Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

RISIKO

Kuliah 1
Apakah yang akan dipelajari dalam kursus
ini?
1) Risiko
– Konsep risiko
2) Pengurusan risiko
– Proses menguruskan risiko
3) Insurance
– Konsep dan prinsip insurans
– Insurans sebagai alat pengurusan risiko
4) Takaful
– Islamic insurance
Definisi Risiko

• Ketidakpastian tentang berlakunya


kerugian.
(uncertainty concerning a loss)
Risiko
• Individu dan organisasi perniagaan menghadapi
pelbagai ketidakpastian yang boleh menyebabkan
kerugian kewangan
• Contoh: Ketidakpastian tentang
– kematian
– penyakit
– kemalangan
– kebakaran
– kecurian
– kerugian akibat bencana alam.
Istilah berkaitan risiko dan insurans…

• Pendedahan kerugian (loss exposure)


• Unit pendedahan (exposure unit)
• Kebarangkalian kerugian (probability of loss)
• Peril
• Hazard.
Pendedahan Kerugian

Pendedahan kerugian (loss exposure) merujuk


kepada :
• Apa-apa situasi atau keadaan yang
mendedahkan seseorang individu atau
sesuatu objek kepada kemungkinan
berlakunya kerugian.
Pendedahan Kerugian
• Keadaan atau situasi yang mana kerugian boleh
berlaku
• Contoh:
– Pekerja yang mungkin mendapat kecederaan akibat
keadaan tempat kerja yang tidak selamat
– Rumah yang mungkin rosak akibat kebakaran
– Kilang yang mungkin musnah akibat bencana alam
– Kenderaan yang mungkin rosak akibat kemalangan.
Unit Pendedahan

• Individu atau objek yang terdedah kepada risiko


• Pendedahan kepada risiko ini boleh menyebabkan
kerugian kewangan.
• Contoh:
– Individu / pekerja
– Rumah / premis perniagaan
– Kenderaan
– Harta benda seperti wang, produk, koleksi barang
berharga
Kebarangkalian Kerugian
• Kemungkinan atau peluang sesuatu kejadian
yang menyebabkan kerugian akan berlaku.
• Kemungkinan sesuatu kerugian akan berlaku
Peril
• Peril adalah penyebab kerugian.
• Peril boleh menyebabkan kerosakan atau
kemusnahan harta.
– Contoh: Kebakaran, perlanggaran, gempa bumi,
kilat, ribut, letupan, riot, vandalisma, kecurian,
rompakan dan banyak lagi.
• Peril yang boleh menyebabkan kematian
– Contoh: kemalangan, penyakit, kecederaan dan
pembunuhan.
Hazad
• Keadaan yang boleh menambahkan kekerapan
atau ketenatan sesuatu kerugian.
• Contoh:
– Pendawaian lama boleh menambah kekerapan
berlakunya kebakaran
– Tidak memakai tali pinggang keledar boleh
menyebabkan kecederaan yang lebih parah jika
berlaku kemalangan jalan raya.
Jenis Hazad
• Hazad fizikal
• Hazad moral
• Hazad morel
Hazad Fizikal
• Keadaan fizikal sesuatu objek yang menambah
kekerapan atau ketenatan kerugian
• Contoh:
– Jalan raya yang berlubang
– Bad wiring
– Laluan yang gelap dikampus
– Kawasan perumahan yang kotor
Hazad Moral
• Sifat ketidakjujuran pada individu yang
menambahkan kekerapan atau ketenatan kerugian.
• Sengaja menyebabkan kerugian
• Sengaja menambahkan ketenatan kerugian
• Contoh:
– Pemilik bangunan sengaja membakar bangunannya bagi
mendapatkan ganti rugi insurans kebakaran
– Pemilik kenderaan menokok (inflate) kos baikpulih
kenderaan yang rosak akibat kemalangan
Hazad Morel
• Merujuk kepada kecuaian dan sikap tidak ambil peduli
terhadap kerugian
• Akibatnya, kekerapan atau ketenatan kerugian meningkat.
• Contoh:
– Individu yang dilindungi oleh insurans kereta mungkin
cenderung memandu dengan laju kerana akan memperolehi
ganti rugi jika kemalangan berlaku.
– Individu yang membeli insurans kecurian mungkin bersikap lalai
untuk mengunci rumahnya kerana akan menerima ganti rugi
jika rumahnya dimasuki pencuri.
Pengkelasan Risiko

a) Risiko objektif & risiko subjektif


b) Risiko tulen & risiko spekulatif
c) Risiko boleh-pelbagai & risiko tidak-boleh-
pelbagai
d) Risiko enterpris.
Pengkelasan Risiko

Risiko

Boleh-
Objektif Tulen Enterpris
pelbagai

Tidak-boleh-
Subjektif Spekulatif
pelbagai
Risiko Objektif

• Variasi yang mungkin ke atas kerugian sebenar


daripada kerugian jangkaan
• Boleh diukur secara statistik:
– sisihan piawai (standard deviation)
– variation coefficient

18
Risiko Subjektif
• Ketidakpastian psikologi yang timbul berdasarkan kepada
sikap mental seseorang.
• Persepsi seseorang terhadap risiko
• Tahap risiko subjektif yang tinggi menghasilkan tingkah
laku yang berhati-hati,
– Risk averter (pengelak risiko): mempunyai risiko subjektif tinggi

• Tahap risiko subjektif yang rendah menghasilkan tingkah


laku yang kurang berhati-hati.
– Risk taker : mempunyai risiko subjektif rendah
Risiko Tulen (Pure Risk)
• Keadaan di mana terdapat kemungkinan
berlakunya kerugian atau tiada kerugian
• Tidak ada kemungkinan berlaku keuntungan
• Contoh:
– kerosakan kenderaan (atau harta benda lain)
– kecurian barang berharga,
– kematian ketua keluarga
– kecederaan pekerja

20
Risiko Spekulatif
• Keadaan di mana terdapat kemungkinan
berlakunya kerugian dan juga keuntungan
• Contoh:
– pelaburan saham
– business venture
– pelaburan hartanah / emas
Risiko Boleh-Pelbagai
(Diversifiable risk)
• Risiko kewangan yang boleh dikurangkan
melalui penyebaran kerugian kepada ahli-ahli
sesuatu pakatan
• Atau risiko yang boleh dikurangkan melalui
pempelbagaian portfolio.
• Melibatkan bilangan yang kecil yang
mengalami kerugian dan bilangan yang besar
untuk berkongsi kerugian yang berlaku.
Risiko Boleh-Pelbagai
• Contoh:
– Jika individu membeli insurans kebakaran, dan jika
rumahnya musnah akibat kebakaran, maka
kerugian yang dialaminya akan dikongsi oleh
semua individu dalam kumpulan insuransnya.
– Pelabur mempunyai portfolio pelaburan saham
daripada beberapa syarikat,
– Atau portfolio pelaburan yg pelbagai spt saham,
bon, deposit.
Risiko Tidak-Boleh-Pelbagai
(Nondiversifiable risk)
• Risiko yang memberi kesan kepada segmen
masyarakat yang besar atau pun keseluruhan
masyarakat.
• Tidak boleh dikurangkan atau dihapuskan
melalui pempelbagaian.
• Contoh:
– Banjir, taufan, gempa bumi
– Economic recession, ketidakstabilan politik,
peperangan, inflasi.
Risiko Tidak-Boleh-Pelbagai
(Nondiversifiable risk)
• Boleh menjejaskan keseluruhan ekonomi dan
melibatkan bilangan individu yang besar.
• Dikenali juga sebagai risiko asas kerana ia
memberi kesan kepada bilangan individu yag
besar.
Risiko Enterprise
• Merujuk kepada semua risiko utama yang
dihadapi oleh sesebuah firma perniagaan.
• Termasuk risiko tulen, risiko spekulatif, risiko
strategik, risiko operasi dan risiko kewangan.
Risiko Enterprise
• Risiko strategik
– Ketidakpastian mengenai matlamat dan objektif
kewangan sesebuah firma.
• Risiko operasi
– Ketidakpastian yang timbul daripada operasi
perniagaan firma.
• Risiko kewangan
– Ketidakpastian terhadap kerugian akibat perubahan
keterlaluan dalam harga komoditi, kadar faedah,
kadar pertukaran asing dan nilai wang.
RISIKO TULEN
• Situasi yang terdapat kemungkinan berlakunya
kerugian, atau tiada kerugian.
– Risiko tulen dihadapi oleh individu dan firma
perniagaan.
– Risiko tulen boleh diuruskan melalui perlindungan
insurans (atau takaful).
Risiko Tulen

Risiko tulen Risiko tulen


individu firma
Risiko Tulen Individu
• Risiko tulen yang dihadapi oleh individu atau
family
• Jenis:
– Risiko diri (personal risk)
– Risiko harta (property risk)
– Risiko liabiliti (liability risk)
(1) Risiko Diri
• Kemungkinan kehilangan pendapatan kepada
individu.
• Kemungkinan pengurangan aset milik individu.
• Jenis risiko diri:
1) Risiko kematian pramatang
2) Risiko ketidakcukupan pendapatan persaraan
3) Risiko kesihatan merosot
4) Risiko pengangguran
Risiko Diri
(1) Risiko kematian pramatang (premature death):
– Kematian ketua keluarga yang masih mempunyai
obligasi kewangan yang belum dipenuhi.

(2) Risiko ketidakcukupan pendapatan persaraan


– Kekurangan sumber kewangan untuk mengekalkan
‘standard of living’ yang sepatutnya akibat umur
lanjut.
Risiko Diri
(3) Risiko kesihatan tidak baik (risk of poor health):
– Bayaran kos rawatan perubatan yang tinggi atau
kehilangan pendapatan akibat penyakit atau
kecederaan.

(4) Risiko pengangguran


– Menyebabkan seseorang pekerja kehilangan
pendapatan terperoleh.
(2) Risiko Harta
• Kemungkinan kerugian yang dihadapi oleh
individu akibat hartanya yang musnah, rosak
atau hilang.
• Jenis:
i. Kerugian langsung
• Kerugian kewangan akibat kerosakan atau kemusnahan
fizikal harta.
ii. Kerugian tidak langsung
• Kerugian turutan akibat kerugian langsung yang berlaku.
(3) Risiko Liabiliti

• Risiko yang timbul apabila seseorang


menyebabkan kecederaan atau kerosakan
harta pihak lain secara tidak sengaja atau
cuai.
• Melibatkan saman daripada pihak yang
mengalami kerugian kepada pihak yang
menyebabkan kerugian.

35
RISIKO TULEN
INDIVIDU

Risiko diri Risiko harta Risiko liabiliti

Kematian pra-
matang

Ketidakcukupan
pendapatan persaraan

Kesihatan
tidak baik

Pengangguran
Risiko Tulen Firma
• Risiko tulen yang dihadapi oleh firma
perniagaan.
• Jenis:
a) Risiko harta
b) Risiko liabiliti
c) Risiko kehilangan pendapatan perniagaan
d) Lain-lain risiko
Risiko Tulen Firma

(a) Risiko Harta:


– Kemungkinan berlakunya kerosakan, kemusnahan
atau kehilangan harta milik firma perniagaan
– Melibatkan kerugian langsung dan kerugian
turutan.

(b) Risiko liabiliti


– Kemungkinan sesebuah firma disaman jika produk
atau perkhidmatannya menyebabkan kecederaan
atau kerosakan harta kepada pengguna.
Risiko Tulen Firma
(c) Risiko kehilangan pendapatan perniagaan
• Kemungkinan kehilangan pendapatan perniagaan jika
berlaku kerugian fizikal kepada firma.

(d) Risiko Lain


– Risiko Jenayah
– Risiko Sumber Manusia
– Risiko Kerugian Asing
– Risiko Harta Tidak Nyata
– Risiko Undang-undang
Risiko Tulen

Risiko tulen Risiko tulen


individu firma
Risiko
Risiko diri harta

Risiko
Risiko
liabiliti
harta
Risiko kehilangan
Risiko pendapatan
liabiliti

Lain-lain

You might also like