Ulasan Langkah-Langkah Menghormati Jalur Gemilang

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Karangan Ulasan:

Bahagian B

Jalur Gemilang ialah bendera rasmi negara kita. Berdasarkan rajah di bawah , tulis ulasan
tentang langkah-langkah menghormati Jalur Gemilang dalam bentuk perenggan .
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Langkah-langkah menghormati
Jalur Gemilang

Kempen kesedaran Pendidikan di Mengibarkan Memupuk semangat


sekolah Jalur Gemilang. cinta akan negara.
Isi tersurat Isi tersirat
1) Kempen kesedaran 1) Menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan menghormati Jalur Gemilang.

2) Pendidikan di sekolah 2) mengadakan aktiviti yang berkaitan


dengan Jalur Gemilang.

3) Mengibarkan Jalur Gemilang 3) Menunjukkan rasa kecintaan terhadap


negara.

4) Memupuk semangat cinta akan negara 4) dalam kalangan generasi muda sejak
bangku sekolah lagi.
Langkah-Langkah Menghormati Jalur Gemilang

Rajah menunjukkan langkah-langkah menghormati Jalur Gemilang.

Antara langkah-langkah menghormati Jalur Gemilang ialah kerajaan perlulah mengadakan kempen
kesedaran untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menghormati Jalur Gemilang. Selain itu,
guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan sekolah dengan mengadakan aktiviti
yang berkaitan dengan Jalur Gemilang. Tambahan pula, kita perlulah mengibarkan Jalur Gemilang untuk
menunjukkan rasa kecintaan terhadap negara. Akhir sekali, kita seharusnya memupuk semangat cinta
akan negara dalam kalangan generasi muda sejak bangku sekolah lagi.

Kesimpulannya, kita perlulah bekerjasama untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai sikap
menghormati Jalur Gemilang.

You might also like