Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Kerja Lapangan Geografi

Nama : Hani Ellya Maisara Binti


Hanizam Shah
Kelas : 3 Al-Razi
Senarai Kandungan
1. Penghargaan ………………………………………………………………….... m/s 2
2. Pendahuluan …………………………………………………………………… m/s 3
3. Objektif kajian …………………………………………………………………. m/s 4
3.1 Jadual kerja …………………………………………………………………. m/s 5 - m/s 7
4. Kaedah kajian …………………………………………………………….….... m/s 8 - m/s 9
5. Kawasan kajian ……………………………………………………………........ m/s 10 - m/s 13
6. Hasil kajian ………………………………………………………………........... m/s 12
6.1 Konsep dan takrifan ……………………………………………………....…. m/s 13
6.2 Jenis bahan kitar semula …………………………………………………..… m/s 14
6.3 Kepentingan kitar semula ……………………………………………………. m/s 15 - m/s 16
6.4 Masalah yang dihadapi …………………………………………………….... m/s 17 - m/s 18
6.5 Cadangan ……………………………………………………....…………….
7. Rujukan ……………………………………………………………………….....
8. Lampiran …………………………………………………………………...……
1. Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Rambai, Tuan Shaharum bin Husain serta guru mata pelajaran
Geografi, iaitu Cikgu Norizah binti Taib kerana telah memberi peluang dan tunjuk ajar
kepada saya sepanjang proses kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Hanizam Shah ABD
Rahim dan Hamardiana binti Johar dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya
dan bekerjasama sepanjang penghasilan kerja lapangan Geografi ini. Seterusnya, saya juga
mahu meletakkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para responden yang sangat
membantu dalam proses penyiapan tugasan ini dengan baik.
2. Pendahuluan
Semua murid tingkatan 3 haruslah menyiapkan kerja lapangan bagi mata pelajaran Geografi.
Saya telah memilih tajuk “ Amalan Kitar Semula di Taman Rambai Ria. Tujuan saya memilih Taman
Rambai Ria ini kerana tempat ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Dengan ini, ia dapat
lebih memudahkan saya untuk menjalankan kajian di sini.

Masa yang diberi kepada semua murid untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah selama satu
bulan. Pada pendapat saya, tempoh yang telah ditetapkan sesuai untuk saya menyiapkan kerja
lapangan ini dengan sempurna bagi mengumpul maklumat dan bahan tentang kawasan kajian. Saya
akan menggunakan satu bulan untuk mencari bahan iaitu peta kawasan kajian, hasil kajian serta
menyiapkan dapatan, rumusan dan keseluruhan kajian saya.

Saya berasa bersyukur dan bangga kerana kajian saya ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada
saya untuk membantu usaha-usaha amalan kita semula di kawasan tempat tinggal saya di masa
hadapan.
3. Objektif Kajian

Objektif saya menjalankan kajian ini bertujuan untuk :


● Mendefinisikan konsep dan takrifan amalan kitar semula.
● Menjelaskan jenis-jenis bahan yang dikitar semula di Taman Rambai Ria.
● Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula di Taman Rambai Ria.
● Mengenal pasti masalah pelaksanaan amalan kitar semula yang dihadapi di
Taman Rambai Ria.
● Mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan amalan kitar semula dalam
kalangan masyarakat di Taman Rambai Ria.
3.1 Jadual Kerja
Bil. Tarikh Aktiviti Catatan

Menerima tugasan tentang kerja lapangan Geografi daripada guru mata


pelajaran Geografi yang bertajuk Kitar Semula. Selepas menerima
1. 4/10/2021 -
tugasan tersebut , kami membuat perbincangan bersama guru untuk
menentukan bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan.

Guru mata pelajaran Geografi memberi taklimat tentang kerja lapangan


2. 4/10/2021 Bimbingan guru.
tersebut.

Mula mengumpul pelbagai jenis maklumat melalui internet dan buku


rujukan mengenai konsep kitar semula dengan bimbingan guru. Bimbingan guru
3. 5/10/2021
Selepas itu , melakukan perbincangan bersama-sama dengan guru hasil dan rakan.
maklumat yang telah diperolehi.
Menyediakan borang soal selidik dan memulakan aktiviti menemu bual
Bimbingan
4. 7/10/2021 penduduk tentang kegiatan ekonomi utama yang dilakukan di Taman
rakan-rakan.
Rambai Ria.

Meneruskan aktiviti menemu bual penduduk di Taman Rambai Ria


5. 8/10/2021 berkaitan masalah kitar semula yang sering dihadapi serta cadangan yang -
ingin diberikan untuk mengatasi masalah tersebut.

Menganalisis hasil yang dikumpul sepanjang aktiviti temu bual bersama


6. 10/10/2021 -
responden yang merupakan salah satu penduduk Taman Rambai Ria.

Mengumpul bahan rujukan dan menyediakan bahan grafik yang


7. 13/10/2021 -
bersesuaian serta menarik untuk persiapan menulis laporan dan tugasan.

Memulakan penulisan mengikut rangka dan format yang telah diberikan


oleh guru yang merangkumi perkara berikut :
- Konsep dan takrifan
Bimbingan
8. 15/10/2021 - Jenis bahan kitar semula
guru.
- Kepentingan kitar semula
- Masalah yang dihadapi
- Cadangan
Selesai menyiapkan tugasan kemudian meneruskan dengan proses
9. 21/10/2021 -
semakan tugasan.

10. 1/11/2021 Menghantar tugasan yang telah lengkap kepada guru. -


4. Kaedah Kajian
Terdapat pelbagai jenis kaedah yang saya telah gunakan sepanjang proses menyiapkan kajian
untuk mendapatkan maklumat tentang amalan kitar semula di Taman Rimba Ria. Antara kaedah
tersebut adalah :

1. Kaedah pemerhatian :

Melalui kaedah ini, saya dapat memerhati pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
serta mengambil gambar kawasan perumahan dan kawasan kegiatan ekonomi yang
berdekatan.

2. Kaedah temu bual :

Saya menemu bual tiga orang responden yang merupakan salah satu penduduk di kawasan
Taman Rambai Ria. Saya juga turut meminta tolong mereka untuk mengisi borang soal
selidik yang telah disediakan untuk mendapat maklumat tentang kegiatan ekonomi yang
terdapat di kawasan kajian saya.
3. Kaedah rujukan :

Saya menggunakan sumber internet untuk mencari bahan daripada pelbagai jenis laman
sesawang yang berbeza supaya dapat melihat kawasan kajian saya dengan lebih tepat dan
jelas serta buku geografi untuk lebih memahami tentang kerja lapangan ini.
5. Kawasan Kajian
Taman Rambai Ria terletak di daerah Melaka Tengah dalam negeri Melaka. Jarak dari Taman Rambai Ria
ke bandar Melaka adalah kira-kira 12.88 km.

Pandang darat fizikal yang ada di Taman Rambai Ria ialah rumput dan hutan manakala pandang darat
budaya pula adalah petempatan, jalan raya dan sawah padi.

Kawasan kajian ini merupakan kawasan perumahan dan beberapa premis-premis perniagaan. Di kawasan
Taman Rambai Ria, hanya terdapat satu jenis kawasan perumahan iaitu rumah teres satu tingkat. Kawasan
kajian saya ini ada menyediakan perkhidmatan rumah penginapan yang dipanggil NUR Homestay.

Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan ini ialah perniagaan kedai makan. Kegiatan ekonomi ini
merupakan paling utama yang dijalankan dalam kalangan penduduk Taman Rambai Ria. Sebagai contohnya
ialah restoran Nasi Ayam Meletop & Cendol Meletop. Kedai ini menyediakan makanan dan minuman untuk
sarapan pagi dan makan tengah hari. Selain itu, terdapat juga kedai kek yang bernama Melaka Cake Delivery
yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Kedai tersebut menjual pencuci mulut seperti kek
dan roti yang mempunyai pelbagai jenis rasa.

.
Disamping itu, Taman Rambai Ria juga mempunyai perniagaan peruncitan yang berdekatan. Contohnya,
Pasar Mini Tuah Ihsan yang menjual bahan basah dan kering serta barangan keperluan harian.

Akhir sekali, kawasan kajian ini juga mempunyai pondok polis Bukit Rambai yang berhampiran. Anggota
peronda di sini akan melakukan rondaan pada waktu malam untuk mengelakkan berlakunya perkara yang
tidak diingini seperti kes pecah masuk rumah dan rompakan.
Penduduk di kawasan Taman Rambai Ria terdiri daripada dua jenis kaum iaitu kaum Cina dan kaum
Melayu yang beragama Kristian dan Islam. Di Taman Rambai Ria tidak mempunyai sebarang kemudahan
awam kerana jumlah penduduk yang tidak ramai dan petempatan yang terletak di kawasan perdalaman.
6. Hasil Kajian

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Taman Rambai Ria iaitu perniagaan
peruncitan dan perniagaan kedai makan. Perniagaan kedai makan dan kafe merupakan
perniagaan yang paling banyak terdapat di kawasan Taman Rambai Ria.

Berdasarkan kajian saya dalam kerja lapangan geografi ini juga, saya dapati terdapat
pondok polis Bukit Rambai yang diletakkan berhampiran dengan kawasan perumahan
Taman Rambai Ria untuk memastikan tiada berlaku sebarang kes jenayah di kawasan
kejiranan tersebut.
6.1 Konsep Dan Takrifan Kitar Semula
[ Konsep kitar semula ]

Kitar semula adalah satu proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek yang baru. Dengan
ini, kita akan dapat mencegah pembaziran bahan yang masih boleh dijadikan barang yang berguna dan
mengurangkan penggunaan bahan mentah segar yang menyebabkan pengurangan penggunaan tenaga,
pencemaran udara yang berpunca daripada pembakaran dan pencemaran air. Kitar semula adalah
komponen utama dalam pengurangan sisa moden dan merupakan komponen ketiga dari hierarki sisa
"Kurangkan, Guna semula dan Kitar semula". Oleh itu, kitar semula bertujuan untuk kelestarian alam
sekitar dengan menggantikan input bahan mentah dan mengarahkan keluar sisa dari sistem ekonomi.
Di samping itu, ini juga membantu menjimatkan tenaga, kerana produk kitar semula menghilangkan
beberapa langkah asas dalam proses pembuatan. Dengan kata lain, lebih banyak tenaga diperlukan untuk
mengekstrak, memperbaiki, mengangkut dan memproses bahan mentah daripada mengubah bahan kitar
semula yang sedia ada.
6.2 Jenis Bahan Kitar Semula
Bahan yang dapat dikitar semula merangkumi pelbagai jenis. Contohnya, kaca, kertas, kadbod, logam,
plastik, tayar, bateri atau barangan elektronik. Selain itu, penggunaan semula sisa biodegradasi lain
seperti sisa makanan atau kebun juga merupakan bentuk kitar semula. Bahan yang akan dikitar semula
dihantar ke pusat kitar semula diambil dari tong di tepi jalan, kemudian disusun, dibersihkan, dan
diproses semula menjadi bahan baru yang akan digunakan untuk pembuatan produk baru. Barang-barang
yang ingin dikitar semula akan dimasukkan ke dalam beberapa jenis tong yang terdiri daripada 3 jenis
warna yang berbeza.
Antaranya, tong berwarna biru digunakan untuk mengitar semula barangan yang diperbuat daripada
kertas. Contohnya, kertas akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog dan sebagainya. Seterusnya,
bahan seperti botol minuman dan bekas makanan akan diletakkan di dalam tong berwarna coklat yang di
khaskan untuk mengitar semula bahan kaca. Akhir sekali, tong yang diwarnakan dengan warna jingga
akan digunakan untuk kitar semula barangan yang diperbuat daripada plastik, tin aluminium dan tin
keluli.
6.3 Kepentingan Kitar Semula

Berdasarkan pemerhatian saya dan jawapan yang saya dapati daripada responden, antara kepentingan
kitar semula di Taman Rambai Ria adalah :

1. Menjana pendapatan.

Amalan kitar semula akan dapat dijadikan sumber pendapatan kerana bahan-bahan yang dikitar
semula seperti sisa makanan boleh dijadikan sebagai baja kompos untuk dijual di pasaran yang
terletak di Taman Rambai Ria.

2. Menjimatkan sumber semula jadi.

Barang-barang di rumah penduduk Taman Rambai Ria yang tidak lagi digunakan akan dapat
menjimatkan sumber semula jadi apabila mereka mengurangkan, mengguna semula serta mengitar
semula sumber tersebut.
3. Persekitaran yang sihat.

Penduduk Taman Rambai Ria akan dapat menjalani kehidupan yang aman dan tenang
kerana mereka telah mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan selesa apabila
mereka kerap melakukan amalan kitar semula.

4. Kurangkan pencemaran.

Dengan kaedah mengitar semula, kadar pencemaran seperti pencemaran udara di Taman
Rambai Ria juga dapat dikurangkan apabila semua sisa diurus dengan sistematik.

5. Mengurangkan kesan rumah hijau.

Kitar semula juga perlu kerap diamalkan oleh penduduk Taman Rambai Ria kerana
melalui proses kitar semula ini ia dapat membantu untuk mengurangkan kesan terhadap
rumah hijau.
6.4 Masalah Yang Dihadapi
Ketika menjalankan kerja lapangan ini, beberapa masalah dikenal pasti iaitu :

1. Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula

Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar semula di sekitar Taman Rambai Ria,
penduduk kawasan perumahan ini membuat keputusan untuk tidak mengumpulkan barang kitar
semula di rumah. Keadaan ini juga mengakibatkan tiada sikap kerjasama antara penduduk untuk
mengamalkan amalan kitar semula ini.

2. Sikap negatif dalam diri individu

Melalui pemerhatian saya juga, sikap penduduk yang masih berdegil dan tidak mahu menggunakan
beg mesra alam ketika membeli barang. Bagi mereka, perkara ini tidak penting kerana lebih mudah
mengunakan beg plastik.
3. Memilih untuk membakar atau membuang barangan

Penduduk juga lebih memilih jalan yang lebih mudah iaitu membuang dan membakar
barangan yang tidak digunakan lagi. Disebabkan sudah terbiasa dengan amalan
tersebut, mereka tidak terpikir untuk mengguna atau mengitar semula barang yang
masih baik.
6.5 Cadangan
7. Rumusan
Dalam kajian di Taman Rambai Ria ini, saya mendapati bahawa amalan kitar semula juga merupakan satu
kaedah untuk mengurangkan jumlah buangan dengan memproses sampah dan membuatnya menjadi
barangan yang berguna semula. Amalan ini juga mudah diamalkan kerana kita hanya perlu menghantar
barang kita ke pusat pengumpalan kitar semula yang terdekat dan hampir semua barangan yang dibuang
boleh dikitar semula.

Amalan kitar semula boleh di didik dan amat penting untuk mengurangkan jumlah sampah serta mencegah
penerokaan sumber baru yang berlebihan dan menjaga alam sekitar. Jadi, amalan kitar semula amatlah
digalakkan dan perlu diamalkan.

Namun begitu, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti kemudahan yang tidak
mencukupi dan kurangnya kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula. Tetapi, dengan
kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani
dan kitar semula dapat terus diamalkan.

Akhir sekali, saya juga telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang kajian ini, salah satunya ialah selalu
mengamalkan 3R iaitu, Recycle, Reduce and Reuse.
8. Rujukan
Buku :

- Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utek, 2018. Buku Teks Geografi Tingkatan 3.
Johor Bahru : IMS Books Trading SDN BHD

Laman Sesawang :

- https://mypt3.com/kaedah-kajian-geografi-pt3
- https://anyflip.com/zkxpf/unrv/basic
- https://maps.google.com/
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

Responden :

-
-
9. Lampiran

A. Peta Google Maps :

Lokasi Taman Rambai Ria


B. Kawasan Kajian :

Kedai makan Nasi Ayam Meletop Pondok Polis Bukit Rambai

You might also like