Frasa Nama

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

FRASA NAMA

KO JE ANNE 6K7S2
ONG YONG QI 6K7S2
Pengertian Frasa Nama
• Frasa nama (FN) ialah frasa yang kata intinya terdiri daripada kata
nama , kata nama terbitan atau kata ganti nama.
• Contohnya:
bapa saya (inti: kata nama tunggal)
persatuan penduduk perumahan (inti: kata nama terbitan)
anda semua (inti: kata ganti nama)
Fungsi Frasa Nama dalam Ayat

• Dalam ayat, frasa nama berfungsi sebagai:


i.Subjek

ii.Predikat

iii.Objek
iv.Pelengkap

v. Unsur menjadi frasa sendi nama

vi. Unsur bagi frasa sendi nama dalam frasa keterangan


Binaan Frasa Nama
• Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,contohnya:
penjual
penjual kain itu
• Frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan mengandungi dua jenis
hubungan,iaitu:
1. Inti + penerang
-terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama tersebut ,
manakala perkataan yang mengikutinya merupakan unsur penerang.

-perkataan yang menjadi penerang boleh hadir selepas inti atau sebelum inti.
2. Inti + Inti

-Terdiri daripada dua kata inti di dalam frasa nama itu.Kedua-


duanya mendukung makna keseluruhan frasa.
Inti + Penerang
• FN yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri daripada
kata nama yang merupakan inti , manakala perkataan yang mengikutinya
merupakan unsur penerang.

• Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh terdiri
daripada hubangan yang berikut:
i. Inti + Penerang nama
ii. Inti + Penerang bukan nama
Inti+ Penerang Nama
• Binaan frasa nama jenis ini terdiri daripada intinya ialah kata
nama,manakala penerangnya juga ialah kata nama.

• Binaan inti dan penerang nama mempunyai 13 jenis.


1.Inti + Penerang Nama Keturunan
• Merujuk kepada nama bangsa / suku bangsa bagi inti kata nama.
• Unsur penerang ini merupakan kata nama khas.
• Contoh , orang Islam , bangsa Cina

2. Inti + Penerang Nama Jenis


• Merujuk kepada jenis-jenis tertentu bagi mana-mana
tersebut.
• Contoh , meja kayu , air sirap
3. Inti + Penerang Nama Tempat
• Merujuk kepada tempat bagi ini.
• Contoh , orang kampung , anak Malaysia

4. Inti + Penerang Nama Milik


• Merujuk kepada kepunyaan bagi inti.
• Contoh , negara kita , Keluaran Korea
5. Inti + Penerang Nama Kelamin
• Merujuk kepada jenis jantina bagi inti.
• Contoh , budak lelaki , kaum wanita

6. Inti + Penerang Nama Kegunaan


• Merujuk kepada fungsi / peranan kepada inti.
• Contoh , bahan pengawet , mesin pencuci
7. Inti + Penerang Nama Penyambut
• Merujuk kepada perkara / benda yang menjadi objek / penyambut
kepada alat / pelaku kepada inti.
• Contoh , pemandu teksi , pemimpin parti
Kata nama terbitan yang berawalan peN- boleh ditukarkan kepada
meN- bagi menunjukkan perkataan selepasnya adalah sebagai objek /
penyambut.
Pemandu memandu teksi
Pemimpin memimpin parti
8. Inti + Penerang Nama Arah
• Merujuk kepada hala / arah bagi inti.
• Contoh , kutub selatan , pintu belakang

9. Inti + Penerang Nama Anggota Badan


• Merujuk kepada bahagian anggota badan yang berkaitan dalam inti.
• contoh , sarung tangan , penutup muka
10. Inti + Penerang Nama Penggerak
• Merujuk kepada daya / alat yang menggerakkan benda dalam inti.
• Contoh , jam bateri , kapal layar

11. Inti + Penerang Nama Perkara


• Merujuk kepada perkara / hal tentang inti.
• Contoh , surat kebenaran , hari perayaan
12. Inti + Penerang Nama Khas
• Merujuk kepada nama kata nama khas bagi menerangkan inti.
• Contoh , Gunung Lambak , Sungai Huang Ho

13. Inti + Penerang Nama Gelaran Atau


Panggilan
• Merujuk kepada nama gelaran / panggilan bagi menerangkan ini.
• Bentuk ini merupakan kekecualian kepada bentuk susunan “inti+penerang”.
• Contoh , Sang Kancil , Doktor Kim
INTI+ PENERANG BUKAN NAMA
• Binaan frasa nama jenis ini terbentuk daripada inti yang diikuti oleh
penerangnya yang bukan daripada kata nama.

A. Inti + Penerang Penentu


• Unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama.
• Kedudukannya boleh di hadapan / belakang kata nama.
• Mempunyai 2 jenis : penentu hadapan , penentu belakang
1. Penentu Hadapan

• Terdiri daripada kata bilangan yang boleh / tidak boleh diikuti oleh
penjodoh bilangan.
• Contoh , semua murid , tiga buah rumah

2. Penentu Belakang

• Unsur yang hadir selepas kata nama, dan unsur yang menjadi penentu
belakang ialah perkataan itu dan ini.
• Contoh , tempat itu , lagu ini
B. Inti + Penerang Kata Kerja
• Merujuk kepada unsur yang menerangkan perlakuan kepada inti.
• Contoh , meja tulis , ruang menunggu

C. Inti + Penerang Kata Adjektif

• Merujuk kepada unsur yang menerangkan sifat bagi inti.


• Contoh , rumah mewah , barang lama
D. Inti + Penerang Frasa Sendi Nama
• Merujuk kepada unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti oleh
kata nama / frasa nama bagi menerangkan inti.
• Contoh , kehidupan pada zaman silam , sumbangan kepada negara

E. Inti + Penerang Adverba

• Merujuk kepada masa / cara bagi inti.


• Contoh , hari esok , cara begini
F. Inti + Penerang Bilangan Ordinal
• Menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan bagi inti.
• Contoh , tempat kedua , bab ketiga

INTI + INTI
• Binaan ini tidak mempunyai unsur penerang.
• Terdapat 2 jenis frasa nama dari jenis inti + inti.
1. Inti + Inti dengan Persamaan Makna
• Perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini
membawa makna yang sama, iaitu seperti ulangan.
• Contoh , tubuh badan , rebut taufan

2. Inti + Inti dengan Pertentangan Makna

• Perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis inti
memperlihatkan makna yang berlawanan.
• Contoh , saudara saudari , tuan puan
SUSUNAN KONSTITUEN FRASA
NAMA
1. Hukum D-M

• Hukum diterangkan (D) dan menerangkan (M).


• Unsur diterangkan (D) terletak di hadapan, unsur menerangkan (M)
hadir di belakang unsur diterangkan.
• Contoh , pokok kelapa , kafe siber
KEKECUALIAN HUKUM D-M
• Berlaku apabila unsur menerangkan (M) mendahului unsur
diterangkan (D).
• Disebabkan oleh :
1. Bilangan dan penjodoh bilangan
banyak benda , dua orang polis

2. Kehadiran Kata Nafi


Bukan asing , bukan tiruan
3. Penggunaan Nama Panggilan Atau Gelaran

Puan Sarah , Profesor Dr. Lee

4. Kebiasaan Penggunaan

Beberapa frasa yang diterima ramai, dan yang merupakan nama


jawatan yang dipinjam daripada bahasa lain, tidak memenuhi hukum
D-M.
Perdana Menteri , Penolong Pengarah
Bilangan + Penjodoh Bilangan + Gelaran +
Kata Nama Inti +Kata Nama Inti + Penerang +
Penentu
Bil Penj Bil Gel KNIn KNIn Pen Pent
(KN/KK/KA/FS)
- - kelapa - sawit -
Dua buah - Mesin - Jahit Ini
Setiap - - Petua - Lama -
Banyak - - Kerusi Meja Di kelas Itu
beberapa Orang tok Guru - Pondok itu

You might also like