Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

M15 : KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN
PENDIDIKAN KHAS
PEMBENTANG : IZZAH FARHANA & LING
SING YII
1.1
Terangkan pengaruh sistem mikro, meso,
ekso, makro dan krono terhadap
perkembangan sosial seseorang kanak-kanak
yang bermasalah pendengaran
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Pandangan sosio kaltural tentang perkembangan yang terdiri daripada 5
lingkungan bermula interaksi langsung sehinggalah pengaruh kebudayaan
Lima sistem tersebut ialah
- Mikrosistem
- Mesosistem
- Eksosistem
- Makrosistem
- Kronosistem
 Memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan
perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang
mementingkan interaksi sosial
01. 02. 03.
MIKROSISTEM MESOSISTEM EKSOSISTEM

Interaksi secara langsung dan Hubungan antara Pengalaman dengan persekitaran


menghabiskan banyak masa mikrosistem dengan yang tidak melibatkan murid secara
mikrosistem yang lain. langsung namun ia memberi kesan
Contoh: Ibu bapa, guru, rakan
sebaya contoh: ibu bapa-guru Contoh: pengurusan sekolah

04. 05.
MAKROSISTEM KRONOSISTEM
Perkembangan individu Perubahan keadaan dalam satu
dipengaruhi oleh nilai-nilai norma tempoh masa
dan amalan masyarakat di
persekitaran Contoh: perubahan tingkah laku
dan budaya kanak-kanak
Contoh: lelaki lebih dominan
PENGARUH SISTEM DIATAS
TERHADAP PERKEMBANGAN
SOSIAL SESEORANG KANAK-
KANAK YANG BERMASALAH
PENDENGARAN.
 Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran pada tahap yang teruk sering dilaporkan
sukar untuk mendapat kawan, terasing, dan menyendiri di sekolah.
 Keadaan ini boleh berlaku disebabkan mereka tidak atau kurang memahami arahan-arahan
secara lisan yang diberi disebabkan oleh masalah pendengaran yang dialami
 Namun, persekitaran yang positif dan membina akan meningkatkan kemahiran sosial mereka
 Ibu bapa, guru haruslah menjadi tulang belakang kepada murid yang menghadapi masalah
pendengaran
 Ibu bapa dan guru boleh ajar tentang bahasa-bahasa isyarat kepada pelajar yang pekak
 Pengurusan sekolah juga boleh melaksanakan program inklusif kepada pelajar berkeperluan
khas iaitu merangkumi bukan sahaja murid biasa tetapi juga murid berkeperluan khas dalam
bilik darjah untuk bersama-sama menikmati peluang pendidikan
 Guru juga haruslah kreatif dalam pelaksanaaan PDP dalam kelas. Contohnya, guna visual
dalam bentuk gambar rajah dan carta
 Masyarakat juga boleh bantu dengan cara memberi sokongan dan tidak meminggirkan
golongan ini
1.2
Apakah masalah yang menghalang proses
pembelajaran seseorang kanak-kanak autistik di
sekolah? Apakah tindakan anda sekiranya
kanak-kanak tersebut berada di kelas anda?
Pengenalan
Kanak-kanak autistik merupakan golongan kanak-kanak yang menghidap
autisme. Menurut Razhiyah (2008), autisme berasal dari perkataan “autos” yang
memberi makna diri sendiri manakala perkataan “isme” pula bermaksud suatu
aliran. Autisme bermaksud kecacatan mental seumur hidup yang disebabkan
oleh kegagalan fungsi otak manakala menurut Yayasan Autisma Indonesia
(2008), autisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang gejalanya
muncul sebelum seseorang kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Sehubungan
dengan itu, kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak yang mengalami
kecacatan mental yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam kemahiran sosial,
komunikasi dan mempunyai minat dan aktiviti yang terhad.
Masalah yang menghalang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak
autistik di sekolah
• Kanak-kanak autistik sering menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam
perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkah laku.
• Tiga ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan
komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan
imaginasi.
• Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan tindak balas
terhadap sesuatu rangsangan seperti bunyi-bunyian atau objek yang mereka
lihat.
• Walaupun begitu, tidak semua kanak-kanak autistik mengalami ketiga-tiga
ketidakupayaan ini.
● Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar.
● Namun, kecacatan mental yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk
memahami dan mentafsir maklumat yang diperoleh.
● Mereka juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam
komunikasi dan juga tidak mampu mempamerkan emosi mereka kepada
individu sekeliling mereka.
● Kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti
penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya
menggunakan pemikiran secara abstrak.
● Mereka sering berdepan dengan masalah tingkah laku bagi menunjukkan rasa
tidak puas hati mereka terhadap orang di sekelilingnya.
Pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu diberikan
kepada kanak-kanak autistik. Hal ini menunjukkan guru-guru
pendidikan khas memainkan peranan penting dalam membantu
kanak-kanak ini menangani ketidakupayaan mereka. Oleh hal
sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan agar dapat dilaksanakan kepada
kanak-kanak autistik dalam menangani masalah mereka.
Tindakan anda sekiranya
kanak-kanak tersebut berada di kelas anda
 Sebagai seorang guru,
1. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak autistik.
 Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-
kanak ini mengingat malah menyokong pemahaman mereka.
 Dengan ini, mereka boleh mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil
menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka
memperoleh kefahaman.
 Guru-guru juga boleh memberikan latihan seperti menekan butang bagi setiap jawapan
yang betul sebagai peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari.
2. Strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif
 Menekankan pelaksanaan aktiviti berkumpulan.
 Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan
proses pemantauan dilakukan.
 Antara kebaikan penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru-
guru dapat memberi laluan dan galakan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi
dengan rakan sebaya mereka.
 Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambahkan
perbendaharaan kata.
 Guru-guru juga boleh menggunakan bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa
proses pengajaran dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System
(PECS) (Carnahan 2006).
 PECS amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak autistik yang tidak bertutur atau
mempunyai kebolehan bertutur yang minimum
3. Strategi pengajaran dan pembelajaran masteri
• Sesetengah kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka sendiri dan memerlukan
satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman, persekitaran dan interaksi mereka dengan orang dewasa.
• sesuai digunakan kerana menekankan pembelajaran secara individu.
• Kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan mereka secara automatik seperti kanak-kanak
tipikal yang lain tetapi dapat membentuk satu bentuk komunikasi mereka sendiri.
• Biasanya, mereka akan menggunakan pergerakan tubuh badan dan ekspresi sebagai medium komunikasi.
• Oleh itu, guru-guru perlu memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bentuk komunikasi kanak-kanak ini.
• Aktiviti-aktiviti seperti memandang muka guru semasa guru mengajar, memandang satu kedudukan (tidak
memerlukan bertentang mata) dan meletakkan tangan pada tempat yang diarahkan serta memberi pujian dapat
membantu mereka membentuk kemahiran bertutur secara tidak langsung.
4. Strategi pemusatan murid
• Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran yang
dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-
murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
• Sebagai contoh penggunaan skrip sosial sebagai bahan pengajaran.
• Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanakkanak autistik yang
diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakan dan
pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa
didapati meningkat secara tidak langsung (Ganz, Kaylor, Bourgeois dan
Hadden, 2008) selain dapat menggalakkan pertuturan
1.3
Menganalisis kategori dan ciri-ciri
perkembangan kanak-kanak berkeperluan
pendidikan khas berasaskan gambar, artikel,
video atau sumber rujukan yang relevan dan
terkini yang dipilih. Jelaskan implikasi
terhadap PdP
Sheila & Samsilah (2006)

Mengkategorikan murid berkeperluan khas


sebagai kanak- kanak yang memerlukan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza daripada murid biasa.
Dibahagikan kepada murid bermasalah
penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.
KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS

Masalah
Perkembangan Kecacatan
pembelajaran
lewat fizikal
spesifik

Masalah Masalah Masalah


pendengaran pertuturan penglihatan
MASALAH PENDENGARAN
 Bermasalah pada struktur telinga dalam sama ada pada organ pendengaran
iaitu koklea atau saraf auditori
 Boleh dikenalpasti melalui pelbagai situasi
 Antaranya, kurang dengar atau tidak dapat mendengar langsung percakapan
orang lain.
 Tahap kehilangan pendengara boleh diukur dengan menggunakan alat
ausiometer dalam unit desibel.
 Pekak = kehilangan keupayaan mendengar lebih dari 70 desibek
 Separa pekak = kehilangan mendengar antara 20-60 desibel
 Ketidakupayaan mendengar ini memberi kesan keprada perkembangan
kanak-kanak.
PEKAK SEPARA PEKAK
Menerima pendidikan dengan
menggunakan sensori lain seperti Kanak-kanak boleh menerima
penglihatan untuk menerima pendidikan secara audio dengan
pendidikan. menggunakan alat pendengaran
MASALAH PERTUTURAN
 Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap,
masalah suara dan masalah bahasa.
 Kanak-kanak kebiasannya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka
 Namun, ia perlu dipandang serius jika berlanjutan.

Masalah sebutan = Mereka cenderung meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu
perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”

Masalah gagap = gangguan terhadap kelancaran percakapan.

Masalah suara = berkaitan kualiti suara seseorang. Sama ada terlalu lantang, lembut, garau, kasar dan
sengau

Masalah bahasa = berkaitan dengan sistem saraf pusat. Mereka sukar mentafsir bahasa dalam sesuatu
perbualan
MASALAH PENGLIHATAN
 kerosakan penglihatan yang tidak dapat dirawat dan akan menggangu pembelajaran
 Penglihatan yang terbatas (20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa) atau buta.
 Penglihatan hanya terhad kepada objek yang dekat sahaja.
 Keupayaan motor tidak terjejas tapi dipengaruhi oleh pergerakan yang terhad

TANDA – TANDA
 Kedudukan kepala yang abnormal (kepala senget/teleng) ketika memfokus contohnya ketika
menonton televisyen dan membaca.
 Membaca atau menulis pada jarak yang sangat dekat antara muka dan bahan bacaan.
 Kesilapan atau lambat menyalin apa yang ditulis oleh guru di papan hitam/putih.
 Gemar menonton televisyen pada jarak yang dekat. Jika dijauhkan dari televisyen, kanak-kanak
gemar mengecilkan mata untuk memfokus.
 Sensitif terhadap cahaya.
GAMBAR RAJAH
Implikasi
terhadap PdP
Masalah Penglihatan
 Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan
sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan
yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar
belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.
Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk
kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan
memberi mereka aktiviti “hands-on”.
 Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan
kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah
seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi
mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran .
Masalah pendengaran
1. Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di
sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal
yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan
membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-
kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka
melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang
lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman
murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising
atau gangguan bunyi lain.
2. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan
kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari
tangan untuk mengeja tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di
mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
Masalah pertuturan
1. Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka
boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan
pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu
kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan
secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang
menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.
Rujukan
Rohana, R. (2013, April 30). Tajuk 10: Kanak-Kanak Berkeperluan khas. Academia.edu. Retrieved
September 24, 2021, from
https://www.academia.edu/5294420/Tajuk_10_Kanak_Kanak_Berkeperluan_Khas.

Zharulnizam Shah, Z.A. 2010. Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan Khas. Cheras : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sekian terima kasih

You might also like