlah (tidak
ra termasuk bukan
warganegara)
1995 11,914.9 5,310.9 1,501.6 649.2 19,376.6
2000 14,349.2 5,761.7 1,696.1 274.7 22,081.7
2010 17,523.5 6,392.6 1,907.8 186.3 26,013.4
2017 19,776.8 6,664.2 1,997.6 284.4 28,723
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
• Mengikut bancian pada tahun 2000, 95.1 daripada keseluruhan penduduk
Malaysia, merupakan warganegara. Jumlah ini jika dibahagikan mengikut
komposisi etnik akan memperlihatkan kaum Melayu atau Bumiputera
sejumlah 65.1%, Cina 26.0% dan India 7.7%.

• Pada tahun 2017, etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2%


berbanding 2016 iaitu 68.8% daripada jumlah penduduk negara, manakala
etnik Cina mencatatkan penurunan 0.2% kepada 23.2%, etnik India dan
kaum-kaum lain kekal masing-masing pada 0.7% dan 1.0% berbanding tahun
2016.
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
• Negeri Sarawak mempunyai taburan penduduk yang tertentu lantaran kewujudan
pelbagai suku kaum dengan identiti yang tersendiri. Sarawak mempunyai keluasan
48,250 batu persegi. Daripada keseluruhan penduduk, kira-kira 70% penduduk Sarawak
merupakan kaum Bumiputera. Suku Iban merupakan kaum yang terbesar di Sarawak
diikuti suku Bidayuh.
• Banci tahun 2000, kumpulan etnik terbesar di Sarawak ialah masyarakat Iban yang
merupakan 30.1% daripada jumlah penduduk negeri, diikuti orang Cina (26.7%) dan
orang Melayu (23.0%). Suku kaum Iban ini terus menguasai kumpulan majoriti Sarawak.
• Bancian pada tahun 2017, penduduk Sarawak adalah sebanyak 2,767.6 juta, iaitu
Bumiputera sebanyak 1,952.6, Cina 619.1, India 7.7 dan lain-lain sebanyak 7.9 juta
orang.
Komposisi dan Taburan Penduduk Selepas
Merdeka
• Bagi negeri Sabah pula, kumpulan utama ialah kaum Kadazan-Dusun, Murut
dan Bajau. Kaum Kadazan-Dusun merupakan kumpulanetnik yang terbesar di
Sabah.
• Mengikut banci tahun 2000, kaum Kadazan-Dusun meliputi 18.4% daripada
jumlah penduduk Sabah. Diikuti Bajau 17.3% dan Melayu 15.3%.
Berdasarkan bancian tahun 2010 pula, suku kaum KD kekal menjadi
kumpulan terbesar, iaitu sejumlah 24.5% daripada penduduk Sabah.
• Mengikut bancian pada tahun 2017, penduduk Sabah adalah seramai 3,866.8
juta orang iaitu Bumiputera seramai 2,263.9, Cina 307.0, India 13.1 dan lain-
lain 123.0 juta orang.
KESAN KEMASUKAN
IMIGRAN
Pertambahan bilangan penduduk yang pesat

Kewujudan sistem persekolahan yang tidak seragam

Jenayah berleluasa

Pembentukan bandar-bandar baru

Wujud sistem ekonomi moden

Pembentukan masyarakat majmuk


FAKTOR MEMPENGARUHI
PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL
Faktor-faktor
USAHA KE ARAH
PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL
USAHA-USAHA

Memberikan galakan kepada penduduk


Integrasi Ekonomi
berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain

Penyeragaman sistem pendidikan (Melalui


RUKUN NEGARA
Latar Belakang Rukun Negara

Rukun Negara merupakan satu ideology negara yang tercipta ekoran


berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
Digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan
MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab atas
penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN)
Objektif Rukun Negara
• Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif seperti jadual di
bawah:-
Bil Objektif
1 Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat
2 Memelihara cara hidup demokratik
3 Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati
bersama secara adil dan saksama
4 Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan
masing-masing
5 Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi
Prinsip-prinsip Rukun Negara
 Semua rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip-prinsip Rukun
Negara. Penghayatan prinsip-prinsip yang baik akan membantu
kepada pencapaian masyarakat Malaysia bersatu padu.

Kesetiaan
Kepercayaan
kepada Raja dan
kepada Tuhan Negara
Strategi Pemantapan Perpaduan
Berdasarkan Penghayatan
Prinsip Rukun Negara
Mengadakan
kempen
kesedaran

Peranan Melalui
kerajaan pendidikan

Peranan Ibu Peranan


Bapa Media Massa

You might also like